Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, August 16, 2011

Quick Update


Hari ni malas masak. Buntu dan taktau nak makan apa untuk buka puasa. Lauk yang ada dalam fridge pon cuma ayam bahagian dada dengan daging sekepal. Selain tu ada 2 ekor ikan rebus cikyah yang dah 2 kurun bulan. Dah bagi2 hint kat abah suruh beli je KFC.

Penat rasanya hari ni. Ummi mengemop satu rumah. Ternyata itu bukanlah aktiviti yang bagus dilakukan time bulan puasa. Ini semua gara2 Aiza makan sumi jelly abis tumpah kat lantai dan atas tilam. Mengenangkan semut yang datang dan maybe menggigit Asyraf, ummi gigihkan jugaklah badan ni. Time mengemop tu barulah sedar "besar jugak rupanya rumah aku ni mengemop dari tadi tak abis2".

Esok nuzul Quran. Abah cuti. Dalam kepala otak ummi ni duk pikir2 nak seret abah ke mana esok. Parkson kah? Atau Jusco kah? Dua2 tempat tu menarik nak dikunjungi sebab ada cash voucher. Ummi ada RM100 cash voucher Parkson dan RM40 voucher Jusco. Dah boleh kalau nak beli sandal crocodile tinggal top up lagi beberapa hinggit je. Kalau jadi beli, nanti ummi hapdet & upload gambarnya.

zzzzzzzz...............
















0 comments on "Quick Update"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez