Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, April 8, 2011

Allah Maha Mengetahui


Entri ini ditujukan khas buat mentee ummi; Anis Athirah bt Nor Ismadi yg sebelum ini menemui kegagalan. Tapi ummi cukup bangga dengan kecekalan hatinya dan ketabahannya melawan kesedihan. Dan hari ini akhirnya, dia menemui sinar kejayaan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya. Jadi janganlah bersedih jika menemui kegagalan, sebaliknya doa, redha dan tawakal. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kadang2 kita rasa kita tahu apa yg terbaik untuk diri kita, tapi percayalah bahawa Allah lebih mengetahui apa yg baik untuk diri kita. Dan perancangan hidup kita telah ditentukan oleh-Nya.

Ummi yakin semua org pernah melalui kegagalan dan saat2 mengecewakan dalam hidup masing2. Dan ummi pun tak terkecuali. Dulu masa zaman belajar, ummi blh dikategorikan dalam kalangan pelajar cemerlang. Lps dapat 4A dalam UPSR, ummi terus masuk sekolah asrama penuh. Masa di sekolah asrama penuh, walaupun semua orang pandai2 belaka, tapi alhamdulillah ummi dapat bersaing dgn diorang semua. PMR pun ummi dapat straight A. Sambung pulak dgn SPM, alhamdulillah keputusan tak mengecewakan. Dengan berbekalkan aggregat kurang dari 10, ummi apply masuk matrikulasi UKM. Konon2nya time tu lps dari matrik UKM, ummi nak apply masuk bidang perubatan pulak. Iye mmg diakui, dulu itulah cita2 ummi -> nak jadi doktor!

Tapi semuanya berubah bila ummi start masuk matrik. Semuanya serba tak kena. Pelajaran merosot entah kenapa. Nak kata tak study, rasanya rajin jugak menelaah pelajaran. Homework semuanya beres. Group discussion pon selalu join. Tapi macam yg ummi cakap tadi, semuanya jadi serba tak kena. Serba serbi tak menjadi.

Dipendekkan cerita, pointer ummi waktu di zaman matrikulasi dulu mmg tak melayakkan ummi untuk sambung belajar masuk bidang perubatan. Tak payah le ummi sebutkan berapa pointernya. Memang kecewa kalau dikenang. So ummi ended up masuk ke UKM bidang ICT. Waktu tu memang rasa frust yg teramat sangat. Tambahan pulak ummi memang tak tau apa2 pasal ICT. Pegang komputer pun jarang sekali. Dan kerana itu sekali lagi ummi diuji. Ummi struggle nak dapatkan pointer yg bagus masa semester pertama. Dan akhirnya semester pertama berakhir dgn ummi hanya mendapat pointer cukup2 makan sahaja. Sekali lagi ummi kecewa. Menangis menyesali nasib diri berbulan2 lamanya.

Sampailah ke satu masa, ummi baru sedar di mana sebenarnya silap ummi. Ummi TIDAK REDHA setiap kali diuji Allah. Sedangkan sebenarnya Allah uji untuk lihat sejauh mana keimanan dan keredhaan hambanya. Jadi bila ummi tak redha masa diuji, ummi tak dapat lihat hikmah di sebalik ujian tersebut!

Lps dari itu, ummi ubah sikap dan pemikiran. Sampai bila nak menangis menyesali nasib kan? Ummi lapangkan dada terima ujian dari Allah. Dan ummi bertekad untuk jadikan ujian yg diterima sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya. Dan alhamdulillah lps dari itu, nasib ummi menjadi lebih baik. Keputusan terus meningkat hingga akhirnya ummi grad dgn keputusan 2nd class upper. Tak habis di situ sahaja, kemudian ummi sambung pulak pelajaran hingga ke peringkat masters. Dan akhirnya kini ummi cukup bersyukur dgn apa yg ummi kecapi sekarang. Menjadi seorang lecturer mengajar anak bangsa dalam bidang ICT. Bayangkan, bidang ini yg dulunya ummi cukup benci akhirnya jadi sumber pendapatan ummi sekarang!

Dan ummi tak kesal tak berjaya menjadi seorang doktor. Sbb walaupun tak dapat masuk bidang perubatan, tapi eventually ummi berkahwin dgn seorang doktor. Dan bila melihat kesibukan waktu dia belajar dan tekanan kerja sewaktu dia menjalani houseman di HKL dulu, ummi sedar jiwa ummi bukan di situ. Ummi tak layak nak jadi doktor. Mana nak layak kalau tgk darah pun dah rasa nak pengsan!

Dan ummi jadi lebih insaf. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ummi! Terima kasih Ya Allah atas segala kurnian-Mu. Kadang2 kita tercari2 benda yg tak ada dalam genggaman kita hingga kita lupa dgn kurniaan yg sudah dilimpahi di depan mata...




0 comments on "Allah Maha Mengetahui"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez