Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, October 15, 2012

Uneventful Weekend


Last weekend was not fun!

Hari Jumaat lepas bila balik kerja, ummi tengok separuh baju yang sidai kat ampaian basah lencun dek kerana hujan. Dan yang separuh tu mostly adalah baju Aiza dan Asyraf. So terpaksa basuh semula sebab kalau tak basuh ada bau tak sedap. And the whole Saturday was raining as well. Ummi ni biasanya Sabtu dan Ahad memang pulun basuh baju. Jadi kat mana-mana ada baju basah. Yang kat ampai tak kering2. Yang dalam rumah pulak ada 2 bakul menanti. Stress! sampaikan Asyraf pun dah takde baju nak pakai. Last2 pakai baju kakaknya hahaha. Nasib le pakai dalam rumah takde orang nampak. Kang nanti tak pasal2 orang ingat kecelaruan gender pulak. Alhamdulillah semalam hari Ahad panas terik. So back-to-back menyidai baju. Bila dah kering- hah kau selonggok baju nak kena lipat. Menggunung tinggi sampaikan Aiza boleh main nyorok2 dalam timbunan baju tu. Dulu2 ummi pernah berazam taknak lipat baju (tak senonoh punya perangai kan?). Sebabnya kalau lipat pun tak long lasting. Kejap je nak pakai balik. Lepas pakai terus basuh then nak kena lipat semula. So macam tak efektif. Bila abah tanya "mana kain pelikat abah?". Senang je jawab "pi cari kat timbunan kain kat bilik sana". Cool eh? kihkihkih dasar bini pemalas. Tapi 'malangnya' azam ummi tu tak kekal lama. Sebabnya ummi rimas tengok baju bertimbun tinggi2. So masihlah kekal dengan rutin lama basuh-sidai-lipat. Takpelah susah2 sikit asal hati lapang. So boleh tak bayangkan bila ummi dah lipat dan susun cantik2, tiba2 ada 'hamba Allah' tu bukak almari - cari baju yang dia berkenan - jumpa yang bawah sekali - tarik laju-laju sampai satu almari tonggang terbalik! Rasa nak meroyan pun ada.

Dan lagi satu, sepanjang weekend lepas Asyraf tak happy. Nangis tak berhenti. Tidur malam pun selang sejam terbangun then sambung nangis. Sebabnya dia nak tumbuh gigi. Gigi geraham kiri kanan atas bawah semua tumbuh serentak. Makan taknak, susu pun tak mahu. Last2 minum guna cup kakak dia. Selang 8 jam abah kasi voren nak legakan gusi dia tu. Kesian anak ummi yang sorang tu.
Dah le sakit gusi, pakai pulak baju kakak yang besar gedabak. Sebijik macam anak pelarian!

Muka takde mood
Semua gambar di atas diambil oleh Aiza - official photographer kami buat masa sekarang. 
p/s Tiba2 rasa nak gelak terbahak2 teringat gambar abah yang Aiza ambik masa cuti2 kitorang kat Genting Highland hari tu. Boleh jadi modal nak ugut abah hahahahaha. Gelak jahat!








0 comments on "Uneventful Weekend"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez