Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, June 2, 2015

Remembering CaddyBoyz


Kat rumah ummi ada sekor kucing. Namanya CaddyBoyz. Boleh baca kisah awal dia kat sini dan kat sini. Menjadi kesayangan semua orang kat rumah KECUALI ummi hikhikhik. Punyalah sayang sampaikan kadang2 Anas suap dia makan Frieskies masuk mulut. Abah pulak siap pernah bagi dia mkn salmon goreng! Salmon goreng hoiiii...punyalah high class punya kucing.
Gambar dahulu kala
 
Gambar dahulu kala
Favourite spot dia kalau dalam rumah samada berdiri depan mesin basuh, baring atas lap kaki depan toilet, masuk dan tidur dalam rak TV atau landing atas sofa Macy ummi.
Tgk tu...tido beralaskan comforter!

Tapi tu cerita dulu. Khamis mlm Jumaat yang lepas, 28 May 2015 bersamaan 10 Syaaban,  CaddyBoyz mati.
CaddyBoyz, dijumpai dah mati :(

Kucing tu dah tua pon sebenarnya. Dah hidup dengan kitorang sejak tahun 2012 masa Asyraf kecik lagi. Sampai la ni Asyraf nak masuk 4 tahun.

Last week ummi nampak dia terdengkot2. Jalan pon menyenget macam ketam. Taktaulah kena langgar ke, jatuh ke hape ke. Then a couple of days lepas tu, jadi makin teruk. Nak diri pon tak boleh asyiklah jatuh.

Then malam kelmarin abah kata Caddyboyz jatuh dalam longkang besar. Nak ambik susah sebab dah malam. So semalaman dia dlm longkang tu. Esok paginya baru abah berjaya ambik dan terus bersihkan dan kurung dia. From then onwards, kesihatan dia jadi makin teruk, tak lalu nak makan and finally malam Khamis lepas, bila balik kerja kitorang tgk dia dah mati.

Walaupon ummi tak suka dia, tapi over these years kami dah capai mutual understanding. Dan ummi terasa kehilangan dia sobsob. Kesian CaddyBoyz. Tak sempat ummi nak mintak mahap kat dia.
Kubur CaddyBoyz depan rumah. Siap dengan papan tanda abah buat.
Sorry bebanyak ye CaddyBoyz...Miss u already.


0 comments on "Remembering CaddyBoyz"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez