Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, April 19, 2013

Home Alone: Abah Ke Korea


Malam tadi abah bertolak ke Korea. Dia ada conference sampai hari Ahad. So hari ni ummi pergi kerja dengan CikWan. Tak yakin rasanya nak drive Alza dengan dua orang budak tak tak reti nak duduk diam. Lagipun dah lama sungguh ummi meninggalkan sukan permotoran tak drive, hilang semua skills yang ada. Petang ni pun balik kerja dengan CikWan jugak. Redha jelah CikWan ambik pukul berapa. Tapi awal2 lagi CikWan dah warning "kita maybe lambat tau!" huhuhu. Berkampung kat opislah jawabnya sampai maghrib.

Actually sebelum ke Korea abah ada ajak kitorang join sama. Tiket abah pergi balik plus duit penginapan semua CUCMS tanggung. So tinggal nak keluar duit belanja tiket ummi, Aiza dan Asyraf je. Tapinya ummi dilanda penyakit MALAS. Semua benda pun rasa malas nak buat. Bayangkan, ada satu pagi tu, lepas sembayang subuh nak bangun bukak telekung pun malas. Akhirnya lepas baca doa, terus terbongkang atas sejadah dekat nak sejam dengan mata terkebil2. Inilah penangan MALAS.

Harapnya penyakit malas ni tak berterusan. Ada banyak aktiviti ummi plan nak buat hujung minggu ni terutama melibatkan hal kemas mengemas, dobi mendobi, iron mengiron etc! Mungkin perlu bagi self-reward untuk motivate diri sendiri. Eleh, sikit sikit nak upah!


0 comments on "Home Alone: Abah Ke Korea"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez