Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, April 18, 2013

Hati Menangis Bila....


Bukan setakat menangis
Malah rasa nak meraung
Bila terpandangkan ini:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Baju tak berlipat. Ini baru separuh. Separuh lagi masih kat ampaian!

Baju mengalahkan tinggi gunung Everest! Selalunya aktiviti lipat baju dibuat waktu weekend. Tapi sebab dah 3 weekends berturut-turut takde kat rumah, inilah hasilnya. Punyalah banyak sampai rasanya boleh mendatangkan kecederaan kalau terkena runtuhan baju. Dalam banyak2 kerja rumah, lipat bajulah kerja yang paling 'rajin' sekali nak buat. Kalau le dalam dunia ni ada orang cipta mesin lipat baju, ummilah orang pertama yang akan beli. Siap kadang2 tu cakap dalam hati "takpe ummi, kau lipat dulu baju tu. Slow2 pun takpe.Kalau dah siap nanti boleh reward diri sendiri makan aiskrim potong perisa kacang merah dalam peti ais". Dan kerana aiskrim potong perisa kacang merah dah abis, makinlah memburukkan keadaan huarggghh! Tak termotivate langsung nak lipat baju.

Dan pagi ni bila nak keluar pergi kerja, hati menangis lagi tengok ini pulak:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Laman rumah dah jadi macam hutan! Rumput panjang dah dekat 4 bulan rasanya tak potong. Pokok bunga tak terjaga. Daun kering dari pokok betik pun dah bersepah kat tanah. Kucing pun nampaknya dah makin kurang berkunjung. Sure diorang tahu, kalau main depan rumah ummi ada kemungkinan boleh sesat kat celah2 rumput!


1 comments on "Hati Menangis Bila...."

azlie on April 18, 2013 at 1:44 PM said...

eh jgn lupa siram pokok betik dgn pokok mahal dkt luar, in case x hujan

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez