Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, October 18, 2011

The Rabbit Farm - Bukit Tinggi

0 comments
Aiza memang suka dengan binatang terutamanya kucing. Dulu masa kecik2 pantang nampak kucing mesti dia terjerit2. Best fren dia time main dengan kucing tak lain tak bukan mestilah abah. Sebabnya ummi geli/takut dengan kucing. Ummi memang taknak bela kucing sebab malas nak uruskan. Yelah, bela anak dua orang pun kadang2 pening kepala, ni ada hati pulak nak bela kucing! Selama ni Aiza main dengan kucing2 jiran je. Tapi ni bila dah pindah rumah sendiri, takde jiran bela kucing. Bela anjing adalah! So sekarang ni selalu tengok kucing kat pet shop je.

Tapi tengok kucing kat pet shop tak syok sebab tak boleh pegang2. Sebagai gantinya, Sabtu lepas ummi dan abah bawak dia ke sini:

The Rabbit Farm - Bukit Tinggi

Perjalanan ambik masa lebih kurang 40minit je dari Kepong. Sampai kat sana tak ramai orang sebab masih pagi lagi. Entrance fee RM3 sorang. Rasa macam mahal je sebab tempatnya sangatlah kecik. Baby pun kena caj jugak. Tapi sebab nak tengok rabbit punya pasal, kitorang bayar jelah.

Last kitorang pergi Rabbit Farm ni tahun lepas kalau tak silap. Time tu rabbitnya still banyak. Kali ni pergi rabbit dah berkurang. And rabbitnya pun tak berapa jinak. Kebanyakannya dah kenyang so bila Aiza try suap makanan, banyak yang tak selera. Agaknya sebab bagi makanan yang bentuk pallet tu je. Kot kalau bagi carrot, mahu diterkamnya semua orang.Sangat berbeza dengan Rabbit Farm kat Langkawi (on the way nak naik kereta kabel) yang kitorang tengok awal tahun ni. Rabbit kat Langkawi semuanya kebulur siap kejar2 orang yang bawak makanan. 

Jemputlah makan wahai rabbit!

Lepas tengok rabbit, kitorang tengok donkey pulak. Ummi offer Aiza sama ada dia nak naik donkey ke tak. As expected jawapan yang diberikan ialah "Taknak".

Model fotoGEDIK

Puas tengok binatang, ajak dia main kat taman permainan pulak. Bila dah tengahari, kitorang pon balik. Tak lama pun kat sana, lebih kurang 2 jam je. Mungkin rasa macam tak berbaloi pergi Bukit Tinggi semata2 nak tgk rabbit. Tapi bagi ummi, asalkan Aiza happy, semuanya pun BERBALOI.

She'll turn 3 tomorrow :)

Ok jom balik
Dalam kereta semua pun zzzzzzz..........

Plan seterusnya nak pergi Genting Highland pulak. Last pergi 4 tahun lepas time hanimun kuikuikui. Ni nak pergi lagi time anak dah dua. Entah apalah jadi agaknya!

Friday, October 14, 2011

Borders The Curve - Tempat Terbaik Untuk Melepak!

2 comments
Ummi happy sekiranya anak2 ummi suka membaca. Ummi pun suka membaca. Ummi dulu hantu novel. Masa zaman anak dara, ummi suka sangat baca novel omputih especially cerita2 ROMANCE kihkihkih. Paling suka bila setting cerita tu zaman kurun dulu2. Zaman omputih pakai gown kembang. Satu lagi ummi suka jugak kalau setting novel tu pasal highlander, atau cerita kat gurun padang pasir etc. Dalam otak ni dah boleh bayangkan muka hero untuk setiap setting. Hihihi jangan marah ye abah?

Tapi seriously dulu ummi suka baca novel. Ditambah lagi kalau hero kat cover novel tu ensem semacam. Laju je ummi habiskan baca sehari semalam pun boleh siap. Tapi novel romance jelah. Kalau novel thriller or bunuh2 memang ummi tak minat. Buat stress otak je!

Tapi bila dah kawin dan dah ada anak dua, nak abiskan satu surat khabar pun payah. Inikan pulak nak baca novel, memang akan ambik masa berbulan2. Tapi ummi mengharap sangat agar minat membaca tu akan turun kat Aiza dan Asyraf. Dan sebab tu sejak Aiza dah pandai kenal buku, ummi selalu heret dia ke sini:

Borders The Curve
On average setiap bulan kitorang akan pergi sini lebih kurang 2 kali. Borders kat The Curve ni tak ramai orang. Sangat convinient sebab terletak betul2 kat sebelah Tesco Mutiara Damansara. Lepas baca buku boleh terus shopping. Ada dua tingkat dan ruangnya sangat luas. Yang paling best sebab dia ada ruangan membaca untuk kanak2. So kitorang selalu lepak2 kat situ sampai berjam2 melayan Aiza baca buku.

Ruang membaca untuk kanak2. Selalunya tak ada orang so boleh buat macam rumah sendiri.
Ada banyak buku pop-up, buku yang ada music, sangat kalerful sesuai untuk budak2. Mak bapak budak pun suka baca.
Hopefully Asyraf pun akan suka membaca satu hari nanti
Ummi selalu berangan nak ada mini library dalam rumah. Tapi buat masa sekarang memang berangan jelah dulu, belum jadi kenyataan. Tunggu nanti bila mini library tu dah wujud, akan ummi penuhkan semua rak dengan buku romance hero highlanderku! Awww...

Sekadar hiasan. Contoh cover novel highlander. Kalau cover gini (muka hero terpotong so tak boleh nak bayangkan) - mungkin ambik masa 2,3 hari untuk habiskan kuikuikui.


Update Pasal Tanaman

0 comments
Perhatian kepada semua manusia sekalian alam....

Ada berita gumbira.

Pokok mulberi ummi dah berbunga dan keluar putik! Syoknya! Hahahaha..

Dulu ummi ada tulis satu entry pasal kegembiraan ummi ada pokok mulberi. Then lepas beli pokok tu, abah pangkas ranting dan daunnya sebab nak bagi tunas baru keluar. Sejak minggu lepas pokok tu memang dah keluar tunas dan daun baru. Semalam bila balik kerja, ummi check pokok mulberi tu dah keluar putik. Seronoknya tak terkata! Padahal pokok mulberi aje. Itupun cuma sepokok. Tapi happy mengalahkan orang yang ada 100 hektar dusun buah-buahan kihkihkih.

Then batang daun kesum yang ummi rendam dalam air pun dah keluar akar. Malam tadi ummi dah pindahkan dalam pasu dengan harapan dia akan hidup subur so senang le nanti nak buat asam pedas. Selain tu kunyit pun dah keluar tunas, kangkung yang ummi tanam guna teknik keratan batang & akar pun dah mula keluar daun. Mood berkebun menyerang lagi nampaknya!

Cepatlah kau besar wahai kangkung. Nanti boleh masak kangkung goreng belacan.
Daun bawang yang membahagiakan. Seminggu je tanam then dah boleh tuai hasilnya.
Tapi dalam pada gembira sebab pokok-pokok tanaman dah keluarkan hasil, ada jugak pokok yang mengecewakan. Contohnya ini:

Kailan or maybe salad (kes pakai main semai je letak banyak2 biji benih dalam satu pasu. Bila dah tumbuh, taktau pokok apa).

Kailan (or maybe salad) ni ummi tanam sama waktu dengan pokok bunga telang dan pokok roselle. Pokok roselle dan bungan telang dah subur berdiri. Yang ni pulak cekudut je cuma 1cm. Kalau ginilah gayanya, sampai tua pun tak merasa kailan tanam sendiri. Sebab geram, ummi dah 'matikan' pokok2 bantut ni. Sekarang dalam proses semai benih yang baru.

Lada bantut
Ini pun antara pokok yang dah terbantut tumbesarannya. Pokok lada yang lain semua dah besar sikit. Yang ni je yang hidup nak tak nak.

Gardening sememangnya hobi yang menyeronokkan. Sekarang ni hampir 40% topik perbualan antara abah-ummi adalah pasal tanaman. Kalau shopping kat Tesco atau Daiso pun laju je kitorang ke bahagian gardening. Dua2 pun perasan nak jadi petani moden kihkihkih. Lepas tu macam berlumba2 sapa punya tanaman lagi hebat. Setakat ni rekod dipegang oleh abah. Dia berjaya tanam mulberi dari RANTING sahaja. Bangga tak hengat dunia!

Memang kalau nak diikutkan, lebih senang beli sayur kat pasar. Tapi makan hasil tanam sendiri memang lain rasanya. Tak percaya? Cubalah!

Wednesday, October 12, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt. Sedap Ke tak?

0 comments
Bersempena dengan Aiza tak berapa selera nak makan, so petang semalam balik dari kerja ummi ajak abah terjah kedai Tutti Frutti dekat The Curve<-- alasan semata2. Kalau Aiza selera makan sekalipun, ummi still akan heret abah pegi sini.

Tutti Frutti cawangan The Curve
Semuanya gara2 baca review kat blog orang pasal kesedapan yogurt yang dijual kat sini. Sesungguhnya ummi memang peminat yogurt. Feveret ummi perisa peach atau stroberi. Brand apa pun ok semua ummi ngap. Kalau beli yogurt, ummi suka letak kat freezer dulu. Bila yogurt dah keras, baru makan. Rasanya sedap macam makan aiskrim lolipop perasa buah-buahan hihihi.

So semalam kitorang singgah kat Tutti Frutti cawangan The Curve. Mahal jugak yogurt yang jual kat sini. 100g harganya RM5.30. Untuk info yogurt yang kita biasa beli dalam cup tu berat standardnya ialah 150g dengan harga on average RM1.50 je. So bolehlah buat perbandingan! Tapi sebab tekak dah teringin kan, so inilah masa yang dirasakan paling sesuai nak 'pow' duit abah kihkihkih.

Mula2 masuk kedai, macam jakun jugak taktau nak buat apa. Tapi nasib baik ada tampal info kat dinding tentang cara2 nak buat pembelian. Self service rupanya! Mula2 ambik cup yang disediakan, then ambik le sendiri perisa apa yang kita nak. Boleh mix macam2 perisa dalam satu cup. Then pegi kat kaunter, letak le topping segala bagai. Boleh letak chocolate rice, fresh fruits, syrup coklat etc. Then lepas tu timbang dan bayar.

Apa yang kitorang beli??? Ni dia....

Perisa vanilla untuk Aiza. Stroberi & red velvet untuk abah dan ummi.
Sebab tau harga adalah ikut timbangan, so kitorang tak letak topping. Cuma letak rainbow chocolate rice je untuk Aiza. Sebab niat di hati memang nak rasa yogurt dia je. Kalau setakat nak makan fresh fruit whatsoever, beli kat pasar malam (mode kedekut tak ingat dunia!). Total damage kat poket abah semalam lebih kurang RM12++. By the way, tiap hari selasa ada ladies day boleh dapat diskaun 15%. Student pulak boleh dapat diskaun 10% on weekdays.

So mari kita dengar apa kata juri awam abah tentang yogurt Tutti Frutti ni.

Abah sedang mengumpul idea untuk memberi kritikan!

"Biasa2 je. Dengan harga RM5.30 utk 100g, pada abah terlalu mahal. Rasanya pun tak mencapai tahap macam yang abah harapkan. Tak creamy. Tak cukup manis bla bla bla bla bla bla".................

Tapi itu hanyalah pendapat abah semata2. Lain orang, lain tekaknya! Ada orang tu, ummi baca kat blog dia, tiap kali lalu depan kedai ni mesti nak singgah. Yelah, mungkin dia peminat tegar yogurt. Ditambah pulak poketnya tebal! Untuk ummi, cukuplah sekadar nak merasa. Tapi kalau ada sesapa nak belanja, ummi ready aje!

Yang pasti, punahlah harapan ummi nak makan Tutti Frutti lagi dengan abah next time. Berakhirlah riwayat Tutti Frutti dalam hatiku. Sobbbbsssss. Sekian.

Tuesday, October 11, 2011

Pic Of The Day

0 comments
Pic taken today at 1pm. Inilah dia budak yang selalu buat ummi tak sabar nak pergi nursery time lunch!


Patah Tumbuh Hilang Berganti

0 comments
Laptop Lenovo warna putih ni ummi dan abah beli masa Aiza umur lebih kurang 6 bulan. Sekarang ni umur Aiza dah 3 tahun. Aiza membesar dengan laptop ni. Semua cerita2 kartun dia dari Ice Age, Barney, Pocoyo, Jojo Circus, Mickey Mouse etc semuanya pasang guna laptop ni. Memang banyak jasanya pada Aiza. Ummi dah tak boleh ingat berapa kali Aiza jatuhkan laptop ni. Keyboard dia hampir 90% dah tak boleh guna. Dan baru2 ni dia dah tak boleh charging sebab punat yang sambungkan antara laptop-kabel dah rosak. Memang dah nazak sungguh. Hidup segan mati pun mahu. So last week berakhirlah riwayat dia.
Body dah pecah, keyboard dah tak boleh guna, dah penuh dengan 'artwork' Aiza

Bila laptop Lenovo rosak, dengan sukacitanya nak tak nak terpaksalah ummi beli laptop baru. Bila bagitau kat abah, laju je dia kata ok. Ummi just bagitau kat dia berapa budget ummi. Pasal brand, model, spec semua abah yang tentukan.

So last week hari Khamis petang kitorang terjah Midveli. Mula2 pergi kedai Asus, tapi ummi reject awal2. Then pergi tengok Acer, pun ummi taknak jugak. Singgah jugak kedai Dell, tapi takde yang berkenan. Kemudian ada hati terjah kedai Sony. Boleh tahan jugak harga Sony Vaio sekarang ni. Tapi bila pikir2, taknaklah membazir duit. Last sekali pergi kedai HP, ummi angkat sebijik. Less than 5 minutes RM1300 terbang melayang hikhikhik (cepat je decide sebab abah dah baca review pasal laptop ni awal2).

Kedai HP kat Midveli
Gaya fotogedik!
Muka bangga gilerrr dapat beli laptop baru. Bangga gilerrr wa cakap lu!

So inilah rupa laptop baru ummi tu. Cantik kan?
Laptop terbaru ummi
Wow ofis ummi nampak berseri dengan kehadiran laptop baru kihkihkih
Harapnya laptop ni panjang umur dapat digunakan bertahun2. Amin.

Friday, October 7, 2011

Mulakan Hari Anda Dengan Positif

0 comments
Picture taken this morning at 7.30am. Me and my kids-happy as always


Pagi2 tak boleh moody,nanti sepanjang hari rasa tak syok. Walau anak meragam macam mana sekalipun, pandanglah dari sudut yang positif. Kesian diorang subuh2 dah nak kena hantar sekolah. Pukul 6.45am dah kena kejut suruh bangun, tukar pampers, mandi etc. Jadi apalah salahnya kita layan kerenah dia sekejap sebelum diorang ke sekolah. Ye tak?

Pagi2 tak boleh marah, nanti sepanjang hari rasa tak syok. Walau jalan raya sesak menggila, eksiden sana sini, ada driver tak berhati perut parking kereta rosak tengah jalan, ada pulak tu tak reti nak guna smart tag...tapi kita kenalah bersabar. Jangan maki hamun or carut marut. Semua orang pon nak cepat sampai ke destinasi. Keluarkan 'F word' banyak2 pon bukan diorang dengar. Ye tak?

Pagi2 tak boleh masam muka, nanti sepanjang hari rasa tak syok. Bila kita masam mencuka, kesannya kena pada orang sekeliling. Orang nak ajak borak2 pun tak jadi. Akhirnya, semua orang pun diam seribu bahasa. Layan Kak V kat Suria.fm jelah gamaknya. Ye tak?

Pagi2 kena berhemah, terutama bila bawak kereta. Jangan bawak gopoh gapah. Nanti semua penumpang takut. Bukan kita sorang saje ada kereta canggih dalam dunia ni. Ada berjuta2 kereta lain atas jalan raya. Tenangkan hati. Banyakkan berdoa. InsyaAllah semua perkara jadi mudah. Mudah2han rezeki pun melimpah ruah. Ye tak?

Jadi, mulakanlah hari anda dengan sifat2 POSITIF! Ummi berusaha melakukannya, anda bila lagi???

Thursday, October 6, 2011

Nursery Dah Kembali Dibuka, Tapi.....

0 comments
TAKDE AIR LE PULAK!

Bukan setakat kat nursery, tapi rasanya seluruh CFS takde air. Air tangki dah kering, air tadahan pon tak habis diguna. Lalu depan toilet, bau 'harum' semacam. Tengahari tadi masa jenguk Asyraf kat nursery, teacher pon duk ngomel2 pasal takde air. Budak2 nak mandi, buang air, makan, minum pun susah. Ummi dah pesan kat teacher, kalau si Asyraf berak, then ummi ada bekalkan wet tissue dalam beg. So bolehlah bersihkan guna wet tissue. Hmmm...kalau baby bolehlah nak guna wet tissue. Tapi kalau budak2 besar tak kan le nak guna tissue jugak? Pandai2 le teacher cari solutionnya..

Kat ofis ummi hari ni, bukan setakat takde air, AIRCON PUN ROSAK! Nasib baik student semua dah balik dan takde nak datang bilik for consultation etc, so bolehlah kunci pintu dan bukak tudung kasi sejuk sikit. Tapi seriously, takde air dan takde aircon - sangat tensen! Bila rasa panas, mulalah haus asyik nak minum. Bila dah minum banyak, mulalah nak pegi toilet. Sampai kat toilet pulak, baru teringat air takde. Huwarrrrggghhhh...

Nasib baik esok dah hari Jumaat. Then weekend tak payah pegi kerja lepak2 kat rumah dengan Aiza & Asyraf. Kalau boring, paksa abah bawak kitorang jalan2. Cakap pasal jalan2, malam tadi pun actually dah paksa abah bawak kitorang jalan2 naik kereta. Ni semua disebabkan 2 hari duduk terperap kat rumah. So semalam petang dah rasa restless. Asalnya ummi just ajak abah pegi Jusco. Tapi abah ada tempat yang lagi 'adventurous' tak lain tak bukan -> KLCC. Lepas magrib je kitorang bertolak meredah jem. Sampai kat KLCC ujan renyai2 so tak bolehlah nak bawak Aiza dengan Asyraf lepak tepi kolam. Kitorang jalan2 pusing KLCC cuci mata bagi Aiza lari2 kasi penat.
Masa mula2 sampai KLCC.

Ummi personally tak favour sangat dengan KLCC ni. Pertama sebab dia jauh kat KL. Kedua sebab semua barang2 kat sini mahal. Ketiga sebab parking rate dia sangat tak munasabah. Tapi abah anggap KLCC ni as the best shopping complex untuk dia. So layankan jelah...
Aiza dengan gaya gediknya!

Lebih kurang pukul 9.30pm, Asyraf pun dah merengek2, so kitorang pun balik. Tapi sebelum tu sempat singgah beli roti mahal kat Isetan dan 2 biji rotiboy untuk Aiza. Dalam kereta semua pun zzzzzz....

Sekarang ni ummi dah rasa confident sikit nak bawak Asyraf jalan2 sebab dia dah tak banyak meragam. Kalau dulu, kena fikir 2,3 kali. Pernah dulu bawak dia pergi taman botani, dia menangis on the way pergi sampailah on the way balik sebab dia constantly nak susu. Sekarang ni dia dah good boy. Kalau bawak pergi OU atau Tesco, galak je mata dia tengok sekeliling. Mulut pun dah riuh berbunyi. Sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan pun dia. Baru je hari tu abah injek dia. Nanti masuk 4 bulan kena injek lagi. Harapnya tak demamlah ye sayang!

Belum kena injek dah melalak

Dr.Abah in action. Ngeri! Snap picture ni dalam keadaan pandang tempat lain
So tu jelah update untuk kali ni. Komputer lenovo putih dah jahanam tak boleh on. Ni berblogging ihsan guna komputer abah. Bilalah nak menang contest dapat hadiah laptop ni??????????

Monday, October 3, 2011

Berkampung Di Ofis

0 comments
Hari ni nursery masih tutup. Tapi ummi terpaksa datang kerja. Sebabnya ummi kena jaga exam subjek Physics dari pukul 9am sampai 12pm. Memang kalut otak memikirkan sapa yang nak menjaga Aiza dan Asyraf. Lepas bincang2 dengan abah, kitorang pakat jaga gilir2. Abah akan jaga pagi sampai tengahari. Lepas ummi siap jaga exam, abah akan pass budak2 tu kat ummi dan abah pulak pegi kerja.

Kesian anak2 ummi kesejukan tido kat ofis
Sementara nak tunggu nursery bukak semula Khamis ni, esok dan lusa ummi akan sambung annual leave. Nasib baiklah cuti tahun still banyak. Inilah hasilnya bila dah ada anak. Cuti tahun akan habis untuk anak2 sahaja.

p/s Kesian tengok kat kawan2 lain terpaksa menanda kertas exam sambil usung anak2 ke hulu hilir!

Friday, September 30, 2011

Nursery IIUM Ditutup

0 comments
Nursery IIUM tutup seminggu bermula 29 Sept sampailah 5 Okt gara2 ada budak terkena penyakit HFMD. Ummi antara yang awal dapat tahu sebab tengahari tu ummi pergi visit Asyraf macam biasa. Sampai je kat depan nursery, nampak poster ni.
Ihsan gambar dari blog kak ayu

Terus jadi kalut sebab very short notice. Nak mintak cuti tapi head of dept takde kat ofis. Ditambah lagi minggu depan hari Isnin kena jaga exam 3 jam! Terus call abah tanya dia sanggup tak jaga Aiza dan Asyraf hari Isnin depan time ummi jaga exam. Nasib baik abah sanggup. Lepas bagi susu kat Asyraf, ummi terus balik ofis apply annual leave. Kesian kat mak bapak yang lain. Ramai yang sangat terkejut bila dapat tau nursery nak kena tutup masa ambik anak masing2 waktu petangnya. Sure diorang tak sempat nak buat apa2 plan.

So bermula dari semalam, ummi melepak le kat rumah dengan budak2. Kalau dulu, bila nursery tutup or Aiza demam, gigih jugak ummi angkut dia bawak pegi ofis. Tapi ni bila dah ada Asyraf, tak kuasa le nak bua gitu! Lagipun dah ada rumah sendiri kan, seronok je nak guling2 terbongkang terlentang dengan anak2 depan tv. Yeah!!!

Monday, September 26, 2011

Mulberi Idaman Hati

1 comments
Sejak menceburkan diri dalam hobi gardening ni, ummi memang selalu blogwalking tengok hasil tanaman orang lain. Memang jeles bila tengok orang lain tanam macam2 pokok sayur dan buah kat rumah masing-masing. Ummi punya kawasan tanah pulak cuma sekangkang kera. Kalau nak tanam banyak2 pokok memang kena fikir dan plan betul2. Keinginan nak tanam pokok mangga atau pokok buah yang lain memang terpaksa dilupakan le. So ummi tercari2 jugak pokok buah apa agaknya yang sesuai tanam dalam pasu sehinggalah ummi terjumpa artikel pasal tanaman buah mulberi. Hihihi buah mulberi pon jadiklah! So hari2 ummi cakap dengan abah pasal pokok mulberi. Sehinggalah minggu lepas,abah ambik ummi kat ofis, bila ummi masuk kereta...ummi nampak ada pokok dalam kereta. Rupanya pokok mulberi! Hohoho sukanya thanks abah.

Ikut artikel kat internet, kalau kita nak pokok mulberi kita berbuah, kena cantas ranting dan daunnya sekali. Nanti dia akan tumbuh tunas baru disertai dengan bunga seterusnya jadi buah. Tapi sebab kitorang baru je beli pokok mulberi tu, rasa macam was2 nak gondolkan dia. So last2 abah cuma kerat ranting dan buang daun yang dah kuning je.

Pokok mulberi sebelum kena cantas
Sangat tak sabar nak tunggu hasilnya. Pokok mulberi ni sesuai tanam guna keratan batang. Kalau guna biji benih, dikatakan ambik masa 8 tahun baru berbuah! Ayoyo lambat sangat tu tak larat nak tunggu.

Buah Mulberry hasil carian kat Google
Yang kelakarnya, bila abah dah beli pokok mulberi ni, baru kitorang perasan yang rupanya jiran depan rumah ada pokok mulberi yang SANGAT BESAR. Dahannya rimbun dan buahnya pon banyak. Dalam hati kata "ha, tu le kau taknak beramah mesra dengan jiran tetangga. Duk tercari2 nak beli anak pokok padahal depan rumah ada sebesar2 tidak". Btw ummi dah pon borak dengan jiran depan rumah ni pasal pokok mulberi dia. Dia kata next time kalau dia buat aktiviti pruning kat pokok mulberi dia ni, dia akan bagi batang2 pokok mulberi ni untuk ummi tanam.

"harap2 aku balik rumah ni nanti ada le 'bungkusan' yang ditunggu2 tu kat depan rumah"

Rasa2nya, apa lagi pokok buah yang sesuai tanam dalam pasu ye?

Mood Berkebun Menyerang!

0 comments
Hari tu masa ummi blogwalking, ummi terjumpa artikel pasal cara menanam daung bawang. So hari yang sama lepas balik kerja, terus ajak abah singgah Tesco cari bawang yang dah bercambah macam yang disyorkan dalam artikel tu. Sebelum ni ummi pernah try sekali tanam daung bawang tapi dah dekat sebulan langsung tak nampak tunas. Bawang tu macam membusuk je dalam tanah.  Rupa2nya ada silap teknik sikit. Kalau nak ikut teknik yang betul, caranya macam ni:

1. Cari bawang yang dah bertunas. Ummi beli kat Tesco harga 45 sen je. Bawang yang dah bertunas bukan ada orang nak beli pon. Niat di hati nak cari kat area reduce-to-clear je tapi takdelah pulak.
2. Kopek kulit bawang dan beberapa layer lagi sampai nampak akar yang baru nak muncul.

3. Tanam dalam pasu atau atas tanah. Tak perlu tanam dalam2. Cukup sekadar 3/4 bawang tertanam dalam tanah.
4. Siram dan tunggu hasilnya.

Daun bawang selepas 2 hari ditanam.

Lepas tu dah alang2 berkebun tu, ummi tanam jugak daun sup. Daun sup dan daun bawang ni memang selalu ummi beli kat pasar malam. Selalunya ummi masukkan dalam sup ikan merah feveret abah dan Aiza. Tapi sekiranya tanaman ummi ni berjaya, lepas ni jimatlah sikit duit tak payah beli lagi kat pasar.


Daun sup dah selamat ditanam dalam pasu

Mood berkebun sekarang ni memang tengah memuncak. Selalu plan nak berkebun petang2 lepas balik kerja tapi Aiza dan Asyraf tak pernah sporting. Last2 hari tu ummi dan abah berkebun malam2 buta pukul 11 malam hahahaha. Harus lain kali ummi snap gambar abah siram pokok bunga malam2 buta sebagai bukti!

Wednesday, September 21, 2011

Dating Lepas Balik Kerja

0 comments
Semalam on the way balik kerja abah ajak singgah One Utama. Sajalah nak bawak Aiza dan Asyraf jalan2. OU sekarang dah berubah wajah. Sekarang ni pun masih banyak kedai yang under construction and renovation. Dengan saiz OU yang sebesar tu, maybe akan ambik masa beberapa bulan (atau mungkin tahun?) untuk siap renovate sepenuhnya. Dah bertahun2 ummi pergi OU sejak dari dating di zaman bujang sampailah ni dah ada 2 orang anak, ummi still tak boleh hafal layout kat OU. Kalau jalan sorang2 kompem sesat. Ummi cuma ingat layout level ground floor saje sebab level tu banyak kedai makan (nampak sangat kalau jalan2 tu asik ingat nak makan je kihkihkih).

By the way semalam kitorang sempat terjah Jusco sahaja. Segalanya serba baru di Jusco. Bahagian supermarket dan food court berubah lokasi. Mula2 sampai, kitorang pergi bahagian baby dulu. Bahagian ni sangat convenient sebab ada baby room. So senanglah untuk emak2 di luar sana yang nak menyusukan anak dan tukar lampin. Dispenser air yang boleh keluarkan air panas dan air sejuk pun ada so sangat senang kalau nak bancuh susu. Lepas tu pusing2 kat level tu ternampaklah satu beg mickey mouse yang sangat lawa. Actually sebelum ni abah macam ada plan nak belikan Aiza beg sekolah ada roda. Tapi semalam bila dah nampak beg mickey mouse ni, dia terus cakap nak beli walaupun beg tu takde roda pun. Sebabnya beg tu cantik sangat dan harganya pun SANGAT berpatutan. Cuma RM29.90 je. Aiza pun suka sampaikan dia pakai beg tu ke hulu ke hilir siap sempat main leggo walaupun belum bayar.
Beg yang lagi besar dari tuannya
Kebetulan ummi still ada voucher Jusco RM20 redeem points sebelum raya hari tu. So ummi gunakan voucher tu untuk beli beg Aiza. Abah tinggal top up lagi 10 hengget je. Syioknya!

Bestnya kalau shopping guna voucher!  
Lepas shopping kitorang turun tingkat bawah ke bahagian food court dia. Kat bahagian food court ni bersebelahan dengan tempat main. Ada banyak mainan yang kena masuk coins tu. Aiza sempat naik kuda yang boleh gerak2 sampai 2 round. Makanan kat food court tu pun boleh tahan jugak harganya. Semalam kitorang order mee hongkong. Takdelah superb sangat tapi bolehlah kalau nak memuaskan nafsu anak tekak!

Tapi yang paling ummi suka, betul2 kat sebelah food court tu ada DAISO! Alah kedai barangan Jepun yang jual semua barang RM5 tu. Semalam tak sempat nak pergi sebab nak mengejarkan sembahyang maghrib kat rumah. Takpe lain kali boleh terjah.

Muka hepi anak beranak



Tuesday, September 20, 2011

Dialah Best Friend Ummi

1 comments
Entry ini ditulis khas buat anak sulung ummi yang tersayang...Aiza Izzati Azli

Aiza Izzati,
Kesayangan abah dan juga ummi,
Permata hati yang tiada tolok ganti,
Dah besar nanti harapnya dapat jadi doktor gigi.

Penggemar masakan abah dan ummi

Aiza Izzati,
Anak yang petah dan comel sekali,
Keletahnya selalu buat ummi tak kering gusi,
Tapi kadang2 geram jugak tapi simpan je dalam hati.

Dah lepas main bedak, ada hati nak berposing.


Aiza Izzati,
Dialah best friend ummi,
Yang menceriakan hidup ummi setiap hari,
Sesungguhnya ummi bersyukur dikurniakan anak 'sekreatif' gambar di bawah ini.

'Menumpahkan' daya kreatif di atas cadar ummi. Hangin ummi dibuatnya!

Aiza Izzati,
Jadilah kakak long yang baik hati,
Berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berdedikasi,
Menjadi role-model pada adiknya iaitu Asyraf Ilhami.

Rakan sepermainan - Aiza, Asyraf dan Kiki Maus
Aiza Izzati,
Harapan ummi padanya menggunung tinggi,
Semoga membesar jadi anak yang solehah dan suka berbakti,
Pada keluarga, agama dan ibu pertiwi.

Anak solehah idaman ibu2 di luar sana!

Aiza Izzati,
Dialah peneman di kala ummi 
sepi dan sunyi...

Ummi sayang Aiza dulu, kini dan selamanya!


Finger Licking Good!

0 comments
2,3 menjak ni si Asyraf suka betul hisap jari. Sampai berbunyi2 macam sedap sangatlah jari dia tu. Bila ummi sumbat puting dalam mulut dia, dia taknak pulak. Nak kata lapar, bila ummi bagi susu pon kadang2 dia taknak. So memang agaknya dia saje suka2 nak hisap jari.


Hari ni genap umur Asyraf 3 bulan 1 minggu. Dah banyak keletahnya. Bila diagah dah boleh senyum dan ketawa. Tak sabar nak tunggu dia besar so that dia boleh main dengan si kakak pulak. Sekarang ni pun kalau dia tengok kakak dia main dan lompat2 atas tilam, dia akan excited sama. Tunggulah lagi beberapa bulan, sure havoc dan bersepah satu rumah dikerjakan dua beradik ni. Takpelah rumah bersepah sikit asalkan Aiza dan Asyraf dapat main dengan gembira.

p/s Ummi loves both of you!


Thursday, September 15, 2011

Yeay Esok Nak Jalan-Jalan

0 comments
Bukan nak kemana pon, cuma nak ke Teluk Intan rumah kakak ummi yang secara rasminya sekarang dah jadi orang Perak. Dia buat kenduri doa selamat sempena anaknya dapat offer buat medic kat UK. Sambil tu sebab masih dalam bulan syawal, jadi dia buat open house sekali. Tambah excited sebab semua adik beradik ummi pon nak pegi jugak kecuali cik Ajib dan wak Ani. Bukan selalu dapat jumpa ramai2 satu family ni. Maklumlah, adik beradik 12 orang! Kalau tak beria2, memang susah nak kumpulkan semua dalam satu masa.

Ummi nak ajak abah gerak pagi sikit, time tu cuaca masih sejuk, jalan belum jem, Asyraf pon dalam mood tidur so insyaAllah perjalanan akan jadi lebih tenang. Dapatlah ummi jamu mata tengok pemandangan sekeliling. Kalau lalu jalan dalam lagi best sebab boleh tengok rumah2 kampung, sawah padi kat Tg.Karang, berhenti tepi jalan beli air tebu etc. Tapi untuk perjalanan esok ni, abah dah plan nak try highway LATAR yang baru bukak tu. Sebab lalu highway, patutnya akan sampai Teluk Intan lebih awal le. Kita tengok esok macam mana.

Kat dalam kepala ni ada macam2 plan bila dah sampai Teluk Intan. Abah dah cakap nak pegi beli udang kering. Ummi pulak rasa macam nak pegi Sitiawan beli sotong kering, satay ikan dan segala macam jajan2 makanan laut ni. Kalau lagi ekstrem, mungkin jugak kitorang nak pegi Pulau Pangkor saje nak bagi Aiza rasa naik feri. Cakap pasal Pulau Pangkor, actually tahun lepas kitorang hampir2 nak naik feri pegi Pulau Pangkor. Tapi kebetulan waktu tu public holiday, ramai sangat orang nak pegi Pulau Pangkor, so macam kena tunggu lama untuk naik feri. Waktu tu pulak dah tengahari. Last2 kitorang cancel. Tahun ni kalau rajin nak cuba nasib lagi sekali ngehngehngeh...

p/s semangat ni nak balik awal. Baju sehelai pon tak packing lagi!

Monday, September 12, 2011

Kerja...Kerja...Kerja

0 comments
Hari ni hari pertama kerja setelah 3 bulan on maternity leave. Berkobar-kobar rasa rindu nak jenguk ofis. Baju dah siap iron, beg sekolah budak2 dah letak tepi pintu, bangun pukul 6.30am terus mandi. Pukul 7.30am dah on the road. Sampai kat ofis, takde orang pon! Ramai yg datang lambat sebab masih mood beraya or maybe jugak tengah ada kelas. Btw, ummi hanya akan kembali mengajar bulan 1 tahun depan. Best kan? Sebabnya sekarang dah penghujung semester. So memang alang kepalang nak mengajar. Semester akan datang ni pulak semester pendek. So tak perlu mengajar jugak. Semester seterusnya start bulan Januari 2012 baru ummi mengajar semula. So ni kat ofis hidup dengan gumbira!

Lepas punch in, on the way nak naik bilik...ummi nampak 2 bungkusan untuk ummi.

Yang pertama ini:
Drypers Drypantz untuk Aiza saiz XL 32x4 pieces. Hooray! Suke sesangat. Rasanya ini dapat hadiah sebab baru2 ni gambar Aiza ada tersiar kat dalam Drypers Jalinan Ibu Bapa monthly circle. Actaully ada dua gambar Aiza tersiar kat situ (kes ummi hantar atas nama ummi dan atas nama abah jugak)

 Gambar Aiza dengan abah posing manja

Gambar Aiza yang banyak ong! Gambar ni pernah menang hadiah photo printer ummi masuk contest kat facebook.

Dengan gigih dan gembiranya ummi angkat kotak hadiah tu ke ofis. Petang ni balik kerja nak suruh abah datang ofis kejap angkat kotak ni masuk dalam kereta. Tak larat le ummi nak angkat.

Yang kedua ini pulak:

Biji benih kiriman En.Iskandar dari http://www.tanamsendiri.com/. Abah beli biji benih ni minggu lepas. Tak sangka hari ni dah sampai. Efisien sungguh nampaknya En.Iskandar. Dia siap bagi benih free untuk dicuba. Sekarang ni ummi dan abah memang tengah mood petani moden. Semua benda rasa nak tanam sendiri. Setakat ni cuma cili dan daun pandan hasil usaha ummi yang menjadi. Semaian daun parsley abah dah masuk minggu kedua masih tak nampak tunas pon lagi. Jangan kecewa tau abah! kalau tak tumbuh jugak kita beli jelah kat Tesco kihkihkih.

Hari ni jugak hari pertama hantar Asyraf ke nursery. Baru sejam hantar dah rasa rindu huhuhu. Maklumlah selama 3 bulan ni tak pernah berenggang dengan dia. Pukul 12.30 tengah hari ummi dah terjah nursery nak jenguk dia. Nasib baiklah nursery dekat je. Kalau malas nak jalan kaki, golek2 pon boleh sampai. Bila ummi jenguk dia tengah hari tadi, teacher tengah cuba tidurkan dia guna bouncer. Bila dia ternampak ummi, terus dia senyum sampai telinga. Ummi dokong dia, bawak duduk bawah kipas, bagi susu...then tak sampai 5 minit dah tido!

Budak botak- hari pertama ke sekolah.

So hari ni akan bermulalah siri 'asal-lunch-je-ummi-hilang-pegi-nursery'. Semoga Asyraf tak banyak meragam kat sekolah. Ummi miss u. Ummi miss Aiza a.k.a kakak long jugak. And not least, miss abah jugak tidak ketinggalan! Muuuaahhhsss pada semua orang.

Thursday, September 8, 2011

Berbudi Pada Tanah

0 comments
Mode sangat sedeh...huwaaaa...

Sebabnya pokok cili yang ummi semai dah ada yang mati taktau kenapa. Suspek utama tak lain tak bukan siput vavi yang banyak kat atas tanah tu atau mungkin jugak semut tanah. Memang dasar binatang! selamba2 je makan tananam ummi. Ummi semai dalam 15 benih. As of semalam ada lebih kurang 11 anak pokok yang dah timbul. Selama ni ummi tutup pasu semaian tu dengan plastik. Tapi dah 2,3 hari ni saje jelah bukak sebab nak tayang kat abah semaian ummi menjadi. Tapi bila check pagi ni, tinggal 8 pokok je. Lagi 3 pokok dah takde daun tinggal batang je. Sungguh SADIS!

Btw pokok yang ummi semai ni adalah pokok cili panjang2 yang kalau kat Tesco jual sekilo RM6-RM8 tu. Konon2 kalau berbuah semua pokok bolehlah ummi buat perusahaan sos cili secara komersil untuk makanan anak beranak pulak kehkehkeh

Sekarang memang tengah mood menanam pokok. Masa pindah sini, dah ada serumpun pokok serai depan rumah. Then ummi tanam pandan. Tak sangka HIDUP! lepas tu terus semangat nak tanam pokok lain. So far pokok cili dah menunjukkan sinar harapan. Ni ummi tengah menyemai pokok kunyit, daun bawang dan pokok limau purut.

Ummi tanam pokok2 yang edible je. Setakat pokok bunga or pokok hiasan, macam tak nampak apa pointnya <-- sebab dalam otak ingat makan..makan..makan ajer gamaknya!

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya

0 comments
Hari ini hari ke-8 bulan Syawal.

Memang dah terlambat, dah basi, dah tak relevan...tapi ummi still jugak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua satu2nya pembaca blog ini. Mohon maaf zahir dan batin!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez