Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, November 29, 2012

Pendatang Tanpa Izin

0 comments
Hari tu ummi ada cerita pasal sekor kucing ni suka melepak depan rumah. Bila pagi2 nak pergi kerja, dia dah tunggu nak say good bye. Bila petang balik kerja, dia dah tunggu nak say hi. Tapi ummi tak suka sebab dia berak kat pokok2 ummi sampai sekarang ummi dah tak gardening lagi. Meraaaajuk sangat!!
Dia pun tau kot ummi tak suka dia - tu yang dia dia tengok ummi dari jauh je. Hahaha konon2 paham bahasa kucing. Tapi seriously dalam hati memang membara je kat kucing tu. Selalu sergah biar dia lari jauh2 - tapi masalahnya dia tak lari. In fact sekarang dia dah bermastautin kat rumah ummi. Dah jadi part of our family pun! Selamba je kan?

Inilah dia ownernya. Sanggup tu pergi Carefour pergi Tesco pergi Giant beli makanan kucing. Siap bangun pagi lepas subuh terus rebus ikan buat breakfast untuk kucing! Macam manalah ummi tak jeles hangin. Cuba kalau ummi yang request nasi goreng kampung ke - lagi 10 tahun pun belum tentu dapat!

Ni pulak konco2 owner tadi, yang gigih mempertahankan 'kewujudan' kucing tu kat rumah. 
Kucing yang rela diperlakukan apa saja

Playing time
Tiap2 hari balik dari sekolah, mesti nak main dengan kucing. Btw kucing tu siap dah dibagi nama Caddy lagi. Bluekkkk! Nama macam pondan padahal kucing jantan hahaha.

Balik sekolah main dengan kucing, lepas makan main dengan kucing, kadang2 tu siap tidur dengan...hish...rimas! 
Caddy, buat peace

Main geletek2
BFF forever
Dan masalahnya bila bela kucing ni, nak jalan2 jauh sikit susah sebab nanti takde sapa nak tolong bagi makan. Setakat ni yang jadi mangsa tak lain tak bukan ialah CikWan. Nasib baik ada yang sanggup. Kalau ummi, abah upah seratus sejam pun belum tentu ummi nak. Eh jap eh...biar ummi pertimbangkan dulu! Lumayan jugak tu...



Tuesday, November 27, 2012

Naik Darjah

0 comments
Minggu depan, Aiza dengan Asyraf sama2 naik darjah a.k.a pindah kelas. Kat IIUM nursery, style dia lain sikit. Kalau budak setahun, dia masukkan ke kelas 2 tahun, kalau budak 3 tahun masuk kelas 4 tahun and so forth. Sebabnya dia nak bagi masa panjang sikit masa 5 dan 6 tahun sebab nak ajar baca dan menulis. Tapi tu pun tengok jugak pada availability of the class. Kalau kelas tu dah penuh, takdelah dia sumbat penuh2. Duduk jelah diam2 kat kelas yang bersesuaian dengan umur sampailah hujung tahun. 

So walaupun Aiza baru je masuk 4 tahun, tapi minggu depan dia dah pindah masuk kelas 5 tahun. Si Asyraf pulak masuk kelas 2 tahun. Harapnya anak2 ummi cepat pandai.

Walaupun baru kat nursery, tapi bila anak pindah kelas - sibuknya ngalahkan anak nak masuk asrama. Dari minggu lepas duk asyik ajak abah beli baju swiming budak berdua tu. Baju swimming Aiza yg lama dah buruk/tipis segan dengan kawan2. Asyraf pulak memang tak pernah ada baju swimming so ni baru nak beli sebab nanti dia pun akan ada kelas swimming jugak. Selain tu nak kena beli uniform Aiza, baju sukan, tudung putih etc. Macam ummi kata tadi, ni baru nak pindah kelas kat nursery. Kot nanti ditakdirkan Aiza dengan Asyraf masuk asrama, mahu ummi unpaid leave satu semester nak siapkan barang diorang. Melampau lettew! -> eja ngada2 hahaha.



Friday, November 23, 2012

Oh Adam Mukhriz!

2 comments
Ummi gila bayang!

Penangan tengok cerita Adam & Hawa macam ginilah gayanya. Kat rumah takde Astro Mustika, so duk layan Adam & Hawa kat internet. Dulu masa mula2, asyiklah 'merayu' kat abah tolong carikkan link then tolong downloadkan sekali. 

Ummi: Abah, Adam Mukhriz please. (dah tak sebut nama cerita, terus mention nama hero je kihkih)
Abah: hmmm..yelah. Whatever.  -> malas nak layan

Tapi la ni, dah berlambak orang upload kat You Tube or Dailymotion. Semua orang pun dah terkena 'virus Adam Hawa' agaknya. So abah boleh main jauh2 aku tak perlu servismu lagi hahahaha.

Ummi tak baca novel dia. So makinlah tambah 'meroyan' ngadap citer ni sebab nak tahu jalan cerita - macam ala2 saspens gitu. Cerita ni ada 80 episod. As of semalam dah sampai episod 52. Dijangka kemeroyanan ummi ni akan berakhir pada bulan January 2013 dengan berakhirnya cerita tersebut.

Untuk sesapa yang tak pernah tengok, cerita Adam Hawa ni punyalah jiwang. Fefeeling romantik tengok cerita ni dari mula sampai abis. Lagi2 episod malam semalam. Siap tekup muka depan skrin sebab tak tahan tengok muka Haron Ajis. Terasa renungan mata Haron Ajis tu menusuk ke kalbu - straight to my heart gitu! Hadoooiiii...tak cukup oksigen...tak cukup oksigen..hahaha over le sangat!
Hai 'abang' Aron!!!
Kat atas tu gambar hero & heroin cerita Adam Hawa. Sangat superb lakonan diorang. Bila ada je scene diorang berdua ni, terus ummi senyum meleret tersipu2. Takde motif langsung!

Oklah nak balik kerja dah ni. Selamat berhujung minggu semua! Tak sabar nak tunggu Isnin depan sambung tengok cerita Adam Hawa. Sambil tu, biar ummi cerita meleret2 kat abah pasal Adam Mukhriz - biar berdarah telinga dia kahkahkah.



Thursday, November 22, 2012

Penangan Musang King

0 comments
Ummi dengan abah hantu durian. Tiap kali musim durian, 80% topik perbualan kitorang laki bini pasal durian je memanjang. Macam over je kan statement tu hahaha. Selama ni kitorang makan durian kampung yang longgok2 tepi jalan je. Paling canggih pun up sikit jadi udang merah atau D24. Tapi 2,3 menjak ni dah 'naik pangkat'. Dah tak heran dengan D24. Durian longgok lagilah sedih, pandang pun tidak. Memang berlagak gila. Sebabnya sekarang ummi dengan abah dah beralih ke Musang King pulak. Kalau dalam keluarga durian, kira Musang King ni yang paling tinggi le tahapnya. Dan kalau tengok harga, jenis Musang King ni lah yang paling merabakkan poket.

Musim yang lepas, sekilo RM25-RM30. So kalau beli sebiji je senang2 boleh cecah RM70. Menggigil tangan bila nak bayar. Tapi bila dah rasa...pergh tak terkata. Isinya kuning, tebal, biji kecik2, manis cum pahit2 sikit. HEAVEN!

Yang lagi heaven, musim durian kali ni harganya dah turun! Ada satu kedai depan Carefour Kepong tu jual sekilo RM10 je. Tapi kitorang takut tak original so beli kat kedai yang biasa beli, sekilo RM16. Itupun mulanya macam tak percaya siap tanya dua kali. Sebab murah, beli sampai 2 biji. Hambik kau. Baru makan seulas abah dah kata pening kepala. Penangan Musang King!
Ummi kalau beli musang king memang suruh orang kedai tu kopek siap2 masuk dalam bekas
Dan kerana penangan Musang King jugaklah, wiken ni Cikyah nak datang rumah kitorang sebab katanya kat Tronoh takde jual. 

So pada sesapa yang nak merasa Musang King tu, meh le datang Kepong. Bukanlah ummi nak belanja, ummi boleh tunjuk jalan nak pegi gerainya je hihihi.





Saturday, November 17, 2012

Transformer In The House

0 comments
Eh bukan...ni ummi bukan nak cerita pasal filem Transformer. Ummi tak tengok pun cerita tu walaupun dah banyak kali tayang kat TV. Sapa berlakon pun ummi tak ambik tahu. Well, ummi memang tak layan cerita ganas ummi layan cerita romance je kihkih. Tapi ni nak cerita pasal transformer lain.

Tablet ASUS Transformer TF101

Alkisahnya duit raya Aiza tahun ni ada baki lagi beberapa ratus lepas masukkan dalam bank. Plan asalnya ummi dengan abah nak belikan dia basikal baru masa birthday dia bulan 10 lepas. Punyalah kitorang eksaited tunjukkan dia macam2 jenis basikal kat Tesco dengan kat Giant. Tapi dia buat dono je. Ada harapan nak mewarisi bakat ummi tak reti naik basikal ni nampak gayanya!

So sebagai gantinya, abah topap duit tu dan belikan dia tablet. Memang dah lama berangan nak ada tablet tapi konon2nya nak tunggu menang contest. Tapi tengok2 tak menang pun. Dari IPAD sekaranag dah tukar jadi IPAD2, dari Galaxy Tab sekarang dah tukar jadi Galaxy Tab2. Pasrah! Beli jelah.

Ni le dia rupa tablet Asus Transformer TF101. Saiz 10 inci. Market price sekarang around RM1400. Masa mula2 launch dulu harganya around RM1800. Tapi masa kitorang beli hari tu, kebetulan kedai All IT Hypermart (ada satu outlet kat Digital Mall PJ) tengah buat promosi. Dia jual tablet ni dengan harga RM899 je. Murah tak hengat dunia kan? In fact dalam waktu yang sama kedai ni jual IPAD2 harga RM999 je. Tapi abah tak berapa favour nak beli IPAD sebab katanya tak compatible dengan banyak benda. So nilah pilihan kami.

Datang sekali dengan aksesori cover yang boleh dijadikan stand.
Dari segi specifications, ummi memang puas hati. Ada kamera depan belakang, design pun cantik. Mula2 dulu skeptikal jugak dengan brand Asus ni. Sebab dulu Ceklon or Bella pernah beli laptop brand Asus, pakai tak sampai sebulan dah kong-king-kong. Tapi abah kata sekarang Asus dah improved. In fact tablet keluaran Google - Nexus 7 tu pun Asus yang buat. So oklah kot. 

Dan yang paling best, tablet ni boleh convert jadi netbook jugak! Dia datang sekali in one package dengan detachable keyboard. So kalau nak mudah menaip, sambung je keyboardnya. So 2-in-1 le kiranya. Tablet cum netbook. Sangat berbaloi.
Dah bertukar jadi netbook

Rupa sebenar bila sambung kat keyboard
Sejak ada tablet ni, risau jugak kot2 Aiza addicted main game. Tapi so far semuanya terkawal lagi. Kalau main game pun dia nak abah main sama2. Most of the time dia guna tablet ni layan youtube cerita Mr Bean le, Pocoyo le etc.

Kalau bukan Aiza yang guna, mamat ni pulak konker.

Macam le tahu guna, padahal duk ketuk2 je

Kalau tak pun, abah guna tablet ni layan game kereta racing dia.

Ummi tengok dari jauh je takde can nak guna. Sob...sob...

Siaplah semua orang, nanti ummi beli tablet sendiri - sorang pun tak boleh pegang!



Friday, November 16, 2012

IEEP 2012

0 comments
UIA tiap2 tahun anjurkan Islamic Enhancement and Evaluation Programme (IEEP) untuk both academic dan non-academic staff. Tapi biasanya UIA buat asing2. Semua staff WAJIB pergi tak kisahlah dia buat kat mana pun. Time IEEP biasanya ada ceramah, team building, workshop, community service, appreciation night etc. IEEP tahun ni buat 3 hari 2 malam kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Maka berbondong2lah kami staff UIA angkut anak, bini, laki, mak, ayah semua kaum kerabat pegi Bukit Merah. Sambil dengar ceramah, sambil kita buat family vacation hihihi.

Sepanjang 5 tahun ummi kerja UIA, dah 2 kali ummi missed IEEP. Sekali tu sebab maternity leave bersalinkan Aiza. Sekali lagi tu sebab baru je naik kerja lepas bersalinkan Asyraf. Kali ni ummi tak boleh missed. Sebabnya tak bersalinkan sesapa kihkihkih. 

Dan IEEP kali ni adalah IEEP paling best pernah ummi attend. Sebabnya tahun ni ummi dapat 5-years Service Award! Wah tak sangka pejam celik dah 5 tahun ngajar kat UIA. 2 minggu sebelum tu dah dapat email bagitau senarai nama yang bakal dapat Service Award. Bila nampak nama sendiri, terus berangan nak pakai baju apa hahaha. Melaram tak sudah2. Siap bawak iron pegi Bukit Merah sebab nak gosok baju cantik2 nak naik pentas. Padahal tahun2 sebelum ni pakai baju keronyok je attend appreciation night. Siap praktis depan cermin senyum simpul sambil tangan hulur ke depan ala-ala tengah ambik hadiah hahaha.

Dan tahun ni ummi dapat banyak hadiah (perangai kaki contest terbawak2 sampai IEEP kihkih). Mula2 masa talk hari tu nama ummi naik time lucky draw. So dapatlah jam dinding cantik dah gantung pun kat opis. Masa join treasure hunt kat Bukit Merah, team ummi dapat 1st place. Selain dari dapat hamper besar gedabak, setiap team member dapat hadiah purse/wallet! SUUUUUKA SANGAT! Macam tahu2 je purse ummi dah koyak.
Lepas tu kan korang, masa appreciation night kan....selain dapat 5-years service award kan.....ummi dapat satu lagi award. Inilah award paling prestigious pernah ummi dapat sepanjang kerjaya ummi jadi lecturer ni. Nak tau award apa? Jeng...jeng...jeng...

Ni dia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Terharunya masa dapat award ni rasa nak nangis pun ada! Tapi tak comellah dah pakai cantik2 tiba2 meraung atas pentas kan? So senyum meleret jelah.

Well, mengajar kan dah jadi sebahagian dari intipati hidup ummi. So bila dapat award ni, tak boleh describe dia punya feeling. Macam menang contest grand prize gitu kihkihkih.

Dan kerana hadiah yang satu ni, ummi nak paksa ajak abah pegi IKEA beli rak kaca. Saje nak tayang depan abah biar dia rasa terbakar sikit! Mode riak bermaharajalela.



Wednesday, November 7, 2012

Rezeki Contest -Syahirah, KFC Voucher, Phillips DVD, Occubite, Dutch Lady

3 comments
#Cosmo/Syahirah

Menang hamper barangan Syahirah dari majalah Cosmopolitan bulan September. Ummi redeem hadiah ni minggu lepas kat pejabat MTouche. Dapat satu beg plastik penuh dengan segala macam barang. Ada krim muka untuk siang, malam pagi petang, krim pencerah, pencuci muka, losyen, bedak, deodoran, perfume, lipstik etc. Even ubat jerawat pun ada! Suuuuka sangat! Rasa berbaloi travel jauh2 redah jem bila dapat hadiah punyalah banyak pakai setahun pun belum tentu habis. Tapi ummi dah plan sebahagian dari hadiah tu nak 'recycle' jadikan hadiah bday Wak Ani lagi 2 bulan. Hahaha cheapskate!

#Dutch Lady/Voucher KFC

Actually ni bukan hadiah menang contest, tapi dapat voucher KFC sebab redeem barcode susu Dutch Lady. Aiza dengan Asyraf dua2 minum susu ni. So on average tiap bulan 5 pek susu habis (kat rumah dan kat nursery). Yang bestnya barcode pek susu ni boleh collect points dan redeem macam2 hadiah (toys, voucher etc). Untuk kali ni ummi redeem RM30 voucher KFC.

#Carnation/Phillips DVD Player

Menang Phillips DVD player worth RM169 dari contest Carnation. Ummi hantar 2 entries; satu nama ummi satu nama abah. AS USUAL nama abah yang sangkut (why ah???). Minggu lepas baru fax semua details kat organizer. So sekarang tgh tunggu pihak kurier hantar. Honestly, kitorang pun taktau nak buat apa DVD player ni. Sebabnya sekarang dah tak pernah beli DVD. Semua cerita pun download saje dari internet. Tapi apapun, syukur alhamdulillah!

#Occubite/Cleo
Pic from Occubite website
Menang voucher Occubite's muffin dari majalah Cleo. Ummi menang 2 voucher (satu nama ummi satu lagi nama abah). Satu voucher boleh redeem 6 pieces. So total boleh redeem sedozen muffin. Suuuuka sangat (ummi kalau menang contest dapat makanan memang super excited! hahaha). Tengok kat gambar pun macam nampak sedap. Macam2 perisa ada. Nama muffin pun catchy. Ada Banana Pajamas, Katy Berri, Megan Floss etc. Tak sabar tak sabar tak sabar....

#Lucky Draw/IEEP
Aiza tolong bukakkan hadiah ummi

Cantik kan?

Ha yang ni pun bukan menang contest, tapi menang lucky draw masa talk IEEP semalam. Tak sangka nama naik. Ummi dapat jam dinding yang cantik. Dah plan nak gantung kat opis.

Masa talk semalam, speaker jemputan ialah Prof. Dr Harlina Haliza Siraj, pakar O&G dari UKM yang jugak penceramah bebas. Semalam dia cakap pasal "Teaching With A Soul". MasyaAllah speech dia saaaaaaaaaaaaaangat menarik. Terkesan dalam jiwa ummi. Terus muhasabah diri bila kita jadi lecturer ni, peranan kita bukan setakat mengajar tapi lebih dari tu. The way she presented her speech tu sangat-sangat-sangat engaging. No wonder dia jadi one of the top penceramah kat Malaysia ni. So semalam bila ummi menang lucky draw, dia yang tukang bagi hadiah. Menang lucky draw - dapat salam dengan Dr.Harlina - double keriangan!

#Kenali Potensi Si Manja/Dutch Lady

Semalam petang ada orang Dutch Lady call bagitau ummi menang hadiah harian untuk Peraduan Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady. Hadiahnya set permainan worth RM250. Contest ni still running sampai hujung bulan ni. Hadiah utama cash RM150K! Hadiah yang lain pun menarik jugak. Dan yang bestnya, ada hadiah harian untuk 10 pemenang. So bayangkan contest ni running untuk 2 bulan = 60 hari = 60x10 pemenang. Peluang nak dapat hadiah harian tu rasanya cerah. Dan kepada sesapa yang dah menang hadiah harian, still ada peluang untuk menang hadiah utama. Caranya senang, cuma isi form dan attach barcode susu Dutch Lady. Kepada sesapa yang ahli Dutch Lady Mom's Club, siap boleh collect points yang kemudian boleh redeem macam2 hadiah (macam ummi redeem voucher KFC RM30 tu).
Lepas tu pagi ni abah call dari Kelantan bagitau yg orang Dutch Lady pun call dia jugak. So kami menang 2 set mainan - one for Aiza, one for Asyraf. Alhamdulillah.



Tuesday, November 6, 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Opis Ummi

0 comments
Sekarang ni kat UIA students tgh cuti. Jadi kebanyakan lecturer pun ambik kesempatan abiskan cuti tahun. Malangnya ummi tak boleh nak cuti sebab kena attend BOE meeting atau kalau kat tempat lain diorang panggil senate meeting. Hari ni pulak ada talk IEEP sepanjang hari. So Aiza dgn Asyraf pun kena pergi nursery mcm biasa. Kesian kat diorang kat nursery tak ramai kawan. Untuk mengurangkan 'rasa bersalah', semalam ummi ambik diorang awal dan bawak ke ofis sementara tunggu Cikta sampai.

Bila dah kat opis ummi, apa lagi! Buat macam opis sendiri. 5 minit je tonggang terbalik opis ummi dibuatnya.
Mula2 ampai terus main gam. Abis melekit satu meja.

Sementara kakak main gam, adik sepahkan bahagian bawah. Berjemaah menyepahkan bilik ummi.

Penat main game, main 'teacher-teacher' pulak :)

Dalam otak dia duk pikir "mana lagi aku nak sepahkan lepas ni"
Ni tak tunjuk lagi keadaan rumah. Memang nauzubillah. Tapi bila dipikir2 balik, main a.k.a sepahkan rumah adalah salah satu cara budak2 serlahkan kreativiti dia (ayat nak sedapkan hati). So sabar jelah.



Monday, November 5, 2012

Home Alone

2 comments
Abah ada kursus di HUSM Kubang Kerian selama 3 hari dari hari ni sampai Rabu. So sepanjang tempoh tu ummi, Aiza dgn Asyraf akan hidup nomad pindah randah. Sebabnya ummi dah lama tak drive. The thought nak kena drive kereta Alza dengan 2 orang budak yang tidak ditrain untuk duduk dalam car seat terasa macam mencabar jugak. Sudahnya, malam tadi ummi tidur rumah Cikta. Pagi ni pegi kerja Cikta hantar. Ni petang ni sama ada Cikta atau Ciwan yang akan ambik. Hari ni kami balik Kepong tapi esok taktau lagi. Mungkin balik Kepong, atau mungkin balik Puchong. Tak kisahlah asal bukan tidur di ofis.

Aiza pagi tadi dah melalak cari abah. Padahal kalau abah kat depan mata, asyik bergaduh je kerjanya (eh macam cakap pasal diri sendiri pulak haha). Sejak kawin, kitorang jarang pisah2. Kalau abah kursus, ummi mesti ikut. Kalau ummi kursus, mesti abah KENA PAKSA ikut. Tapi kali ni abah pergi Kelantan ummi tak boleh ikut sebab ada BOE meeting dan IEEP talk. 

Tapi ummi cakap ni bukan bermakna ummi dah rindu kat abah. Siap dah plan malam ni sempena ketiadaan abah, ummi nak order Dominos Pizza hahahahaha. Yabedabedu! Selebret le konon2nya. Entah apa yang nak diselebret ummi pun taktau!


Sunday, November 4, 2012

Pembantu Rumah

0 comments
Ummi dah ada pembantu rumah! Bukan dari Indon. Bukan dari Myanmar. Bukan jugak dari Filipina. Orang Malaysia je. Lelaki, ensem pulak tu! Ni ha dia orangnya:
Asyraf si kenit
Sekarang ni pantang pegi mana-mana, ada je si kenit ni yang mengikut. Kalau dulu dia siap melalak berlari dan peluk kaki ummi tak kasi ummi buat kerja. Tapi sekarang ni dia relax je. Sebabnya, dia pun dah pandai 'buat kerja' a.k.a menyepahkan rumah. 


Lepas tu sekarang dia ada habit suka angkut barang2 dari toilet, bilik or dapur ke merata tempat. Habis semua dipunggahnya. Jangan terkejutlah pada sesapa yang datang rumah ummi then tiba2 nampak sudu garfu kat celah sofa, atau berus gigi kat bawah meja, atau minyak rambut kat tempat kasut....semua itu NORMAL kalau kat rumah ummi -hasil usaha pembantu rumah tak bergaji. Sigh.


Thursday, November 1, 2012

Updates

0 comments
Omaigod lamanya ummi tak update blog! Dekat setengah bulan. Kesian kat follower2 blog ni (cehh perasan...padahal abah sorang je peminat fanatik hari2 rayu ummi suh update blog). Hari2 dia duk refresh nampak posting yang sama je. Kesiaaaaaaaaaaan sangat kat abah kan?

Alkisahnya ummi sibuk. Sejak pindah sebelah bilik boss ni, rasa macam takleh bernafas. Banyak betul tanggungjawabnya. Kadang2 tu kerja ummi dah siap tapi terpaksa monitor kerja orang lain pulak. Well, what to do?? Sekarang ni je macam relax sikit. Exam paper dah abis tanda. Minggu depan ni masuk meeting. Tapi lepas tu ummi ada kursus kat Bukit Merah. Sigh!

Dan dalam tempoh setengah bulan ni banyak sungguh dugaanya especially tang kesihatan anak2. Asyraf demam sebab tumbuh gigi serentak kiri-kanan-atas-bawah. Baik dari demam, cirit birit plak. Then sambung demam lagi sekali. Belum sempat Asyraf sihat, abah dengan ummi pulak demam. And last weekend Aiza join sekali. Ha, tu barulah betul sakit secara berjemaah. Sekarang ni barulah semua orang macam nak sihat sikit. Asyraf bila dah sihat - kuat makan kau! Dah le gigi dah banyak. Asyik nak mengunyah je kerjanya. Lepas makan nasi dia makan roti. Lepas tu melantak biskut. Kang kejap lagi bukak peti ais carik calci-yum. Nampak abah makan megi dia nak jugak! Tapi badan cekudut macam tu jugak. Tapi tak kesahlah yang penting dia sihat and hepi.

Ummi ada banyak lagi nak cerita. Tapi slow2 dulu. Esok insyaAllah ummi update pasal yang paling orang suka baca - rezeki contest. Nak balik rumah kumpul bukti gambar dulu baru syok berblogging. Ok bye!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez