Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, June 24, 2013

Cabaran Masa Mengandung: Buasir

99 comments
Malu sebenarnya nak menulis entry ni. Tapi mengenangkan mungkin ramai ibu2 mengandung kat luar sana yang ada problem macam ummi, maka harus ummi kongsikan.

Iye tuan-tuan dan puan-puan, ummi menghadapi masalah seperti dinyatakan dalam tajuk di atas. Ceh, kalau boleh taknak mention nama penyakit tu (taip entry laju2 sambil tutup muka).

Yang peliknya, Dr.Abah kata penyakit ni NORMAL di kalangan pregnant women. Cara dia cakap tu alahai macam tersangatlah normal ala2 sakit batuk selsema. As if macam hari2 boleh kena. Tapi pada ummi tak normal hokeh! Sebabnya dua kali pregnant sebelum ni takde pun kena buasir. Bila berjalan terasa sakit lagilah ummi rasa INI TIDAK NORMAL.

Mula2 Dr.Abah prescribe ummi dengan 2 ubat kat bawah ni:
Tablet Daflon dengan ubat sapu Lignocaine

Abah kata dua-dua ubat ni sebenarnya tak mengatasi masalah pun, cuma mengurangkan rasa sakit je. Ceh!
 
Dua-dua ubat ni tak jalan. Ubat dah nak abis tapi still rasa sakit, bengkak and siap berdarah lagi. Abah cakap buasir ummi maybe dah stage 3 atau 4. Scary! Dia siap ajak pi hospital lagi untuk buat surgery. Diulangi...SURGERY! Dah le tu, siap warning cakap surgery tu sakit. Sungguh tak patut Abah cakap macam tu. Tahulah ummi ni patient tak berbayar.

Dalam masa menahan sakit tu, mulalah ummi gugel sana sini cari petua tradisional. Kebanyakan orang suggest suruh minum air banyak2. Tapi kalau minum banyak, selang 5 minit nak kena pi toilet. Hazab okeh nak 'menghadap' toilet bowl. So petua ni tolak tepi. Lepas tu jumpa pulak petua dari mana ntah suruh amalkan minum air rebusan kuda laut. Hoi, kuda darat pun tak pernah makan inikan pulak kuda laut. Lap air mata laju2 bila jumpa petua tak praktikal macam ni.

Then tiba2 terjumpalah pulak dengan petua rawat buasir guna manjakani. Caranya kisar/tumbuk manjakani sampai halus, campur dengan air then tepek kat tempat yang bengkak tu. Kebetulan ummi memang ada serbuk manjakani dalam peti ais. So apa lagi, terus dapur bertukar jadi lab chemistry hahaha. 

Ummi sapu kali pertama lepas zuhur then lepas tu tertidur. By the time ummi bangun nak sembayang asar, dah tak rasa sakit! Bengkak pun dah kurang. Malamnya ummi sapu kali ke-2. Bengkak makin susut. Sakit dah terus hilang. Pagi ni ummi bangun, ummi sapu kali ke-3. Eksaited punya pasal, ummi sapu banyak2. Kesannya, melekat satu punggung! Hahaha baru puas hati aku.
 
So pada sesapa yg ada masalah yang sama, in case ubat dari klinik/hospital tak mujarab, bolehlah try petua ni. InsyaAllah dalam tempoh 2,3 hari bukan setakat buasir hilang, malah punggung anda boleh bertukar menjadi halus selembut kulit bayi. Ceh tak agak2 statement ummi ni.


Thursday, June 20, 2013

Lubanah

1 comments
Ummi dapat hadiah spesel daripada Brother Mahmoud, kawan satu office. Dia asal dari Palestine tapi dah lama jadi lecturer kat UIA ni. Hadiahnya ialah lubanah, makanan sunnah rasulullah. Lubanah ni hanya ada kat negara-negara timur tengah. Kat Malaysia takde jual (kalau ada pun import dari Mekah).

Kata Br.Mahmoud, makanan ni ada banyak khasiat. Yang paling ketara, boleh menguatkan daya ingatan. Kalau ibu mengandung macam ummi ni makan, insyaAllah boleh memberi stamina dan tenaga. Dan katanya lagi, anak yang lahir nanti insyaAllah kuat daya ingatannya. Ohmai excitednya bila dengar! Rasa nak telan semua sekaligus. Btw dia bagi banyak. Lebih sekilo. Bila ummi google sana sini, mahal jugak rupanya harga lubanah ni. Paling murah ummi jumpa RM150/kg. Ada tu cecah ribu riban ikut kualiti. Bila ummi nak bayar kat Br.Mahmoud dia tolak. Dia kata "it's aGIFT". And knowing orang2 Arab ni, kalau dia dah kata benda tu sebagai hadiah, dia akan rasa kecik hati kalau kita insist nak bayar.

So terima kasihlah Brother Mahmoud. InsyaAllah ummi akan kongsikan lubanah ni dengan kawan2 office yang lain.

p/s testimoni dari offismate ummi Si Ruzanna; "pahit ya amat! tak tertelan!" hahaha

Friday, June 14, 2013

Home Alone: Abah Ke Milan, Italy

0 comments
Abah jalan-jalan makan angin present paper kat Milan, Italy. Pagi tadi dah bertolak tinggalkan ummi dengan anak-anak keseorangan kat rumah. Sikit pun tak pelawa kitorang. Huh! Hari Selasa depan baru dia balik. Memandangkan ummi tak ada kelas, so hari ni ummi ambik annual leave. Tonggang terbalik kami 3 beranak kat rumah. Rumah memang tak boleh cakaplah, macam kapal karam.
Habis mengemas kat dapur, ummi tengok ada orang main 'masak-masak roti' kat atas sofa ummi. Habis sofa aku!
 Angkara sapa? Sapa lagi kalau bukan budak ni:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Habis dikerjakan satu rumah
To abah, don't worry we are allright. CikWan ada temankan kitorang, so jangan risau. 

Tak payah susah-susah belikan kitorang present. Tapi alang-alang ada kat Milan tu, macam rugi je kalau abah tak belikan ummi handbag mahal or baju branded untuk budak-budak. Ye tak???


Thursday, June 13, 2013

Asyraf Turns 2

1 comments
Hari ni genap umur Asyraf ke-2 tahun. Dari segi percakapan, agak lambat sikit berbanding masa Aiza 2 tahun dulu. But so far so good. He's picking up good vocabs lately. Memang dia belum pandai buat ayat penuh tapi ummi paham bahasa dia. Semalam dalam kereta dia mampu buat abah, ummi dan kakaknya ketawa bila dia menyanyi lagu "Kami Gembala Biri2'" by Upin Ipin.
Setiap hari kalau ummi ambik dia dari nursery, ummi akan tanya teacher apa yang Asyraf buat hari tu. As usual jawapan teacher "dia taknak makan, main pun lebih kurang, tapi belajar nak". So oklah tu kot. Ada ciri2 anti-sosial ikut perangai abah hihihi.

Ummi masih panggil dia dengan panggilan 'adik' walaupun ummi tahu by the end of this year dia dah nak jadi abang. Dia pun macam dah sebati dengan nama tu. In fact teacher pun cakap, kalau kat sekolah teacher panggil dia Ilhami. Kalau dia tak respon, teacher panggil Asyraf pulak. Kalau tak respon jugak, teacher panggil dia 'adik' dan selalunya dia akan toleh hahaha.

Walaupun hari ni bday Asyraf, tapi tak dapat nak ajak dia makan kat luar. Sebabnya hari Khamis adalah hari sepatutnya kitorang bawak MIL pergi pasar malam setiap minggu. Ditambah pulak esok abah nak ke Milan satu hape pun dia tak pack lagi. Tapi esok ummi cuti. So bolehlah ummi, kakak dan adik bergumbira tonggang terbalik kat rumah yeay!!

Kepada bday boy yang ummi sayangi,
Ummi doakan adik membesar dengan sihat sempurna,
Jadilah anak soleh yang sentiasa menyenangkan hati abah dan ummi,
Jadilah teman yang sejati pada kakak,
Walaupun kadang2 adik menangis saje suka-suka,
Walaupun adik suka pegang berus gigi or pensel sampai tercucuk orang sana sini,
Walaupun adik suka tarik-tarik telekung uumi sampai kadang2 ummi terpaksa sembahyang ulang2 kali,
Walaupun adik suka matikan TV time ummi tengah syok tengok rancangan masak2 feveret ummi,
Tapi ketahuilah bahawa ummi sayang sangat pada adik.
Dan ummi yakin abah dan kakak pun begitu juga!
Happy birthday to you.

Love,
Ummi

Updated on 9/7/2013
Salah satu yang best pasal IIUM Nursery ialah, dia akan buat birthday celebration at the end of every month. So hujung bulan 6 yang lepas, dapatlah Asyraf celebrate bday dengan kawan2 sekolah.
Notification kat whiteboard depan nursery
Ummi tak sempat nak prepare apa sangat pun. Just beli air kotak and a few 'jajan' untuk masukkan dalam goodie bag. Kek pulak beli kat King's seksyen 14.

Teacher kata Asyraf 'gergaji' kek dia hahaha
Ramai jugak yg sama2 celebrate bday bulan 6. Kebanyakannya bawak kek coklat. Asyraf je ummi belikan kek lain dari yg lain. Sponge kek pandan!
So tu jelah cerita pasal bday Si Kenit sorang tu. Look forward untuk bday Aiza bulan 10 ni pulak. Hopefully time tu ummi tak 'terbersalin' lagi hahaha.


Wednesday, June 5, 2013

Spek Baru

0 comments
Pada suatu hari dalam minggu lepas, dengan tak semena-mena - takde angin takde ribut takde puting beliung, secara tiba2 spek ummi patah. It happened just like that. Bukan sebab ummi ganas atau ummi jatuhkan. Dia macam...eh tiba-tiba je patah. Magik eh?

Spek yang patah, buat kat Kedai Merlin, Kulai 2,3 tahun yg lepas
Secara kebetulan masa patah tu, abah dah sampai UIA. So terus je heret dia pi Seksyen 14 cari kedai spek. Mula2 masuk Focus Point. Ada offer tolak spek lama dan kemudian beli bingkai baru dengan diskaun 50%. Dah cantik dah tu! Masalahnya satu je, dia tak boleh buat on the spot. Kena tunggu 2,3 hari. Eh macamana ummi nak survive takde spek sampai 2,3 hari. Dah le esoknya ada dental appointment kat UKM. So ummi pegi kedai spek lain.

Spek baru. Design lebih kurang sama dengan yang lama. Tak boleh beli yang fancy2, malu nak bawak ngajar!

Kedai spek satu lagi ni, takde diskaun yang kaw-kaw. Tapi bagusnya boleh siap cepat. Dia janji buat petang, then malam dah siap. Pakej semua sekali siap multicoated lense plus warranty setahun RM290. Terbang melayang duit ummi abah. Power dah makin naik, tandanya dah makin kerap ngadap PC so mata pun makin rosak. Atau alasan paling mudah, dah makin tua!




Tuesday, June 4, 2013

Projek Masak-Masak: Big Fat Chewy Cookie

0 comments
Ahad lepas ummi buat projek masak-masak dengan pembantu chef ummi; sapa lagi kalau bukan Si Aiza. Setelah melihat barang-barang kat dapur yang dah hampir expired, ummi decided untuk buat chocolate chip cookie versi chewy ala-ala Subway.

Ummi dapat resepi dari sini. Terima kasih kepada pemilik blog iaitu Kak Jun atas perkongsian resepi. Nampak sedap cookie yang dia buat. Stepnya pun simple. Ni dia bahan-bahan yang diperlukan ikut resepi asal Kak Jun:

2 cwn tepung serbaguna
1/2 sdt baking soda
1/2 sdt garam
3/4 cwn butter tanpa garam-cairkan
1 cwn padat gula perang
1/2 cwn gula
1 sdb esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
2 cwn chocolate chips

* Ummi guna self-raising flour jadi ummi tak tambah baking soda. Yang lain semua ummi ikut bulat2.

Cara-cara:
Ayak tepung, baking soda dan garam.
Putar butter cair, gula perang dan gula hingga rata. Masukkan esen vanilla, telur, telur kuning dan pukul hingga ringan berkrim. (Ummi putar lebih kurang 20minit). Masukkan campuran tepung dan kacau rata. Masukkan chocolate chips dan kacau guna senduk.
Ummi sudukan lebih kurang 2 sudu untuk setiap cookie. Cookie ni akan kembang jadi ummi letak 4 cookie je dalam satu tray. Bakar selama 15min.

Bila dah siap, ummi terkedu! Cuba tengok perbandingan cookie Kak Jun dengan cookie ummi
Belah kiri yg gebu dan cantik tu semestinya cookie Kak Jun. Belah kanan yang merekah tu cookie ummi. Why? Why? Why?

Tapi rasa dia surprisingly sedap (a bit too sweet for abah's liking)! Cuma rupa dia buruk sikit banyak. Dan satu lagi kalau versi Kak Jun chocolate chip dia semua timbul. Ummi punya hilang semuanya tenggelam kat bawah. Apa masalahnya? Ada sesapa tahu?

Anyway, dengan sukatan kat atas tu ummi berjaya dapat 16 keping cookie saiz besar2 tapak tangan.
Crunchy kat luar, chewy kat tengah-tengah. Makan sekeping terus kenyang sebab saiz besar gedabak. Bolehlah untuk tekak sendiri! Sesapa nak rasa, ada lagi 10 keping kat rumah.




Monday, June 3, 2013

Happy 6th Anniversary

0 comments
To abah,
I love you with all my heart. Happy 6th anniversary.

p/s tolong kemas Lego yang bersepah depan TV seperti yang dijanjikan semalam. Dan jangan lupa kemas semula kain pelikat yang abah-dengan-tak-berhatiperutnya-tarik-lepas-ummi-susun-cantik2-dalam-almari. Sekian harap maklum.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez