Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, April 15, 2011

Tengok Wayang

0 comments
Ummi menang 4 keping "Justin Bieber-Never Say Never" Movie Passes dari portal visionkl. Suka..suka...suka..walaupon sebenarnya ummi takdelah minat dgn si Justin Bieber ni. Tapi suka sbb ada alasan nak ajak abah pegi tengok wayang. Sejak kahwin, memang ummi dan abah tak pernah tengok wayang. Padahal dulu masa zaman bercinta (sekarang pon masih bercinta kan abah?), tiap kali abah balik Malaysia cuti semester, mesti lebih dari 10 kali kitorang pegi tengok wayang. Sekarang ni, setahun pon tak sekali. Lagi2 bila Aiza lahir, setakat boleh tgk kaunter GSC dgn TGV tu dari jauh jelah huhuhu.

So sekarang ni bila dapat tiket free, adalah alasan nak pi berdating dgn Justin Bieber abah.




E-Filing

0 comments
Ummi mula kerja tahun 2006. Itupun sebagai part time lecturer kat UIA dan UKM. Kemudian tahun 2007 baru ummi kerja full time kat UIA. Sepanjang dekat 4-5 tahun bekerja, baru sekarang ummi isi borang income tax. Hehe jgn marah ye orang2 kat LHDN. Rupa2nya proses nak mengisi borang income tax secara online ni takdelah susah mana. Dalam masa 15 minit (kalau cukup semua maklumat) dah boleh setel semua.

Peringatan untuk sesapa yg belum mengisi borang income tax -> due date sehingga 30 April 2011 ni je nak setelkan semua. Better isi awal (dgn harapan LHDN akan bayar cukai terlebih bayar dgn awal jugak hehehe). Secara ringkasnya, ummi listkan maklumat yg perlu ada sebelum isi borang income tax:

*Jumlah gaji pokok sepanjang tahun lepas
*Jumlah elaun/dividen/bonus sepanjang tahun lepas
*Jumlah potongan KWSP
*Jumlah PCB
*Jumlah potongan zakat (kalau ada)
Segala resit2 pembayaran untuk barangan yg blh mintak pelepasan cukai (komputer, buku, peralatan sukan, yuran belajar, derma kat organisasi2 yg diiktiraf kerajaan contohnya WWF etc)

* blh dapat kat EA form.

So bila isi online nanti, basically kita perlu kira Jumlah gaji pokok + elaun - (jumlah potongan KWSP + Zakat + segala perbelanjaan yg blh dapat pelepasan). Daripada nilai ni, sistem akan automatik kira berapa cukai yg kita patut bayar (berdasarkan kadar cukai yg LHDN tetapkan). Sekiranya cukai patut dibayar lebih dari nilai PCB, then kita kenalah topap lagi bayar kat LHDN. Sekiranya cukai patut bayar kurang dari nilai PCB, then LHDN akan bayar lebihan cukai kat kita pulak.

Untuk maklumat lanjut blh klik sini http://www.hasil.gov.my

Dalam kes ummi, bila dah kira semua, rupanya ummi tak patut bayar tax pon. Huhu almaklumlah, ummi punya pendapatan pon bukan setinggi mana. Gaji ciput wehhh! So nanti terpaksalah LHDN bayar balik duit PCB yg ummi dah 'sedekah' kat diorang sebelum ni! Yahuuuu!!!

p/s Dah call tanya LHDN pasal income tax yg tak bayar tahun2 sebelum ni, sekali bila check...rupanya mmg ummi tak layak bayar pon. Belum cukup haul orang kata. PCB pon takde tolak sepanjang 2006-2009. So...selamat!




Friday, April 8, 2011

Allah Maha Mengetahui

0 comments
Entri ini ditujukan khas buat mentee ummi; Anis Athirah bt Nor Ismadi yg sebelum ini menemui kegagalan. Tapi ummi cukup bangga dengan kecekalan hatinya dan ketabahannya melawan kesedihan. Dan hari ini akhirnya, dia menemui sinar kejayaan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya. Jadi janganlah bersedih jika menemui kegagalan, sebaliknya doa, redha dan tawakal. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kadang2 kita rasa kita tahu apa yg terbaik untuk diri kita, tapi percayalah bahawa Allah lebih mengetahui apa yg baik untuk diri kita. Dan perancangan hidup kita telah ditentukan oleh-Nya.

Ummi yakin semua org pernah melalui kegagalan dan saat2 mengecewakan dalam hidup masing2. Dan ummi pun tak terkecuali. Dulu masa zaman belajar, ummi blh dikategorikan dalam kalangan pelajar cemerlang. Lps dapat 4A dalam UPSR, ummi terus masuk sekolah asrama penuh. Masa di sekolah asrama penuh, walaupun semua orang pandai2 belaka, tapi alhamdulillah ummi dapat bersaing dgn diorang semua. PMR pun ummi dapat straight A. Sambung pulak dgn SPM, alhamdulillah keputusan tak mengecewakan. Dengan berbekalkan aggregat kurang dari 10, ummi apply masuk matrikulasi UKM. Konon2nya time tu lps dari matrik UKM, ummi nak apply masuk bidang perubatan pulak. Iye mmg diakui, dulu itulah cita2 ummi -> nak jadi doktor!

Tapi semuanya berubah bila ummi start masuk matrik. Semuanya serba tak kena. Pelajaran merosot entah kenapa. Nak kata tak study, rasanya rajin jugak menelaah pelajaran. Homework semuanya beres. Group discussion pon selalu join. Tapi macam yg ummi cakap tadi, semuanya jadi serba tak kena. Serba serbi tak menjadi.

Dipendekkan cerita, pointer ummi waktu di zaman matrikulasi dulu mmg tak melayakkan ummi untuk sambung belajar masuk bidang perubatan. Tak payah le ummi sebutkan berapa pointernya. Memang kecewa kalau dikenang. So ummi ended up masuk ke UKM bidang ICT. Waktu tu memang rasa frust yg teramat sangat. Tambahan pulak ummi memang tak tau apa2 pasal ICT. Pegang komputer pun jarang sekali. Dan kerana itu sekali lagi ummi diuji. Ummi struggle nak dapatkan pointer yg bagus masa semester pertama. Dan akhirnya semester pertama berakhir dgn ummi hanya mendapat pointer cukup2 makan sahaja. Sekali lagi ummi kecewa. Menangis menyesali nasib diri berbulan2 lamanya.

Sampailah ke satu masa, ummi baru sedar di mana sebenarnya silap ummi. Ummi TIDAK REDHA setiap kali diuji Allah. Sedangkan sebenarnya Allah uji untuk lihat sejauh mana keimanan dan keredhaan hambanya. Jadi bila ummi tak redha masa diuji, ummi tak dapat lihat hikmah di sebalik ujian tersebut!

Lps dari itu, ummi ubah sikap dan pemikiran. Sampai bila nak menangis menyesali nasib kan? Ummi lapangkan dada terima ujian dari Allah. Dan ummi bertekad untuk jadikan ujian yg diterima sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya. Dan alhamdulillah lps dari itu, nasib ummi menjadi lebih baik. Keputusan terus meningkat hingga akhirnya ummi grad dgn keputusan 2nd class upper. Tak habis di situ sahaja, kemudian ummi sambung pulak pelajaran hingga ke peringkat masters. Dan akhirnya kini ummi cukup bersyukur dgn apa yg ummi kecapi sekarang. Menjadi seorang lecturer mengajar anak bangsa dalam bidang ICT. Bayangkan, bidang ini yg dulunya ummi cukup benci akhirnya jadi sumber pendapatan ummi sekarang!

Dan ummi tak kesal tak berjaya menjadi seorang doktor. Sbb walaupun tak dapat masuk bidang perubatan, tapi eventually ummi berkahwin dgn seorang doktor. Dan bila melihat kesibukan waktu dia belajar dan tekanan kerja sewaktu dia menjalani houseman di HKL dulu, ummi sedar jiwa ummi bukan di situ. Ummi tak layak nak jadi doktor. Mana nak layak kalau tgk darah pun dah rasa nak pengsan!

Dan ummi jadi lebih insaf. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ummi! Terima kasih Ya Allah atas segala kurnian-Mu. Kadang2 kita tercari2 benda yg tak ada dalam genggaman kita hingga kita lupa dgn kurniaan yg sudah dilimpahi di depan mata...




Monday, April 4, 2011

Ummi muncul lagi!

0 comments
Ummi pernah menulis sebelum ni, tapi jangka hayat blog tersebut tersangatlah pendek. Lebih kurang beberapa bulan je blog tu bernyawa. Kemudian dia mati kerana ummi diserang penyakit kemalasan yg kronik. Mengikut perkiraan ummi, blog tersebut tak dapat diselamatkan lagi. 

Tapi sekarang ummi muncul lagi! Dengan blog baru dan azam yg baru: untuk lebih rajin menulis. Sebab ummi rasa menulis blh jadi satu therapy untuk mengurangkan stress. Dan stress akan muncul hampir setiap hari selaras dengan kemunculan masalah. Dan bukan kehidupan namanya kalau tak ada masalah sbb Allah akan sentiasa menguji hamba2nya. 

Semoga ummi akan berjaya menjadi seorang blogger tegar tak lama lagi!



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez