Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, September 25, 2013

Barang Baby Part III: Spectra 3 Breast Pump


Masa bersalinkan Aiza 5 tahun lepas, ummi ada beli breast pump brand Tollyjoy. Sebab breast pump tu battery-operated, so memang sangat convinient sebab boleh angkut sana sini. Sizenya kecik dan ringan. Tapi memang diakui, ummi tak istiqamah breastfeed Aiza. Campur2 between BF dan susu formula. Masa Aiza 10 bulan (time tu bulan puasa), berakhirlah kisah ummi menyusukan Aiza.

Bila Asyraf lahir 3 tahun berikutnya, semangat berkobar2 nak fully breastfeed mamat sorang tu. Tapi by that time, breast pump tu pulak yang buat masalah. Ada a few parts dia yang dah start tanggal. Then suction dia pun makin lama makin kurang. Tak sampai setahun BF Asyraf, breast pump tu pun tinggal nyawa2 ikan je. Dan berakhirlah jugak kisah ummi menyusukan Asyraf. Coincidentally waktu tu pun bulan puasa jugak.

Dan setiap kali stop breast feed kat anak2, mesti rasa sedeh dan guilty sob sob sob..<lap air mata laju2>

So ni nak masuk anak ke-3, timbul lagi semangat berkobar2 nak fully breastfeed baby yang akan lahir ni. So ummi pun mulalah gugel sana sini tengok mana breastpump yang elok dan affordable. Kalau tengok harga breastpump yang canggih kat market sekarang, cecah ribu riban pun ada i.e Medela Freestyle, Avent etc. Akhirnya, ummi decide nak beli Spectra Dew 350. Ramai orang bagi good review. Harganya pun affordable tak semahal brand Medela. Kebetulan Fabulousmom.com ada buat promosi. Discount up to 30%. So gigih ummi heret abah ke Fabulousmom outlet kat TTDI.

Bila sampai sana, alhamdulillah ada stok. Harga asal RM550 lepas diskaun jadi RM420 (ini harga breast pump shj bukan set). So ummi pun terus ambik dan cakap kat salesgirl nak test dulu. Masa tengah testing2 tu, tiba2 sales girl tu tanya "Kenapa akak tak ambik Spectra 3 je? Harganya jauh lagi murah. Retail price RM388 tapi sekarang promosi RM288 je. Beza lebeh seratus dengan yang akak nak beli ni". 

Dengar perkataan MURAH teruslah ummi berminat hehehe. Dan sangat jarang ummi nak beli barang tiba2 orang kedai suggest untuk beli barang yang jauh lebih murah. Selalunya memanjang promote barang yang lagi mahal. Ye tak?

"Apa bezanya Spectra 3 dengan Spectra Dew 350 ni dik?"

"Semuanya sama kak. Beratnya sama. Dan dua2 pun boleh buat double pumping. Cuma yang beza designnya. Spectra 3 tak lawa bentuk kotak Spectra Dew 350 comel bentuk bulat"

"Design akak tak kisah sangat"

"Satu lagi bezanya pada suction. Spectra Dew 350 kuat sikit suctionnya. Spectra 3 agak perlahan tapi ramai je yang kata OK. Suction kuat2 pun sakit breast kita kak. Kalau tak percaya nanti saya bagi test dua-dua"

"Betul jugak tu. Nanti akak test dulu"

"Tapi satu je kak, Spectra 3 bunyi dia bising. Kalau akak mengepam time suami & anak akak tidur, mahu terjaga diorang"

"Oh tu tak jadi masalah. Husband akak selama ni anak menangis tengah malam pun tak terjaga (or terjaga lepas tu tidur balik). Setakat bunyi breast pump, no hal le"

<sengih je salesgirl tu>

Setelah ummi test, ummi mendapati suction Spectra 3 dengan Spectra Dew 350 lebih kurang sama je. So ummi end up beli Spectra 3. #jimat-duit-aku!
InsyaAllah ummi nak try breastfeed next baby ni selama yang mungkin. Doakan ummi berjaya. Sesiapa yang ada experience guna Spectra 3 ni, cuba bagi review sikit!



5 comments on "Barang Baby Part III: Spectra 3 Breast Pump"

Anonymous said...

Hi Ummi,

Saya leen. Nak tanya if ummi still simpan aksesori set tollyjoy breast pump tu.. Leen punya still in good condition cuma soft silicone funnel tu yg dh misplaced. Ummi still ada soft silicone tu?

Dah survey kt kedai2, takde jual.

Anonymous said...

Btw, lupa nk cakap. If ada, Ummi jual kat leen lah..

ummi aiza on February 8, 2014 at 11:59 PM said...

sori leen, breastpump tollijoy tu bersama segala mcm aksesori dia telah disedekah ke tong sampah. geram punya pasal kononnya.

ummi aiza on February 9, 2014 at 12:00 AM said...

sori leen, breastpump tollijoy tu bersama segala mcm aksesori dia telah disedekah ke tong sampah. geram punya pasal kononnya.

Fariza on March 21, 2014 at 5:39 PM said...

Hi. Saya ade 1 set full tollyjoy battery operated cuma xreplace botol. Guna 3 kali je sbab ade spectra 3. Berminat bole contact saya 0126225685. Tq. Ija

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez