Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, March 23, 2012

Murah Tak Semestinya Tak Canggih - Samsung GT-E1080F


Rasanya baru beberapa bulan lepas ummi hilang henfon dan kemudian beli henfon baru. Then tiba2 pagi Isnin lepas henfon yang baru dibeli tu 'buat perangai'! Malam sebelumnya tu elok je ummi call nyai di Johor dan borak2 macam biasa. Dah lepas guna, ummi letak atas meja TV. Paginya bila nak pergi kerja, henfon dah off. Bila ummi try nak on, tak boleh. Ingatkan dah abis bateri. Bila ummi charge, takde apa2 respon. It went dead just like that. Seriously! 

As expected, abah dah start bebel2 bla bla bla bla...Hish, rasa sangat tension.

Sebab henfon tu dibeli tak sampai setahun, so still under warranty. Esoknya ummi hantar henfon tu ke Nokia Centre di One Utama. Person-in-charge kata proses repair ambik masa at least 3 hari. Tapi abah sarcastically cakap 3 hari boleh jadi 3 minggu or 3 bulan. Hidup tanpa henfon memang susah. Kalau setakat 3 hari takde henfon, tak jadi masalah. Tapi kalau betullah repair makan masa sampai 3 minggu or 3 bulan - memang rasa tak boleh survive. So ummi decide untuk beli henfon baru. Ala2 henfon second hand le sebelum henfon Nokia ummi tu siap repair. 

Dalam kepala dah target nak beli henfon murah2 dan yang paling basic saja. So pilihan paling tepat ialah Samsung GT-E1080F. Harganya cuma RM70 hengget hehehe. Ini dia rupanya:
Gambar ihsan dari Google sebab henfon ni takde kamera. Even kalau ada kamera pun, macam mana nak ambik gambar henfon guna henfon tu sendiri kan? hahaha
Henfon ni sangat basic. Takde kamera, bluetooth, GPS, 3G, MMS, video call whatsoever. Tapi untuk harga RM70 ummi rasa sangat berbaloi. Sebab designnya cantik, kecik dan ringan. Skrin pun ada colour. Lepas tu siap ada torch light lagi! Lepas ni bolehlah ummi cari mainan Aiza dan Asyraf yang tersorok celah2 sofa dengan mudahnya. Dan yang paling best, henfon ni ada feature FAKE CALL. Canggih kan? Btw Fake Call ni membolehkan kita seolah2 dapat call yang sebenarnya tak wujud. So sangat berguna time meeting meleret2 sampai 3,4 jam hahaha. Hanya perlu setkan timer, then buat2 sibuk ambik minute meeting etc. Paling bagus kalau waktu tu dapat bercakap dengan boss. Then nanti bila FAKE CALL berdering, bolehlah buat muka pura2 terkejut dan kemudian cakap dengan semua orang "sorry ye, ni panggilan PENTING so saya mintak diri kejap". Lepas tu apalagi....lariiiiikkkkk hahahaha.

Anyway, just nak update yang person-in-charge kat Nokia dah pun call. Dia cakap, dalam henfon ummi tu ada air so dia akan pulangkan dan tak repair pun. Kalau henfon masuk air memang tak cover under warranty. Well, macam mana boleh ada air? Suspek utama dalam kes ini tak lain tak bukan:
Budak botak yang lately suka 'menguji ketajaman gigi'. Semua benda dia nak gigit termasuk henfon ummi. So salahkan dia!
Nampak gayanya, henfon Samsung cikai sleek and slim tulah yang akan jadi telefon rasmi ummi buat masa sekarang. So no more video call tu cikyah, MMS tu abah. Dan mungkin juga blog ni akan jadi blog tulisan tanpa gambar sebab dah takde kamera kat henfon huhuhu. Terpaksa redha jelah. Bukan satu masalah besar pun takde henfon yang canggih.

After all, ummi cukup bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Hari tu baru je beli handbag baru. Then ni ada henfon baru pulak. 

Handbag baru + Handphone baru = Perfect!



4 comments on "Murah Tak Semestinya Tak Canggih - Samsung GT-E1080F"

Shifa on March 26, 2012 at 12:16 PM said...

suspek utama tu buat muka terkejut plak! saye tak bersalah!!!

ummi aiza on March 26, 2012 at 12:53 PM said...

sekarang ni kalau ada benda rosak je atau rumah bersepah, terus tuding jari kat dia! memang dialah suspek utama hahaha.

Ah said...

Ah pon ada tepon ni tapi tak pernah tau ada function Fake Call tu. hihi

ummi aiza on May 21, 2012 at 9:29 AM said...

Try le Ah. Berguna di saat MEETING kihkihkih

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez