Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, June 1, 2015

PPUM Dental Clinic: Part III -The Long Journey Has Ended


Ingat lagi tak posting ummi pasal treatment kat PPUM Dental Clinic? Boleh baca kat Part I dan Part II dulu. It's a very loooooooooooooooooong treatment. Tapi alhamdulillah semuanya dah setel.

Recap balik pasal rawatan gigi ummi ni. Well, memang gigi ummi ni tak berapa nak cantik. Tapi masalah jadi teruk bila mengandungkan Si Asyraf. Gigi geraham pecah tak semena2. Kurang kalsium agaknya. Time tu ummi try dapatkan treatment kat Dental Clinic HUKM. Proses sangat lama tunggu berbulan2. Treatment belum habis dah pregnantkan Si Anas pulak hihihi. So kena stop.

Masa pregnant Anas masalah gigi tetaplah ada. Lepas bersalinkan dia, terus buat appointment kat Dental Clinic PPUM pulak. Dekat dengan tempat kerja. Time tu Mac 2014 and nama terus masuk waiting list. Bulan September baru start rawatan dengan sorang dentistry student ni nama dia Yunshan. Sangat sweet, sangat baik dan sangat profesional. Walaupun student tapi kerja dia kemas ummi suka.

So  sekarang bulan May 2015, after almost 8 months pegi balik PPUM, semuanya setel. Antara rawatan yang ummi dah buat i.e scaling, extraction, tampal gigi, reconstruct gigi guna teknik tampalan, root canal treatment dan last sekali denture (gigi palsu). Kalau buat kat klinik swasta ni rasanya boleh cecah belas ribu. Tapi ummi buat FREE sahaja kat PPUM. Cuma, kena sabar sebab akan ada berpuluh2 appointment.
Yunshan, Ummi dan Gillian
So kat atas tu among last pictures ambik dengan Yunshan. Sekarang boleh senyum lebar hihi.



0 comments on "PPUM Dental Clinic: Part III -The Long Journey Has Ended"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez