Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, March 21, 2012

The Bigger The Better


Dalam entry yang lepas, ummi ada ceritakan tentang 'kedaifan' henbeg ummi yang ada sekarang; kotor dan kulitnya sudah tertanggal. Sudah lama ada plan nak beli henbeg baru tapi asyik tertangguh saje. Ummi bukan jenis orang yang ada 2,3 henbeg dalam satu masa. Biasanya ummi akan guna henbeg tu sampai rosak, kemudian barulah beli yang baru. Sepanjang 31 tahun ummi hidup, henbeg yang sudah rosak ini adalah henbeg ke-3 pernah ummi ada. Hari Isnin yang lepas, secara rasminya tamat riwayat henbeg tersebut - sebab ummi dah beli henbeg yang lain hehehe! So inilah dia gambar 'buah hati' terbaru ummi:
Henbeg Carlo Rino. Beli di Metrojaya, Mid Valley.
Beg ini spacious. Ummi memang mencari henbeg yang agak besar dan boleh muat banyak barang. Maklumlah, bila ada anak kecik..semua barang pun nak disumbat masuk ke dalam beg. Harganya pun sangat berpatutan. Metrojaya tengah ada sale sekarang. Henbeg Carlo Rino ada diskaun sampai 70%. Henbeg yang ummi beli ni harganya RM119 setelah diskaun 50%. Untuk beg brand Carlo Rino, ummi rasanya harganya dah cukup murah. Btw, ini adalah kali pertama ummi beli henbeg Carlo Rino. Sebelum ni, ummi guna Polo dan F.Timber sahaja.

Harapnya beg yang ini akan bertahan lama. As of today, seperti yang dijangka, dah ada macam2 benda dalam beg tu. Antaranya benda2 biasa macam wet tissue, bedak kompak, staff card, vitamin C, pampers Asyraf, segala jenis kunci dan beg duit. Tapi ada jugak benda2 yang agak luar seperti kotak henfon dan BIJI BENIH kacang buncis. Errkkk.....apekehal?


0 comments on "The Bigger The Better"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez