Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, December 2, 2011

Selamat Pengantin Baru!


Entry ini ditujukan khas buat adik ummi;  Khairun Nisa' Anuar a.k.a Ceklon yang genap seminggu melangsungkan pernikahannya.

*************************************************************************
Ceklon dah selamat melangsungkan perkahwinannya pada minggu yang lepas. Ummi harap kehidupannya sekarang baik2 sahaja setelah menjadi isteri orang. For surelah happy sebab bukannya dia kena kahwin paksa pon sebaliknya kawin dengan bekas kawan sekolah yang merupakan pilihan hatinya sendiri.


Hari perkahwinannya cukup meriah. Warna tema dipilih oleh nyai; tak lain tak bukan warna OREN. Terkedu jugak ummi masa mula2 mendengarnya. Tapi bila tengok...hasilnya sangat cantik! Barang hantaran, bilik tidur, pelamin dan semuanya serba serbi nampak berseri dengan warna oren.

Kuih baulu untuk tetamu

Semua orang pun ada kecuali Bella (kat UK) dan Ayep (UITM Perlis) yang tak dapat balik sebab ada exam (Ayep akan dianggap sebagai anak tiri selepas ini sebab dia tak balik time Ceklon kahwin!). Ummi dan adik beradik yang lain bertungkus lumus membanting tulang memerah keringat menjayakan majlis Ceklon. Terlalu berdedikasinya kami adik beradik sehingga ada demam. Ramai mengadu kepenatan dan tak cukup tidur. Wak Ani sakit pinggang, Cikta sakit tapak kaki, malah nyai demam hingga kini. Begitu bersemangatnya kami nak menjayakan majlis kahwin Ceklon <<--- perenggan ini memang ditulis agak berlebih2 sikit agar Ceklon insaf seterusnya belanja kami semua makan sebagai tanda terima kasih.
Pemenang anugerah "Pekerja Berdedikasi"
Sental jangan tak sental!
'Pekerja kontrak' sedang merenung masa depan!
Tukang buat bersepah
Seronok bila dapat balik kampung. Dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, inilah masanya ummi dan adik beradik yang lain dapat berkumpul. Even waktu raya pun jarang dapat berjumpa semua sebab ada yang beraya di rumah mertua. Segenap pelusuk rumah ada orang. Nak masuk toilet pun kena tunggu turn. Kami makan non-stop, bercerita, bergossip tak hengat dunia!






Akhir kata, Selamat Pengantin Baru Ceklon. Semoga rumah tangga yang dibina kekal sampai bila2. Amalkan sikap tolak ansur, saling memaafkan dan bertimbang rasa. InsyaAllah hidup bahagia selamanya.


0 comments on "Selamat Pengantin Baru!"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez