Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, October 20, 2014

Double Birthday Celebration: Aiza 6th Birthday and Anas 1st Birthday


Semalam birthday Aiza yang ke 6 tahun. Diam tak diam, dah enam tahun berlalu sejak pertama kali bergelar ummi. Ucapan untuk kakak: Ummi doakan semoga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kecerdasan akal fikiran. Jadilah anak yang solehah dan berperibadi mulia agar jadi ikutan pada adik-adik yang lain.
Aiza dgn kek coklatnya. Dah anak dara anak sulung ummi ni. Tahun depan dah nak sekolah rendah :)
Perasaan bercampur-campur i.e terharu, gembira, bersyukur semua pon ada. Tanggungjawab sebagai ummi sangatlah besar. Kitalah ibu, kitalah teman, kitalah pembimbing dan kitalah role model.

Dan sempena bday Aiza semalam, abah bermurah hati mengerah keringat membaking butter cake untuk dia. Hasilnya...marvelous!
Minggu lepas ummi buat buttercake - failed. Minggu ni abah buat buttercake - marvelous
Dan hari ni birthday Anas yang pertama pulak. Hebat kan timing ummi dan abah? Selang sehari je dari birthday Aiza hihihi. Bila celebrate, buat sekali arung je. Jimat belanja! 
Triple bday celebration: Aiza, Anas dan Grandma :)

Anas dah pandai berjalan. Rasanya dalam 3 orang anak, Anaslah yang paling cepat berjalan. Well, semua yang melibatkan Anas sentiasa nak cepat hihihi. Bersalinkan dia setahun yang lepas tu nak cepat sampaikan terbersalin atas wheelchair.

Disebalik senyuman manis, sebenarnya dah pandai bergaduh hahaha. Dan paling tak tahan, kuat menggigit.
Semoga Allah akan selalu bagi ummi hidayah dan pedoman dalam usaha menjadi ibu yang terbaik utk semua anak-anak ummi. Ummi selalu ingatkan pada diri sendiri, anak2 tu amanah Allah yang dipinjamkan sementara saja untuk kita. Sampai masa, Allah akan ambik semula. Samalah untuk diri kita, pon pinjaman sementara dari Allah untuk anak2 dan suami. So sementara hayat dikandung badan, kenalah sentiasa berkasih sayang #feelingemotional



0 comments on "Double Birthday Celebration: Aiza 6th Birthday and Anas 1st Birthday"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez