Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, November 16, 2012

IEEP 2012


UIA tiap2 tahun anjurkan Islamic Enhancement and Evaluation Programme (IEEP) untuk both academic dan non-academic staff. Tapi biasanya UIA buat asing2. Semua staff WAJIB pergi tak kisahlah dia buat kat mana pun. Time IEEP biasanya ada ceramah, team building, workshop, community service, appreciation night etc. IEEP tahun ni buat 3 hari 2 malam kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Maka berbondong2lah kami staff UIA angkut anak, bini, laki, mak, ayah semua kaum kerabat pegi Bukit Merah. Sambil dengar ceramah, sambil kita buat family vacation hihihi.

Sepanjang 5 tahun ummi kerja UIA, dah 2 kali ummi missed IEEP. Sekali tu sebab maternity leave bersalinkan Aiza. Sekali lagi tu sebab baru je naik kerja lepas bersalinkan Asyraf. Kali ni ummi tak boleh missed. Sebabnya tak bersalinkan sesapa kihkihkih. 

Dan IEEP kali ni adalah IEEP paling best pernah ummi attend. Sebabnya tahun ni ummi dapat 5-years Service Award! Wah tak sangka pejam celik dah 5 tahun ngajar kat UIA. 2 minggu sebelum tu dah dapat email bagitau senarai nama yang bakal dapat Service Award. Bila nampak nama sendiri, terus berangan nak pakai baju apa hahaha. Melaram tak sudah2. Siap bawak iron pegi Bukit Merah sebab nak gosok baju cantik2 nak naik pentas. Padahal tahun2 sebelum ni pakai baju keronyok je attend appreciation night. Siap praktis depan cermin senyum simpul sambil tangan hulur ke depan ala-ala tengah ambik hadiah hahaha.

Dan tahun ni ummi dapat banyak hadiah (perangai kaki contest terbawak2 sampai IEEP kihkih). Mula2 masa talk hari tu nama ummi naik time lucky draw. So dapatlah jam dinding cantik dah gantung pun kat opis. Masa join treasure hunt kat Bukit Merah, team ummi dapat 1st place. Selain dari dapat hamper besar gedabak, setiap team member dapat hadiah purse/wallet! SUUUUUKA SANGAT! Macam tahu2 je purse ummi dah koyak.
Lepas tu kan korang, masa appreciation night kan....selain dapat 5-years service award kan.....ummi dapat satu lagi award. Inilah award paling prestigious pernah ummi dapat sepanjang kerjaya ummi jadi lecturer ni. Nak tau award apa? Jeng...jeng...jeng...

Ni dia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Terharunya masa dapat award ni rasa nak nangis pun ada! Tapi tak comellah dah pakai cantik2 tiba2 meraung atas pentas kan? So senyum meleret jelah.

Well, mengajar kan dah jadi sebahagian dari intipati hidup ummi. So bila dapat award ni, tak boleh describe dia punya feeling. Macam menang contest grand prize gitu kihkihkih.

Dan kerana hadiah yang satu ni, ummi nak paksa ajak abah pegi IKEA beli rak kaca. Saje nak tayang depan abah biar dia rasa terbakar sikit! Mode riak bermaharajalela.



0 comments on "IEEP 2012"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez