Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, October 3, 2014

PPUM Dental Clinic- Part I


Ummi pernah cerita pasal masalah gigi ummi kat entry ini. Time tu ummi try dapatkan treatment kat Klinik Gigi HUKM (dekat HKL). It was ok. Cuma sebab student yang treat gigi kita, so dia ambik masa agak lama. Gigi ummi pulak ada BANYAK yang bermasalah. Ada nak kena tampal, ada nak kena cabut, ada nak kena buat root canal treatment, ada nak buat crowning etc. Hambik kau! Kalau buat treatment kau luar, mahu cecah ribu riban. So sebab UIA tak cover dental treatment, kenalah ke government clinic. Then lps 2 kali treatment kalau tak silap, ummi pregnantkan Anas pulak. So semua treatment kena stop sob sob sob.

Masa  pregnantkan Anas, masalah gigi makin teruk. Pecah sana sini. Katanya itu normal due to hormon. Tak cukup kalsium agaknya. Then pegi klinik UIA buat tampalan tapi asyiklah tanggal balik. Fed Up! So masalah gigi perap dalam mulut je.

Bila dah bersalinkan Anas, ummi plan nak sambung treatment. Tapi macam malaslah pulak nak ke HKL. Bukan dekat. Redah jem segala bagai. Probability nak kena kensel kelas tiap kali treatment sangat tinggi.

So setelah google sana sini, ummi pergi Dental Faculty UM kat PPUM. Dekat je dgn opis jalan kaki pon sampai. Sampai je sana, register bayar RM2 kemudian dapat kad hijau macam ni:

One thing pasal Dental Clinic PPUM ni, tak ramai orang. So masa menunggu sangat kejap. Then bila sampai giliran, dentist akan check gigi kita thoroughly. Kalau ada masalah gigi yang kronik, dia akan buat treatment time tu jugak. Kalau tak kronik, dia akan masukkan nama kita dalam waiting list utk dirawat oleh student dentristry UM.

Ok habis part I. Nanti sambung part lain pulak.



1 comments on "PPUM Dental Clinic- Part I"

Anonymous said...

salam. nak tanye. saya ada masalah gigi geraham bungsu tumbuh senget and mmg nak kene cabut. kalau pergi dental UM ni mmg daftar nnti boleh terus buat ke? or kene tunngu dalam waiting list?

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez