Ummi dapat resepi dari sini. Terima kasih kepada pemilik blog iaitu Kak Jun atas perkongsian resepi. Nampak sedap cookie yang dia buat. Stepnya pun simple. Ni dia bahan-bahan yang diperlukan ikut resepi asal Kak Jun:
2 cwn tepung serbaguna
1/2 sdt baking soda
1/2 sdt garam
3/4 cwn butter tanpa garam-cairkan
1 cwn padat gula perang
1/2 cwn gula
1 sdb esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
2 cwn chocolate chips
* Ummi guna self-raising flour jadi ummi tak tambah baking soda. Yang lain semua ummi ikut bulat2.
Cara-cara:
Ayak tepung, baking soda dan garam.
Putar butter cair, gula perang dan gula hingga rata. Masukkan esen vanilla, telur, telur kuning dan pukul hingga ringan berkrim. (Ummi putar lebih kurang 20minit). Masukkan campuran tepung dan kacau rata. Masukkan chocolate chips dan kacau guna senduk.
Ummi sudukan lebih kurang 2 sudu untuk setiap cookie. Cookie ni akan kembang jadi ummi letak 4 cookie je dalam satu tray. Bakar selama 15min.
Bila dah siap, ummi terkedu! Cuba tengok perbandingan cookie Kak Jun dengan cookie ummi
Belah kiri yg gebu dan cantik tu semestinya cookie Kak Jun. Belah kanan yang merekah tu cookie ummi. Why? Why? Why?
Tapi rasa dia surprisingly sedap (a bit too sweet for abah's liking)! Cuma rupa dia buruk
Anyway, dengan sukatan kat atas tu ummi berjaya dapat 16 keping cookie saiz besar2 tapak tangan.
Crunchy kat luar, chewy kat tengah-tengah. Makan sekeping terus kenyang sebab saiz besar gedabak. Bolehlah untuk tekak sendiri! Sesapa nak rasa, ada lagi 10 keping kat rumah.
0 comments on "Projek Masak-Masak: Big Fat Chewy Cookie"
Post a Comment