Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, February 13, 2012

Taman Botani, FRIM


Jarak antara rumah ummi dengan Taman Botani, FRIM tersangatlah dekat. Ala2 berjiran gitu. Kalau jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Malah kalau merangkak pun boleh sampai jugak rasanya. Tapi surelah penat so lupakanlah hasrat nak merangkak sebaliknya jalanlah guna kaki seperti biasa!

Sejak berpindah ke rumah sendiri, dah 2,3 kali jugaklah kami terjah ke sini. Tempatnya luas, saujana mata memandang, sesuai kalau nak dijadikan lokasi photoshoot. Ada banyak tasik yang cantik dan pokok2 yang unik. Waktu paling sesuai kalau nak pergi ialah waktu petang sebab cuaca kurang panas. Dah namanya pun Taman Botani, so main attraction tak lain tak bukan ialah pokok2 dari pelbagai spesis. Ramai jugak yang berkunjung ke Taman Botani ni, ada yang jogging, ada yang naik basikal. Tiket sekali masuk untuk orang dewasa RM1. Untuk kanak2 free sahaja.
Gambar ni diambil masa kami ke Taman Botani bulan lepas

Antara yang ada kat Taman Botani, FRIM.

Tasik yang ada banyak ikan dan kura2.
Hari Sabtu lepas kami ke sini lagi. Maklumlah dekat dengan rumah, so bila terasa nak pergi je, terus bersiap dan jalan!

Ada pergola yang cantik. Eh yeke nama benda alah ni pergola?

Asyraf tertidur!
Sekarang abah dah ada basikal. So konon2nya lepas ni dia akan rajin ke Taman Botani, berbasikal menyihatkan badan. Entah iye entah tidak!




0 comments on "Taman Botani, FRIM"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez