Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, August 6, 2013

Kuih 5 Hari 5 Malam

0 comments
Bulan puasa tahun ni, ummi menghidap penyakit MALAS. Nak berkemas malas, nak buat kuih raya pun malas. Biasanya bila abah balik terawikh pukul 10, mesti dia tengok ummi anak beranak dah terbongkang atas tilam. Satu-satunya kuih raya yang ummi buat tahun ni adalah kuih di bawah:
Mini popia inti serunding. Guna serunding ikan yang CikYah bagi 5 kurun yang lepas.Selama ni serunding tu terperap je dalam peti ais. Sebabnya, ummi tak reti nak makan nasi lauk serunding (kecuali nasi kerabu). Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ini, barulah serunding tu fully-utilized.

Ummi gelar mini popia ni kuih 5-hari-5-malam konon2 nak menunjukkan betapa lamanya nak menghasilkan popia sebekas. Ummi buat hari Ahad lepas.Start dari lepas sahur, berhenti sembayang subuh, then sambung semula sampai pukul 8 lepas tu stop sebab dah penat. Lepas zuhur sambung balik sampai pukul 4. Lepas tu stop bagi laluan untuk masak buka puasa. Malamnya tu bila budak-budak dah tidur pukul 10, sambung semula sampai pukul 12.30am. Gila lama! Dapatnya cuma sebekas. Ini hasilnya bila dah siap goreng:
Bila masukkan dalam bekas, ngam2 dapat sebekas. Kalau gini gayanya, kompem tak boleh berniaga. Macam manalah agaknya orang yang buat bisnes mini popia tiap kali musim raya tu eh? Agak2nya, tak payah tunggu Ramadhan, masuk je bulan Muharam dah start menggulung popia. Nak lagi hebat, start je puasa 6 dah start production untuk next raya!



Monday, August 5, 2013

Tudung Aidijuma -Raya Sale

2 comments
Jumaat lepas ummi & abah bawak budak2 ke The Curve. Misi utamanya, nak cari seluar Aiza. Dalam pada pusing2 tu, nampak booth tudung Aidijuma. Kepada sesapa yang tak tahu, tudung Aidijuma ni owner dia Norjuma Habib Muhammad ex-presenter TV3 tu. Kedai Aidijuma sekarang tengah buat promosi raya. Ummi 'ter'beli 3 pasang tudung bawal dua tone kaler macam tunjuk kat bawah ni:

Purple, hijau dan maroon
Sebabnya apa? Harganya tersangat 'dahsyat'! Harga asal RM15/sehelai sekarang turun jadi RM3 je. Diulangi tuan-tuan dan puan-puan, RM3 SAJE! So beli 3 helai ni bayar RM9 je. Dah lama sebenarnya tak pakai tudung bawal. Sejak ada anak, selalunya pakai 'tudung-pasang-siap' je bila nak ke mana-mana. Tudung-pasang-siap memang senang nak pakai tapi abah tak pernah appreciate. Dia selalu duk bagi hint konon-konon ummi nampak macam indon kalau pakai tudung tu. Well, ada ummi kisah??? hahahaha

Apapun, hari ni ummi dah rasmikan sehelai (tak menyempat2 nak tunggu raya) dengan harapan muka ummi akan mengalami anjakan paradigma sama macam Norjuma:
Ni model ORIGINAL
Ini pulak model TIRUAN. Hahaha gigih siap bukak spek lagi semata2 nak dapatkan hasil yang sama.
Cer korang tengok kalau ummi letak gambar sebelah menyebelah ala-ala laga pipi:
Ha! Sama tak? Sama tak? Sama kan? Kihkihkihkih
Petang ni nak pegi The Curve lagi (so bolehlah memborong lagi). Sebabnya hari tu, akibat eksaited beli tudung Norjuma, ummi salah ambik size seluar Aiza. Biasalah pompuan, bila dah shopping terus lupa anak bini laki. (Psssttt...sebenarnya memang sengaja salah ambik so that boleh jadi alasan nak pergi lagi)!





 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez