Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, March 28, 2014

Updating Status


Lama betul ummi tak update blog kan? Siap ada sorang 'loyal reader' tu macam dah merajuk taknak bukak blog ummi lagi. Tiap kali bukak-takde update. Tiap kali bukak-takde update kihkihkih. Siap post komen tanya bila ummi nak update blog!

Banyak dah berlaku sejak kali terakhir ummi post entry kat blog ni. Antaranya:

#Anas Turned 5-Months-Old Last Week
Dah pandai meniarap dah Si Kecik tu. In fact dah pandai gostan dan bergolek2. Last week dia 'jatuh' dari tilam KingKoil ummi setinggi 8cm tu (eleh macam le tinggi sangat). Surprisingly dia tak menangis pun. Berderau darah ummi masa sedar dia takde atas tilam. Check kat lantai pun takde. Bila jumpa, rupanya dah terperesok belakang pintu sambil sengih2 makan jari hihihi. Bertuah punya budak!


Dan ummi dah start bagi dia makan. First menu dia: mashed pumpkin. Yummy! Then ummi ada bagi nestum jugak. Setakat ni belum pernah bagi bubur nasi lagi. Alasannya sebab takde blender nak blend bubur. Blender yang ada selalu guna untuk blend cili. Dan kerana itulah ummi ada beli satu barang secara online baru2 ni hihihi.Ummi akan tulis satu entry 'spesel' pasal ni nanti.

#Gardening Projects. The Ups and Downs.
Sejak musim panas melanda, semua pokok kena bagi extra care. Siram pokok pagi petang pon macam takde kesan sangat. Sebab cuaca terlalu panas sampai tanah pun merekah. Tapi, ada beberapa pokok yang mula keluarkan hasil. Pokok tomato ceri ummi dah berbuah (tak sempat nak snap gambar). Ada 3 biji je pun. Semua dah selamat masuk perut ummi. Bunganya banyak tapi tak jadi buah. Pokok tomato ceri yang ditanam guna teknik upside-down sampai sekarang duk berbunga je tapi sebiji buah pon tak nampak. Status terkini: hidup segan MATI PON MAHU.

Tapi yang paling menggembirakan, pokok delima ummi pon dah mula berbunga padahal ummi baru tanam tak sampai 3 bulan. Pokoknya pon baru tinggu lutut je. Ini pencapaian paling membanggakan hingga ke tahap riak hahahaha. 

#Addiction To Online Shopping
Ingat lagi tak last post ummi pasal online shopping? Well, time tu ummi amatur lagi. Sekarang dah dikira PROFESIONAL. Diulangi, profesional hokeh. Antara barang yang ummi dah beli secara online: mainan masak2 Aiza beli online dari FB, then beli timbang dari My Deal (timbang pon siap beli online hahaha. Dah le tu masa deliver diorang bungkus guna plastik jernih. Habis satu opis tahu ummi beli timbang kihkihkih). Then ummi ada beli buffet voucher for two kat Halia, Sime Darby Convention Centre pun guna My Deal jugak. Murah je tak sampai RM65 utk 2 orang makan. Dah selamat pun redeem a few weeks ago. And the list goes on....

Tapi jangan risau, semuanya masih terkawal (kena cover2 sikit takut abah tiba2 cakap nak check online banking ummi kihkihkih).

#New Gadgets
Ummi ada gajet baru! Bukan 1 tapi 2. Terima kasihlah diucapkan pada UIA selaku penaja utama. Dan kerana itu haruslah kiranya ummi tulis satu entry khusus pasal ni sebagai meluahkan rasa terima kasih ummi pada UIA. I love u UIA muaaahhhhs.

Will try to update this blog as frequently as possible. Till then, bye.



0 comments on "Updating Status"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez