Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, January 3, 2012

Di Celah-Celah Kehidupan


Sedar tak sedar 2011 dah pun berlalu pergi, meninggalkan segala kenangan pahit dan manis untuk ummi. Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu waktu ummi masih kecik, nak menghabiskan satu hari punyalah lama. Dah tengok TV, dah main lari2 keliling rumah, dah makan, dah tidur, dah gaduh dengan adik2 baru habis suku hari. Terlalu banyak aktiviti boleh dibuat dalam masa 24 jam. Kalau bulan puasa lagi terseksa terasa lama. Jarak antara waktu imsak dan buka puasa terasa macam berkurun tak tiba.

Tapi sekarang 24jam rasa tak cukup. Baru je punch-in, breakfast, check email then sedar2 dah tengahari. So apa je pengisian bermanfaat sepanjang separuh hari ummi kat ofis? Ummi pun tak tahu! Mungkin inilah antara tanda2 hari kiamat semakin dekat. Manusia semakin bersikap duniawi. Tempoh 24jam yang diberi tak akan cukup untuk melangsaikan semua kerja2 kat depan mata. Malah kerja akan bersambung pulak kat rumah. Dan kitaran "balik rumah-suap anak2-mandi-makan-basuh/iron baju-tidur-pergi kerja" akan berulang.

Tapi yang pastinya tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan dalam diri ummi. Ini antara yang penting:

Mac 2011-Langkawi Trip
1st time ummi NAIK KAPAL TERBANG setelah hidup selama 30 tahun hohoho! Memang jakun tak hengat dunia. Perasan takut, gayat, pening kepala, mual semua ada. Tak sabar nak jejak ke bumi lepas menghabiskan 45minit dalam kapal terbang. Hish, macam mana nak bercuti ke obersi kalau setakat 45minit flight pun rasa macam nak pengsan! Tapi percutian ke Langkawi memang best. Hotel, makan, pemandangan kat Langkawi semuanya best - kecuali naik cable car sebab gayat! kihkihkih

Borong cokelat. Suka!

Jun 2011-Asyraf Ilhami Permata Hati
Asyraf lahir pada 13/6 awal 3 minggu dari tarikh yang dijangkakan. Alhamdulillah kelahirannya cukup mudah. Ummi sempat hantar Aiza ke nursery, then berkira2 untuk nak punch-in (tapi kemudian tak jadi sebab terasa macam betul2 nak bersalin). Then sampai kat Pusrawi, tak sempat doktor nak gunting, tak sempat nak injek bius etc, dengan 2,3 kali push dia dah lahir. Underweight tapi cukup comel! Asyraf sekarang dah nak masuk 7 bulan. Dialah penyeri dan pelengkap hidup ummi, abah dan Aiza.

Asyraf dah nak masuk 7 bulan- tapi still takde gigi!

Jun 2011-Rumahku Syurgaku
Setelah 4 tahun tinggal di rumah MIL, akhirnya pada 19/6 ummi berpindah ke rumah sendiri. Gembiranya tak terkata. Inilah nikmat kehidupan yang sebenar. Rumah teres setingkat menghadap pemandangan FRIM yang berbukit bukau bergunung ganang cukup mendamaikan! Syukur Ya Allah. Terlalu damai dan selesanya rumah sekarang sampaikan Aiza selalu menangis tak nak pergi sekolah sebab nak duduk rumah. Kadang2 ajak berjalan time hujung minggu pun tak mahu. Hebat sungguh penangan rumah sendiri!

Inilah gambar rumah ummi masa mula2 diiklankan kat Mudah.my. Sekali tgk terus berkenan. Cantik kan rumah ummi? Ala2 Bali style gitu kihkihkih.

Nov 2011-Ceklon Kawin
Sungguh seronok bila dapat kumpul ramai2 dengan adik beradik dan anak2 buah. Keluarga ummi memang besar. Setakat nyai, yai, ummi adik beradik, ipar duai dan anak2 buah saje dah dekat 40org. Sepupu sepapat dan pakcik makcik tak usah ceritalah - kalau kumpulkan semua boleh jadi sekampung ramainya. Even kalau hari raya pun tak akan dapat kumpul seramai ni sebab akan ada je yang beraya kat rumah mertua masing2 dulu (ummi le tu sapa lagi huhuhu). Anyway, perkahwinan Ceklon cukup meriah. Didoakan Ceklon dan Acik Pidos kekal bahagia selamanya.

Selamat Pengantin Baru!

Disember 2011-Paklang Meninggal
Paklang adalah antara pakcik yang paling rapat dengan family abah. Ummi hanya kenal dia setelah berkahwin. Selama ni hanya kenal melalui surat khabar almaklumlah dia orang kenamaan. Tapi Paklang OK orangnya. Kematiannya agak mengejutkan walaupun 'sudah dijangka'. Paklang menghidap sakit jantung dan sepanjang ummi berkahwin rasanya dah 2,3 kali dia keluar masuk IJN. Malah dalam tempoh setahun yang lepas makanannya pun sudah mula disukat biar tak lebih dari kuantiti yang dibolehkan. Moga Paklang tenang di-SANA.

Perjalanan terakhir Paklang.

Disember 2011-Cikyah Operate
Hari yang sama Paklang meninggal, dapat pulak berita Cikyah masuk hospital sebab endometriosis dalam rahimnya. Dan saluran tiub fallopiannya terbelit dan harus dibuang. Alhamdulillah operation berjaya dan sekarang Cikyah dalam proses recovery! Dalam famili ummi alhamdulillah memang jarang ada orang masuk hospital. So bila dapat khabar yang Cikyah kena operate, memang kompem jadi berita GEMPAR dan GEGAR!


Endometriosis Cikyah yang dibuang.
Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 lain yang berlaku dalam tahun 2011 tapi biarlah ummi simpan dalam memori saja. Ada yang suka, banyak juga yang duka. Yang suka akan jadi kenangan indah sepanjang hayat. Yang duka akan dijadikan iktibar agar tak berulang di masa akan datang. InsyaAllah. Mungkin juga peristiwa yang duka itu adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana ummi dan keluarga tabah menghadapinya.


Dan harapnya tahun 2012 akan menjanjikan segala yang terbaik untuk ummi, abah, Aiza dan Asyraf! Amin.


0 comments on "Di Celah-Celah Kehidupan"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez