Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, January 31, 2013

The Much-Awaited Call


Last week, ummi dapat call yang dah lama ditunggu-tunggu. Dari Klinik Gigi UKM! Tamatlah kini penantian nak buat crowning gigi. Person-in-charge yang call ummi namanya Puan Liza. Perkhidmatannya sangatlah superb! Minggu lepas dia call set appointment untuk ummi. Pagi ni pukul 9 dia call lagi just nak remind tentang appointment hari ni. Wow, tak perlu set reminder kat handphone sebab dah ada Puan Liza. Ummi tak ambik annual leave sebab pagi ni ada kelas macam biasa. Tapi dah bagitahu boss yang petang nanti ummi akan 'hilang' lebeh kurang 2 jam sebab ada dental appointment. 

Malam tadi sempat belek2 gigi depan cermin. Sebelum kena bebel dengan dentist, baik bebel kat diri sendiri dulu. Insaf hokeh! Gigi tak terjaga. Penuh kesan tampalan sana sini. Nyesal sebab dulu kecik2 selalu tak dengar cakap nyai suruh jaga gigi. Gosok gigi pun ala kadar i.e gosok depan je dengan alasan kalau senyum orang cuma nampak gigi depan. So gigi yang lain takyah susah2 nak gosok sebab bukan ada orang perasan pun. Hahaha apa punya mentaliti kan?

Hah sekarang bila dah jadi mak, baru tahu macam mana tensennya bila anak kita taknak gosok gigi. Kalau Aiza OK lagi dia memang rajin gosok gigi. Tapi kalau Asyraf, ummi bagi berus gigi then dia akan jadikan berus tu ala2 sudu buat kacau air dalam baldi. Sigh.

Sekarang ni ummi tengah pikir cara nak tingkatkan kalsium dalam badan. Minum susu memang ummi tak favour. Yogurt pulak macam dah tak lalu kat tekak. Makan aiskrim bunyinya macam menarik kan? Tapi kalau ikut fatwa ummi, kena beli aiskrim mahal baru menjadi. Kalau setakat Walls atau Nestle, jawabnya terperuk je dalam freezer. Kalau Baskin Robbins atau Haagen Dazz baru laju kot hahaha. Eleh, alasan le tu nak pow duit abah! Ok bye




p/s Untuk yang tertanya2 kenapa ummi dah lama tak update blog (ceh, bajet macam artis ada yang menunggu perkembangan setiap hari!), well selain dari hilang momentum untuk menulis, sebenarnya ummi tengah adjust dengan life schedule yang baru. Yelah kan, dah tiga bulan tak ngajar datang kerja goyang kaki then ni tiba2 kelas start pukul 9 abis pukul 5 - rasa nak nangis hokeh!


2 comments on "The Much-Awaited Call"

AyuArjuna BiGoshh on January 31, 2013 at 11:45 AM said...

wa akak lagi rs nak menanges...huhu

ummi aiza on February 1, 2013 at 11:51 AM said...

Hari ni,hari JUMAAT- di saat semua orang balik awal, saya ada kelas sampai pukul 5! Ni bukan tahap nanges je ni,tapi dah tahap melalak!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez