Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, January 19, 2012

Buku Rujukan Untuk Master's Degree Dalam Bidang Farmakologi


Alkisahnya abah dapat voucher buku 1 Malaysia beberapa hari yang lepas. Voucher buku 1 Malaysia ni nilainya RM200 dan diberi pada semua student kat institusi pengajian tinggi. Objektif utamanya nak beri peluang kepada student universiti untuk beli buku2 teks yang mahal tu. Since abah pun sekarang tengah further study, so dia pun dapatlah voucher tu. Harapnya dapatlah mengurangkan beban dia untuk beli buku. Dan semalam, abah dah buat satu pembelian guna voucher tu. Ni dia bukunya:
Mikimaus and friends!
Eh, ni ke buku teks abah? Tak nampak pun mana2 perkataan yang medical-related. Cuba close-up sikit.
Sahih! Ni buku mickey mouse!
Abah kata "Text book is sooooo yesterday" :)

Sekarang ni semua maklumat pun boleh google dan download je dari internet. Kalau tak pun, kat library dah banyak buku tersedia. So abah taknak beli buku teks dia tapi end up beli buku Aiza. Ummi tengok ramai jugak yang guna voucher ni untuk beli selain dari buku. Ada student post kat FB bagitau yang diorang boleh guna voucher ni untuk beli peralatan komputer, printer, pendrive etc. Even guna untuk beli stationary pun boleh. Harga buku ni RM49.90. So ada lagi voucher RM150. Kalau Aiza boleh dapat buku Mickey Mouse, ummi pun nak mintak abah belikan buku resepi le. Majalah pun macam menarik jugak. Kalau tak pun novel romance kihkihkih.
Asyraf, buku bukan untuk dimakan nak oiii!
So sekarang tengah pikir2 bilakah masa yang paling sesuai nak terjah kedai buku. Buku romance - here I come!



0 comments on "Buku Rujukan Untuk Master's Degree Dalam Bidang Farmakologi"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez