Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, February 28, 2013

Projek Masak-Masak : Kuih Seri Muka


Sekarang ni setiap weekend ummi akan khususkan satu hari untuk acara masak-masak. So last weekend ummi buat kuih seri muka : antara kuih feveret abah. Tapi dia tak panggil kuih ni kuih seri muka; dia panggil kuih PAS sebab kaler dia hijau putih. Kalau dalam famili ummi panggil kuih ni kuih puteri salat.

Projek bermula seawal pukul 12 tengahari dimulakan dengan sessi google resepi hahaha. By pukul 2.30 petang kuih dah siap masak. Resepinya senang je. Boleh cuba kalau berminat.

Bahan-bahan A

Pulut secawan (rendam selama 30 minit)
Santan secawan
Garam secubit
Setengah sudu minyak masak

Bahan-bahan B

Telur 2 biji
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard (kalau takde tepung kastard boleh guna tepung beras)
1/2 cawan air pandan
1 cawan santan

Cara-cara:

Campurkan semua bahan A dalam loyang. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, tekan-tekan sampai padat.
Blend bahan B sampai sebati. Tapis dan kemudian tuang atas pulut yang dah masak. Kukus lagi selama 20 minit.

Ni hasil yang ummi dapat:
'Lopak-lopak putih' tu disebabkan air dari kukusan menitis atas kuih. So kalau nak cantik, maybe boleh bungkus loyang guna alumunium foil

Imej selepas sejam.
Sedia nak bagi kat Pakcik Sani jiran sebelah rumah. Nak makan berdua je dengan abah rasa macam tak larat
Sebagai tanda masuk bakul angkat sendiri, ini testimonial dari ummi:

"Pada pendapat saya, walaupun rupa kuih ini tak berapa cantik tapi rasanya sedap. Bau daun pandan tu harum semerbak satu taman boleh tahu saya masak kuih seri muka. Cuma diorang malu je nak mintak kat saya. Terbuktilah kini saya sememangnya pandai masak kuih tradisional mahupun kuih moden. Sekian harap maklum"

p/s Kepada sesapa yg nak mencuba, jangan terkejut masa mula-mula kuih ni masak. Bahagian atas tu akan kembang dan berbuih sikit. Jangan nangis. Bila dah sejuk, kuih ni nampak ok je sebenarnya.

2 comments on "Projek Masak-Masak : Kuih Seri Muka"

dhr on February 28, 2013 at 8:33 PM said...

shidah, tepung kastard bkn jaadi kaler kuning ke bile bancuh? boleh ganti dengan tepun jagung x kalau tepung beras & tepung kastard xde?

ummi aiza on March 1, 2013 at 1:42 PM said...

surprisingly kaler dia ok je. kalau takde tepung jagung, belasah jelah kasi tepung apapun. sendiri masak, sendiri yang ngap! hahaha

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez