Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, June 10, 2011

Menghitung Hari

0 comments
Ummi tengah menghitung hari untuk banyak perkara sekarang ni. Antaranya yang penting:

Bersalin

Hohoho memang sekarang ummi tengah menunggu masa je nak bersalin. Kalau dikira2, sekarang ni dah masuk minggu ke 37. Kalau ikut calculation, due date sepatutnya 1st July. Tapi kalau ikut pengalaman bersalinkan Aiza dulu, ummi bersalin awal 2 minggu. So maybe untuk 2nd baby ni pon akan bersalin awal jugak. Ummi dah prepare masukkan 'beg bersalin' dalam kereta sejak minggu lepas lagi. Manalah tau kan kot2 baby nak keluar awal. Tapi doa ummi, biarlah bersalin on time. Sbb ada banyak sangat kerja tertangguh sekarang ni. Kalau boleh, biarlah ummi bersalin lepas sukan tadika Aiza 25hb nanti. Sebab kalau ummi dah 'ter'bersalin sekarang, sure dia tak pergi bersukan. Kesian pulak kat kakak long berlatih siang malam. Teringat malam2, dia akan ready kat pintu bilik pegang bakul dengan sudu. Bila ummi kata 1,2,3 dia akan berlari pergi pungut sumi jelly depan TV. Ummi assume macam nilah nanti yang dia akan buat time sukan. Dah nama acaranya pon fun spooning! :) Tapi sebenarnya another reason kenapa nak pegi sukan sekolah Aiza ialah...sbb nanti akan dapat goodie bag! Mcm2 ada! Then walaupon Aiza kalah atau melalak dalam stadium pon, dia still akan dapat medal jugak. So bolehlah jadi koleksi buat kenang-kenangan :)

Tapi bila cakap pasal bersalin, rasa macam seram le pulak. Lagi2 kalau ingat sakitnya yang tak tertanggung tu. Sampai termuntah2 tercirit2 kat atas katil hospital. Nasib baik nurse kat Pusrawi memahami. Kalau buat perangai macam tu kat government hospital, bak kata abah 7 keturunan nurse akan kutuk tak abis2 kihkih.

Pindah Rumah
Haaa....inilah sebenarnya yang ditunggu2 selama ni. Selama 4 tahun sejak ummi kawin dengan abah, ummi duduk dengan mertua. Jadi sekarang rasa dah sampailah masanya mengorak langkah duduk rumah sendiri. Kalau ikutkan hati, sejak dulu lagi nak pindah duduk rumah sendiri. Tapi takpelah, certain things are better left unsaid kan? Apapun, thanks pada abah yang begitu memahami.Thanks jugak sebab abahlah jadi sumber kekuatan dan kesabaran ummi selama ni. I wouldn't have survived if it not because of you abah!

InsyaAllah ummi akan pindah rumah 19hb ni. Yup, minggu depan! Sangat2 tak sabar. Dan sekarang ummi dan abah tgh gigih mengumpul harta membeli dan mengemas barang yang nak dibawa pindah. Minggu lepas kitorang ke IKEA beli periuk belanga dan sudu garfu hahaha. Lepas tu sempat jugak merayau sampai ke Harvey Norman, Carrefour etc tengok barang letrik. Dan kitorang dah jumpa jugak kedai perabot yg boleh jual sofa, tilam, meja makan etc dgn harga yg murah. Siap boleh customize lagi barang apa yang kita nak atau taknak. Contohnya sofa. Kalau kat tempat lain sure kena beli satu set. Tapi kat kedai yg kitorang dah survey ni, siap boleh pilih sama ada nak set 1+2+3 atau 2+3 je atau 3+3 etc. Warna dgn jenis fabrik pon boleh pilih. Suke...suke...suke...!

Kalau ikut senarai, ada banyak lagi barang nak kena beli ni. So sesapa di luar sana yang sudi nak menghadiahkan apa2 juga barangan kat ummi, janganlah malu2 ye :) <-- bajet ada orang baca blog kau ni ummi kihkihkih


Friday, June 3, 2011

Happy 4th Anniversary

0 comments
Betapa ummi sayangkan abah....
Abah penghibur di kala duka,
Abah peneman di waktu sengsara,
Abahlah bestfren di saat ummi kaya! :)

Betapa ummi sayangkan abah....
Ada kalanya kata2 ummi buat abah terluka,
Maaf sbb ummi pon cuma insan biasa,
Yg selalu buat silap dan kadang2 alpa,
Bahawa hati abah kena selalu dijaga.

Betapa ummi sayangkan abah....
Terima kasih atas 4 tahun yg kita lalui bersama,
Mengharungi pelbagai saat2 manis yg penuh ceria,
Semoga kasih sayang yg kita bina kekal selamanya!

Love u so much abah.




Happy Belated Birthday To Sayangku Abah!

0 comments
Entry yg sudah lama tertangguh!

10/5 yg lepas adalah hari jadi abah yg ke 30 tahun. Dan tahun ni rasanya tahun yg paling ummi tak prepare apa2 untuk birthday abah. Tahun lepas rasanya ada jugak belikan kad dan hadiah. Tahun ni cuma ajak abah lunch date kat tempat makan favourite kitorang berdua- Eastin Hotel. Dekat je kat belakang UIA nih :) Actually tahun ni kali ke 2 kitorang lunch date kat situ sempena bday abah. Tahun lepas makanannya superb. Tahun ni pun superb jugak. So mungkin tahun2 akan datang, akan pergi lagi ke Eastin Hotel.
Kitorang memang sengaja mengosongkan perut hari tu. Tepat pukul 12 dah terpacak depan Swez Brasserie. Bila waiter kata boleh masuk je, terus kitorang serbu! ummi sampai sekarang terbayang2 kesedapan lasagna dia. Abah pulak duk asyik mention pasal lamb kebab dia yg dikatakan setanding dengan kesedapan kebab kat Dublin. Hello abah, duk asyik cakap je...bila nak bawak ummi ke Dublin?? :p

Anyway, ummi ucapkan Happy Birthday to my dearest hubby: Dr.Azli Shahril b Othman. Semoga yg terbaik adalah untuk abah!

Love



Friday, May 20, 2011

Cek Dari LHDN

0 comments
Ingat lagi tak dulu ummi pernah post pasal E-Filing? Alhamdulillah semalam dah selamat tiba cek dari LHDN. Sbb mcm yg ummi cerita, ummi ni tak sepatutnya bayar income tax pon sbb gaji bukanlah sebesar mana (cukup le setakat nak mkn KFC sebulan dalam 5-6 kali hehehe). Tapi sbb LHDN dah 'terambil" sikit duit ummi melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB), so ni diorang pulangkan semula.
Abah punya tak dapat lagi sbb abah hari tu dapat surat kata dia kena audit. Ayyooo taktau!



Friday, May 6, 2011

Saham Bank Rakyat

0 comments
Beberapa minggu yg lepas, ummi dan abah sempat pergi ke Bank Rakyat cawangan Sek 14, PJ untuk beli saham. Dah lama sebenarnya ummi dan abah plan nak beli saham Bank Rakyat ni. Maklumlah, dividennya tinggi kalau nak bandingkan dengan ASB. Ikut rekod, tiap2 tahun Bank Rakyat bagi dividen 15%. ASB pulak untuk tahun 2010 yg lepas cuma bagi 8.75% je. Tak ke banyak bezanya tu?

Tapi sayangnya Bank Rakyat hadkan setiap orang boleh beli maksimum RM500 je. Kalau nak beli lebih dari tu, kena apply dulu. Dan bila ummi saje2 tanya kat pegawai Bank Rakyat tu, dia kata untuk tahun 2011 ni, dia baru nak proses application yg tahun 2004 punya. Huh jenuhlah nak menunggu. Tapi ummi tetap apply jugak untuk tambah nilai saham. Bila boleh tambah, itu lain cerita. Yang penting, sekurang-kurangnya ummi dan abah dah ada saham dalam Bank Rakyat walaupun jumlahnya tak banyak mana. Harapnya boleh jadi simpanan untuk Aiza dgn adik dia bila diorang dah besar nanti.




Viva Forever

0 comments
Adik kepada Aiza dijangka lahir pada 1 July nanti. Iye, ummi sekarang tengah mengandung anak ke-2. Kali ni lelaki pulak. Syukur alhamdulillah ummi bakal ada sepasang anak lelaki dan perempuan. Semoga kedua-duanya akan jadi anak soleh/solehah, mendengar kata dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Dengan kelahiran anak ke-2 tak lama lagi ni, abah bercadang nak tukar kereta. Viva yg ummi ada sekarang sememangnya kecik. Suzuki Swift abah pon sebenarnya kecik jugak. Ditambah lagi dengan perangai Aiza yg suka tidur melintang dalam kereta, lagilah terasa sempit.

Abah plan nak jual dua-dua kereta dan beli Perodua Alza pulak. Mulanya ummi macam tak berapa setuju sebab ummi rasa kereta yg ada sekarang masih cukup untuk 2 orang anak, tak perlulah sampai nak beli 7-seater punya kereta. Tapi sebab abah beria-ria kata ini semua untuk keselesaan, ummi pun ikut jelah.

Lagipun sejak pregnant anak ke-2 ni, ummi memang dah jarang drive sendiri. Pergi balik kerja mesti dengan abah. So selalunya salah satu kereta end up tak digunakan. Macam membazir je bayar duit kereta tiap-tiap bulan kan?

Dipendekkan cerita semalam petang ummi dan abah dah pergi test drive kat Perodua depan PPUM tu, lepas tu terus isi form dan bayar duit booking RM500 hehehe. Selamat tinggal le pada Viva ummi sekarang ni. Banyak betul jasa dia kat ummi. Bye WQG 7589. Gonna miss u!





Friday, April 15, 2011

Tengok Wayang

0 comments
Ummi menang 4 keping "Justin Bieber-Never Say Never" Movie Passes dari portal visionkl. Suka..suka...suka..walaupon sebenarnya ummi takdelah minat dgn si Justin Bieber ni. Tapi suka sbb ada alasan nak ajak abah pegi tengok wayang. Sejak kahwin, memang ummi dan abah tak pernah tengok wayang. Padahal dulu masa zaman bercinta (sekarang pon masih bercinta kan abah?), tiap kali abah balik Malaysia cuti semester, mesti lebih dari 10 kali kitorang pegi tengok wayang. Sekarang ni, setahun pon tak sekali. Lagi2 bila Aiza lahir, setakat boleh tgk kaunter GSC dgn TGV tu dari jauh jelah huhuhu.

So sekarang ni bila dapat tiket free, adalah alasan nak pi berdating dgn Justin Bieber abah.




E-Filing

0 comments
Ummi mula kerja tahun 2006. Itupun sebagai part time lecturer kat UIA dan UKM. Kemudian tahun 2007 baru ummi kerja full time kat UIA. Sepanjang dekat 4-5 tahun bekerja, baru sekarang ummi isi borang income tax. Hehe jgn marah ye orang2 kat LHDN. Rupa2nya proses nak mengisi borang income tax secara online ni takdelah susah mana. Dalam masa 15 minit (kalau cukup semua maklumat) dah boleh setel semua.

Peringatan untuk sesapa yg belum mengisi borang income tax -> due date sehingga 30 April 2011 ni je nak setelkan semua. Better isi awal (dgn harapan LHDN akan bayar cukai terlebih bayar dgn awal jugak hehehe). Secara ringkasnya, ummi listkan maklumat yg perlu ada sebelum isi borang income tax:

*Jumlah gaji pokok sepanjang tahun lepas
*Jumlah elaun/dividen/bonus sepanjang tahun lepas
*Jumlah potongan KWSP
*Jumlah PCB
*Jumlah potongan zakat (kalau ada)
Segala resit2 pembayaran untuk barangan yg blh mintak pelepasan cukai (komputer, buku, peralatan sukan, yuran belajar, derma kat organisasi2 yg diiktiraf kerajaan contohnya WWF etc)

* blh dapat kat EA form.

So bila isi online nanti, basically kita perlu kira Jumlah gaji pokok + elaun - (jumlah potongan KWSP + Zakat + segala perbelanjaan yg blh dapat pelepasan). Daripada nilai ni, sistem akan automatik kira berapa cukai yg kita patut bayar (berdasarkan kadar cukai yg LHDN tetapkan). Sekiranya cukai patut dibayar lebih dari nilai PCB, then kita kenalah topap lagi bayar kat LHDN. Sekiranya cukai patut bayar kurang dari nilai PCB, then LHDN akan bayar lebihan cukai kat kita pulak.

Untuk maklumat lanjut blh klik sini http://www.hasil.gov.my

Dalam kes ummi, bila dah kira semua, rupanya ummi tak patut bayar tax pon. Huhu almaklumlah, ummi punya pendapatan pon bukan setinggi mana. Gaji ciput wehhh! So nanti terpaksalah LHDN bayar balik duit PCB yg ummi dah 'sedekah' kat diorang sebelum ni! Yahuuuu!!!

p/s Dah call tanya LHDN pasal income tax yg tak bayar tahun2 sebelum ni, sekali bila check...rupanya mmg ummi tak layak bayar pon. Belum cukup haul orang kata. PCB pon takde tolak sepanjang 2006-2009. So...selamat!




Friday, April 8, 2011

Allah Maha Mengetahui

0 comments
Entri ini ditujukan khas buat mentee ummi; Anis Athirah bt Nor Ismadi yg sebelum ini menemui kegagalan. Tapi ummi cukup bangga dengan kecekalan hatinya dan ketabahannya melawan kesedihan. Dan hari ini akhirnya, dia menemui sinar kejayaan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya. Jadi janganlah bersedih jika menemui kegagalan, sebaliknya doa, redha dan tawakal. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kadang2 kita rasa kita tahu apa yg terbaik untuk diri kita, tapi percayalah bahawa Allah lebih mengetahui apa yg baik untuk diri kita. Dan perancangan hidup kita telah ditentukan oleh-Nya.

Ummi yakin semua org pernah melalui kegagalan dan saat2 mengecewakan dalam hidup masing2. Dan ummi pun tak terkecuali. Dulu masa zaman belajar, ummi blh dikategorikan dalam kalangan pelajar cemerlang. Lps dapat 4A dalam UPSR, ummi terus masuk sekolah asrama penuh. Masa di sekolah asrama penuh, walaupun semua orang pandai2 belaka, tapi alhamdulillah ummi dapat bersaing dgn diorang semua. PMR pun ummi dapat straight A. Sambung pulak dgn SPM, alhamdulillah keputusan tak mengecewakan. Dengan berbekalkan aggregat kurang dari 10, ummi apply masuk matrikulasi UKM. Konon2nya time tu lps dari matrik UKM, ummi nak apply masuk bidang perubatan pulak. Iye mmg diakui, dulu itulah cita2 ummi -> nak jadi doktor!

Tapi semuanya berubah bila ummi start masuk matrik. Semuanya serba tak kena. Pelajaran merosot entah kenapa. Nak kata tak study, rasanya rajin jugak menelaah pelajaran. Homework semuanya beres. Group discussion pon selalu join. Tapi macam yg ummi cakap tadi, semuanya jadi serba tak kena. Serba serbi tak menjadi.

Dipendekkan cerita, pointer ummi waktu di zaman matrikulasi dulu mmg tak melayakkan ummi untuk sambung belajar masuk bidang perubatan. Tak payah le ummi sebutkan berapa pointernya. Memang kecewa kalau dikenang. So ummi ended up masuk ke UKM bidang ICT. Waktu tu memang rasa frust yg teramat sangat. Tambahan pulak ummi memang tak tau apa2 pasal ICT. Pegang komputer pun jarang sekali. Dan kerana itu sekali lagi ummi diuji. Ummi struggle nak dapatkan pointer yg bagus masa semester pertama. Dan akhirnya semester pertama berakhir dgn ummi hanya mendapat pointer cukup2 makan sahaja. Sekali lagi ummi kecewa. Menangis menyesali nasib diri berbulan2 lamanya.

Sampailah ke satu masa, ummi baru sedar di mana sebenarnya silap ummi. Ummi TIDAK REDHA setiap kali diuji Allah. Sedangkan sebenarnya Allah uji untuk lihat sejauh mana keimanan dan keredhaan hambanya. Jadi bila ummi tak redha masa diuji, ummi tak dapat lihat hikmah di sebalik ujian tersebut!

Lps dari itu, ummi ubah sikap dan pemikiran. Sampai bila nak menangis menyesali nasib kan? Ummi lapangkan dada terima ujian dari Allah. Dan ummi bertekad untuk jadikan ujian yg diterima sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya. Dan alhamdulillah lps dari itu, nasib ummi menjadi lebih baik. Keputusan terus meningkat hingga akhirnya ummi grad dgn keputusan 2nd class upper. Tak habis di situ sahaja, kemudian ummi sambung pulak pelajaran hingga ke peringkat masters. Dan akhirnya kini ummi cukup bersyukur dgn apa yg ummi kecapi sekarang. Menjadi seorang lecturer mengajar anak bangsa dalam bidang ICT. Bayangkan, bidang ini yg dulunya ummi cukup benci akhirnya jadi sumber pendapatan ummi sekarang!

Dan ummi tak kesal tak berjaya menjadi seorang doktor. Sbb walaupun tak dapat masuk bidang perubatan, tapi eventually ummi berkahwin dgn seorang doktor. Dan bila melihat kesibukan waktu dia belajar dan tekanan kerja sewaktu dia menjalani houseman di HKL dulu, ummi sedar jiwa ummi bukan di situ. Ummi tak layak nak jadi doktor. Mana nak layak kalau tgk darah pun dah rasa nak pengsan!

Dan ummi jadi lebih insaf. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ummi! Terima kasih Ya Allah atas segala kurnian-Mu. Kadang2 kita tercari2 benda yg tak ada dalam genggaman kita hingga kita lupa dgn kurniaan yg sudah dilimpahi di depan mata...




Monday, April 4, 2011

Ummi muncul lagi!

0 comments
Ummi pernah menulis sebelum ni, tapi jangka hayat blog tersebut tersangatlah pendek. Lebih kurang beberapa bulan je blog tu bernyawa. Kemudian dia mati kerana ummi diserang penyakit kemalasan yg kronik. Mengikut perkiraan ummi, blog tersebut tak dapat diselamatkan lagi. 

Tapi sekarang ummi muncul lagi! Dengan blog baru dan azam yg baru: untuk lebih rajin menulis. Sebab ummi rasa menulis blh jadi satu therapy untuk mengurangkan stress. Dan stress akan muncul hampir setiap hari selaras dengan kemunculan masalah. Dan bukan kehidupan namanya kalau tak ada masalah sbb Allah akan sentiasa menguji hamba2nya. 

Semoga ummi akan berjaya menjadi seorang blogger tegar tak lama lagi!



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez