Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, August 3, 2012

Dah Apply Cuti Raya Belum?

0 comments
Blog ni nampaknya dah mula bersawang setelah lebih seminggu tak diupdate. Mode puasa - maka blog pun puasa sama. Dan abah pun mulalah bising. Ish, blog ummi sukahati ummilah bila nak update. Dia plak yang sibuk. Siap bagi idea nak suruh tulis pasal apa kihkihkihkih. Dan siap offer handphone dia kat ummi suruh snap apa2 gambar yang patut sebab dia tahu ummi tak suka tulis entry tak ada gambar. Tu sure hari2 duk skodeng blog bini sendiri then lepas tu hampa sebab ummi tak ngumpat cerita apa2 pasal dia hahahaha.

Ok tu mukaddimah saje.

By the way, ummi dah apply cuti raya. Tahun ni excited sungguh sebab raya di Johor. Kali terakhir ummi sambut 1 syawal di rumah nyai & yai tahun 2009. Yes people, it was THREE years ago! Selalunya atas sebab-sebab tertentu, kami akan beraya di KL dan Kelang dulu. Raya ke-2 baru gerak balik Johor. Tapi tahun ni, it's the other way around! Yess...yess...yess...

Maka haruslah ummi ambik cuti panjang. Bila ummi check, annual leave pun ada 43 hari lagi. So apa lagi, laju je tangan klik2 butang apply cuti online.
Ummi start bercuti dari 16 Ogos sampailah 26 Ogos. Ummi apply 5 hari je. Selebihnya public holiday/weekend. So total cuti raya lebih kurang 11 hari. Heaven!



Monday, July 23, 2012

My Husband Can Cook

1 comments
Yes people, my husband can cook (statement bangga giler tak hengat dunia). And I can relaks2 with the kids hahahaha. Abah memang lemah sikit bab jaga budak2. Lima minit je sure Aiza nangis atau abah naik darah. So to be safe, ummi uruskan rumah (kemas, basuh pinggan, basuh baju, lipat etc) dan jaga budak2 while abah duduk dapur kelentang-kelentung masak sedap2!

Dan ummi tak malu nak mengakui, masakan abah jauuuuuuuuuuuuuuuuh lebih sedap dari masakan ummi. Inilah 'berkat' 6 tahun duduk obersi semua benda nak kena masak sendiri agaknya.

Tak caya, cuba tengok ni

Ayam panggang!
Ayam panggang, menu buka puasa kitorang masa 1st day puasa. Sold out. Tak tinggal walau sikit pun. Super yummy. Hmmmm...sangat tidak wajar tengok gambar ni time perut berkeroncong!

Friday, July 20, 2012

Persiapan Ramadhan/Syawal 1433H

1 comments
Menu Ramadhan

Cehhh, siap buat menu berbuka puasa untuk sebulan penuh. Nampak sangat banyak benda nak makan sampai terpaksa buat menu tunggu giliran hahaha. Hish, tak cukup ruang dalam excel file nak tulis nama makanan kegemaran. Berangan nak masak itu ini. Kot nanti akhirnya, SEMUA PUN BELI kihkihkih.

Btw, hari Isnin dan Khamis kompem beli buka kat luar. Sebabnya, dua-dua hari tu ummi ada kelas sampai pukul 5 petang!

Menu Buka Puasa

Kuih-Muih

Gigih sepanjang weekend lepas ummi buat karipap daging dan popiah sampai berpuluh2 biji. Dah siap semua, ummi masukkan dalam freezer. Kononnya nanti bila time nak buka, boleh goreng karipap dengan popiah seketul dua. Bukannya apa, kuih yang jual kat baazar ramadhan selalu tak menepati standard anak tekak ummi dan abah. Harga pun cekik darah. So better buat sendiri. Kalau tak ada kuih, rasa macam kosong sangat atas meja masa nak berbuka puasa.
Popiah inti carrot, sengkuang & udang

Karipap daging

Masa buat hari tu, popiah ada 50 biji. Karipap daging ada 25 biji. Dalam hati cakap "cukuplah kuih ni nak bertahan sampai raya". Pagi ni check, karipap daging tinggal 10 ketul je hahaha. Popiah still wujud. Yang lain dah selamat digoreng tak sempat tunggu bulan puasa.

Cat Rumah

Sebab tahun ni ummi dan abah perasan konon2nya ada orang nak datang beraya, so abah decided untuk mengecat rumah. Cat yang dulu dah luntur dan terkopek2. Dah lama sebenarnya kami beli cat tu. Tapi baru minggu lepas abah mulakan operasi. Masa beli, abah dan ummi tengok katalog yang disediakan. Abah pilih cat warna "sandalwood". Warna seakan2 coklat lumut. Dalam hati dah berbunga2 feeling rumah ala-ala Bali gitu. Sekali bila dibukak.....erk, kaler HIJAU TAHI LEMBU. Dush, punah harapan. Dari rumah ala Bali, dah bertukar jadi rumah ala kaf-lam-ya-nga kihkihkih.

Abah in -action.
Hari ni nak balik singgah Tesco jap. Banyak benda nak dibeli. Excited nak puasa tahun ni. Sekarang kat dalam otak tengah duk pikir menu apa untuk sahur malam ni. Sup ikan merah? Tomyam campur? Asam pedas ikan kerisi? Hish...semua pun sedap!

Kepada semua yang membaca posting ini, ummi ucapkan selamat berpuasa! Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya insyaAllah.


Durian Musang King

0 comments
Masa ummi kecik-kecik dulu, durian hanya ada bila tiba musim buah. Kalau bukan musim buah, jangan haraplah nak makan durian. Tapi sekarang ni durian dah tak bermusim lagi. All year round ada. Kalau bukan durian Malaysia, durian yang datang dari Thailand pun banyak!

Abah dan ummi memang hantu durian. Selalunya time pasar malam, kitorang beli yang dah siap paket2 je tu. 4 paket RM10. Mula-mula dulu ummi macam tak berapa suka durian yang dah siap paket ni. Macam tak fresh je. Tapi memandangkan abah tak reti kopek durian malas nak uruskan kulit durian lepas makan, so sekarang dah terbiasa beli durian siap kopek. Favourite kitorang, durian D24. Sekilo harganya lebih kurang RM12.

Sempena musim durian kali ni, kami berdua maju setapak lagi hahaha. Durian D24 tolak tepi. Sekarang ummi dan abah beralih ke durian musang king pulak. Tapi tak boleh makan selalu. Sebab harganya KEBABOM MAHAL kihkihkihkih. Kalau kat area PJ SS2, harganya RM32/sekilo. Kat area Kepong, RM28/sekilo.

Masa mula2 beli, ummi pilih yang kecik je. Yelah kononnya nak merasa apalah yang sedap sangat dengan durian ni. Kecik2 pun sebiji dah kena RM34 kalau tak silap. Bila bukak, fuhhh isinya kuning & lembut. Bila abah makan, terus dia cakap "WOW!!!" hahaha. Memang rasanya sedap susah nak describe dia punya feeling tu.

Minggu lepas repeat lagi. Kali ni beli yang besar pulak. Sebiji RM55 hambik kau! Dalam kereta lagi abah dah mintak seulas. Bila dia makan, terus dia terdiam! SEDAAAAP sangat rupanya! Memang betullah orang kata, sesapa yang dah merasa durian musang king, memang dia tak akan pandang durian lain. This is truly the king of the king of fruit! Layak le harganya mahal tak hengat dunia!
Isinya manis, creamy, kurang pahit, biji kecik je!
Heavennya la sesapa yang ada pokok durian musang king ni kan? Akibat dari durian musang king ni, tiba2 abah ajak beli dusun, nak tanam pokok durian musang king banyak-banyak katanya. Bukan niat nak jual, tapi nak melantak sendiri kihkihkih. Agaknya kalau betullah suatu hari nanti ummi ada dusun durian musang king, mahu agaknya bila tiba musim durian gugur, ummi tidur bawah pokok!




Wednesday, July 18, 2012

As Busy As A Bee

0 comments
Lama sungguh rasanya ummi tak update blog. Bukan tak ada cerita menarik, cuma tak ada kesempatan nak menulis. Setiap hari cakap dengan diri sendiri "hari ni ummi nak update blog". Tapi nanti sampai kesudahnya tak jadi apa-apa. Hmmm...dah agak dah!
Ummi 'terjebak' dengan macam2 perkara sekarang ni. Nak kena siapkan computer workbook yang bakal dipublish tak lama lagi, terlibat dengan free programming class untuk student ICT, then ada pulak kerja2 yang datang bersama dengan tanggungjawab yang baru dipikul semester ni. Tu tak campur lagi dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Hasilnya, blog berkarat tak terupdate. Borang contest pun dah berhabuk tak sempat nak isi huhuhuhu...

p/s I'm not complaining! I am really grateful with whatever I have right now. Cuma ingin berkongsi penat dengan sesiapa yang membaca posting ni hikhikhik.


Tuesday, July 10, 2012

Operasi Menghabiskan Voucher

0 comments
Ummi ada beberapa keping voucher makanan yang perlu diredeem dengan segera sebab dah nak expired hujung bulan ni. Kalau tangguh sure burn je voucher tu nanti. Lagi pulak minggu depan dah nak masuk bulan puasa.

Antaranya voucher makan bernilai RM100 kat Mines Wellness Hotel dapat dari majalah LISA. Kak Ayu dah pergi weekend lepas dan ikut katanya, makanan kat sini sedap2 belaka. So plannya hari ni, habis je waktu kerja - punch out - ambik Aiza dan Asyraf kat nursery - then terus berdesup ke Seri Kembangan hihihi. Hari ni sengaja skip lunch sebab dah niat nak makan kat sini.

Then ummi ada jugak voucher Subway RM20 hasil join contest kat FB Subway. RM10 atas nama abah, lagi RM10 atas nama ummi. Ummi dengan abah paling suka menu breakfast dia. Murah dan sedap! RM6.30 je sekali dengan air. Selalunya kalau kitorang breakfast subway, kompem lepas tu tak makan tengahari.

Ok. Dah boleh nak punch out ni. Mines Wellness here I come! :)

*******************************************************************

Updated on 20July. Tak sempat nak buat entry khusus pasal pengalaman makan kat Charlie & Abdul, Mine Wellness Hotel. But overall, it was fun. Ni ummi tepek gambar je sebagai kenangan.
Enjoying our delicious food!


Monday, July 9, 2012

Panasonic ECONAVI Contest

1 comments
Alhamdulillah ummi terpilih sebagai salah seorang dari 5 pemenang untuk contest ini. Contestnya cukup mudah. Hanya daftar jadi salah seorang ahli kelab Panasonic Malaysia, tonton video, jawab soalan dan kemudian tuliskan slogan kenapa kita ingin memenangi hadiah yang ditawarkan. Tak perlu purchase apa2. Hantar penyertaan pun secara online sahaja. Hadiahnya Panasonic Air Purifier worth RM499.
Model tak berbayar! Ambik hadiah dekat je kat Jaya One :)
Kalau contest macam ni, alhamdulillah nama ummi selalu terpilih. Tapi kalau contest offline kena beli barang segala bagai, susah pulak nak sangkut nama ummi sebagai pemenang. Takpelah rezeki Allah yang tentukan kan?

Btw sangat happy terima hadiah ni. Sebab ummi memang personally tak akan beli air purifier sebab tak nampak kepentingannya. So ni bila dah dapat free, tentulah suka. Abah baca kat internet, ada orang kata air purifier ni memang betul2 akan purify kita punya udara. Even kalau letak kain berbau kat atas air purifier pun, bau boleh hilang. Hmmmm...harus ummi cuba letak kasut abah atas benda alah ni nanti kihkihkih.


Friday, July 6, 2012

Rabbit Fun Land, Semenyih

0 comments
Hari Sabtu lepas, abah ajak pergi tengok arnab kat Rabbit Fun Land, Semenyih. Seronok bukan main Aiza dan Asyraf. Pagi2 lagi dah bangun. On the way ke sana, sempat singgah Puchong ambik CikTa. Perjalanan ambik masa lebih kurang sejam lebih. Rabbit Fun Land ni terletak berdepan dengan jalan masuk ke Broga Hill. 

Kawasan kat sekitar Broga sangatlah mengagumkan. Cuacanya sejuk dan udaranya nyaman. Ummi honestly memang tak pernah jejakkan kaki kat area ni. Tak sangka masih ada lagi tempat senyaman dan secantik ini kat area Selangor/KL hihihi.

Masa sampai pukul 10 pagi, Rabbit Fun Land tak bukak lagi. Pekerja kat situ kata Fun Land bukak pukul 10.30am. Since semua orang tak breakfast lagi, abah ajak pergi pekan Broga. Pekan Broga tersaaaaaaaaaaaaaaaangatlah kecik. Cuma ada balai polis, klinik desa dan beberapa deretan kedai yang kebanyakannya milik Chinese. Tapi di hujung jalan akhirnya berjaya jumpa satu restoran milik Melayu/Mamak. So dapatlah pekena roti canai di situ alhamdulillah. Lepas makan terus patah balik ke Rabbit Fun Land.

Tiket masuk adalah RM5 (bawah 2 tahun free). Pony ride pun disediakan cuma bayar RM5 je. Kat sini bukan setakat ada arnab. Malah kambing, kuda, lembu, ostrich, monyet semua pun ada. Konsep kat sini adalah petting zoo. Maksudnya pengunjung boleh masuk dalam kandang dan belai2 semua binatang tu. Kalau nak bagi makan pun boleh sebab carrot/epal/pallet ada dijual kat pintu masuk.
Ni masa mula-mula sampai. Terus menuju ke kandang kambing.

Tak sure ni kerbau atau lembu atau seladang. Tapi sizenya memang SANGAT besar

Kambing biri-biri gemuk terlebih makan agaknya

Feeding time!

Semua binatang kat sini jinak.
Lama jugaklah kami kat sana. Pukul 12 baru balik. Sebelum balik sempat beli sosej arnab yang sangat mahal harganya. Sesiapa yang nak makan makanan berasaskan arnab (sosej, daging salai, daging arnab segar) semuanya ada jual di sini. Tapi harganya sangat mahal. Contohnya daging arnab sekilo RM38.Sebelum naik kereta, sempat makan durian kat gerai durian yang betul-betul terletak seberang jalan. Rasanya not bad. Durian kampung dari dusun area situ jugak.

Dalam kereta Aiza dan Asyraf zzzzzz. Penat main dengan binatang agaknya. But it was fun. Dengan bayaran RM5, dan peluang untuk 'beramah mesra' dengan binatang-binatang kat situ, dan kesempatan untuk belai dan bagi makanan, it's really worth it! Jauh lebih berbaloi dari pergi Zoo Negara kat Ulu Kelang tu hihihi.




Thursday, July 5, 2012

Kutu Oh Kutu

0 comments
Bulan lepas, ummi dapat sms dari Mama Awa yang bunyinya lebih kurang macam ni "Siapa balik kampung bawak kutu? Kepala Amirul dah ada kutu?". Time tu kami baru je balik dari kampung sempena CakJib kawin. Ummi pun belek2 kepala Aiza dan Asyraf. Nampak clear! So ummi pun dengan confidentnya reply "Kepala budak2 kat sini bersih. Even kat sekolah pun tak share sikat".

Tapi minggu lepas ummi nampak Aiza asyik garu2 kepala dia. Ummi marah sebab Aiza memang liat sikit nak mandi, apatah lagi shampu rambut. So ummi assume mesti dia ada kelemumur. Lepas ummi bebel-bebel, dia diam je buat muka sedeh. Entah macam mana satu malam tu ummi tergerak hati nak belek2 rambut dia. And to my horror, I found KUTU! Emak kutu, anak kutu, telur kutu semua ada! Banyak pulak tu penuh satu kepala. Macam nak pitam ummi dibuatnya. Terus malam tu jugak ummi buat operasi sikat rambut dia guna sikat kecik abah sampai pukul 1 pagi. Memang waktu tu ummi ala-ala-meroyan-sorang-sorang-cari-kutu. Sambil cari kutu sambil sumpah seranah kutu yang banyak tu. Sambil cari kutu sambil menyesal sebab tak check kepala Aiza awal-awal. Rasa bersalah sangat2. And it was the longest night in my life! Tidur dalam keadaan sungguh stress.

Pagi esoknya, bila hantar Aiza ke sekolah ummi sempat pesan dengan teacher suruh check kepala budak2 lain pulak. Iyelah, ummi pun tak sure sama ada Aiza dapat kutu dari kawan sekolah atau masa balik kampung atau entah dari mana stranger tak kenal masa jalan-jalan kan? To be safe baik warning kat teacher awal-awal. Tapi surprisingly teacher kata takde budak lain ada kutu. Alhamdulillah, at least ummi tahu Aiza tak menjangkitkan kutu dia kat orang lain.

Petang tu jugak terus pergi farmasi cari ubat kutu. Orang kat Watson recommend suruh guna shampu A-lice. Harganya sebotol RM15++. Kecik je saiznya tapi banyak buih. Balik je rumah ummi terus mandikan Aiza dan shampu rambut dia. Abah pun ummi suruh guna shampu yang sama manalah tau dah terjangkit kat abah jugak.
Gambar ambik dari internet sebab tak blh transfer gambar dari henpon. Tapi inilah shampu yang exactly ummi guna.
As a precaution, semua cadar dan sarung bantal ummi tukar. Betul-betul major clean-up! Then setelah hampir seminggu buat 'treatment' kat kepala Aiza, membelek rambut dia tiap-tiap malam sampai pukul 1 pagi, sekarang alhamdulillah kepala dia dah bebas kutu. Tapi nak kena selalu perhati kot2 ada lagi telur kutu yang still wujud dan menetas, mesti akan penuh lagi kepala dia dengan kutu berkeliaran. Dasar kutu rayau!

p/s Abah ambik langkah berjaga2 yang jauh lebeh ekstrem. Dia potong rambut pendek ala-ala botak kihkihkih


Monday, July 2, 2012

A Mother's Courage

0 comments
Dulu masa zaman anak dara ummi memang suka baca novel. Lagi-lagi kalau dapat novel romance, fuh tak tido malam dibuatnya. Selagi tak habis selagi tu tak senang hati. Tapi bila dah kawin dan dah ada anak, hobi membaca luput begitu saje. Jangankan novel, surat khabar pun selak tiap hari Jumaat je nak tengok bahagian promosi pasaraya mana jual susu, pampers yang paling murah kihkihkih.

Tapi minggu lepas, masa jalan-jalan keluar makan dengan family MIL, kitorang ke The Curve. Then terjumpa dengan promosi jual buku longgok2. Abah offer nak belikan. Then ummi terminat dengan buku kat atas tu. Yes, it is NOT a romance book. Agaknya ummi ni dah tua kan. So dah tak ada feeling nak baca buku romance hihihi.

Tapi buku A Mother's Courage ni saaaaaaaaaaaaaangatlah best. Sangat recommend kat ibu2 di luar sana untuk membacanya. Really inspiring!

Ceritanya pasal sorang perempuan yang kematian suami terpaksa berjuang nak membesarkan 2 orang anaknya yang masih kecil. Dia tak ada duit dan tak ada rumah. Family dia sangat jauh. Bila dia balik rumah mertua, family MIL dia tak suka dia. Mak mertua dia cuma nak cucu2 dia je tapi tak suka  dia (part ni dah jadi macam cerita Melayu sikit hahaha). Then dia lari dari rumah mertua dia. Hidup kais pagi makan pagi. Hampir2 jadi pelacur hanya untuk beli makanan untuk anak2 dia. Dia nak kerja tapi takde orang nak tolong jaga anak dia. Last2 dia terpaksa serah anak2 dia kat ala2 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sedeh sangat kan? Meleleh2 air mata ummi baca. Abah pandang sinis je ceh! Tapi buku ni happy ending. Sesiapa berminat nak baca, ummi boleh pinjamkan! :)

p/s sekarang dah dalam mode nak membaca buku cerita walhal kerja berlambak2 siang malam pagi petang tak abis2.


Friday, June 29, 2012

4th Prize Lancome Malaysia's "Hypnose Doll Eyes" Contest

2 comments
Ummi menang tempat ke-4 Lancome Malaysia's "Hypnose Doll Eyes" Contest. Terkejut sangat-sangat macam nak pengsan sebab join contest tu macam main-main saje. Hanya create doll guna application yang disediakan kat FB, then email ke pihak Lancome. Tak perlu slogan, tak perlu purchase apa-apa. Tup-tup nama naik sebagai salah seorang pemenang. Inilah yang dikatakan rezeki. Hadiahnya Prada Raso Satin Pleated Wristlet worth RM1600 dari Rebonz dan sebatang mascara dari Lancome worth RM95. Hadiahnya dah selamat diredeem kat Lancome Institute, Bangsar Village II.
Wristlet warna hijau pucuk pisang. Kalau bawak pergi majlis formal atau dinner, sure mengancam!
Gambar di atas ambik guna handphone so maybe tak berapa jelas. Ni ummi tepek gambar ihsan En.Google. Nampak mengerlip gitu! kihkihkih
Prada wristlet
Tapi ummi bukanlah penggemar handbag apatah lagi wristlet. Kecik sangat sizenya nak masukkan pampers Asyraf pun tak muat. So ummi plan nak let go beg ni kepada sesapa yang berminat. Nak jual murah-murah je. Kalau ada sesapa yang berkenan, inform ummi ye. Harga kita boleh nego kemudian. Boleh bagi diskaun lebih dari 50%-70%. Nak buat hantaran pun cun sebab didatangkan khas dalam kotak Reebonz yang eksklusif. Certificate of authenticity pun ada. Kompem original!


Thursday, June 28, 2012

Madagascar 3

0 comments
Jumaat lepas ummi ambik annual leave. Ceh mentang-mentang baki annual leave ada lagi 40 hari, senang hati je nak bercuti. Semuanya semata-mata sebab nak bawak Aiza tengok wayang cerita Madagascar 3. Alkisahnya ummi menang 2 tiket wayang beserta dengan plush toy sempena join contest Wall's Selection Madagascar 3. Targetnya nak menang percutian ke Universal Studio Singapore. Tapi belum ada rezeki. Dapat tiket wayang dan plush toy pun dah cukup happy.
Marty in the house!
Inilah first time bawak Aiza tengok wayang. Sebelum ni pernah jugak bawak dia masuk panggung tapi bertahan 10 minit je sebab Asyraf buat bising. Nasib baik time tu tengok wayang free sebab menang contest jugak. So takdelah rasa ralat sangat. Alhamdulillah Aiza sangat behave dan enjoy sepanjang movie. Dia memang selalu tengok Madagascar 1 dan Madagascar 2 kat laptop. So bila ada sambungan Madagascar 3, dia dah kenal semua karakter dalam cerita tu.
Sempat beli popcorn sebelum masuk panggung
Kali ni ummi pasang strategi. Tak mahu bawak Asyraf. Ummi tinggal dia kat nursery. Lepas tengok wayang baru ambik dia. Hahaha kesian dia kena tinggal tu lah sapa suruh suka nangis kan?

Overall ceritanya memang best! Tak sabar nak tunggu cerita ni available kat torrent site sebab nak suruh abah download kihkihkihkih.


Wednesday, June 27, 2012

He Can Walk

0 comments
Pada umur setahun seminggu, Asyraf secara rasminya dah boleh berjalan. Comel je tengok dia jalan terkedek-kedek macam penguin hihihi. Kalau dulu, tiap kali ummi tinggalkan dia pergi dapur or toilet, mesti dia nangis. Tapi sekarang tidak lagi. Yelah, apa susah? Ummi pergi dapur, dia jalan ikut dari belakang. Hari tu ummi basuh pinggan, then tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki. Bila toleh, dia dah jalan sampai ke dapur. Tersengih bangga sebab berjaya cari ummi kihkihkih.

Dan kami dah belikan sepasang kasut comel untuk dia. 
Mesti orang ingat ummi salah ambik kasut ni sebab design kiri dan kanan tak sama. Tapi memang gitu gayanya.
Bila pakaikan kasut, mood berjalan dia terus on. Dukung pun tak mahu! Tapi sayang sebab sekarang Si Kakak Aiza dah tak suka jalan-jalan lepas balik sekolah. Asyik merengek ajak balik. Ish, ummi dalam dilema.


Thursday, June 21, 2012

Kenangan Kerepek Pisang

3 comments
Entry ini ditujukan khas buat anak-anak ummi; Aiza dan Asyraf. Nanti bila kamu berdua dah boleh membaca, ketahuilah bahawa sesungguhnya kesenangan tak datang bergolek! Kita kena usaha untuk mendapatkannya.

*******************************************
Hari ni ummi makan sebungkus kerepek pisang. Sambil makan ummi termenung. Kenangan lebih 20 tahun lepas tiba-tiba datang menjelma. Ceh...intro dah macam novel.

Teruskan membaca ye puan-puan.

Ummi ada ramai adik beradik. 12 orang semuanya. Yai bekerja sebagai peneroka. Nyai pula hanya suri rumah tangga. Waktu dulu kami hidup agak susah. Ada yang di universiti, ada yang sekolah menengah, ada yang sekolah rendah, dan ramai jugak yang kecik-kecik duduk rumah. Semuanya perlukan duit. Sedangkan ekonomi waktu tu tak sestabil sekarang. Pernah Yai hanya dapat gaji bulanan (setelah tolak hutang piutang) yang tinggal cuma 20 sen sahaja! Sadis sungguh. Nak beli roti sebuku pun tak lepas. Tapi takpe sebab Yai dan Nyai hebat orangnya. Semuanya mereka produce dan usahakan sendiri. Yai pandai bertukang dan terror betulkan alat eletrik yang rosak walaupun takde pendidikan formal. Bumbung bocor atau pintu tercabut atau kipas tertanggal - semuanya no hal. Nyai pulak skill memasak dan menjahitnya tak boleh dilawan. Baju anak-anak semua dia yang jahit. Kain lebihan langsir pun boleh jadi gown yang sangat cantik (baju ummi le tu kihkihkih). Nyai juga pandai mempelbagaikan masakan dengan sumber yang terhad. Pisang sesisir boleh jadi bubur seperiuk. Udang segenggam boleh jadi jemput-jemput sedulang. Even kalau teringin nak makan mee pun, nyai uli dan buat sendiri mee kuning versi dia. Sungguh ummi kagum!

Jadi apa kaitannya dengan kerepek pisang? Well, dalam kesempitan hidup, bawak duit ke sekolah adalah sesuatu yang sangat jarang dapat dilakukan. Kalau harga sawit meningkat, dapatlah bawak 10sen atau 20sen ke sekolah. Waktu harga sawit merudum, hari-hari bawak terpaksa bawak bekal. Pernah suatu hari, setelah sekian lama tak dapat duit 'jajan', ummi beranikan diri minta duit dari Yai. Malangnya tak dapat apa-apa, habuk pun tarak! Nyai yang kesian kat ummi terus cakap "Nak tak kalau mak buat kerepek kau jual kat sekolah?". Ummi tiada pilihan. So dari situ bermulalah pengalaman ummi jadi peniaga IKS jual kerepek di sekolah.

Hari pertama berjual, malu nak buat promosi. Setakat jual dengan kawan sebelah menyebelah. Tapi kerepek buatan nyai sedap dan rangup. Tak perlu promosi, cepat je orang tahu. Dari sehari ke sehari, perniagaan kerepek ummi makin berkembang. Ummi pun sangat gembira!

Setiap perniagaan tentu ada persaingan. Berniaga kerepek kat sekolah pun tak terkecuali. Maklumlah satu kampung semuanya anak peneroka. Semuanya pun kesempitan duit. Maka kelas pun bertukar menjadi ala-ala pasar tani bila tiba waktu rehat. Zurairah menjual kedondong, Syam menjual batang buruk malah Si Lela (kalau tak silap) jual rambutan bila tiba musim buah. Pendek kata, segala apa yang boleh dijual tu akan ada je orang bawak ke kelas dan jual murah-murah. Gigih sungguh!

Bila masuk darjah 6, ummi stop berniaga. Kononnya nak concentrate dengan UPSR. Padahal kerepek dah kurang laku. Yelah, hampir 2 tahun sogok kawan-kawan suruh makan kerepek pisang mestilah diorang jemu. Ye tak? So dipendekkan cerita, perniagaan IKS kerepek pisang ummi terus BUNGKUS! Nasib baik time tu ekonomi makin stabil. So tak perlu berniaga lagi. Alhamdulillah sekarang Nyai dengan Yai pun hidup senang. Duduk rumah goyang kaki tapi tiap-tiap bulan dapat gaji ribu riban dari Felda.

So itulah kenangan ummi tiap kali makan kerepek pisang.Sekian harap maklum.



Tuesday, June 19, 2012

Home Sweet Home

4 comments

Hari ni genap setahun kami pindah rumah sendiri. Syukur alhamdulillah.

Teringat lagi peristiwa tahun lepas. Ummi pindah rumah tak sampai seminggu lepas lahirkan Asyraf. Iye, masih dalam pantang dah sibuk pindah randah. Siap heret abah pergi Ikea dan Kedai Perabot Ah Loon beli barang-barang rumah. Tak senonoh kan? Hahaha..

Dan sempena setahun kami duduk di sini, cita-cita nak renovate rumah tercapai jugak. Bukan major renovation. Ummi dan abah cuma tukar kemasan lantai dari terrazo kepada tile. Alhamdulillah dapat beli tile yang murah sebab abah pergi sendiri kilang White Horse di Selayang. Tapi hasilnya memang superb! Macam duduk rumah baru kihkihkih. Bersinar-sinar kena cahaya lampu. Nak mengemop pun laju je. Punyalah jakun appreciate tile yang baru pasang ni sampaikan pasang karpet pun tak mahu. Rela tengok TV duduk guling-guling atas lantai. Tapi bagus jugak bila tak pasang karpet, kurang sikit batuk!
Tile yang belum dipasang. Beli murah kat kilang White Horse
hasil sebelum dan selepas
So sekarang abah dengan ummi tengah dalam mood nak renovate rumah. Plan seterusnya nak mengecat pulak. Cat pun dah beli cuma tak mulakan operasi je lagi. Hari tu ada jugak abah mengecat sikit2. Feature wall kat hall dah bertukar warna dari coklat gelap kepada warna mocha. Sweeeet! Itupun gigih abah mengecat pukul 12 malam menunggu Aiza dengan Asyraf tidur. Apapun, niat nak habiskan mengecat terutama bahagian luar rumah mesti siap sebelum raya. Mesti!

Dan sempena 1st anniversary pindah rumah (itu pun nak ada anniversary ke?), kami telah hadiahkan sesuatu pada rumah. Jeng...jeng...jeng...ni dia:

 
 
TV Samsung yang lama kami dah let go. Abah iklankan kat Mudah then ada orang dari Shah Alam berminat nak beli. So ni buah hati yang baru. Plasma TV Panasonic 42".

So sekarang alhamdulillah rasa sangat happy. Aiza pun kalau kita tanya lepas balik sekolah "kakak hari ni nak pergi jalan2 dulu ke nak balik rumah?". Laju je dia jawab nak balik. Memang betul2 home sweet home!


Monday, June 18, 2012

Semester Baru, Tanggungjawab Baru

1 comments
Semester baru secara rasminya bermula hari ni. Berkobar2 ummi mengajar tadi. Harapnya student faham apa yang ummi cuba sampaikan. Petang ni ada satu lagi kelas dari pukul 4-5 petang. Ikutkan hati, ummi tak suka kelas waktu petang. Mood dah menurun, student pun dah ngantuk & letih. Lebih2 lagi semester ni cover sampai bulan puasa. Tapi tak apa, anggap ini semua cabaran. Kalau student mengantuk, inilah masanya untuk ummi fikir cara terbaik untuk jadikan lecture menarik dan tak membosankan.

Semester ni jugak datang bersama tanggungjawab yang lebih besar. SANGAT BESAR. Alangkah baiknya kalau ummi mampu menolak. Ummi prefer datang kerja, mengajar dan kemudian balik. Tapi kali ni terpaksa buat lebih daripada itu. Semuanya demi ICT Dept IIUM - tempat ummi cari rezeki!

Moga Allah permudahkan segalanya.


Wednesday, June 13, 2012

Asyraf Turns 1

0 comments
Hari ni birthday Asyraf yang pertama! Cepat sungguh setahun berlalu. Si birthday boy dah nak pandai berjalan. Suka betul dia berdiri then sengih sorang-sorang. Bila kita sorak, terus dia tepuk tangan hihihi.
Pic taken this morning before going to school

Petang ni ummi dan abah plan nak bawak Aiza dan Asyraf jalan2 ke One Utama. Tapi tak decide lagi nak makan special kat mana.

Dan tengahari ni ummi dapat parcel dari Drypers. 


Bila bukak, rupanya ada HADIAH untuk Si Asyraf :)
Glitter Book!
Sukaaaaaaaaa sangat. Bukunya cantik, kulit tebal dan warna warni. Thanks Drypers. Tak sia-sia jadi ahli ahli kelab Drypers seab ummi dapat banyak info berguna dan jugak free gitfs.



Tuesday, June 12, 2012

Courage and Confidence

0 comments
Sejak minggu lepas hati tak tenang. Dup dap dup dap dup dap. Sebabnya pagi ni nak kena berucap depan beratus2 orang students sempena ta'aruf week kuikukui. 

Aik, dah 6 tahun mengajar tak kan nervous lagi kot nak bercakap depan orang ramai? Well, memang lecturer kerjanya bercakap, modalnya cuma air liur dan juga pengetahuan tentang benda yang nak diajar. Tapi kali ni lain. Audience lagi ramai, tempat lagi besar, dan topiknya bukan topik yang familiar. Huaarrgggh nak jerit je rasa!

Ok tak boleh nak tulis panjang2. Sedang mengumpul keyakinan. Ummi pasti boleh!


Friday, June 8, 2012

Hadiah Bertukar Lagi

0 comments
Rasanya tiap kali ummi menang contest anjuran HPB Press, mesti hadiahnya tak sama macam yang diiklankan. Dulu masa menang movie merchandise (Majalah LISA), bila redeem dapat voucher makan dan shampu rambut. Tapi ummi suka je. Kalau dapat movie merchandise pon paling2 dapat sticker atau notebook. So bila hadiah bertukar jadi voucher makan dan shampu rambut, melonjak le ummi. Perut kenyang, rambut menawan! Ceh.

Then baru-baru ni ummi menang Jimmy Choo perfume pulak (Majalah Hello). Ini  like& share punya contest. So ummi terpilih dari lebih 500 orang yang like and share. Kira ni betul-betul bertuah le. Tapi bila pergi redeem, dah bertukar jadi perfume Carolina Herrera le pulak. Sebab katanya person-in-charge tak ada dan orang lain tak jumpa kat mana dia simpan perfume Jimmy Choo tu. So takpelah yang penting dapat perfume jugak. Kalau perfume bertukar jadi  keychain ke cawan ke belon ke, maybe hangin jugak ummi dibuatnya. Tapi ni kira OKlah perfume bertukar jadi perfume cuma lain brand je. Ummi dah try test tadi dan baunya saaaaaaaaaaaaaaaaaaangat wangi!


Hadiah yang sepatutnya dapat

Hadiah yang akhirnya dapat
So thanks ye HPB Press. Mudah2han ada lagi rezeki ummi nak menang contest. Kot2 kalau lepas ni ummi menang lagi, tukar le hadiah tu jadi rumah ke, kereta ke....barulah BEST! :)

Wednesday, June 6, 2012

Erti Tulus Cinta

0 comments
Tajuk posting ni sangat jiwang. Melambangkan perasaan ummi sekarang. Actually bukan jiwang, tapi lebih kepada sedeh dan sayu yang susah digambarkan dengan kata-kata.

Ni semua gara2 baca blog ini yang ummi dapat linknya dari beberapa orang kawan di FB. Penulis blog menceritakan tentang  adik iparnya yang kematian isteri akibat kanser. Kisah Talib dan Norma yang baru berkahwin dan ada seorang anak. Kemudian Norma disahkan menghidap kanser semasa dalam pantang lagi. Diceritakan jugak kisah perjuangannya melawan kanser tersebut, kisah suaminya yang setia di sisi tak kira walau apapun yang berlaku dan kisah anak kecilnya yang tak dapat merasa belaian kasih sayang ibunya. Berjurai2 air mata ummi bila baca kisah mereka.

Membaca kisah sebegini buat ummi tersedar. Susah mana pun hidup ini, ada yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi. Manusia mudah lupa dan jarang bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kadang-kadang tu, ada masalah kecik pun kita dah merungut. Sedangkan ada orang lain yang berjuang untuk meneruskan hidup.

Dan kisah Norma-Talib ni juga mengajar ummi erti tulus cinta, sayang yang tiada penghujungnya, sabar yang tiada hadnya. Kini Norma dah pun kembali ke rahmatullah. Semoga keluarga, suami dan anak kecilnya sentiasa tabah.

Ummi homesick. Rindu pada abah, Asyraf dan Aiza. Last jumpa diorang pukul 9 pagi tadi sob sob sob.


Monday, June 4, 2012

5th Anniversary

0 comments
Terima kasih Allah kerana mengurniakan ummi suami sehebat abah :)

Pic taken exactly on our 5th Anniversary


Tuesday, May 29, 2012

Mengalahkan Orang Yang Nak Kawin

2 comments
Our beloved CakJib dah nak kawin minggu depan! Setelah 36 tahun hidup membujang, akhirnya sampai jugak jodohnya.Tahniah CakJib. Dengar kata berdebar2 sampai tidur malam tak lena kihkihkih.

Ummi memang rasa excited nak balik Johor. Last sekali balik masa Ceklon kawin bulan 11 TAHUN LEPAS. Memang melampau kan? Then bulan Mac hari tu ada balik sekejap otw dari bercuti kat Desaru dengan family MIL. Tu tak kira balik kampung sebab singgah dalam 2 jam je (lunch, sembayang Zuhur then terus balik KL) sob sob sob. So ni bila nak balik hujung minggu ni, rasa tak sabar sangat. Tiap2 hari tengok kalendar padahal dah tahu the exact date bila nak balik kihkihkih. Tambahan pulak bila sekarang kat ofis takde kerja nak buat. Student semua tengah cuti. Soalan exam untuk semester depan pun Alhamdulillah ummi dah berjaya siapkan. Tinggal nak pilih masuk dalam exam paper saje. So setiap hari datang ofis lenggang kangkung- bukak laptop- surf internet - bila ngantuk tidur bawah meja- cukup masa terus balik! Sungguh heaven!

Orang lain nak kawin, ummi pulak yang excited. Bila kat ofis duduk diam seolah2 pasif tak ada tenaga. Tapi bila punch out je, terus heret abah ke sana ke sini shopping beli baju Aiza dan Asyraf. Yelah, CakJib nak kawin mestilah Aiza dengan Asyraf nak melaram sama. Tiap2 hari pun ulang dialog yang sama kat abah "kesian budak2 tu belum beli baju baru". Dalam otak duk pikir, waktu nikah pakai baju ni - waktu sanding belah lelaki pakai baju tu - waktu sanding belah perempuan pakai baju lain pulak. So ummi pun keep on membeli dan membeli dan membeli. Padahal kat rumah dah tak muat beg yang nak bawak balik kampung hohoho. Memang betul2 ngalahkan pengantin!

Then tiba2 teringat, baju ummi cuma ada sepasang saje!


Tuesday, May 22, 2012

Karipap Krispi

1 comments
Minggu lepas tiba2 macam ngidam nak makan karipap yang sedap. Maksud ummi, yang betul...betul...sedap. Kuih karipap memang banyak jual kat merata tempat tapi selalunya tak mencapai standard yang tekak ummi mahukan. Kadang2 tu kulit karipap keras. Ada tu pulak intinya tak sedap, pedas melampau etc. So selalu kalau terkena karipap tak sedap, sekali gigit terus letak balik. Hish, tak baik makan tak abis!

So pertama kali nak try buat karipap sendiri. Selama ni tahu makan saje.

Then gigihlah ummi google resepi sana sini sampai terjumpa satu resepi kat blog kak inahar.Tengok kat gambar macam menarik. Resepi pun mudah. So ummi try. Btw inti karipap ABAH YANG MASAK. Kulitnya ummi yang buat. Hasilnya begini:
Abaikan kelim karipap ummi yang agak tak cantik itu :)
Rasanya masyaAllah.....sedap sungguh! Hahaha ni kes masuk bakul angkat sendiri. Tapi seriously memang sedap. Kulitnya crispy walaupun dah sejuk. Intinya pun sedap sebab abah gunakan daging instead of mincemeat. Terus tiba2 karipap ni masuk dalam menu 'Dynamic Duo' kitorang hahaha. Tak sampai 10 minit habis sepinggan. Sambil makan sambil puji diri sendiri hahahaha.

Btw sesiapa yang nak mencuba buat karipap daging, bolehlah jenguk blog kak inahar macam link yang dibagi kat atas tu. Tapi untuk karipap ummi, ummi ada buat sedikit modifications. Antaranya tak letak gula dan daun sup dalam inti karipap sebab tekak ummi dan abah suka yang masin-masin gitu. Dan lagi kami guna daging instead of mincemeat. Yang lain semua sama.

So apalagi. Cubalah! Gerenti terjungkit lidah bila makan karipap hasil air tangan sendiri.

p/s terima kasih kak inahar atas kunjungan balas ke blog ummi. Selamat berkenalan! :)


IIUM Kindergarten Sports Day 2012

0 comments
Sabtu lepas hari sukan IIUM Kindergarten untuk budak-budak 4-6 tahun. Ini kali ke-3 Aiza join sukan. Dua tahun berturut-turut sebelum ni dia menangis time acara dia. So tahun ni ummi memang tak mengharap dia menang apa-apa. Asalkan dia berjaya habiskan acara dia tanpa menangis pun dah cukup baik.

Sebelum pukul 8 kami dah bertolak ke Gombak. Acara dia antara yang awal. Teacher dah pesan kena ada kat sana sebelum pukul 9. Sampai je sana, daftar, dapat goodie bag then terus bersedia kat tempat masing-masing.
Posing dulu dengan Si Adam
Acara yang Aiza masuk namanya Uducare Drift ala-ala merempit gitu hihihi.
Muka cuak masa kat garisan permulaan. Actually time ni ummi pun berdebar2 jugak hihihi
Aiza in action. Berjaya menghabiskan larian walaupun kalah. Ummi bersorak tak hengat dunia. Gambar ihsan dari k.ayu
Bergambar dengan piala. Yang bestnya, menang atau kalah tetap dapat hadiah.









 
Habis je acara Aiza, kami terus balik tak tunggu sampai habis. Selesai sudah sukan Aiza untuk tahun ni. So sekarang ni kat rumah dah ada 2 piala dengan 1 medal hasil kerja keras Aiza bersukan. Nampak gaya dah boleh buat perancangan untuk beli almari kaca untuk display semua hadiah tu kihkihkih.


Thursday, May 17, 2012

Updates On Adik and Kakak

0 comments
Perkembangan terbaru, Asyraf dah masuk 11 bulan. Dah menunjukkan ciri2 nak mula berjalan. Riuh mulutnya bercakap sorang2 sebab tak ada orang yang paham. Kalau pasal buat bersepah, serahkan saje pada dia.

Kesian pooh bear kena tonyoh hidung

Saiz dua2 sama besar je :)
Tiap kali main dengan pooh bear, mesti hidung jadi mangsa. Kalau ummi dekatkan muka kat dia pun, hidung jugak jadi mangsa :) Gambar di atas diambil pada dua kejadian yang berlainan.

Si kakak pulak hari Sabtu ni ada annual sport's day kat IIUM Gombak. Sebelum ni 2 tahun berturut2 dia menangis time acara sukan. Harapnya tahun ni tiada lagi 'drama swasta' bakal berlaku. Ummi doakan kakak dapat gold medal cewahhh..


Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day to Myself

2 comments
Sepanjang hampir 5 tahun ummi bekerja di UIA PJ ni, dah banyak kali jugaklah kami lecturer2 di ICT Dept sambut Teacher's Day. Hehehe tapi bukan sambut dengan students sebaliknya celebrate sesama lecturer ala2 syok sendiri gitu hahahahaha.

Tahun ni tak terkecuali. Programnya sama saje setiap tahun.
*Makan-makan pot luck
*Ada persembahan sikit (multimedia presentation, baca sajak or whatever lah)
*Ucapan ringkas
*Sessi tukar2 hadiah
Cuma tahun ni special sikit sebab lepas makan kami solat zuhur jemaah sama2 diimamkan Bro.Haedir.
Bila pasal makan, semua pun laju hihihi. P/S lawa baju kak ayu arini :)

Selama ni kalau buat pot luck, biasanya ummi volunteer bawak buah saje. Maklumlah duduk rumah mertua malas nak kelentang kelentung kat dapur pagi2 buta masak untuk ofismate. Tapi tahun ni, sebab dah pindah rumah sendiri, ummi tunjuklah sikit skill memasak kihkihkih. Ummi buat CUSTARD JAGUNG! Subuh2 dah bangun. Sorry picture tak ada ---> abah kata "show picture or it never happened". Hihi tapi seriously ummi masak custard jagung cuma tak snap gambar je.

Sessi tukar2 hadiah tangguh sampai Jumaat ni sebab ada lecturer yang tak datang dan ada juga yang tak prepare hadiah lagi.
Memang seronok sekali sekala berkumpul ramai2 sambil makan dan borak2 macam ni. Hilang semua stress kerja! Sekarang memang tengah rileks pun sebab kertas exam dah habis marking dan student pun semuanya balik bercuti.

So untuk semua warga pendidik di luar sana, especially rakan2 seperjuangan di ICT Dept, CFS IIUM Petaling Jaya,
"Happy Teacher's Day! Remember, great teacher teaches from his heart, not from the textbook. Our job is  a noble job, so be proud of it!"


Monday, May 14, 2012

Home Made Air Soya

6 comments
Ummi, abah dan Aiza memang penggemar air soya. Kalau beli barang dapur, berkotak2 air soya kami beli terutamanya  time bulan puasa. Tapi air kacang soya yang dijual sekarang ni kesedapannya ikut jenama. Ada yang terlebih manis, ada pulak yang cair semacam. Untuk melayan anak tekak, ummi dan abah bersepakat  untuk buat sendiri air soya di rumah. Baru puas hati!

So untuk segmen Mari-Ke-Dapur-Bersama-Ummi kali ni, kita belajar cara membuat air kacang soya ye Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Dah sediakan pen dan kertas? Ceh macam le complicated sangat. Padahal bahannya cukup mudah. Hanya perlu cari kacang soya yang banyak dijual kat pasaraya. Itu saje!

Kacang soya beli kat Giant. Sepaket cuma RM1 ++.
Rendam kacang soya untuk sekurang-kurangnya 4 jam.
Bila dah kembang, kulit kacang soya mula tertanggal. Buang kulit kacang. Kalau taknak buang pun takpe no problem.
Sediakan kain dan blender yang BERSIH. Blend kacang soya dan kemudian tuang atas kain yang disediakan.

Perah air kacang soya. Ulangi langkah blend-dan-perah sehingga semua susu soya berjaya diperolehi (Lebih kurang macam kelapa le. Perah sampai semua santan keluar)

Tapis air soya dan kemudian masak  hingga mendidih. Masukkan gula ikut kesesuaian tekak masing-masing.
Btw kacang soya ni ada bau yang 'semacam'. Sesetengah orang mungkin tak suka. So untuk menghilangkan bau soya, masa masak air soya tu, bolehlah letak daun pandan. Masa first time buat, ummi letak daun pandan. 2nd time buat, ummi letak vanilla essence. So baunya sedaaaaaaaaaaaaaap sangat. Vanilla soya - yummy!


Friday, May 11, 2012

Bila Hadiah Contest Tak Sama Macam Yang Diiklankan

0 comments
Dah hampir sebulan dapat SMS dari majalah Lisa mengatakan ummi salah seorang pemenang untuk promosi filem Mirror Mirror. Hadiahnya movie merchandise. Tapi SMS tu terperap je dalam henpon. Rasa malas nak tuntut sebab:

Yang pertamanya tak tahu jalan nak ke opis Lisa. Ummi dan abah dua-dua tak familiar dengan area Damansara Heights. Dengan nak meredah traffic jem segala bagai. Hish stress! Yang kedua sebab hadiah tak berapa mengancam :) Movie merchandise biasanya keychain, sticker, buku nota atau paling2 canggih pun t-shirt.

Tapi last2 minute ummi pergi tuntut jugak. Thanks to GPS henpon abah.

Bila sampai kat sana, person-in-charge kata "Puan, yang ada cuma cuma sticker. Merchandise lain tak ada". Dalam hati ummi dah mula merungut. Datang jauh2 tak kan cuma dapat sticker? Tapi tak sempat nak cakap apa-apa, orang tu sambung ayat dia "Puan, tapi kami ada bagi hadiah lain. 2 botol besar shampoo c.michael dengan voucher makan kat Hotel Mines Wellness sebanyak RM100". 

Ha, ini sudah bagus! Jauh lebih baik dari hadiah movie merchandise. Macam tau2 je shampoo kat rumah ummi dah habis. So bila dapat 2 botol besar ni, jimatlah belanja shampoo untuk 2,3 bulan.
Shampoo anti-hair-loss. SANGAT SESUAI untuk abah hahahaha
Dan yang paling ummi suka dapat voucher makan kat hotel. Tak sabar nak ajak abah redeem voucher ni. RM100 rasanya cukup untuk kami berempat. Selalunya ummi menyampah kalau organiser bagi hadiah tak sama macam yang diiklankan. Tapi kali ni ummi suka sangat. Thanks Lisa. Lain kali pilihlah ummi lagi ye.


Thursday, May 10, 2012

Abah Turns 31

3 comments
A birthday card specially made by Aiza, for her abah!
On his big day - abah ada workshop dari pagi sampai petang.

So birthday abah disambut sehari awal dari yang sepatutnya. Ummi siap ambik annual leave - nak menunjukkan betapa significantnya bday abah dalam hidup ummi kihkihkih. Kami celebrate di tempat yang tak asing lagi. Sila rujuk gambar di bawah:
Yes we went to Eastin Hotel - again! Ini kali ke-3 kami makan di sini.
Makanan kat Hotel Eastin, PJ as usual memang superb. Dari starter, main food, dessert semuanya sedap - membuatkan ummi terpikir "kenapalah bday abah setahun hanya sekali? Kalau le banyak2 kali, ada le alasan nak makan kat Hotel Eastin lagi hihihi". Ummi banyak kali jugak makan kat hotel tapi seriously this is one of the best hotel in KL. Selection of foods dia memang pelbagai dari local dish, chinese food sampailah ke western. Dah 3 kali kami ke sini, menu sentiasa bertukar. So tidaklah jumpa makanan yang sama je tiap kali makan kat situ. Kat Hotel Eastin ni le 'perut ummi berkenalan' dengan risotto, meatloaf, compote etc. Hish, lapar pulak bila teringat makanan-makanan kat situ!
Tengah makan laksa Kelantan :)
Btw, plan asalnya nak bawak Aiza makan sama. Tapi on that day Aiza pergi UIA Gombak naik bas dengan teacher & kawan2 sebab ada rehearsal hari sukan. Asyraf pulak tak payah cakaplah, memang niat nak kena tinggal! Kalau bawak Asyraf, tak makan le ummi dan abah jawabnya hihihi.

Tapi sehari sebelum tu, Aiza sempat buat bersepah datang opis ummi dan buat kad bday special untuk abah.
Aiza buat kad khas untuk abah.
To abah,
Happy 31st birthday,
Thanks for being the greatest husband to ummi,
And the best abah to Aiza and Asyraf,
We love you.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez