Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, September 29, 2014

He Got Engaged

0 comments
Muka ceria nak bertunang
Patutlah dia sangat secretive pasal girlfriend selama ni. Rupanya, berchenta dengan ex student ummi. Dan ummi hanya tahu di hari pertunangan diorang bila si bakal pengantin perempuan panggil ummi dengan panggilan "Madam". Hanya student UIA akan panggil ummi guna gelaran tu.


Apapun, Tahniah! InsyaAllah majlis walimah akan dibuat tahun depan. Tunggu si bakal pengantin perempuan habiskan masters dulu. So adalah setahun untuk Amir mengumpul duit. Dan adalah setahun jugak untuk ummi mencari baju cantik #orang-lain-yang-tunang-dia-pulak-yang-eksaited


Wednesday, September 17, 2014

Part Time Maid

2 comments
Ummi dah lama berangan nak ambik service part time maid time weekend. Tapi sebelum ni tak pernah berjaya. Macam2 masalah i.e area not covered lah, agen sesat masa nak cari rumahlah, jadual maid dah penuhlah etc. Lama2 fed up! Bila ngadu kat abah, jawapan standard dia "bayar jelah kat abah nanti abah buat semua tu". Ish lagilah fed up! Bukan dia buat pun. 

Sampailah few weeks ago, ummi jumpa no telefon sorang agen ni. Masa call tu takdelah letak harapan tinggi. Takut dia kata area Taman Ehsan,Kepong tak covered. Sekalinya dia kata boleh. Dan dia boleh cari rumah ummi thru Google map. Yeay! 

Sampailah hari dijanjikan. Tepat pukul 8am maid tu sampai. Efisien! Budak2 still tidur dan abah pon tak balik jogging lagi. Bila dia sampai, ummi interview le dia kejap. Dia kata dah 3 tahun buat kerja bersihkan rumah orang. So kira dah pro le. Which is true. Sampai je, terus dia tanya nak start mana. Ummi pon cakap suruh dia fokus kat dapur dan toilet. Benda lain ummi boleh buat. Tang dua tempat tu je malas nak kemas hihihi.

Terus si maid ni singsing lengan baju start mengemas. Siap panjat kerusi bersihkan sawang/ cuci tingkap (yang selama ni ummi tak bother pon nak buat). Sangat detail kerja dia. Scrub dinding, mop lantai, lap cermin, bersihkan tingkap, sampai ke hob dapor dia bukak dan cuci.
My part time maid in action
Tgh gigih menyental sinki

Honestly selama ni ummi rasa rumah ummi tu takdelah kotor sangat. Standard le comot sana sini sebab ada anak kecik. Tapi bila si maid ni bersihkan, rumah ummi jadi lebih bersih dari yang ummi sangka!

Masa dia bersihkan dapur dan toilet, ummi sibuk iron baju dan bersihkan bilik. Sebelum maid ni balik, dia sempat vakuum dan mop sampai ke hall. So bila dia balik, satu rumah dan bersih. Dan ini sangat jarang berlaku. Biasanya bila ummi kemas bilik, dapur bersepah. Kemas dapur, hall tunggang langgang. 

Dan kerana sayang rumah dah bersih, hari tu kitorang tak masak tengahari. Makan nasi lemak yang masak pagi tu je. Even malam pon tak masak. Sayang dapur kononnya hahahaha.

Anyway, ummi happy sebab dah tahu ada agen yang reliable boleh mintak hantar part time maid. Dengan service RM60/4jam, definitely ummi akan call lagi bila2 malas diperlukan.




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez