Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, February 16, 2012

Feed The Fish


Mengikut kata abah, One Utama adalah shopping kompleks paling best dalam dunia! Tempatnya bersih dan luas. Terlalu besar sampaikan ummi tak boleh nak ingat layoutnya dan kompem boleh sesat kalau jalan sorang2. Dan kerana terlalu luas jugaklah, kat dalam One Utama ada taman yang siap ada kolam ikan, pokok2 besar, air terjun mini etc. Kami sekeluarga suka ke bahagian tu. Tengok ikan berenang2 dalam air yang jernih dan cetek. Boleh leka spend masa lama kat situ.
'Taman rimba' dalam One Utama
Sekarang ni bukan setakat tengok ikan berenang, malah boleh bagi makan kat ikan2 tu jugak. Sebabnya pihak pengurusan One Utama dah sediakan mesin beli makanan ikan. Harganya RM1 untuk satu bekas. Kena pastikan ada syiling 50sen sebab mesin ni tak boleh terima duit 10sen atau 20sen.
Mesin beli makanan ikan
Makanan ikan dalam bekas cantik
Ummi suka tengok ikan. Tapi kalau nak membela ikan kat rumah macam tak larat le pulak. Nanti banyak nak kena uruskan; basuh akuarium, letak klorin etc. So cara paling senang kalau nak tengok ikan, pergi jelah kat One Utama. Silalah bagi makan dan buat macam ikan sendiri!

0 comments on "Feed The Fish"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez