Honestly, ummi bukan jenis orang yang pandai shopping spree. Setiap sen duit besar maknanya buat ummi. Kalau ummi nak beli sesuatu barang, ummi akan survey dulu harganya. Kemudian fikir 2,3 kali. Kadang2 fikir sampai 10 kali...dan akhirnya tak jadi beli. Iye, ummi terlalu berkira dengan diri sendiri.
Tapi kalau dengan anak2, lain pulak ceritanya. Pantang pergi shopping kompleks, area budak2 le rasa nak terjah dulu. Bila nampak diskaun baju Disney, Kiko, Anakku, Poney etc, rasa nak juling biji mata. Cepat je tangan capai itu ini. Kalau bukan baju, terasa nak beli mainan pulak. Dalam hati selalu kata "kesian Aiza belum ada mainan lego yang cantik ni" ataupun "eh comelnya ball ni, mesti Asyraf suka!". Padahal kat rumah dah berlambak segala jenis mainan sampai melimpah ruah penuh satu container.
Sekarang ni ada satu barang keperluan ummi yang memang dah sangat daif dan perlu beli baru. Ni ha dia gambarnya:
Henbeg ummi yang dah 'hidup segan, MATI PUN MAHU' |
Henbeg ummi yang dah terkopek sana sini. Kulitnya dah start tanggal especially kat bahagian tali. So setiap kali pakai henbeg, akan ada 'sisa2 kulit henbeg' melekat kat baju hahahaha. Beg ni memang dah lusuh benar keadaannya. Maklumlah, tiap kali berjalan segala barang sumbat kat situ dah jadi ala2 beg doraemon. Pampers, botol susu, wet tissue, makanan yang tak abis makan semuanya berebut nak masuk. Malah kalau boleh Asyraf dan Aiza pun nak disumbat sama dalam tu!
Dah lama abah offer nak belikan henbeg baru tapi ummi tak bagi. Sebab jauh di sudut hati ummi rasa beg ni still boleh digunakan. Tapi hari ni ummi surrender. Sebabnya pagi tadi ada sorang kakak cleaner datang nak bersihkan ofis ummi. Penat lelah dia vacuum hampir 30 minit. Bila dah siap semua, ummi cakap thanks dan kemudia terkocoh2 bongkar henbeg cari henpon yang tiba2 berdering. So habislah tanggal semua kulit henbeg jatuh atas karpet. Melopong kakak cleaner tu tengok. Terpaksalah dia vacuum lagi sekali.
Reaksi kakak cleaner tu 'menghantui' ummi sampai sekarang kihkihkih. So, by next week ummi bertekad nak beli beg baru. Terima kasih kakak cleaner yang menjadi pendorong untuk ummi menghabiskan duit ! Jasamu ku kenang...
2 comments on "Berkiranya Dia!"
Ummi,
Aku kalau bab handbag baru aku memang suke... tapi kalau sendiri keluar duit berkira gak...tunggu en suami je la belikan..hehe..
Btw, tadi aku jumpa ni kat twitter:
15-28 Mar 2012, Parkson Handbag Sale, Exclusively at Parkson Pavilion KL, Level 3.
Boleh la ajak abah belikan handbag(s)! hehehe...
Hahahaha plural tu siap ada s! Tulah kan, alang2 mintak biar sampai poket rabak.
Post a Comment