Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, September 20, 2013

Barang Baby Part II: Fisher Price Rocker


Ummi memang tak pernah beli rocker atau bouncer untuk anak2 sebelum ni. Masa Aiza dengan Asyraf kecik2 dulu, diorang tido dalam buai. To be exact, buai elektrik. So cuma tekan suis, setkan speed then pandailah buai tu ayun sendiri. Banyak jasanya buai elektrik yang ada kat rumah tu. Bila Asyraf dah umur setahun lebih, motor buai dah mula rosak. Spring buai pun dah hilang elasticity.Yelah sebab dah bertahun guna sejak dari zaman Aiza. Ummi pun pack buai tu letak kat bilik store. Maka berakhirlah riwayat "Aku sebuah buai elektrik". Boleh buat macam karangan sekolah rendah!

So ni bila dah nak dapat anak ke-3, mulalah plan nak beli motor buai yang baru. Tapi pikir punya pikir, harga motor buai pun bukannya murah. Satu motor harganya RM100++. Pulak tu kalau guna buai, tak berapa mobile. Nak hangkut ke sana sini leceh. So ummi tukar plan beli rocker pulak. Kebetulan Si Sarah opismate ummi yang sama2 pregnant baru je beli Fisher Price Rocker (sekarang memang Sarah jadi partner-in-crime ummi shopping barang online habiskan duit hahaha). Banyak jugak online shop yang jual rocker ni. So gugel punya gugel, jumpa satu website ni yang tengah buat promosi. Harganya RM170 including postage. Sesiapa berminat boleh tengok kat SS Baby Store. Considered saaaaaaaaaaaangat berbaloi berbanding beli kat luar. Harga retail kalau beli kat Jusco/Parkson lebeh kurang RM300++.
Servis sangat bagus. Skynet dtg opis subuh2 ummi pun tak sampai lagi time tu.

Fisher Price Rocker ni ada 2 kaler. Satu biru satu hijau. Harga sama je. Dua2 ada hanging toys dan boleh vibrate (battery operated). Ummi pilih yang hijau sebab ummi rasa yang hijau tu lagi cantik. Bila dah beli, baru tahu rupanya hijau dengan biru ada beza. Yang hijau takde muzik! Redha jelah. Muziknya nanti biar datang dari mulut ummi sendiri. Cakap je nak lagu apa, semua ummi boleh nyanyi ala2 jukebox hahaha.
Tak sempat nak tunggu baby ke-3 ni lahir, Fisher Price Rocker ni terlebeh dulu dirasmikan oleh Si Asyraf. Nasib baiklah rocker ni boleh tampung berat sampai 18kg. Boleh kata hampir setiap malam dia tido dalam rocker ni. Bila dah lena, baru ummi angkat dia tido sebelah ummi. So maknanya, rocker ni dah mula berjasa pada ummi. Thank u sooooo much!


0 comments on "Barang Baby Part II: Fisher Price Rocker"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez