Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, November 10, 2011

Permainan Terbaru Aiza


Semalam lepas balik kerja ummi dan abah bawak Aiza & Asyraf jalan2 kat One Utama. Saja nak bagi Aiza lari2 kasi penat sikit. Sebab pada pendapat kami, bila penat dia akan tidur awal. Tapi ternyata pendapat ini selalu silap. Walaupun penat, mata Aiza mampu celik sehingga pukul 12 malam. Dan semestinya perangai suka tidur lambat ini tidak syak lagi genetik dari abah.

Masa berjalan di One Utama, abah terpaksa dengan gembiranya belikan Aiza satu set permainan mewarna guna water colour. Selalunya ummi akan belikan crayon atau pensel colour saje. Tapi semalam demi nak alih perhatian Aiza dari permainan yang jauh lagi besar (dan jauh lagi mahal) jadi abah belikan set mewarna guna water colour. Dalam set tu ada 6 water colour dengan 2 keychain (kena warna kat atas keychain tu).

Aiza khusyuk mewarna
Dan inilah hasilnya aktiviti mewarna selama 30 minit:

Ikan Aiza yang sungguh kalerful.
Not bad untuk budak usia 3 tahun. Boleh tahan kreatif jugak anak ummi yang sorang ni. Dan semestinya kekreatifan Aiza ini tidak syak lagi genetik dari ummi. Sekian harap maklum.

Disclaimer: Pengakuan ini datang dari ummi yang dulu tiap kali subjek lukisan dapat C memanjang. Dan ummi jugaklah orangnya yang waktu dulu2 tiap kali subjek lukisan tak pernah siap, so dapat bawak balik rumah. Bila sampai kat rumah, PAKSA cikwan tolong lukiskan kuikuikui. 

Dari:
Ummi yang kreatif - Penuh dengan ekspresi seni!

0 comments on "Permainan Terbaru Aiza"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez