Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, January 24, 2014

The Day I Become A Grandma

0 comments
Anak buah ummi yang sulung dah kahwin tahun lepas.Alhamdulillah hari ni isterinya dah bersalin. Dan secara automatik menjadikan ummi seorang nenek hehehe. And the best part is, diorang dapat anak kembar! Dua-dua boy. *terasa diri sangat tua*
Umar Adha dan Umar Fitri. Tapi taktau mana satu si Adha mana satu Si Fitri.


Monday, January 20, 2014

Anas Turns 3 Months Old

3 comments
Anas dah 3 bulan. So far so good. Kat nursery pun tak banyak meragam. Cuma teacher kata dia susah tidur. Maklumlah kalau kat rumah tidur dengan ummi or tidur dalam buai.

Kemahiran terkini - mulut dah riuh berbunyi. Belum pandai gelak tapi pantang diagah senyum lebar sampai ke telinga. Meniarap pun belum. Disyaki akibat berat badan yang terlalu debab hahaha. Sihat anak ummi!

Ummi still concern dengan bintik2 putih kat dahi dia. First developed masa Anas sebulan lebih. Rasanya bukan panau. Dan rasanya benda ni tak sakit/gatal sebab Anas relaks je. Tapi bila2 free memang ada niat nak bawak jumpa doktor (selain Dr. Abah hihihi).


Avillion Admiral Cove, Port Dickson

3 comments
8hb yang lepas bday ummi yang ke-17 tahun. Sebagai hadiah, abah ajak pergi bercuti. Orang lain dah naik sekolah, kitorang baru terhegeh2 nak pi holiday. Tapi memang sengaja pun sebab tak mahu bersesak2 dengan orang ramai.

Abah booked bilik hotel 3D2N kat Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Last kitorang ke sini lebih kurang 5 tahun lepas sempena IEEP. Time tu Aiza kecik lagi belum pandai jalan. Tapi pergi kali ni dia dah ada 2 orang adik hihihihi.

Abah ambik pakej namanya Kiddies Treat. Pakej ni termasuk:
  • 2 night stay for 2 adults and up to 2 children. Ada katil twin sharing dan ada jugak sofa yang extra large size single bed. So memang cukup utk kitorang anak beranak.
  • Daily buffet breakfast for 2 adults and up to 2 children. Menu boleh tahan.
  • 1 buffet dinner for 2 adults and up to 2 children. Menu TAK BOLEH TAHAN. Selection sangat sikit. Rasa makanan pon so-so saje. Nasib baik inclusive dalam pakej. Kalau nak bayar extra hanya untuk dinner, memang tak berbaloi.
  • Special gift for the child (up to 2 children). Dapat 2 set 3D puzzle.
  • 20 minutes KMX bicycle ride. Yang ni kitorang tak ambik.
  • Fish feeding fun. Ada petting zoo kecik je. Ada arnab, ayam etc. Happy le budak2 bagi makan arnab.
Semua sekali kalau tak silap campur tax etc RM500++. So oklah kot. 

Dah namanya pun Cove, so berdepan dengan hotel ialah tempat kapal2 berlabuh. Private beachnya kecik je. Itupun kena jalan jauh sikit ke arah Hotel Selesa. Tapi tetap jugak Aiza & Asyraf happy main pasir.

Tapi yang paling syok tak lain tak bukan ialah Anas. Dia tak kisah orang lain main pasir ke, berenang kat swimming pool ke, kasi makan rabbit ke, yang dia tahu aktiviti dia jalan macam biasa:

TIDUR
 hehehehe
Looking forward for our next vacation. Tengah pikir tarikh paling sesuai nak redeem tiket Hello Kitty World menang contest Dutch Lady hari tu. Till then, bye.



Thursday, January 9, 2014

Home Made Icecream

0 comments
Hari tu Nyai and the geng pergi bercuti kat Cameron Highland. Otw balik Johor, diorang singgah rumah ummi bawak stroberi. Rasa dia mak oii, punyalah masam. Nak buang sayang sebab tahu harganya mahal. Lepas dah berminggu terperap dalam perti ais, ummi ubah dia jadi home made aiskrim guna resepi simple dari Google.

Bahannya utamanya:

Coffeemate Krimer
Susu

Bahan sampingan:
Gula or susu pekat manis
Perisa (vanilla, coklat, stroberi or nak buat aiskrin oreo ke etc terpulang pada tekak masing2)

Guna nisbah 1:1. So kalau susu 2 cawan, krimer pun 2 cawan. Masukkan perisa yang kita nak. Kalau nak manis masukkan gula/susu pekat. Blend/pukul guna mixer lebih kurang 15-20 minit. Sejukkan.

Rasanya not bad boleh tahan. Creamy cuma teksturnya agak kasar sikit. Tapi kalau nak bandingkan dengan aiskrim Walls Selection, memang kalah mati! Hahaha...


Wednesday, January 8, 2014

Ummi Turns 33

0 comments
Alhamdulillah Allah panjangkan umur ummi untuk melihat Aiza, Asyraf dan Anas membesar di depan mata. Semoga Allah memberkati usia ummi dan terus memberi ummi kesempatan untuk berbakti pada Nyai & Yai, mencurah kasih sayang pada abah dan anak2. Amin.

Sempena hari jadi hari ni, dan sempena dah nak naik kerja minggu depan...abah bawak kami semua bercuti! Yeay! Hikhik orang lain dah naik sekolah kami baru terhegeh2 nak holiday. Tapi tu lah yang bestnya. Tak perlu bersesak2 dengan orang ramai.
Bersusun beg.

p/s hari ni nervous mode sebab 1st day nak tinggalkan Anas kat nursery sementara ummi dan abah nak setelkan beberapa perkara. Lepas lunch date, baru ambik budak2 dan terus pergi bercuti.


Tuesday, January 7, 2014

Rezeki Contest: HGC Supplement, CosmeDe Corte, 4 Tickets to Sanrio Hello Kitty Town and the Little Big Club

0 comments
Dah lama rasanya ummi tak update pasal menang contest. Tahun 2013 memang slow sikit. Maklumlah pregnant, bersalin dan kemudian berpantang. Jadi tak sempat nak join banyak contest especially yang melibatkan POP. Untuk Disember 2013, ini hadiah yang ummi dapat:

#HGC Supplement dari Shape Magazine

Online contest. Dapat suplement untuk cantikkan kulit katanya. Boleh buat kulit lebih cerah dan lembut. Tapi sementara ummi tengah breasfeed Anas ni, macam tak berani sangat nak makan/minum benda2 macam ni. Nasib baik expiry date tahun 2016. So peraplah dulu kat stor untuk setahun dua hahaha.

#Cosme DeCorte dari Marie Claire Magazine

Online Contest. As usual dapat produk kecantikan. Honestly, ummi dah ada terlalu banyak produk2 kecantikan macam ni sampai tak terpakai. Kebanyakannya dah sedekah kat orang. Syukur Alhamdulillah rezeki dapat dikongsi bersama. Yang tak syoknya bila bagi hadiah kat sesapa, mesti diorang tahu hadiah tu bukan ummi beli tapi hasil ummi menang contest hihihi. 

#Tickets to Tickets to Sanrio Hello Kitty Town and the Little Big Club dari Dutch Lady

Facebook Contest. Cuma teka dan menang. Tapi sebenarnya masa Dutch Lady bagi soalan tu, ummi tak tau pun apa jawapannya. Copy paste je dari jawapan orang lain hikhikhik. Sekalinya menang. Suka! Suka! Memang mengharap dapat hadiah2 macam ni. Expiry date tiket ialah pada 30th June 2014. So ada masa beberapa bulan lagi nak plan our vacation.

P/s Ummi ni kata je orang Johor. Tapi kebanyakan attractions kat Johor semua tak pergi lagi. Jangankan Legoland dan Hello Kitty Club ni, JPO yang dah bertahun ada pun cuma sempat lalu je. Ish!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez