Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, September 20, 2012

Rezeki Contest: MyEG, COSMO, Poise

3 comments
Lama betul tak update pasal contest. Sejak pindah bilik bawah yang penuh tanggungjawab ni, tak terkejar due date contest sama ada yang online atau offline. Join mana yang sempat je. Dan alhamdulillah ada jugak yang mengena. Mode senyum sampai telinga.

# MyEG Syoknya Raya 2012 Contest
Ummi join contest ni suka2 je. Tak perlu beli apa2 cuma perlu hantar gambar. Ini antara contest tahunan myeg. Dulu dah pernah join sekali dan menang RM200. So tahun ni cuba nasib lagi sekali. Gambar yang dipertaruhkan adalah gambar Imran main bunga api kihkih. Ada 2 kategori. Satu Most Voted. Kategori ni jangan haraplah nak menang sebab ummi tak pandai raih undi. Satu lagi Most Creative. Ha yang ni le ummi dapat. Myeg bagi RM200 untuk 100 pemenang setiap kategori. Total pemenang ada 200 orang. So peluang nak menang memang besar jugaklah. Sayang hari tu masuk satu nama je (dasar tamak haloba kihkih).
Kena belanja Imran eskrem sebab eksploitasi gambar dia ni untuk menang contest

# Cosmo/Tropicana Twister
Menang dari majalah Cosmopolitan. Tak beli pun majalahnya. Just belek2 kat MPH then sms jawapan ke no yang dibagi. Alhamdulillah menang pulak. Masa mula2 bagitau abah, dia tanya dapat berapa botol? Dia kata kalau setakat 2,3 botol tak berbaloi nak pergi redeem. Eleh padahal dekat je tempat nak redeem kat Uptown 1. Sekalinya bila redeem, nah kau! Dapat 2 carton = 48 botol. Silalah minum sampai cirit!

#Pad/Liner Poise
Yang ni tak tahu menang apa. Tahu2 je kurier hantar. Semua sekali ada 8 pek. Kat rumah sekarang memang menggunung tuala wanita. Pads libresse menang dari majalah In Trend dulu pun banyak lagi. Kalau kumpul semua, cukup bekalan sampai menopous agaknya kahkahkah.










Tuesday, September 18, 2012

My Bestfriend's Wedding

2 comments
Ummi dan Azimah sama2 join UIA as a part time lecturer tahun 2006. Setahun kemudian, kami sama2 dapat jadi permanent staff. 

Tahun 2007 ummi kawin, Azimah still single. Tahun 2008 ummi dapat anak first, Azimah stilll single. Tahun 2011 ummi dapat anak second, pun Azimah still single. Tapi dalam hati selalu berdoa supaya dia ditemukan jodoh segera. 

Janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan? Alhamdulillah jodohnya sampai dan semalam ummi attend majlis resepsinya di Shah Alam.

Ramai sungguh tetamu datang. Ex-student pun ramai yang memunculkan diri. Nak bersalam dengan pengantin pun tunggu turn hihihi. Nak bergambar apatah lagi. Nantilah bergambar kat opis je bila ada kesempatan.

Ini saja gambar yang ada. Jadilah buat kenangan hihi

Gambar ambik dari FB Azimah. Sama cantik sama padan!
Yang bestnya lepas kawin, Azimah akan pindah dekat je dengan rumah ummi. Bolehlah nanti bila2 ajak dia husband and wife datang rumah. 

Selamat Pengantin Baru Azimah. Didoakan moga kekal selamanya!


Monday, September 17, 2012

Bling Bling

2 comments
Alkisahnya hari tu, ummi pegi jalan2 kat shopping kompleks dengan MIL, angah dan sekali dengan anak2 dia. Sambil jalan2 tu, sajelah singgah jamu mata kat Wah Chan. Time tu tengah ada mega sale. Tapi mega sale kedai emas takdelah sama macam mega sale kat Jusco, ye tak? Tak terdetik langsung nak beli barang kemas sebab tahu harga emas sekarang melambung tak hengat dunia. Tapi saje gatal2 tangan try gelang bangle. MIL pun join sekali. Then bila tanya harga, errkkk...terus letak. Gaji sebulan pun tak lepas hihihi.

Then a few days after tu, kat rumah MIL tiba2 dia cakap "mama nak belikan awak gelang". I thought she was joking! Obviously we were not talking about barang harga 2-singgit-2-singgit macam dalam cerita upin ipin. We were talking about GOLD. Harus ummi taip huruf besar! So I just brushed-off the idea. Dan berazam untuk ignore je kalau dia timbulkan balik isu beli gelang. 

Tapi bila balik rumah abah duk asyik nyakat ummi

Abah: kalau ada orang nak belikan emas ambik jelah mi
Ummi: malulah ummi. Ini bukan barang murah. Cuba kalau yai kat kampung tu kata nak belikan abah motor, abah ambik ke?
Abah: eh mestilah. Bapak mertua belikan mesti ambik --> erk...kau memang tak tau malu bah!

Sabtu lepas, MIL ajak keluar makan. Lepas makan dia tarik tangan ajak masuk Wah Chan. Dia suruh pilih gelang time tu jugak. Tak boleh elak dah! So ummi dengan rasa excited tak ingat dunia rendah hati dan sedar diri, pilihlah design yang simple2 dan ringan timbangan gramnya. Tak maulah rabakkan poket MIL. Mula2 pilih design pintal2. Harganya pun 'berpatutan'. Sekali bila tunjuk kat abah, dia cakap tak cantik. Hek eleh, macamlah dia yang nak keluarkan duit. Lagi mau komplen!

So ummi pilih satu lagi design. Mahal sikit dari yang tadi. Yang ni design dia lain. Dan bentuk dia oval bukannya bulat. Nampak cantik di mata ummi. Sekali bila tunjuk MIL, dia kata terlalu ringan dan designnya simple sangat! And I was like...biar betik? Berapa bajetnya nak beli bangle ni?

So ummi pun cakap dengan MIL, since dia yang bermurah hati nak belikan ummi bangle, apa kata dia je yang pilihkan. Semua pun cantik je di mata ummi. So dia pilihkan yang ini:
Extra bling bling effect bila ambik gambar guna kamera phone abah
Otomatik terus tangan jadi lemah gemalai bila pakai barang kemas kihkih

Among the latest design at Wah Chan. Plain gold bangle with chrome (white gold). Cantik sangat! Harganya tak perlu cakaplah. Memang ummi tak akan beli kalau guna duit sendiri.

So mama, thank you so much for the bangle. Tangan saya ni sentiasa terbuka kalau mama nak tambahkan lagi koleksi barang kemas saya! Serius.


Saturday, September 15, 2012

Uneventful Saturday!

0 comments
Apparently hari ni semua orang pun sibuk dengan hal masing2. Cikwan kerja, Cikta malas, Cikyah ngantuk, Abah terlalu sibuk main game, Aiza konker TV, Asyraf khusyuk tengok Barney kat komputer ummi. Ini pun tak boleh tulis lama2 sebab Asyraf dah merengek nak tengok 'B' (panggilan manje dia kat Barney). 

They leave me with NO ONE TO TALK AND NOTHING TO DO. Nyampahlah! Baik tido je cenggini...



Friday, September 14, 2012

Makan-Makan

0 comments
Bila bulan syawal, sana sini orang buat jamuan raya. Setiap minggu rasanya ummi attend open house. Minggu lepas jamuan kat rumah jiran sebelah a.k.a Pakcik Sani. Minggu sebelumnya jiran depan rumah - adik Pakcik Sani pulak buat jamuan. Yes people, jiran sebelah rumah dengan jiran depan rumah ummi sebenarnya adik beradik. Sweet je kan adik beradik duduk berjiran kat satu taman perumahan? Bukak pintu nampak muka adik. Banyak makanan berlebih boleh 'campak' kat rumah adik. Or even better, takde makanan kat rumah boleh buat muka tak malu makan rumah adik. Hehehe off topic pulak.

Well kat UIA ni pun tak terkecuali. Semua department pon nak buat makan2. Oh by the way, kat UIA diorang tak panggil jamuan raya sebaliknya Syawal Gathering. Stylo le kunun2nya kan kihkihkih. Selasa lepas ummi attend syawal gathering kat DOSP/DOAP. Jumaat sebelum tu department sendiri pulak buat syawal gathering. Masa jamuan di ICT, konsepnya potluck tapi ummi tak bawak apa2. Sebagai ganti, ummi tolong order dan belikan 400 cucuk sate untuk department. Hihihi senang2 hati je ummi buat 'fatwa' - dah tolong belikan sate so tak payah bawak apa2. Cerita pasal sate, nanti ummi akan buat satu entri khas pasal sate yang ummi beli untuk department, apa lagi kalau bukan Sate Eddy!

Ni pun sebenarnya ummi baru je balik dari  syawal gathering cum IEEP Opening Ceremony. Macam2 makanan ada i.e sate, lodeh, lemang, mee rebus etc. Siap ada 'international cuisine' hasil air tangan staff UIA yang berbilang bangsa. So tadilah sempatlah merasa macam2 makanan eksotik kihkih. Ada satu makanan Arab ni, macam ala2 nasi bungkus guna daun anggur. Rasa dia macam masam2 sikit. Tak tau apa namanya. Tadi ummi tak bawak kamera so tak snap gambar. Tapi ni ummi berjaya google kat internet.
Nasi bungkus guna daun anggur

Then ada satu menu ni pulak, nasi dibungkus dengan terung. Not bad jugak rasanya.Ummi ni jakun so bila tengok makanan2 macam tu memang juling le mata.
Terung inti nasi

Bila dah kenyang, mata pun kuyu rasa macam nak zzzzz. Tapi pukul 3 patutnya ada meeting. Takut terlajak pulak. Tapi takpe, yang penting zzzzz dulu.



Wednesday, September 12, 2012

Baked Pasta

0 comments
Ummi dah lama teringin nak makan baked pasta tapi tak pernah buat. Maklumlah makanan pelik2 ni selalunya tak serasi dengan tangan ummi. Kalau buat selalunya tak menjadi. Nanti ummi jugak yang ngamuk sorang2 kat dapur bila masak tak sedap.
Tapi entah kenapa tiba2 weekend lepas ummi dapat pedoman dan semangat hahaha.Bila google resepi kat internet, nampak macam mudah. Bila jenguk kat dapur, semua bahan pun ada. So apa lagi, mulalah operasi masak memasak.
Rebus pasta sampai empuk. Ummi masukkan 2 sudu minyak dalam air rebusa biar pasta tak melekat.
Kebanyakan orang bila masak baked pasta guna makaroni. Tapi ummi cuma ada pasta yang bentuk bow-tie tu je. So belasah jelah guna apa yang ada. Janji pasta. Ye tak?

Bahan-bahan lain
Then ummi hiris bawang putih, bawang merah dan ayam. Kalau ikut resepi ada cendawan butang jugak. Tapi cendawan takde dalam peti ais, so abaikan. Ummi tumis bahan2 kat atas tu guna extra virgin olive oil dan masukkan mixed herbs sekali. Ceh, fefeeling Italian sungguh masa masak aritu. Dah siap tumis, bila bawang dah layu & ayam pun dah masak, ummi masukkan sos prego kaler putih. Btw, itu je yg ada. Sos putih prego tu pun lebihan masak tahun bulan lepas.

Bila sos dah masak, ummi gaul dengan pasta yang dah siap rebus. Then masukkan dalam bekas dan tabur cheese kat atasnya. Bakar lebeh kurang 20 minit.

Imej sebelum

Imej selepas
Verdict: Not so sedap. Tak mencapai standard macam yang tekak ummi harapkan. Maybe tak cukup kuah sos putih. Or tak cukup cheese. Yang penting serba serbi tak cukuplah. Kering je pasta tu dah jadi ala2 pasta goreng. Tapi surprisingly abis licin jugak keesokan harinya. Tapi sebab kiranya tak berapa menjadi kan, so macam tak puas hati! Dah berkira2 dan retry lagi bila2 ada masa!


Thursday, September 6, 2012

On Hobbies and Passion

0 comments
Ummi ada banyak hobi dan perkara2 yang suka nak buat. Dulu masa anak dara ummi suka baca novel, magazine etc. Dari kulit ke kulit. Kalau baca novel tu, mahu feeling 2,3 hari teringatkan si hero dalam novel. Kalau magazine pulak, sampai lunyai ummi kerjakan. Kalau surat khabar, takde satu section pun terlepas pandang. Sampaikan ruangan obituaries pun ummi baca kihkihkih. Tapi sejak beranak pinak ni, hobi membaca dah tak selari dengan hidup. Ummi cuma selak surat khabar setiap Jumaat je nak tengok kedai mana jual pampers dan susu yang murah hahaha.

Ganti pulak dengan hobi gardening. Tak dapat nak gardening waktu siang, pukul 11 malam pun ummi boleh hidupkan lampu porch - cambut rumput, semai benih etc. Macam2 ummi dah tanam depan rumah yang sekangkang kera tu. Serai, kari, cili, pandan, mulberi, roselle, ulam raja, kangkung, betik etc. Tak cukup tanah, ummi heret abah pergi beli pasu besar. In fact beberapa hari sebelum raya hari tu, di saat semua orang duk shopping baju dan kuih raya, ummi shopping pasu, tanah & baja kihkihkih. Kalau pergi kedai nursery, rambang mata dan duit pun laju je keluar. Antara 'buah hati' terbaru sekarang, pokok ciku. Ummi tanam dalam pasu besar. As of today, dah keluar putik 5 biji. Hoooray! Pastu cuba korang tengok bawah ni:
Gojes kan? Tapi yang ni orang kat kedai nursery yang tolong tanamkan.
Pokok cili kat atas tu ummi beli dengan harga RM5. Padahal waktu tu dah siap bayar dan dah nak balik pun. Tiba2 ummi ternampak pokok cili tu. Tak berkelip mata ummi pandang. Terus laju je ummi ambik dan bayar. Tak lama lepas tu ajak Aiza buat aktiviti tuai cili dari pokok. Seronok!

Then semenjak 2 menjak ni, suka jugak menjoinkan diri dalam mana2 contest. Terutama contest online yang tak perlu pos or beli apa2. Cuma slogan dan jawab soalan mudah je. Then bila tiba2 nama diumum jadi pemenang, sengihlah ummi 7-hari-7-malam kihkihkih. Tapi sejak dari cuti raya, macam dah takde mood nak join contest. Kenapa ye?

Apa lagi ye ummi suka buat? Ummi actually suka jugak try resepi2 baru. Tapi minat memasak tak selari dengan skill. Minat meluap2, google resepi berjam2, tapi nanti hasilnya selalu buat ummi rasa nak baling kuali/periuk/mixer ke dinding! So minat yang satu ni masih dalam tempoh percubaan lagi.

Oh ummi ada satu lagi minat yang agak terpendam. Ummi suka benda2 yang melibatkan arts and craft. Contohnya jahit labuci kat baju or bungkus hadiah. Ummi anggap tu semua as art kihkih. Eh, baju nikah ummi dulu pon sebulan ummi ambik masa untuk jahit manik dan labuci keliling baju tau! Dan Ummi tahu ramai jugak tak suka wrap hadiah. Tapi ummi suuukeeeeeeeee sangat. Pagi ni baru selesai bungkus hadiah untuk seorang teman tersayang yang bakal kahwin minggu depan. Plan nak bagi kat dia esok so that minggu depan bila datang kenduri boleh lenggang kangkong saje.
Hadiah untuk Azimah :)




Tuesday, September 4, 2012

Birthday Party cum Jamuan Raya - IIUM Nursery

0 comments
Nursery kat UIA ni setiap bulan pun buat birthday celebration - biasanya setiap hujung bulan. Untuk bulan Ogos yang lepas, dia buat hari ni. Lewat sikit berbanding selalu. Tapi sekali arung dengan jamuan raya. Teacher tulis notis depan sekolah dan siap pesan kat semua budak suruh pakai cantik-cantik i.e baju raya. So pagi ni proses nak kejutkan Aiza jadi sangat senang sebabnya dia tahu lepas mandi pakai baju cantik kihkih. Anak dara...melawa je kerjanya. Ini hint kat abah kena banyak belikan Aiza baju baru so that dia tak liat bangun pagi wink wink wink. Well, shopping baju untuk Aiza tapi nanti umminya yang hilang stress. Shopping teraphy namanya hahaha. Ok tu dah off topic!

So semalam ummi duk bincang2 dengan abah nak bawa apa ke sekolah sempena jamuan raya. Teacher takde suruh bawak apa2 sebab main menu provided by nursery. Tapi sebagai mak bapak kadang2 kita tersa jugak nak contribute something. After all, nanti anak kita jugak yang ngaaap semua makanan tu kan? So setelah difikir2, dicongak2, dihitung2 (ni kes tak cukup bajet ke?), so ummi dan abah decided untuk beli 2 biji besar kek ciffon pandan. Setel!

Pic taken this morning.
Jumaat ni ada jamuan raya kat department ummi pulak. Menu yang sedia ada memang dah meletop! Department sekarang banyak duit cakap je nak makan apa semua boleh beli. Tapi geng2 staff ICT ni memang suka buat potluck show-off skill masak masing2.So ni ummi tengah terpikir2 nak bawak apa. Besar kemungkinan.....


bawak perut kosong jelah!





Thursday, August 30, 2012

Salam Merdeka

0 comments
Salam Hari Merdeka pada semua!

Hari ni last day kerja sebelum cuti weekend yang panjang. Eleh 3 hari je dah kata panjang. Tup tup je nanti dah hari Ahad.
Well, apa plan semua orang? Sambung beraya? Ummi and family akan ke Teluk Intan, Perak sempena perkahwinan anak buah yang sulung. Baju satu hape tak packing lagi. Kalau nak travelling sekarang ni perlukan masa yang cukup untuk prepare barang yang nak dibawak. 80% barang yang dibawak adalah pampers, susu, baju budak berdua tu. Mak bapaknya sehelai sepinggang je selalunya hahaha.
Tapi si kecik Asyraf tak berapa sihat. Demam setiap malam sejak Ahad lepas. Sigh. 

Mode teruja nak berjalan tapi berat hati sebab anak tak sihat.

p/s happy birthday to CikTa yang sambut bday hari ni.


Monday, August 27, 2012

Warna Warni Aidilfitri

2 comments
One of the best thing pasal raya mestilah tak lain tak bukan...bergambar sakan! Posing maut fe-feeling ala artis gitu kihkihkih. Dari zaman dahulu kala sampai sekarang, lepas sembayang raya mesti nak buat sessi fotogediks. Dulu guna kamera-masuk-filem so kena posing betul2 baru snap gambar. Paling nyampah kalau orang ambik gambar candid. Rasa macam buang filem je. Yelah apa taknya, bayar mahal2 cuci gambar sekali tengok hasilnya ada gambar-tak-patut-publish.

Tapi sekarang ni sejak ada digital kamera, then Ameme pulak terlebeh duit beli kamera DSLR sekaligus merangkap sebagai jurugambar tak bertauliah, makin sakanlah ummi sekeluarga bergambar. Posing apa-apa pun boleh. Ala apa susah, kalau tak suka delete saje. So ni antara hasil gambar raya tahun ni:

My big family. Yang takde dalam gambar - Amalina, abg azam sekeluarga, abg ajib & seri, Ceklon & Firdaus. Oh si Asyraf pun takde sebab time ni dia zzzzzz...
Tradisi CikYah setiap tahun - bagi mainan instead of duit raya kat anak-anak buah

Asyraf dan Aiza sabar tunggu giliran nak dapat mainan hihihi
Gambar adik beradik. 4 orang takde dalam gambar. Tapi tiba2 terselit muka Aiza kihkihkih

Gambar 'bajet hensem'
Ummi suka gambar ni. Huhuhu homesick!

Gambar raya ke-2. Eh lawalah tudung 2-layer ummi hasil shopping kat opis hahaha

Finally, my family-photo. Nak cuci, frame dan letak kat opis
Hari ni dah start kerja. Mood tak ada. Tapi kerja berlambak tak terkejar nak siapkan semua. Feeling raya masih menebal lagi. Masuk kelas tadi pun tiba2 ada student offer kek lapis Sarawak yang datang khas dari kampung halamannya. Thanks Ali. Nanti ajak madam makan lagi eh?



Sunday, August 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Along Toba

0 comments
Along Toba adalah cucu pertama dalam keluarga besar kami. Masa WakLuk mengandungkan dia, nyai pun mengandungkan CukDin. Anak beranak sama pregnant hahaha. So Along Toba dan CukDin sebenarnya sebaya. Dulu masa nyai dan yai pergi Mekah, Cukdin pindah Perak dan menumpang sekolah dengan Along Toba. Tapi katanya takde orang tahu diorang ada hubungan pakcik-anak buah sebab masuk kelas yang sama kihkihkih.

Dan semalam Along Toba menamatkan zaman solonya. Cepat sungguh masa berlalu. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu Along Toba suka menggigit. Dan nakalnya tak usah cerita! Geleng kepala kalau teringat perangainya dulu2. 

Selamat pengantin baru Along Toba & Azie


Bila Along Toba kawin, ummi terasa semakin tua! Anak buah ummi dah kawin! Kot2 by raya tahun depan, ummi dah jadi nenek agaknya. Adakah dialog di bawah bakal terjadi tahun depan?

ummi: Ala..ala comelnya baby XYZ. Mari sini nyai Sidah dokong meh
Along Toba: Ha, mintak duit raya kat nyai Sidah
ummi: nak duit raya? Pegi mintak kat yai Azli

Gulp!




Sunday, August 19, 2012

1 Syawal 1433 Hijrah

0 comments
Alhamdulillah tahun ni kami sambut 1 Syawal di Kulai, Johor. InsyaAllah esok raya ke-2 balik semula ke KL beraya di sana pula. Kemeriahan beraya di rumah nyai & yai tak terkata. Havoc satu rumah. Bising sebab semua orang pun nak bercakap, setiap ceruk penjuru ada orang, toilet sentiasa penuh sampaikan kena ambik turn hihihi.

Di kesempatan ni, ummi nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang membaca posting ni. Ampun maaf dipinta jika sepanjang ummi menulis ni, ada yang terguris hati. Maaf zahir dan batin.


Wednesday, August 15, 2012

Kuih No Brainer

0 comments
Ummi memang lemah kalau bab buat kuih raya. Kalau masak lauk pauk takpe, insyaAllah menjadi. Ecececeh... puji diri sendiri hihihi. Well, kalau tak menjadi pun at least still sedap kat tekak ummi ni. Tapi kalau buat biskut raya, ummi surrender!

Dan ummi bercakap ni dari pengalaman. Tahun lepas, kononnya 1st time beraya kat rumah sendiri, so berangan buat kuih raya. Tambahan pulak time tu maternity leave duduk rumah membuta je hari-hari. So gigihlah tengok resepi kat internet cari kuih raya yang paling senang dibuat. Then terjumpalah resepi cornflakes madu. Semua orang kat internet duk cakap kuih tu paling mudah nak buat dalam dunia. Dan ummi pun terpengaruhlah dengan 'janji-janji manis' setiap orang yang share resepi tu kat internet. Ada yang kata, kuih ni pejam mata boleh buat, 1 jam dah boleh siap, no brainer pun boleh buat, suruh budak tadika pon kompem jadi, petik jari semua jadi etc. Ceh, ni memang betul2 kena cuba ni.

So ummi pun gigihlah suruh abah beli bahan segala bagai. Bila ummi buat, mak kau - keras macam batu baling kat orang pun boleh masuk hospital! Entah hape la silapnya dia punya madu/gula tu terlebih sukatan agaknya. So cornflakes madu jadi pahit manis hempedu hahahaha mode merajuk ada lagi sampai sekarang.

Bayangkan, kuih yang orang kata no brainer tu pun ummi failed! No brainer kah ummi??? Sungguh memalukan!

Bermula dari hari tu, oven, buttercup, mixer semuanya ummi tolak jauh-jauh. Nyah kau dari sini!

Bila sampai bulan puasa tahun ni, memang menonong je order kuih raya dari opismate yang dah bukak ala2 bazar ramadhan kat sini (ada yang jual kuih raya, biskut dalam tin, tudung raya, perfume, telekung semua pun ada). I tell you, kat opis sekarang pun boleh bershopping menghabiskan duit hikhikhik.

Tapi entah macam mana beberapa minggu lepas dapat pedoman semangat nak bangkit-dari-kegagalan masa lampau. Yes people, ummi terjebak lagi dalam angan-angan nak buat kuih raya sendiri. Kali ni berubah resepi. Tak mau dah conrflakes madu. Sebaliknya ubah jadi cornflakes bersalut cokelat. Cornflakes cokelat ni pun orang kata senang jugak. Tapi ummi tak nak terlalu yakin. Dalam hati dah cakap, kalau sedap aku makan. Tak sedap, aku makan jugak -sorang2 hikhikhik.

Sekalinya kau...menjadi! Well, at least kat tekak ummi rasa sedaplah. Cuba tengok hasilnya ni:
Cornflakes cokelat setalam penuh. Hasil bantuan chef Aiza dan chef Asyraf.
Abah pun dah rasa dan so far dia sihat je tak keracunan makanan. It's a good sign!

In fact dia kata "sedaplah kuih ummi buat ni. Better dari kuih tahun lepas"

Ceh, itu namanya pujian dalam hinaan. Lagi mau ungkit kuih tahun lepas! So itulah satu2nya kuih raya yang ummi buat tahun ni. Tunggu konfiden datang then bolehlah buat kuih yang grand2 pulak. Next target : kuih sarang semut. Berangan jelah ummi oiii.


Tuesday, August 14, 2012

Grand Iftar at CUCMS

0 comments
Sabtu lepas ummi buka puasa kat CUCMS - tempat kerja abah. Lepas asar dah bertolak. Perjalanan Kepong-Cyberjaya ambik masa lebeh kurang sejam jugak. Dalam pukul 6.15pm baru sampai. Nasib baik jalan tak jem. Sepanjang perjalanan Aiza tidur. Si Asyraf pulak buat sepah dalam kereta - itu perkara biasa!

Time sampai, acara dah pun bermula. No no no, bukan acara makan - tapi acara dengar ceramah hihihi. Sempatlah dengar dua ceramah. Satu tu dari penceramah jemputan kot, yang satu lagi dari Presiden CUCMS. Tapi sayangnya dua-dua ceramah dalam Bahasa Melayu. Sedangkan kat dewan tu ramai jugak doktor & student foreigner. Kesian diorang ternganga tak paham apa-apa.

Time dengar ceramah tu Aiza elok je duduk kat riba ummi - mamai baru bangun tido. Tapi si Asyraf - jalan sana sini bawak botol kosong jumpa semua orang. Bila ada orang nak cuit dia, pandai pulak dia jalan laju2. Geleng kepala ummi tengok perangai dia. Abah le yang tukang kejar sana sini.

Lepas ceramah, ada pulak persembahan nasyid dari student. Eh macam kat UIA pulak - nasyid mendominasi setiap acara. Lepas dengar nasyid, abah ajak pergi ofis dia. Btw hampir 4 tahun abah kerja kat CUCMS, baru ni lah 1st time ummi ke ofis dia.

Jom terjah tempat kerja abah!
Cubicle abah. Aiza dah panjat meja tu then conteng2 kat whiteboard.
Kat dalam ofis tu penuh dengan cubicle macam gambar kat atas ni. Sure tak boleh nak tidur sebab nanti orang nampak hahaha.

Sebelah cubicle abah tu, ada satu lagi bilik tempat abah buat research.
Erk, it doesn't look like an ofis to me!I guess memang macam ni lah research room untuk seorang doktor.

Selain mengajar student medic kat sini, abah pun sambung belajar sama. Kiranya bekerja-sambil-belajar le. Fully sponsored by CUCMS.
Bilalah abah nak konvo ni? Tak sabar nak beli bunga kihkihkih
Ni pulak tajuk thesis abah
Basically abah buat research pasal Vitamin E derived from minyak kelapa sawit bla bla bla bla...
whatever! 

Dah penat buat sepah kat ofis abah solat maghrib, barulah kitorang masuk dewan makan untuk buka puasa. Menu not bad, ada nasi briyani, kari kambing, ayam masak merah, papadom dan kuih muih etc. Dah kenyang kitorang pun balik.

Dalam kereta abah ada jugak ajak-ajak ayam nak pegi Jln TAR ke, KLCC ke. Sekalinya bila masuk KL, semua budak kenit yang dalam kereta tu dah zzzzz. Hmm...balik terus jelah jawabnya. Sob.


Home Made Jus Roselle

4 comments
Ummi ada 3 batang pokok roselle yang tumbuh subur dalam pasu depan rumah. Setiap rempang dahannya berbuah lebat. Beberapa minggu lepas ummi kutip buahnya untuk dibuat jus. Tapi time tu buahnya masih sikit & kecik. Minum pun tak puas. Seminggu lepas tu ummi tengok buahnya dah besar & banyak. So ummi buat jus roselle lagi sekali. Then hidang kat abah untuk berbuka puasa petangnya.
Pokok roselle hasilkan buah yang banyak dan bunga yang cantik!
Caranya mudah saje. Mula2 petik buah roselle dari pokok.
buah roselle
Then basuh dan ambik kelopaknya saja.
Asingkan benih dengan kelopak roselle
Rebus kelopak roselle dengan air kira2 setengah jam. Kelopak roselle akan hilang warna, tapi air rebusan jadi warna merah/purple.
Roselle selamat direbus
Tambah gula ikut kemanisan yang dikehendaki.
Sejukkan.
Bila nak minum, tambah ais untuk rasa yang lebih mengancam.
Yummy

Untuk yang tak pernah minum air roselle, tentu tertanya2 macam mana rasanya. Well, rasanya macam ribena! Sangat sedap. Selain buat jus, roselle pun boleh dibuat jem atau halwa. Tapi ummi tak pernah try lagi. Ummi ada benih roselle untuk sesiapa yang berminat nak menanam. Just bagitau saja ok?


Friday, August 3, 2012

Dah Apply Cuti Raya Belum?

0 comments
Blog ni nampaknya dah mula bersawang setelah lebih seminggu tak diupdate. Mode puasa - maka blog pun puasa sama. Dan abah pun mulalah bising. Ish, blog ummi sukahati ummilah bila nak update. Dia plak yang sibuk. Siap bagi idea nak suruh tulis pasal apa kihkihkihkih. Dan siap offer handphone dia kat ummi suruh snap apa2 gambar yang patut sebab dia tahu ummi tak suka tulis entry tak ada gambar. Tu sure hari2 duk skodeng blog bini sendiri then lepas tu hampa sebab ummi tak ngumpat cerita apa2 pasal dia hahahaha.

Ok tu mukaddimah saje.

By the way, ummi dah apply cuti raya. Tahun ni excited sungguh sebab raya di Johor. Kali terakhir ummi sambut 1 syawal di rumah nyai & yai tahun 2009. Yes people, it was THREE years ago! Selalunya atas sebab-sebab tertentu, kami akan beraya di KL dan Kelang dulu. Raya ke-2 baru gerak balik Johor. Tapi tahun ni, it's the other way around! Yess...yess...yess...

Maka haruslah ummi ambik cuti panjang. Bila ummi check, annual leave pun ada 43 hari lagi. So apa lagi, laju je tangan klik2 butang apply cuti online.
Ummi start bercuti dari 16 Ogos sampailah 26 Ogos. Ummi apply 5 hari je. Selebihnya public holiday/weekend. So total cuti raya lebih kurang 11 hari. Heaven!



Monday, July 23, 2012

My Husband Can Cook

1 comments
Yes people, my husband can cook (statement bangga giler tak hengat dunia). And I can relaks2 with the kids hahahaha. Abah memang lemah sikit bab jaga budak2. Lima minit je sure Aiza nangis atau abah naik darah. So to be safe, ummi uruskan rumah (kemas, basuh pinggan, basuh baju, lipat etc) dan jaga budak2 while abah duduk dapur kelentang-kelentung masak sedap2!

Dan ummi tak malu nak mengakui, masakan abah jauuuuuuuuuuuuuuuuh lebih sedap dari masakan ummi. Inilah 'berkat' 6 tahun duduk obersi semua benda nak kena masak sendiri agaknya.

Tak caya, cuba tengok ni

Ayam panggang!
Ayam panggang, menu buka puasa kitorang masa 1st day puasa. Sold out. Tak tinggal walau sikit pun. Super yummy. Hmmmm...sangat tidak wajar tengok gambar ni time perut berkeroncong!

Friday, July 20, 2012

Persiapan Ramadhan/Syawal 1433H

1 comments
Menu Ramadhan

Cehhh, siap buat menu berbuka puasa untuk sebulan penuh. Nampak sangat banyak benda nak makan sampai terpaksa buat menu tunggu giliran hahaha. Hish, tak cukup ruang dalam excel file nak tulis nama makanan kegemaran. Berangan nak masak itu ini. Kot nanti akhirnya, SEMUA PUN BELI kihkihkih.

Btw, hari Isnin dan Khamis kompem beli buka kat luar. Sebabnya, dua-dua hari tu ummi ada kelas sampai pukul 5 petang!

Menu Buka Puasa

Kuih-Muih

Gigih sepanjang weekend lepas ummi buat karipap daging dan popiah sampai berpuluh2 biji. Dah siap semua, ummi masukkan dalam freezer. Kononnya nanti bila time nak buka, boleh goreng karipap dengan popiah seketul dua. Bukannya apa, kuih yang jual kat baazar ramadhan selalu tak menepati standard anak tekak ummi dan abah. Harga pun cekik darah. So better buat sendiri. Kalau tak ada kuih, rasa macam kosong sangat atas meja masa nak berbuka puasa.
Popiah inti carrot, sengkuang & udang

Karipap daging

Masa buat hari tu, popiah ada 50 biji. Karipap daging ada 25 biji. Dalam hati cakap "cukuplah kuih ni nak bertahan sampai raya". Pagi ni check, karipap daging tinggal 10 ketul je hahaha. Popiah still wujud. Yang lain dah selamat digoreng tak sempat tunggu bulan puasa.

Cat Rumah

Sebab tahun ni ummi dan abah perasan konon2nya ada orang nak datang beraya, so abah decided untuk mengecat rumah. Cat yang dulu dah luntur dan terkopek2. Dah lama sebenarnya kami beli cat tu. Tapi baru minggu lepas abah mulakan operasi. Masa beli, abah dan ummi tengok katalog yang disediakan. Abah pilih cat warna "sandalwood". Warna seakan2 coklat lumut. Dalam hati dah berbunga2 feeling rumah ala-ala Bali gitu. Sekali bila dibukak.....erk, kaler HIJAU TAHI LEMBU. Dush, punah harapan. Dari rumah ala Bali, dah bertukar jadi rumah ala kaf-lam-ya-nga kihkihkih.

Abah in -action.
Hari ni nak balik singgah Tesco jap. Banyak benda nak dibeli. Excited nak puasa tahun ni. Sekarang kat dalam otak tengah duk pikir menu apa untuk sahur malam ni. Sup ikan merah? Tomyam campur? Asam pedas ikan kerisi? Hish...semua pun sedap!

Kepada semua yang membaca posting ini, ummi ucapkan selamat berpuasa! Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya insyaAllah.


Durian Musang King

0 comments
Masa ummi kecik-kecik dulu, durian hanya ada bila tiba musim buah. Kalau bukan musim buah, jangan haraplah nak makan durian. Tapi sekarang ni durian dah tak bermusim lagi. All year round ada. Kalau bukan durian Malaysia, durian yang datang dari Thailand pun banyak!

Abah dan ummi memang hantu durian. Selalunya time pasar malam, kitorang beli yang dah siap paket2 je tu. 4 paket RM10. Mula-mula dulu ummi macam tak berapa suka durian yang dah siap paket ni. Macam tak fresh je. Tapi memandangkan abah tak reti kopek durian malas nak uruskan kulit durian lepas makan, so sekarang dah terbiasa beli durian siap kopek. Favourite kitorang, durian D24. Sekilo harganya lebih kurang RM12.

Sempena musim durian kali ni, kami berdua maju setapak lagi hahaha. Durian D24 tolak tepi. Sekarang ummi dan abah beralih ke durian musang king pulak. Tapi tak boleh makan selalu. Sebab harganya KEBABOM MAHAL kihkihkihkih. Kalau kat area PJ SS2, harganya RM32/sekilo. Kat area Kepong, RM28/sekilo.

Masa mula2 beli, ummi pilih yang kecik je. Yelah kononnya nak merasa apalah yang sedap sangat dengan durian ni. Kecik2 pun sebiji dah kena RM34 kalau tak silap. Bila bukak, fuhhh isinya kuning & lembut. Bila abah makan, terus dia cakap "WOW!!!" hahaha. Memang rasanya sedap susah nak describe dia punya feeling tu.

Minggu lepas repeat lagi. Kali ni beli yang besar pulak. Sebiji RM55 hambik kau! Dalam kereta lagi abah dah mintak seulas. Bila dia makan, terus dia terdiam! SEDAAAAP sangat rupanya! Memang betullah orang kata, sesapa yang dah merasa durian musang king, memang dia tak akan pandang durian lain. This is truly the king of the king of fruit! Layak le harganya mahal tak hengat dunia!
Isinya manis, creamy, kurang pahit, biji kecik je!
Heavennya la sesapa yang ada pokok durian musang king ni kan? Akibat dari durian musang king ni, tiba2 abah ajak beli dusun, nak tanam pokok durian musang king banyak-banyak katanya. Bukan niat nak jual, tapi nak melantak sendiri kihkihkih. Agaknya kalau betullah suatu hari nanti ummi ada dusun durian musang king, mahu agaknya bila tiba musim durian gugur, ummi tidur bawah pokok!




Wednesday, July 18, 2012

As Busy As A Bee

0 comments
Lama sungguh rasanya ummi tak update blog. Bukan tak ada cerita menarik, cuma tak ada kesempatan nak menulis. Setiap hari cakap dengan diri sendiri "hari ni ummi nak update blog". Tapi nanti sampai kesudahnya tak jadi apa-apa. Hmmm...dah agak dah!
Ummi 'terjebak' dengan macam2 perkara sekarang ni. Nak kena siapkan computer workbook yang bakal dipublish tak lama lagi, terlibat dengan free programming class untuk student ICT, then ada pulak kerja2 yang datang bersama dengan tanggungjawab yang baru dipikul semester ni. Tu tak campur lagi dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis. Hasilnya, blog berkarat tak terupdate. Borang contest pun dah berhabuk tak sempat nak isi huhuhuhu...

p/s I'm not complaining! I am really grateful with whatever I have right now. Cuma ingin berkongsi penat dengan sesiapa yang membaca posting ni hikhikhik.


Tuesday, July 10, 2012

Operasi Menghabiskan Voucher

0 comments
Ummi ada beberapa keping voucher makanan yang perlu diredeem dengan segera sebab dah nak expired hujung bulan ni. Kalau tangguh sure burn je voucher tu nanti. Lagi pulak minggu depan dah nak masuk bulan puasa.

Antaranya voucher makan bernilai RM100 kat Mines Wellness Hotel dapat dari majalah LISA. Kak Ayu dah pergi weekend lepas dan ikut katanya, makanan kat sini sedap2 belaka. So plannya hari ni, habis je waktu kerja - punch out - ambik Aiza dan Asyraf kat nursery - then terus berdesup ke Seri Kembangan hihihi. Hari ni sengaja skip lunch sebab dah niat nak makan kat sini.

Then ummi ada jugak voucher Subway RM20 hasil join contest kat FB Subway. RM10 atas nama abah, lagi RM10 atas nama ummi. Ummi dengan abah paling suka menu breakfast dia. Murah dan sedap! RM6.30 je sekali dengan air. Selalunya kalau kitorang breakfast subway, kompem lepas tu tak makan tengahari.

Ok. Dah boleh nak punch out ni. Mines Wellness here I come! :)

*******************************************************************

Updated on 20July. Tak sempat nak buat entry khusus pasal pengalaman makan kat Charlie & Abdul, Mine Wellness Hotel. But overall, it was fun. Ni ummi tepek gambar je sebagai kenangan.
Enjoying our delicious food!


Monday, July 9, 2012

Panasonic ECONAVI Contest

1 comments
Alhamdulillah ummi terpilih sebagai salah seorang dari 5 pemenang untuk contest ini. Contestnya cukup mudah. Hanya daftar jadi salah seorang ahli kelab Panasonic Malaysia, tonton video, jawab soalan dan kemudian tuliskan slogan kenapa kita ingin memenangi hadiah yang ditawarkan. Tak perlu purchase apa2. Hantar penyertaan pun secara online sahaja. Hadiahnya Panasonic Air Purifier worth RM499.
Model tak berbayar! Ambik hadiah dekat je kat Jaya One :)
Kalau contest macam ni, alhamdulillah nama ummi selalu terpilih. Tapi kalau contest offline kena beli barang segala bagai, susah pulak nak sangkut nama ummi sebagai pemenang. Takpelah rezeki Allah yang tentukan kan?

Btw sangat happy terima hadiah ni. Sebab ummi memang personally tak akan beli air purifier sebab tak nampak kepentingannya. So ni bila dah dapat free, tentulah suka. Abah baca kat internet, ada orang kata air purifier ni memang betul2 akan purify kita punya udara. Even kalau letak kain berbau kat atas air purifier pun, bau boleh hilang. Hmmmm...harus ummi cuba letak kasut abah atas benda alah ni nanti kihkihkih.


Friday, July 6, 2012

Rabbit Fun Land, Semenyih

0 comments
Hari Sabtu lepas, abah ajak pergi tengok arnab kat Rabbit Fun Land, Semenyih. Seronok bukan main Aiza dan Asyraf. Pagi2 lagi dah bangun. On the way ke sana, sempat singgah Puchong ambik CikTa. Perjalanan ambik masa lebih kurang sejam lebih. Rabbit Fun Land ni terletak berdepan dengan jalan masuk ke Broga Hill. 

Kawasan kat sekitar Broga sangatlah mengagumkan. Cuacanya sejuk dan udaranya nyaman. Ummi honestly memang tak pernah jejakkan kaki kat area ni. Tak sangka masih ada lagi tempat senyaman dan secantik ini kat area Selangor/KL hihihi.

Masa sampai pukul 10 pagi, Rabbit Fun Land tak bukak lagi. Pekerja kat situ kata Fun Land bukak pukul 10.30am. Since semua orang tak breakfast lagi, abah ajak pergi pekan Broga. Pekan Broga tersaaaaaaaaaaaaaaaangatlah kecik. Cuma ada balai polis, klinik desa dan beberapa deretan kedai yang kebanyakannya milik Chinese. Tapi di hujung jalan akhirnya berjaya jumpa satu restoran milik Melayu/Mamak. So dapatlah pekena roti canai di situ alhamdulillah. Lepas makan terus patah balik ke Rabbit Fun Land.

Tiket masuk adalah RM5 (bawah 2 tahun free). Pony ride pun disediakan cuma bayar RM5 je. Kat sini bukan setakat ada arnab. Malah kambing, kuda, lembu, ostrich, monyet semua pun ada. Konsep kat sini adalah petting zoo. Maksudnya pengunjung boleh masuk dalam kandang dan belai2 semua binatang tu. Kalau nak bagi makan pun boleh sebab carrot/epal/pallet ada dijual kat pintu masuk.
Ni masa mula-mula sampai. Terus menuju ke kandang kambing.

Tak sure ni kerbau atau lembu atau seladang. Tapi sizenya memang SANGAT besar

Kambing biri-biri gemuk terlebih makan agaknya

Feeding time!

Semua binatang kat sini jinak.
Lama jugaklah kami kat sana. Pukul 12 baru balik. Sebelum balik sempat beli sosej arnab yang sangat mahal harganya. Sesiapa yang nak makan makanan berasaskan arnab (sosej, daging salai, daging arnab segar) semuanya ada jual di sini. Tapi harganya sangat mahal. Contohnya daging arnab sekilo RM38.Sebelum naik kereta, sempat makan durian kat gerai durian yang betul-betul terletak seberang jalan. Rasanya not bad. Durian kampung dari dusun area situ jugak.

Dalam kereta Aiza dan Asyraf zzzzzz. Penat main dengan binatang agaknya. But it was fun. Dengan bayaran RM5, dan peluang untuk 'beramah mesra' dengan binatang-binatang kat situ, dan kesempatan untuk belai dan bagi makanan, it's really worth it! Jauh lebih berbaloi dari pergi Zoo Negara kat Ulu Kelang tu hihihi.




Thursday, July 5, 2012

Kutu Oh Kutu

0 comments
Bulan lepas, ummi dapat sms dari Mama Awa yang bunyinya lebih kurang macam ni "Siapa balik kampung bawak kutu? Kepala Amirul dah ada kutu?". Time tu kami baru je balik dari kampung sempena CakJib kawin. Ummi pun belek2 kepala Aiza dan Asyraf. Nampak clear! So ummi pun dengan confidentnya reply "Kepala budak2 kat sini bersih. Even kat sekolah pun tak share sikat".

Tapi minggu lepas ummi nampak Aiza asyik garu2 kepala dia. Ummi marah sebab Aiza memang liat sikit nak mandi, apatah lagi shampu rambut. So ummi assume mesti dia ada kelemumur. Lepas ummi bebel-bebel, dia diam je buat muka sedeh. Entah macam mana satu malam tu ummi tergerak hati nak belek2 rambut dia. And to my horror, I found KUTU! Emak kutu, anak kutu, telur kutu semua ada! Banyak pulak tu penuh satu kepala. Macam nak pitam ummi dibuatnya. Terus malam tu jugak ummi buat operasi sikat rambut dia guna sikat kecik abah sampai pukul 1 pagi. Memang waktu tu ummi ala-ala-meroyan-sorang-sorang-cari-kutu. Sambil cari kutu sambil sumpah seranah kutu yang banyak tu. Sambil cari kutu sambil menyesal sebab tak check kepala Aiza awal-awal. Rasa bersalah sangat2. And it was the longest night in my life! Tidur dalam keadaan sungguh stress.

Pagi esoknya, bila hantar Aiza ke sekolah ummi sempat pesan dengan teacher suruh check kepala budak2 lain pulak. Iyelah, ummi pun tak sure sama ada Aiza dapat kutu dari kawan sekolah atau masa balik kampung atau entah dari mana stranger tak kenal masa jalan-jalan kan? To be safe baik warning kat teacher awal-awal. Tapi surprisingly teacher kata takde budak lain ada kutu. Alhamdulillah, at least ummi tahu Aiza tak menjangkitkan kutu dia kat orang lain.

Petang tu jugak terus pergi farmasi cari ubat kutu. Orang kat Watson recommend suruh guna shampu A-lice. Harganya sebotol RM15++. Kecik je saiznya tapi banyak buih. Balik je rumah ummi terus mandikan Aiza dan shampu rambut dia. Abah pun ummi suruh guna shampu yang sama manalah tau dah terjangkit kat abah jugak.
Gambar ambik dari internet sebab tak blh transfer gambar dari henpon. Tapi inilah shampu yang exactly ummi guna.
As a precaution, semua cadar dan sarung bantal ummi tukar. Betul-betul major clean-up! Then setelah hampir seminggu buat 'treatment' kat kepala Aiza, membelek rambut dia tiap-tiap malam sampai pukul 1 pagi, sekarang alhamdulillah kepala dia dah bebas kutu. Tapi nak kena selalu perhati kot2 ada lagi telur kutu yang still wujud dan menetas, mesti akan penuh lagi kepala dia dengan kutu berkeliaran. Dasar kutu rayau!

p/s Abah ambik langkah berjaga2 yang jauh lebeh ekstrem. Dia potong rambut pendek ala-ala botak kihkihkih


Monday, July 2, 2012

A Mother's Courage

0 comments
Dulu masa zaman anak dara ummi memang suka baca novel. Lagi-lagi kalau dapat novel romance, fuh tak tido malam dibuatnya. Selagi tak habis selagi tu tak senang hati. Tapi bila dah kawin dan dah ada anak, hobi membaca luput begitu saje. Jangankan novel, surat khabar pun selak tiap hari Jumaat je nak tengok bahagian promosi pasaraya mana jual susu, pampers yang paling murah kihkihkih.

Tapi minggu lepas, masa jalan-jalan keluar makan dengan family MIL, kitorang ke The Curve. Then terjumpa dengan promosi jual buku longgok2. Abah offer nak belikan. Then ummi terminat dengan buku kat atas tu. Yes, it is NOT a romance book. Agaknya ummi ni dah tua kan. So dah tak ada feeling nak baca buku romance hihihi.

Tapi buku A Mother's Courage ni saaaaaaaaaaaaaangatlah best. Sangat recommend kat ibu2 di luar sana untuk membacanya. Really inspiring!

Ceritanya pasal sorang perempuan yang kematian suami terpaksa berjuang nak membesarkan 2 orang anaknya yang masih kecil. Dia tak ada duit dan tak ada rumah. Family dia sangat jauh. Bila dia balik rumah mertua, family MIL dia tak suka dia. Mak mertua dia cuma nak cucu2 dia je tapi tak suka  dia (part ni dah jadi macam cerita Melayu sikit hahaha). Then dia lari dari rumah mertua dia. Hidup kais pagi makan pagi. Hampir2 jadi pelacur hanya untuk beli makanan untuk anak2 dia. Dia nak kerja tapi takde orang nak tolong jaga anak dia. Last2 dia terpaksa serah anak2 dia kat ala2 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sedeh sangat kan? Meleleh2 air mata ummi baca. Abah pandang sinis je ceh! Tapi buku ni happy ending. Sesiapa berminat nak baca, ummi boleh pinjamkan! :)

p/s sekarang dah dalam mode nak membaca buku cerita walhal kerja berlambak2 siang malam pagi petang tak abis2.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez