Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, February 17, 2012

Dulu Lain Sekarang Lain


Semalam masa browse hard disk, tiba2 terjumpa gambar lama ummi dan abah. Tersenyum simpul ummi dibuatnya. Gambar ni diambil masa kami honeymoon di Genting Highland 5 tahun lepas.
Mood pengantin baru kihkihkih
Cuba bandingkan dengan gambar di bawah yang diambil beberapa bulan yang lepas.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar pengantin lama dengan 2 orang anak mereka
Sungguh berbeza! Hahahaha

Hai, cepat sungguh masa berlalu. Banyak perubahan dialami, banyak peristiwa diharungi. Antara perbandingan dulu dengan sekarang:



Masa zaman muda remaja sampailah kahwin, handbag ummi kecik comel je. Muat2 je untuk letak handphone, beg duit, kunci dan bedak compact. Zaman tu tak stylo le kalau bawak beg besar2 kan? Kalau boleh, nak bawak beg secomel mungkin, kepit celah ketiak, then jalan laju2. Tapi bila dah ada anak 2, terus tukar prinsip pasal handbag. "The bigger the better". Kalau ada yang size XXL, yang itulah patut dibeli. Bila keluar berjalan, semua benda selagi boleh nak sumbat dalam handbag sampai tak boleh nak zip. Tiada lagi bedak compact atau alat solek. Semuanya dah diganti dengan pampers, botol susu, wet tissue, vicks etc. Malah kalau boleh, semua barang2 sampai ke thermos dan berus cuci botol pun nak disumbat sama!

Dulu masa zaman anak dara, berat badan ummi 47kg je. Slim melim gitu. Bila dah ada sorang anak, berat badan naik lebih 50kg tak mau turun2 dah. Puasa siang malam sepanjang tahun pun belum tentu dapat cairkan balik lemak2 tepu yang dah melekat kat badan. Bila anak dah masuk 2 orang, berat badan naik lagi. Tapi kali ni ummi tak berani nak timbang. Tengok timbang pun dari jauh je kihkihkih. Kalau waktu honeymoon dulu mampu pakai seluar jeans size S. Sekarang ni, jeans dah tak wujud dalam almari. Dah buang jauh2 sebab tahu dah tak muat!

Eh, fesyen tudung ummi 5 tahun lepas sungguhlah outdated! Mana ada lagi orang zaman sekarang pakai tudung macam tu. Tapi walaupun outdated, sekurang2nya dulu pakai tudung bau sentiasa wangi. Sekarang ni, boleh kata hari2 tudung ummi bau muntah susu si Asyraf! Bila nak pergi mengajar mesti nak kena sembur minyak wangi sikit. Kalau tak alamatnya seluruh kelas bau masam! Dan sekarang pakai tudung tak pernahlah nampak comel. Sentiasa senget benget akibat ditarik2 dengan si kecik tu! Hish, tak boleh nak melawa langsung.

Sesungguhnya kehidupan berumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Tidur tak pernah cukup, mandi ala kadar sahaja, makan sentiasa laju2 sebab dalam masa yang sama otak memikirkan kerja2 lain yang perlu dibuat. Tapi walaupun badan penat, otak berserabut, bila tengok muka2 di bawah ini:

 It's WORTH IT!


0 comments on "Dulu Lain Sekarang Lain"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez