Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, November 23, 2011

Bila Penganjur Contest Tak Berapa Nak Ikhlas


Awal bulan hari tu ummi dapat 2 SMS dari majalah Cosmopolitan pasal menang contest.

SMS yang pertama ini:
Barangan Eucerin: ada gambar moisturizing cream dengan facial wash. Kalau congak2 satu set nilainya RM111
Happy sangat bila mula2 dapat sms sebab itulah pertama kali menang contest dari majalah. Ummi memang suka nak try produk baru especially pencuci muka. Tapi masalahnya nak redeem hadiah tu  jauh kat KL. Kena redeem kat Menara Citibank, Jalan Ampang. Tambah masalah sebab hanya boleh redeem hadiah pada hari bekerja dari pukul 9am sampai 5pm. So pada 11/11/11 yang lepas kebetulan ummi dan abah sama2 ambik annual leave. On the way kami nak berdating berdua2an kat Pavillion, ummi suruhlah abah hantar ummi collect hadiah ni. Jalan nak ke sini memang jem. Ditambah pulak masa tu waktu pagi so semua orang nak pergi kerja. Bila sampai kat Menara Citibank ni, abah tunggu dalam kereta je sebab kami nak cepat dan rasanya rate parking pun mahal. Dipendekkan cerita, bila jumpa dengan person-in-charge, ummi dibagi satu sampul surat. Dalam kereta baru ummi bukak. Dan ini yang ummi dapat:
Satu kotak kecik moisturizing cream dan satu lagi eye cream
Eye cream??? Mana perginya facial wash yang ummi nak tu?? Apesal facial wash dah berubah bentuk jadi eye cream?? Sapa dalam dunia ni yang pakai eye cream?? Seriously ada ke orang pakai eye cream?? Well...maybe ada le. Tapi definitely bukan ummi! Dan rasanya dua produk ni nilainya tak sama macam yang diiklankan. Dua barang ni rasanya tak lebih dari RM50. Mood berubah jadi sedeh lepas tu. Dah le susah payah ajak abah datang KL. Jalan jem pulak tu. Bila collect tengok2 dapat EYE CREAM! Huwargghhh tensennya.

Tak tau le ni salah siapa. Adakah penganjur tak berapa ikhlas nak bagi hadiah? Iklan dalam majalah letak gambar lain, bila redeem dapat barang lain yang nilainya jauh lebih rendah. Ataupun salah marketing company yang suka hati letak barang apa dalam sampul then bagi je kat pemenang tanpa rasa bersalah?

SMS yang kedua pulak ini:
Barangan pencuci muka Biore.
Hadiah yang ni redeem kat Pejabat ACP kat Uptown 1. Dekat je dengan office ummi. Tak sampai 10 minit dah sampai. Tapi sebab mood dah down akibat rasa tertipu masa redeem hadiah Eucerin, so ummi takdelah menaruh harapan yang tinggi sangat. Ambik pun dah last2 minit. Tapi bila collect hadiah, baru rasa happy. Sebab bukan sahaja hadiahnya sama macam dalam iklan, malah dapat jugak 2,3 barangan lain sebagai hadiah extra.

Barangan Biore
Dapat 4 jenis facial foam pelbagai perisa untuk pelbagai jenis kulit, dapat sunblock yang boleh jadi make up base jugak, ada cleansing wipes dan jugak make up remover. Cukuplah stok pencuci muka selama setahun (or maybe less than that kalau Aiza buat main time mandi). Haaa...macam nilah baru ummi semangat nak join contest. Barulah rasa berbaloi meredah jem tadah telinga dengar abah bebel2 dalam kereta hikhikhik.

Last but not least, hari Isnin lepas ummi dapat bungkusan ini:

Kotak warna putih yang penuh misteri
Tengok kotak je ummi dah tau dari oversea. Siap tulis kat situ "If undelivered, return to Pos Malaysia International Hub KLIA". Saspens jugak masa nak bukak. Ini isinya:

Sampel perfume Burbery Body
Perfume!!! Yeay suka sangat. Rasanya dapat sebab isi details kat sini. Selama ni tak pernah sangka akan dapat free gift dari oversea punya company sebab selalunya memang diorang tak akan layan. Apapun, thanks to Burberry. Baunya boleh tahan sedap. Tapi ummi sebenarnya jarang pakai perfume. Perfume hantaran kahwin 4 tahun lepas pun ada lagi kihkihkih.



0 comments on "Bila Penganjur Contest Tak Berapa Nak Ikhlas"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez