Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

Panik

2 comments
Tadi masa ummi di dapur, tiba2 dengar abah menjerit. Dia suruh ummi check blog  secepat mungkin. Sebab katanya bila dia cuba bukak, keluar message kata "ummiaiza.blogspot.com could not be found". Panik sungguh dia - mengalahkan pemilik blog kihkihkih.

Apparently akaun gmail ummi dah kena hacked dan suspended. So tadi masa ummi nak aktifkan balik akaun tu, kena tunggu Google hantar verification code ke handphone segala bagai. Bila dah tukar password semua, baru boleh akses semula ke gmail dan jugak blogspot.

Bila dah boleh bukak blog, terus tulis satu entry - khas untuk abah. Pembaca setia blog ni beserta dengan 10 follower yang lain hahaha.


Friday, March 23, 2012

Murah Tak Semestinya Tak Canggih - Samsung GT-E1080F

4 comments
Rasanya baru beberapa bulan lepas ummi hilang henfon dan kemudian beli henfon baru. Then tiba2 pagi Isnin lepas henfon yang baru dibeli tu 'buat perangai'! Malam sebelumnya tu elok je ummi call nyai di Johor dan borak2 macam biasa. Dah lepas guna, ummi letak atas meja TV. Paginya bila nak pergi kerja, henfon dah off. Bila ummi try nak on, tak boleh. Ingatkan dah abis bateri. Bila ummi charge, takde apa2 respon. It went dead just like that. Seriously! 

As expected, abah dah start bebel2 bla bla bla bla...Hish, rasa sangat tension.

Sebab henfon tu dibeli tak sampai setahun, so still under warranty. Esoknya ummi hantar henfon tu ke Nokia Centre di One Utama. Person-in-charge kata proses repair ambik masa at least 3 hari. Tapi abah sarcastically cakap 3 hari boleh jadi 3 minggu or 3 bulan. Hidup tanpa henfon memang susah. Kalau setakat 3 hari takde henfon, tak jadi masalah. Tapi kalau betullah repair makan masa sampai 3 minggu or 3 bulan - memang rasa tak boleh survive. So ummi decide untuk beli henfon baru. Ala2 henfon second hand le sebelum henfon Nokia ummi tu siap repair. 

Dalam kepala dah target nak beli henfon murah2 dan yang paling basic saja. So pilihan paling tepat ialah Samsung GT-E1080F. Harganya cuma RM70 hengget hehehe. Ini dia rupanya:
Gambar ihsan dari Google sebab henfon ni takde kamera. Even kalau ada kamera pun, macam mana nak ambik gambar henfon guna henfon tu sendiri kan? hahaha
Henfon ni sangat basic. Takde kamera, bluetooth, GPS, 3G, MMS, video call whatsoever. Tapi untuk harga RM70 ummi rasa sangat berbaloi. Sebab designnya cantik, kecik dan ringan. Skrin pun ada colour. Lepas tu siap ada torch light lagi! Lepas ni bolehlah ummi cari mainan Aiza dan Asyraf yang tersorok celah2 sofa dengan mudahnya. Dan yang paling best, henfon ni ada feature FAKE CALL. Canggih kan? Btw Fake Call ni membolehkan kita seolah2 dapat call yang sebenarnya tak wujud. So sangat berguna time meeting meleret2 sampai 3,4 jam hahaha. Hanya perlu setkan timer, then buat2 sibuk ambik minute meeting etc. Paling bagus kalau waktu tu dapat bercakap dengan boss. Then nanti bila FAKE CALL berdering, bolehlah buat muka pura2 terkejut dan kemudian cakap dengan semua orang "sorry ye, ni panggilan PENTING so saya mintak diri kejap". Lepas tu apalagi....lariiiiikkkkk hahahaha.

Anyway, just nak update yang person-in-charge kat Nokia dah pun call. Dia cakap, dalam henfon ummi tu ada air so dia akan pulangkan dan tak repair pun. Kalau henfon masuk air memang tak cover under warranty. Well, macam mana boleh ada air? Suspek utama dalam kes ini tak lain tak bukan:
Budak botak yang lately suka 'menguji ketajaman gigi'. Semua benda dia nak gigit termasuk henfon ummi. So salahkan dia!
Nampak gayanya, henfon Samsung cikai sleek and slim tulah yang akan jadi telefon rasmi ummi buat masa sekarang. So no more video call tu cikyah, MMS tu abah. Dan mungkin juga blog ni akan jadi blog tulisan tanpa gambar sebab dah takde kamera kat henfon huhuhu. Terpaksa redha jelah. Bukan satu masalah besar pun takde henfon yang canggih.

After all, ummi cukup bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Hari tu baru je beli handbag baru. Then ni ada henfon baru pulak. 

Handbag baru + Handphone baru = Perfect!



Thursday, March 22, 2012

The Italiannies Restaurant

2 comments
Abah ada voucher TGI Friday bernilai RM100. Hari Isnin yang lepas, abah dan ummi berjaya menghabiskan separuh dari nilai voucher tu dengan gembiranya. Kami sama2 ambik annual leave dan keluar berdating di Mid Valley. Asyraf dan Aiza kami hantar ke sekolah macam biasa. Sesekali memang seronok menghabiskan masa berdua tanpa Kakak dan Si Botak Asyraf hehehe.

Yang bestnya voucher yang abah ada tu bukan setakat boleh guna di TGI Friday, tapi boleh jugak digunakan kat The Apartment dan restoran Italiannies. So kami pilih Italiannies. Harga makanan di Italiannies agak murah. Lunch set nilainya RM15.90 beserta dengan air dan satu pilihan side dish. Kami ambik 3 set semuanya. Ini semua gara2 nak menggenapkan bil supaya lebih RM50 ringgit biar tak rugi guna voucher. 

Kami order:
Spageti Aglio Olio
Ham and Mushroom pizza
Salad with Fried Calamari
Panna Cotta - desert.

Side dishnya kami dapat: 
3 Pepsi
2 mushroom soup
1 salad dan 
4 keping roti

Bila makanan tiba, ha ambik kau! Portion sangat banyak untuk semua hidangan. Penuh satu meja sampai taktau nak letak mana. Waiter yang lalu lalang pun jeling dalam hati kata "mak oi banyaknya diorang berdua ni makan" hahahaha.

Penuh satu meja dengan makanan sampai tak boleh nak masukkan muka ummi dalam gambar hahaha.
Kami makan sampai kenyang. Pizza terpaksa bungkus sebab perut dah tak muat. Total bil RM62.20. Kami guna voucher RM50. So abah hanya bayar RM11.20 sahaja. Seronoknya tak terkata!

Voucher ada lagi RM50. So apalagi abah, jom repeat!




Wednesday, March 21, 2012

The Bigger The Better

0 comments
Dalam entry yang lepas, ummi ada ceritakan tentang 'kedaifan' henbeg ummi yang ada sekarang; kotor dan kulitnya sudah tertanggal. Sudah lama ada plan nak beli henbeg baru tapi asyik tertangguh saje. Ummi bukan jenis orang yang ada 2,3 henbeg dalam satu masa. Biasanya ummi akan guna henbeg tu sampai rosak, kemudian barulah beli yang baru. Sepanjang 31 tahun ummi hidup, henbeg yang sudah rosak ini adalah henbeg ke-3 pernah ummi ada. Hari Isnin yang lepas, secara rasminya tamat riwayat henbeg tersebut - sebab ummi dah beli henbeg yang lain hehehe! So inilah dia gambar 'buah hati' terbaru ummi:
Henbeg Carlo Rino. Beli di Metrojaya, Mid Valley.
Beg ini spacious. Ummi memang mencari henbeg yang agak besar dan boleh muat banyak barang. Maklumlah, bila ada anak kecik..semua barang pun nak disumbat masuk ke dalam beg. Harganya pun sangat berpatutan. Metrojaya tengah ada sale sekarang. Henbeg Carlo Rino ada diskaun sampai 70%. Henbeg yang ummi beli ni harganya RM119 setelah diskaun 50%. Untuk beg brand Carlo Rino, ummi rasanya harganya dah cukup murah. Btw, ini adalah kali pertama ummi beli henbeg Carlo Rino. Sebelum ni, ummi guna Polo dan F.Timber sahaja.

Harapnya beg yang ini akan bertahan lama. As of today, seperti yang dijangka, dah ada macam2 benda dalam beg tu. Antaranya benda2 biasa macam wet tissue, bedak kompak, staff card, vitamin C, pampers Asyraf, segala jenis kunci dan beg duit. Tapi ada jugak benda2 yang agak luar seperti kotak henfon dan BIJI BENIH kacang buncis. Errkkk.....apekehal?


Friday, March 16, 2012

Berkiranya Dia!

2 comments
Honestly, ummi bukan jenis orang yang pandai shopping spree. Setiap sen duit besar maknanya buat ummi. Kalau ummi nak beli sesuatu barang, ummi akan survey dulu harganya. Kemudian fikir 2,3 kali. Kadang2 fikir sampai 10 kali...dan akhirnya tak jadi beli. Iye, ummi terlalu berkira dengan diri sendiri.

Tapi kalau dengan anak2, lain pulak ceritanya. Pantang pergi shopping kompleks, area budak2 le rasa nak terjah dulu. Bila nampak diskaun baju Disney, Kiko, Anakku, Poney etc, rasa nak juling biji mata. Cepat je tangan capai itu ini. Kalau bukan baju, terasa nak beli mainan pulak. Dalam hati selalu kata "kesian Aiza belum ada mainan lego yang cantik ni" ataupun "eh comelnya ball ni, mesti Asyraf suka!". Padahal kat rumah dah berlambak segala jenis mainan sampai melimpah ruah penuh satu container.

Sekarang ni ada satu barang keperluan ummi yang memang dah sangat daif dan perlu beli baru. Ni ha dia gambarnya:
Henbeg ummi yang dah 'hidup segan, MATI PUN MAHU'
Henbeg ummi yang dah terkopek sana sini. Kulitnya dah start tanggal especially kat bahagian tali. So setiap kali pakai henbeg, akan ada 'sisa2 kulit henbeg' melekat kat baju hahahaha. Beg ni memang dah lusuh benar keadaannya. Maklumlah, tiap kali berjalan segala barang sumbat kat situ dah jadi ala2 beg doraemon. Pampers, botol susu, wet tissue, makanan yang tak abis makan semuanya berebut nak masuk. Malah kalau boleh Asyraf dan Aiza pun nak disumbat sama dalam tu!

Dah lama abah offer nak belikan henbeg baru tapi ummi tak bagi. Sebab jauh di sudut hati ummi rasa beg ni still boleh digunakan. Tapi hari ni ummi surrender. Sebabnya pagi tadi ada sorang kakak cleaner datang nak bersihkan ofis ummi. Penat lelah dia vacuum hampir 30 minit. Bila dah siap semua, ummi cakap thanks dan kemudia terkocoh2 bongkar henbeg cari henpon yang tiba2 berdering. So habislah tanggal semua kulit henbeg jatuh atas karpet. Melopong kakak cleaner tu tengok. Terpaksalah dia vacuum lagi sekali. 

Reaksi kakak cleaner tu 'menghantui' ummi sampai sekarang kihkihkih. So, by next week ummi bertekad nak beli beg baru. Terima kasih kakak cleaner yang menjadi pendorong untuk ummi menghabiskan duit ! Jasamu ku kenang...


Wednesday, March 14, 2012

Asyraf Turns 9-Months-Old

0 comments
'Birthday boy' with ummi

Semalam birthday Asyraf ke 9 bulan. Hihihi tiap bulan pun sambut birthday si kecik tu. Semalam kami bawa dia makan di Fish & Co. One Utama. Perkembangan terbaru, 2 batang gigi bawah dah mula tumbuh. Ummi kadang2 fobia nak menyusukan dia sebab dia suka menggigit. Bila dah gigit, ummi jerit, then ada hati pulak dia nak sengih2 seolah2 tak bersalah. Perasaan ummi hanya tuhan yang tahu! Huh.


Disney On Ice: Let's Celebrate!

21 comments
The Reason
Anak kesayangan ummi si Aiza tu adalah peminat Mickey Mouse no 1. Hampir semua barang2 dia ada karakter Mickey Mouse atau Minnie Mouse. Beg, baju, tumbler, towel etc semuanya ada gambar Mickey Mouse. Setiap hari pun dia layan cerita Mickey Mouse. Tapi sebab rumah ummi tak subscribe Astro, so abah gigih download semua cerita2 Mickey Mouse dari internet. Malah Aiza ada patung Mickey Mouse kesukaan dia yang dah jadi ala2 'bantal busuk' gitu. Setiap kali nak tidur atau minum susu, mesti nak usap2 telinga/hidung/ekor Mickey Mouse dia. Malah abah dan ummi dah anggap patung Mickey Mouse dia tu part of our family. So kalau nak pergi mana2, kena pastikan Mickey Mouse ada dalam kereta baru kitorang jalan.
No Mikimaus, No tidur!
Muka pun dah jadi ala2 Mickey Mouse
The Tickets
Bulan lepas ummi dapat tahu Mickey Mouse and friends nak datang Malaysia. Tapi sayang show dibuat jauh kat Penang. Tiketnya pulak mahal! Tapi ummi gatal tangan join contest dari website DIVA Universal untuk dapatkan tiket free. Tak disangka2, menang le pulak. Mula2 dapat tahu, ummi takdelah excited sangat. Sebab tak rasa abah nak drive jauh2 sampai ke Penang semata2 nak tengok Mickey Mouse. Tapi surprisingly bila bagitahu abah, dia beria ajak pergi. Terus dia book hotel. Dia kata sayang sebab tiket tu VIP seats. Satu tiket harganya RM200++. Kami dapat 4 tiket alhamdulillah. Sebab VIP tiket, rasanya dapat duduk depan. For sure dapat tengok jelas sampai juling biji mata hahaha.
4 tiket VIP untuk opening night. Just nice je utk kitorang berempat. Tapi Asyraf free sebenarnya sebab bawah 3 tahun.
The Hotel
Abah booked Hotel Vistana sebab tu yang paling dekat dengan PISA, Penang. Rate hotel erpatutan walaupun dah start cuti sekolah. Satu malam lebih kurang RM150 je. Bersebelahan dengan hotel ni ada Kompleks Bukit Jambul tapi kami tak sempat nak terjah. Facilities dalam bilik hotel pun OK. Kami sebenarnya dah lama tak tidur sekeluarga satu katil. Kalau kat rumah, ummi bentang 2 tilam queen side-by-side barulah boleh tidur selesa. Tak guna katil bentang tilam atas lantai je (macam daif je kan hahahaha). So malam hari tu, ummi dan abah tidur sipi2 je lagi nak jatuh. Nak buat macam mana, dapat anak dua2 tidur lasak tak hengat dunia kihkihkih.
2 orang budak yang conquer katil
Cara paling mudah nak mandikan Asyraf kat hotel - dalam sinki hihihi

The Show
Show start pukul 8.30 malam. Jarak dari hotel ke PISA dekat je sebenarnya lebih kurang 10 minit. Tapi Penang boleh tahan jem. In fact ummi rasa jem lagi teruk dari KL. Tambahan pulak waktu tu hujan turun renyai2. Kami solat maghrib dulu kemudian baru bertolak. Bila sampai PISA, parking dah penuh. Hmmm...boleh tahan ramai jugak peminat Mickey Mouse kat Malaysia ni eh? Untuk show opening night, penonton agak ramai. 90% penonton of course le budak2. Yang datang bawak baby dengan stroller segala bagai pun ramai. So scene di mana budak berlari or menangis adalah perkara biasa. Tapi surprisingly Asyraf dan Aiza elok je perangai sepanjang show. Dua2 tak berkelip tengok Mickey and friends skating depan mata. Ummi agak skeptikal pada mulanya. Ummi ingatkan, show ni cuma sesuai untuk budak2 je. Tapi rupanya mak budak dengan bapak budak pun enjoy! Jalan cerita mudah faham, costume menarik, audio dengan lighting pun superb. Bila habis setiap scene, ummi pulak yang tepuk tangan macam nak rak kihkihkih.

Sebelum masuk stadium
Bila habis separuh masa pertama, Aiza dah kata ngantuk nak tidur. Mata pun dah layu je. Agaknya sebab penat travel dari KL-Penang petang tu. So by pukul 10pm kitorang dah keluar stadium. Takdelah rasa ralat sangat walaupun tak tengok sampai habis. Agaknya sebab tiket free kot. Kalau tiket bayar sendiri, sampai tutup lampu stadium baru balik rasanya hahahaha.
Part of the show
The Makan-Makan
Jalan2 cari makan memang jadi agenda utama ummi dan abah. Penang memang ada banyak makanan sedap2. Petang sebelum pergi tengok show, kitorang pekena nasi kandar dengan pasembor kat Restoran Original Kayu Nasi Kandar yang betul2 ada kat sebelah hotel. Ummi dan abah jarang makan nasi kandar. Malah ummi tak tahu pun konsep nasi kandar yang sebenar. Apa yang ummi nampak, nasi kandar tu ala2 nasi tuang kuah kari then letak sayur dan lauk. So kenapa tak panggil nasi letak kuah kari je??
As usual, abah tgh kumpul idea nak komen pasal makanan dia hihihi

Pasembor pun ummi tengok ala2 rojak mamak yang banyak jual kat KL ni. Takde bezanya. Tapi seriously pasembor a.k.a 'rojak mamak' kat Original Kayu Nasi Kandar ni sedap. Kuahnya pekat dan manis. Ummi makan habis sepinggan. Sekarang duk teringat2 hahahaha.
Kuah pasembor yang marveles

Malam lepas tengok show tu, kitorang keluar awal. Selain sebab Aiza dan Asyraf dah ngantuk, ummi dan abah sebenarnya nak makan char kuey teow. Kami takde kedai yang spesifik nak pergi. Main belasah je jalan2 pusing sampai bandar. Then tiba2 ummi nampak ada satu gerai char kuey teow yang nampak happening. Namanya Jeff Kuew Teow. Sebab Aiza dan Asyraf dah tidur, so kami tapau. Bila sampai hotel, tak sabar2 nak makan. Sekali bila dah ngap masuk mulut.....Ya Allah....SEDAPNYA! Makan sampai licin hahaha.
Gambar char kuey teow tak sempat nak snap. Cepat sangat masuk perut. Yang ada gambar gerai je 'buat kenangan'.
Selain tu, ummi sempat jugak makan laksa penang dan ABC sedap kat atas Bukit Bendera. Banyak lagi makanan lain yang teringin nak cuba tapi tak sempat. Lain kali harus pergi lagi! Seriously makanan kat Penang memang sedap2.
Laksa Bukit Bendera

ABC sedap
Last sekali sebelum balik, kitorang sempat singgah satu lagi restoran yang popular kat Penang - Restoran Kapitan. Speciality restoran ni jual roti nan dan ayam tandoori. Nasi briyani pun ada tapi kitorang tak order. Ni ha gambar roti nan cheese dia dan ayam tandoori yang femes tu.
So apa rasa dia? Ummi bagi 5 star! Tengoklah kat gambar tu ayam dengan roti dah kena cubit sikit tak menyempat nak ambik gambar hahaha. Roti nan tu sangat fluffy. Ayam tandoori pun sangat sedap dan juicy tak kering macam yang biasa jual kat restoran mamak kat KL ni. Heiiii...kalau teringat roti nan ni, malam ni jugak rasa macam nak drive pi Penang huhuhu.

Moral of the story, kalau nak kurus dan jaga body ----> jangan duduk Penang!

The Jalan-Jalan
Kami stay kat Penang satu malam je. Hari Sabtu dah check out. So tak sempat nak jalan jauh2. Sebelum check out, abah sempat bawak kitorang pergi Bukit Bendera. Dapatlah Aiza merasa naik tren. Dulu tren nak naik ke Bukit Bendera ni guna tren kayu je. Sekarang dah guna tren canggih ala2 LRT gitu. So dalam masa 7 minit dah sampai puncak. Punyalah laju tren tu gayat ummi dibuatnya.
Model tak bertauliah

Sampai kat puncak Bukit Bendera, kitorang sewa buggy. Bayar RM30 pusing keliling satu Bukit Bendera. Seronok sungguh! Asyraf gelak sepanjang masa. Lepas naik buggy, sedar2 kaki Asyraf kena gigit pacat hahahaha sungguh tak sangka!
Happy naik kereta takde dinding! Berangin je.
Lepas check out, kitorang tak terus balik. Tapi singgah dulu Chowrasta sebab nak beli buah berangan dan jeruk. Buah berangan harga sama macam kat KL. Sekilo RM24. Tapi jeruk memang murah dan sedap. Ummi beli kat kedai Nasir Jeruk harga sekilo RM8 boleh campur macam2 (kedondong, pelam, mangga, sengkuang, pala etc). Tapi katanya kalau beli kat dalam Bazar Chowrasta, boleh dapat sekilo RM5 je. Hmm...lain kali boleh borong banyak2.

The End
Overall percutian ke Penang memang menyeronokkan. Niat dalam hati kalau boleh nak pergi lagi. Setakat pergi satu hari satu malam memang tak puas. Banyak tempat kitorang tak pergi lagi. Banyak makanan tak try lagi (ni le sebenarnya sebab paling utama). Sungguh tak sangka, hobi join contest ummi berjaya bawak kami sekeluarga ke Penang. Moga lepas ni akan ada rezeki lain yang boleh dikongsi bersama seluruh keluarga. Amin.


Wednesday, March 7, 2012

Voucher TGI Friday RM100

0 comments
Abah menang voucher TGI Friday RM100 daripada Facebook Lenovo Malaysia. Punyalah dia bangga tak hengat dunia! Tiap kali cerita pasal contest tu, mesti dia akan tekankan perkataan "my WINNING slogan". Sikit punya annoying. Berbulu je telinga ummi mendengarnya hahahaha. 

Selama ni yang rajin masuk contest adalah ummi. Abah cuma tahu mengarah saje. Dia akan cakap "ummi, masuk contest ni dapat hadiah laptop" or "ummi, join contest ni boleh menang motor besar untuk abah" etc. Soal hantar borang, cipta slogan semua ummi yang buat. Abah paling2 pun jadi tukang edit slogan sebab konon2 dia terer speaking London. Tapi 2,3 menjak ni ummi tengok dia rajin pulak ambik inisiatif join contest untuk diri sendiri. Then bila ummi tanya, ada hati pulak dia nak rahsia2 dengan ummi taknak cakap apa slogan yang dia buat. Hek eleh macam le ummi nak ciplak slogan dia! Hahahaha...

So sekarang ummi dah ada new competitor - dengan husband sendiri! Kalah dengan orang lain takpe tapi jangan kalah dengan suami sendiri kahkahkah ego tak ingat dunia. Ok fine contest Lenovo ni ummi kalah dengan dia. Kita tunggu contest akan datang. Siap la kau abah! Ummi akan ulang2 my winning slogan pulak lepas ni. 

Erkk...tapi sebelum tu kena buat baik dulu dengan abah. Sebab nak makan kat TGI Friday. Nanti dah makan, baru lancarkan perang! The end.




Saturday, March 3, 2012

Surrender

0 comments
Dah hampir 2 minggu virus demam, batuk dan selsema bertebaran dalam rumah kami. Penghidap pertama adalah abah. Diikuti dengan ummi. Dan kami ambil semua langkah untuk mengelakkan Aiza dan Asyraf terkena sama. Tapi manusia hanya mampu berusaha, akhirnya Aiza dan adik tewas jugak. Maka secara rasminya kami seisi keluarga tak sihat.

Paling teruk adalah Asyraf. Sudahlah kecik, dapat pulak demam, batuk dan selsema sekaligus. Asyik menangis dan mintak dokong saja kerjanya. Malam tidur tak lena, makan tak nak, minum pun kena paksa. Aiza walaupun demam tapi alhamdulillah masih OK. Masih mampu ketawa dan nyanyi2 buat 'konsert' macam biasa. Bila anak2 tak sihat, deritanya dua kali ganda. Sebab bukan setakat anak2 saja menanggung rasa tak selesa akibat badan tak sihat, tapi mak bapak pun turut sama tak cukup tidur, masak pun ala kadar je, rumah bersepah tak payah cerita!
Asyik nak mintak dokong je
Budak demam yang tak macam demam
Buat masa ni, ummi dah emergency leave 3 hari turut2. Nasib baik sekarang student kat UIA PJ tengah semester break. Tapi banyak jugak aktiviti office yang ummi tak dapat join. Workshop, department's outing semuanya gone. Sorry sesangat ye boss. Tapi kalau Aiza dan Asyraf still tak sihat minggu depan, itu masalah besar. Sebab minggu depan student dah start exam, dan ummi kena invigilate exam untuk 2 subjek. Doa ummi, cepatlah anak2 ummi sihat. Sekarang ni barulah terasa, kesihatan tu lebih berharga dari segalanya!



Tuesday, February 28, 2012

Tambah Saham Bank Rakyat

0 comments
Bulan 5 tahun lepas, ummi dan abah ada beli saham bank rakyat. Untuk pembelian kali pertama, kami hanya boleh beli RM500 sahaja. Saham Bank rakyat ni sentiasa sold out sebab dividennya jauh lebih tinggi berbanding ASB. Masa beli saham tahun lepas, ummi dan abah ada isi borang untuk tambah pembelian saham sekiranya Bank Rakyat ada offer. Alhamdulillah minggu lepas ummi dapat surat mengatakan ummi boleh tambah modal syer. Tapi abah sedeh sebab sampai sekarang dia tak dapat surat lagi.

Surat dari Bank Rakyat
Well, nilai yang ditawarkan takdelah banyak mana pon. Tapi oklah dari takde langsung. Orang kata, sikit2 lama2 jadi bukit. Bila ummi ke Bank Rakyat untuk tambah saham ni nanti, ummi akan apply untuk tambah syer lagi tahun depan. Harapnya lagi 10 tahun, duit saham Bank Rakyat ni akan berganda2 nilainya. Amin!


Monday, February 27, 2012

Swimming Pool

0 comments
Weekend yang lepas adalah weekend yang kurang produktif untuk kami. Abah masih demam dan batuk. Ummi pulak dah mula rasa sakit2 badan. Cepat sungguh virus berjangkit. Aiza dan Asyraf terpaksa duduk rumah  tak dapat pergi ke mana2. Tapi nasib baik Jumaat lepas abah ada belikan 'permainan' terbaru untuk mereka. See:

Punyalah happy dapat mandi dalam swimming pool
Kami letak swimming pool ni atas rumput depan rumah. Sizenya cukup besar siap Aiza boleh buat kuak lentang lagi. Mula2, kayu golf join Asyraf masuk swimming pool. Tak lama lepas tu, segala macam permainan pon join sama. Dengan harga RM18.90, dan dengan kegembiraan yang ditunjukkan Aiza dan Asyraf, it's really worth it!

So lepas ni, tak perlulah kami susah payah pergi rumah Cikta semata2 nak mandi swimming pool. Apa yang ada ni pon dah cukup. Rasanya lepas ni,  mandi swimming pool akan jadi aktiviti tetap setiap weekend!


Thursday, February 23, 2012

Bila Doktor Jatuh Sakit!

0 comments
Abah dah 3 hari tak pergi kerja gara2 demam, batuk dan selsema. Tapi memandangkan abah seorang doktor, dan stok ubat kat rumah pun mencukupi, so ummi buat tak kisah je takdelah rasa risau sangat. Dalam hati kata "pandailah abah jaga dan rawat diri sendiri" kihkihkih. Ada le jugak ummi bebel2 kat abah sebab tak amalkan makan vitamin C yang ummi dah beli dulu, makan makanan pedas sampai sakit tekak bla bla bla bla. Alah biasalah bebel2 manja konon. Lagipun kalau ummi cakap banyak2 bukan ada makna pun. Semua petua turun temurun cara nak hilangkan demam, sakit tekak etc dikatakan tak medically-proven yet. Hish, inilah susahnya kawin dengan doktor! Bila kita cakap sikit, dia akan balas balik dengan segala terms2 medical dia yang kita sendiri tak paham. Sudahnya, pandai2lah abah jaga diri sendiri ye? Ummi doakan abah cepat sihat.

And then tiba2 semalam si Asyraf pun dah mula batuk dan selsema. Haru biru hidup ummi dibuatnya. Terpaksa emergency leave dan cancel semua kelas. Padahal minggu depan dah nak mid semester break dan kemudian exam. Sempat ke nak abiskan semua silibus ni? Tapi walaupun berat hati terpaksa jugak cuti. Tak sampai hati nak hantar Asyraf ke nursery sebab malam sebelumnya tu dia tak boleh tidur sebab asyik batuk je. Sorry ye students, family comes first!


Monday, February 20, 2012

Buah Hati

0 comments
Hari ni Asyraf berpindah ke kelas baru. Umurnya sudah 8 bulan, cukup lasak dan tak boleh duduk diam. Pantang lepa sikit, dia dah merangkak ke mana2. Maka cikgu di kelasnya sekarang rasa dia dah tak sesuai duduk di kelas baby lagi. Jadi bermula pagi ni, Asyraf join budak2 di kelas setahun dan ke atas.

Sepanjang weekend yang lepas, ummi gigih memperkenalkan Asyraf dengan makanan2 baru yang lebih pejal. Sebab bila dia berpindah kelas, dia akan mula diberi bubur kasar, biskut dan sebagainya. Walaupun giginya baru tumbuh 2 batang, tapi alhamdulillah Asyraf boleh mengunyah dengan hebatnya! Dia dah jadi macam 'mesir pengisar makanan'. Berilah apa saja, semuanya hilang dalam mulut dengan sekelip mata kihkihkih. Perkembangannya terlalu cepat. Minggu lepas, dia masih lagi 'si baby Asyraf' yang kecik comel-makan bubur-minum susu saja kerjanya. Minggu ni dia berubah jadi si Asyraf-yang masih lagi comel-tapi sangat lincah-dan boleh makan apa saje. Interaksi dengan abah, ummi dan kakak pun dah makin bagus. Dah boleh bermain gelak ketawa guling2 dengan abah dan kakak.



Video di atas dirakamkan pada hari Sabtu lepas. Kedua2 buah hati ummi ni gigih menyepahkan mainan. Ummi suka bila tengok Aiza dan Asyraf ketawa dan main sama2. After all, they only have each other!


Friday, February 17, 2012

Dulu Lain Sekarang Lain

0 comments
Semalam masa browse hard disk, tiba2 terjumpa gambar lama ummi dan abah. Tersenyum simpul ummi dibuatnya. Gambar ni diambil masa kami honeymoon di Genting Highland 5 tahun lepas.
Mood pengantin baru kihkihkih
Cuba bandingkan dengan gambar di bawah yang diambil beberapa bulan yang lepas.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar pengantin lama dengan 2 orang anak mereka
Sungguh berbeza! Hahahaha

Hai, cepat sungguh masa berlalu. Banyak perubahan dialami, banyak peristiwa diharungi. Antara perbandingan dulu dengan sekarang:



Masa zaman muda remaja sampailah kahwin, handbag ummi kecik comel je. Muat2 je untuk letak handphone, beg duit, kunci dan bedak compact. Zaman tu tak stylo le kalau bawak beg besar2 kan? Kalau boleh, nak bawak beg secomel mungkin, kepit celah ketiak, then jalan laju2. Tapi bila dah ada anak 2, terus tukar prinsip pasal handbag. "The bigger the better". Kalau ada yang size XXL, yang itulah patut dibeli. Bila keluar berjalan, semua benda selagi boleh nak sumbat dalam handbag sampai tak boleh nak zip. Tiada lagi bedak compact atau alat solek. Semuanya dah diganti dengan pampers, botol susu, wet tissue, vicks etc. Malah kalau boleh, semua barang2 sampai ke thermos dan berus cuci botol pun nak disumbat sama!

Dulu masa zaman anak dara, berat badan ummi 47kg je. Slim melim gitu. Bila dah ada sorang anak, berat badan naik lebih 50kg tak mau turun2 dah. Puasa siang malam sepanjang tahun pun belum tentu dapat cairkan balik lemak2 tepu yang dah melekat kat badan. Bila anak dah masuk 2 orang, berat badan naik lagi. Tapi kali ni ummi tak berani nak timbang. Tengok timbang pun dari jauh je kihkihkih. Kalau waktu honeymoon dulu mampu pakai seluar jeans size S. Sekarang ni, jeans dah tak wujud dalam almari. Dah buang jauh2 sebab tahu dah tak muat!

Eh, fesyen tudung ummi 5 tahun lepas sungguhlah outdated! Mana ada lagi orang zaman sekarang pakai tudung macam tu. Tapi walaupun outdated, sekurang2nya dulu pakai tudung bau sentiasa wangi. Sekarang ni, boleh kata hari2 tudung ummi bau muntah susu si Asyraf! Bila nak pergi mengajar mesti nak kena sembur minyak wangi sikit. Kalau tak alamatnya seluruh kelas bau masam! Dan sekarang pakai tudung tak pernahlah nampak comel. Sentiasa senget benget akibat ditarik2 dengan si kecik tu! Hish, tak boleh nak melawa langsung.

Sesungguhnya kehidupan berumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Tidur tak pernah cukup, mandi ala kadar sahaja, makan sentiasa laju2 sebab dalam masa yang sama otak memikirkan kerja2 lain yang perlu dibuat. Tapi walaupun badan penat, otak berserabut, bila tengok muka2 di bawah ini:

 It's WORTH IT!


Thursday, February 16, 2012

Feed The Fish

0 comments
Mengikut kata abah, One Utama adalah shopping kompleks paling best dalam dunia! Tempatnya bersih dan luas. Terlalu besar sampaikan ummi tak boleh nak ingat layoutnya dan kompem boleh sesat kalau jalan sorang2. Dan kerana terlalu luas jugaklah, kat dalam One Utama ada taman yang siap ada kolam ikan, pokok2 besar, air terjun mini etc. Kami sekeluarga suka ke bahagian tu. Tengok ikan berenang2 dalam air yang jernih dan cetek. Boleh leka spend masa lama kat situ.
'Taman rimba' dalam One Utama
Sekarang ni bukan setakat tengok ikan berenang, malah boleh bagi makan kat ikan2 tu jugak. Sebabnya pihak pengurusan One Utama dah sediakan mesin beli makanan ikan. Harganya RM1 untuk satu bekas. Kena pastikan ada syiling 50sen sebab mesin ni tak boleh terima duit 10sen atau 20sen.
Mesin beli makanan ikan
Makanan ikan dalam bekas cantik
Ummi suka tengok ikan. Tapi kalau nak membela ikan kat rumah macam tak larat le pulak. Nanti banyak nak kena uruskan; basuh akuarium, letak klorin etc. So cara paling senang kalau nak tengok ikan, pergi jelah kat One Utama. Silalah bagi makan dan buat macam ikan sendiri!

Monday, February 13, 2012

Taman Botani, FRIM

0 comments
Jarak antara rumah ummi dengan Taman Botani, FRIM tersangatlah dekat. Ala2 berjiran gitu. Kalau jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Malah kalau merangkak pun boleh sampai jugak rasanya. Tapi surelah penat so lupakanlah hasrat nak merangkak sebaliknya jalanlah guna kaki seperti biasa!

Sejak berpindah ke rumah sendiri, dah 2,3 kali jugaklah kami terjah ke sini. Tempatnya luas, saujana mata memandang, sesuai kalau nak dijadikan lokasi photoshoot. Ada banyak tasik yang cantik dan pokok2 yang unik. Waktu paling sesuai kalau nak pergi ialah waktu petang sebab cuaca kurang panas. Dah namanya pun Taman Botani, so main attraction tak lain tak bukan ialah pokok2 dari pelbagai spesis. Ramai jugak yang berkunjung ke Taman Botani ni, ada yang jogging, ada yang naik basikal. Tiket sekali masuk untuk orang dewasa RM1. Untuk kanak2 free sahaja.
Gambar ni diambil masa kami ke Taman Botani bulan lepas

Antara yang ada kat Taman Botani, FRIM.

Tasik yang ada banyak ikan dan kura2.
Hari Sabtu lepas kami ke sini lagi. Maklumlah dekat dengan rumah, so bila terasa nak pergi je, terus bersiap dan jalan!

Ada pergola yang cantik. Eh yeke nama benda alah ni pergola?

Asyraf tertidur!
Sekarang abah dah ada basikal. So konon2nya lepas ni dia akan rajin ke Taman Botani, berbasikal menyihatkan badan. Entah iye entah tidak!




Asyraf Turns 8-Months-Old

0 comments
Hai semua!
Hari ni genap umur Asyraf 8 bulan. Dia suka memanjat, berdiri dan kemudian buat gaya lepas tangan berangan konon2 dah pandai berjalan. Mulut dia pun dah bising berbunyi. As expected, perkataan pertama dia (yang make sense) adalah abah. Why? Why? Why?

Dan akhirnya masa yang dinanti2 pun tiba: sebatang gigi belah atas telah muncul. Ummi dah mula bagi dia makanan2 yang agak keras (biskut, fries etc). Bubur yang dia makan setiap hari pun ummi blender lebih kurang saje. So far semuanya ok. Semoga Asyraf akan membesar dengan sihat dan kuat!


Friday, February 3, 2012

Home Alone

0 comments
Abah ada kursus-cum-berkhemah di Ulu Bernam dari hari ini sampai hari Ahad. Jadi ummi tinggal di rumah saje dengan Aiza dan Asyraf. Cikta ajak balik Johor sempena cuti panjang 4 hari tapi ummi  terasa malas pulak nak berjalan jauh tanpa abah.

Ini adalah kali pertama kami tinggal bertiga saje di rumah tanpa abah. So far, semuanya ok. Cuma keadaan rumah jadi 'sangat terurus' - sebab diuruskan oleh 2 orang budak yang tak reti duduk diam. Aiza sesekali tanya tentang abah. Pantang nampak ada kereta lalu mesi dia berlari ke pintu. Kesian!
Keadaan rumah as of pukul 8 malam tadi. Vakuum tu bukan utk tujuan sedut habuk tapi jadi mainan Aiza dan Asyraf. Mainan Asyraf dah terbalik. Aiza baru lepas kena marah sebab bongkar beg kerja ummi dan conteng borang contest Marigold hahaha.
By pukul 9, Aiza dah terbongkang tidur. Pukul 10 Asyraf pulak surrender. Ummi akan menyusul sebentar lagi. Zzzzzzzz....

p/s abah, we miss u!


Wednesday, February 1, 2012

Peraduan Fair & Lovely Forever Glow

3 comments
Ummi menang tempat ke-3 peraduan Fair & Lovely Forever Glow anjuran blog Sensasi Selebriti. Contest ni mudah je, tak perlu beli atau hantar apa2. Hanya perlu email slogan kreatif beserta dengan sekeping gambar. Slogannya begini:

“Kongsikan kepada kami pencapaian anda yang menjadikan anda kekal terserlah dengan keyakinan tinggi dan wajah cantik berseri ketika di usia 30an.”(tidak lebih dari 45 patah perkataan).

Macam susah jugak kan? Macam mana nak cerita pasal pencapaian dalam masa yang sama cerita pasal kecantikan? Bentuk slogan pulak tu. So setelah fikir beberapa minit, ini yang ummi hantar:

Saya pensyarah, isteri seorang doktor, dan ibu pada dua cahaya mata
Siang berkerja, malam mengurus rumahtangga
Namun wajah dan penampilan sentiasa dijaga
Tak perlu bersolek tebal, cukup sekadar ada gaya
Hanya amalkan pemakanan sihat dan bersenam sekali sekala
Itulah tips wajah cantik berseri sepanjang masa


Ceh, macam iye jelah penampilan sentiasa dijaga dan ada gaya. Padahal kalau kat rumah, dah sebijik macam monster! kihkihkih.  
Lepas tu suka hati je cakap 'bersenam sekali sekala'. Padahal sekali pun macam tak ada. Kalau abah baca ni mesti dia senyum2 nak perli ummi. 

Apapaun syukur alhamdulillah. Hadiahnya ialah ini:
Barangan Fair & Lovely. Ada krim, pencuci muka dan cermin comel.
Voucher Guardian RM100. Yang ni paling ummi suka!
Voucher Guardian tu dah selamat pun ummi gunakan petang semalam. Seronok shopping spree dengan abah, Aiza dan Asyraf. Alhamdulillah!


Hi-5

0 comments
Ummi tak perlukan alarm clock untuk bangun pagi. Sebabnya ummi ada alarm clock semulajadi - si Asyraf. Dia memang bangun awal lebih kurang pukul 6. Kalau tak kena gaya, pukul 5.30am kadang2 dah bangun. Kalau ummi tak larat nak bukak mata, dia akan tepuk2 badan ummi, korek2 biji mata ummi dan kemudian merangkak atas badan ummi buat tinjauan sama ada orang lain dah bangun ke belum. Jadi nak tak nak kenalah buka mata luas2.

Bila ummi mandi, solat dan bersiap nak pergi kerja, biasanya ummi akan tinggalkan dia dengan 2,3 barang permainan. Tapi biasanya taktik tu tak menjadi dan dia akan menangis mintak dokong. Tapi sejak minggu lepas ummi dah dapat cara terbaru nak buat dia leka - bukak TV. Banyak TV channel start siaran pukul 7am dengan breakfast show masing2. Tapi surprisingly NTV7 start dengan rancangan Hi-5. Dan ummi sangatlah bersyukur kihkihkih.
Leka tengok Hi-5 :)

Hai semua!
Bagus jugak rancangan Hi-5 ni. Bukan setakat menari semata2 tapi ada banyak unsur2 pengajaran yang lain. So bukan setakat Asyraf, ummi pun kadang2 'ter'layan sama!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez