Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, April 24, 2013

Rezeki Contest: Bigen Prominous, Skinz, Guardian Voucher, Tupperware Product


Rezeki contest untuk bulan April 2013. Alhamdulillah.

# Eh: Skinz

Menang atas nama abah. Ummi suka kalau dapat stok2 barangan kecantikan macam ni. Setakat ni memang dah lama tak beli pencuci muka, scrub or toner. Semuanya guna je dari mana-mana barang kecantikan menang dari contest. Ala, setakat nak tenyeh kat muka abah, gunalah apa-apa brand pun takpe. Tetap gitu jugak muka dia kihkihkih. Ada sebahagiannya dah selamat disedekahkan pada CikTa dan CikYah jugak.

Tempat nak redeem hadiah pun dekat je dengan ofis. Kat BluInc Seksyen 13 PJ. So balik kerja boleh singgah. Yang kelakarnya pakgad kat BluInc tu siap dah cam muka ummi. Dah beberapa kali terserempak dengan dia dan setiap kali jumpa dia akan cakap "jumpa lagi bulan depan". Mudah2an masin mulut pakgad Bangla tu ada rezeki ummi nak menang contest BluInc selalu.

# HerWorld: Bigen Prominous

Bigen Prominous ni jenama pewarna rambut. Dapat 6 kotak beserta pen, notepad dan coin holder yang cute. Sebab kitorang tak guna, so dah selamat dibagi pada 'yang lebih memerlukan' Menang atas nama abah lagi. Walaupun rezeki tu Allah tentukan dan takde kaitan dengan 'ong', tapi tiap kali guna nama abah mesti senang nak lekat hadiah. Abah dah start 'bising2' sebab guna nama dia tapi menang barangan pompuan. Dari majalah HERWorld lagi. Macam tak macho le kononnya. Ummi saje perli dia dan kata "ummi nak guna nama abah try masuk contest yg dapat hadiah tuala wanita or women's lingerie. Kot kalau nama abah jugak yang dapat, ummi tabik spring"! kahkahkah

# Beauty Surprise Contest with Guardian Pharmacy: RM300 Voucher

Dah lama ummi join contest ni-hujung tahun lepas rasanya. Baru sekarang result diumumkan. Alhamdulillah terpilih antara 60 pemenang saguhati (grand prize winner menang percutian ke oversea). Hadiahnya buat ummi suka dan senyum meleret sepanjang hari - voucher Guardian RM300. Banyak tu! Setakat ni baru redeem seratus.

#Bella NTV7: Tupperware

My 3rd winning from Bella. Tak perlu POP cuma jawab soalan dan buat slogan (in English). Hantar jawapan pun thru email saje. Hadiahnya sangat marvelous! Rasa macam nak tidur peluk tupperware. Taktau value semua sekali ni berapa harganya. Tapi rasanya cecah ratus2 jugak. Ummi tengok kat katalog, 2 biji eco bottle tu je dah dekat RM50. Yang botol air sporty sikit tu harganya dekat RM40.

Actually ada satu lagi hadiah menang dari majalah Cleo. Barangan kosmetik Mary Kay. Tapi sebab tempat nak redeem hadiah punyalah jauh (Menara Citibank, KL), ditambah pulak kelas pun banyak, nak cuti pun payah, so akhirnya hadiah tu burn macam tu je. Huhuhu sedeh. Sorry ye Cleo. Jangan serik nak pilih saya sebagai pemenang. Lepas ni insyaAllah kalau menang, sayalah orang pertama yang akan redeem hadiah.


0 comments on "Rezeki Contest: Bigen Prominous, Skinz, Guardian Voucher, Tupperware Product"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez