Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, March 25, 2013

Hidup Segan Mati Pun Mahu

0 comments

Laptop ummi dah kelihatan nazak dan nyawa-nyawa ikan sekarang. Bak kata orang hidup segan mati tak mahu. Tapi dalam kes ummi, komputer tersebut seolah-olah mati pun mahu daripada hidup terseksa! Wah, sadis sungguh bunyinya.
Dalamannya masih OK, masih laju dan berfungsi dengan superbnya. Cuma luarannya nampak mendukacitakan. Keyboard dah penuh kesan contengan hasil kreativiti Asyraf. Bahagian belakang terpaksa disalotape akibat terjatuh di bawah 'jagaan' Aiza. Budak-budak zaman sekarang memang itulah permainannya. Walaupun penuh sebakul dibelikan mainan dan buku-buku, laptop dan tablet jugak jadi pilihan hati.
Tambah 'bertuah' sebab ummi dikurniakan dengan dua orang anak yang bercita-cita jadi pakar IT. Aiza contohnya, tiap kali ada masalah dengan komputer ummi (i.e program tak boleh load, speaker volume rendah) dia tak boleh tunggu. Dia akan bawak komputer kepada abah or ummi untuk dibetulkan. Dalam proses tu, berjuta kali jugaklah komputer jatuh ke bawah.
Si Asyraf lagi advance. Dia akan troubleshoot sendiri semua masalah komputer yang ada depan mata. So dia akan ketuk-ketuk/lempang-lempang/tumbuk-tumbuk semua key yang ada dengan harapan masalahnya akan selesai. Hasilnya, memang jahanam!
Sigh, bilalah agaknya nak dapat rezeki menang contest hadiah laptop. Kena doa banyak-banyak. Amin.


Monday, March 18, 2013

Being Pregnant At The Age Of 32

3 comments
Ummi ada ramai adik beradik. 12 orang semuanya. Ummi yang ke-8. So bayangkanlah keadaan rumah nyai dan yai masa kitorang kecik-kecik dulu. Havoc sesangat! Nasib baik tak roboh. Walaupun hidup tak mewah, tapi makan pakai semua cukup. Kalau time Hari Raya or kenduri kawin, tak usah cakap meriahnya. Tak muat satu rumah. Semua tempat ada manusia. Nak masuk toilet pun kena queue. Hidup ramai adik beradik memang seronok. Ketawa sama-sama. Gaduh pun selalu. Tapi no worries, kalau gaduh dengan sorang, ada raaaamaiiiii lagi adik beradik lain kita boleh ajak kawan hahahaha.

Abah pulak lain ceritanya. Dia ada 3 beradik je. Semua lelaki. Sebab tu dulu masa dia ngorat ummi, dia langsung takde skills. Sebab dia takde pengalaman layan adik beradik pompuan agaknya. Malangnya, abang yang sulung meninggal masa kitorang mula-mula kawin dulu. So dari 3 beradik, tinggal berdua je. Tambah malang, 2 beradik yang tinggal ni pun takdelah rapat mana. Sigh!

So bila ummi kawin dan pikir pasal future, ummi dah set kat dalam otak, ummi taknak anak terlalu ramai (tak larat oiii nak beranak 12 kali macam nyai) or terlalu sikit (macam kes abah). Tapi persoalannya, berapa jumlah yang ideal? Dalam kes ummi, definitely more than 3 but a lot less than 12! So ummi rasa, empat orang OK kot. Ke???

Tapi cakap je tak guna kalau takde pelan pelaksanaan. Ye tak? Hamboih kau siap ada pelan pelaksanaan nak dapatkan anak hahaha. Anyway, cakap pasal pelan pelaksanaan, faktor umur pun kena ambik kira jugak. Kalau mengikut consultation tak berbayar dengan Dr.Abah, dia tak rekemen kalau ummi nak pregnant bila umur dah above 35. Yelah, kita manusia ni kan makin lama makin aging (saje nak guna perkataan omputih sebab kalau cakap tua nanti ramai sentap hahaha). Body kita pun dah tak larat nak cope dengan morning sickness, cramp waktu malam, sakit pinggang etc. Ummi baca kat internet, kalau pregnant umur dah lewat pun, kita mudah dapat kencing manis & darah tinggi. So kalau nak capai wawasan 2020 ummi nak dapat empat orang anak before 35, kena race against time.

Ummi bersalinkan Aiza tahun 2008 masa umur ummi 27. Ummi bersalinkan Asyraf tahun 2011 masa umur ummi 30. Dan insyaAllah ummi akan bersalin lagi hujung tahun 2013 ni. So baby yg akan lahir ni akan jadi present untuk birthday ummi yang ke 33 awal tahun depan. Alhamdulillah! Dan kalau ada rezeki tahun 2016 nanti ummi nak mengandung lagi anak ke-4 pulak then kemudian tutup kilang sebab time tu umur ummi pun dah capai 35 hahaha. Mudah-mudahan Allah kabulkan.

So far dari 1st pregnancy sampai sekarang ummi takde alahan yang teruk. Loya-loya tu normal le tapi tak berpanjangan sampai sehari suntuk macam orang lain. Ikut pregnancy dulu2, biasanya ummi kerja sampai ke hari bersalin takde ambik MC awal. In fact masa mengandungkan Aiza, ummi still turun naik bas 2,3 hari sebelum bersalin sebab time tu UIA hantar ummi mengajar kat Kampus Nilai. Kejam kan UIA hahahaha...

Aiza masa baru lahir

Asyraf masa baru lahir
Doa ummi mudah-mudahan Allah bagi kekuatan sepanjang ummi mengandung kali ke-3 ni. Banyak nak kena setel sebelum ummi bersalin. Hal ofis banyak nak dibereskan. Hal rumah tak payah cakaplah, memang tak pernah beres. Tapi insyaAllah, dengan minda positif - ummi pasti boleh!



Friday, March 15, 2013

Ole-Ole Bandung

1 comments
Ummi dapat ole-ole Bandung dari Nyai, Yai, Cikta, Cikyah, Ceklon dan Firdaus. Diorang pergi dan balik Bandung hari yang sama ummi pergi dan balik dari Langkawi.
Kain buat baju raya. Ada sulam timbul. Super Gorjes!

Telekung sulam
Kedua-dua kain ela dan telekung tu sangatlah cantik di mata ummi. Kain ela dah selamat hantar ke tailor yang selang dua buah rumah dari rumah ummi. Telekung pun dah selamat digunakan.

Memang orang kata Bandung syurga untuk yang kaki shopping. Pesaing terdekatnya Vietnam. Semua barang murah-murah dengan syarat kita pun pandai tawar menawar. Dua-dua pun ummi tak pernah pergi lagi. Kesiaaaaaaaaaaaan kat ummi kan? Sekarang ni Matta Fair. Kalau le ada orang nak belanja kita pi Bandung or Vietnam, alangkah baiknya. Bolehlah ummi shopping sambil melepaskan tekanan di dada.
*
*
*
*
*
*
*
Eh orang tu, saya cakap dengan awaklah. Jangan le buat-buat tak reti pulak!


Thursday, March 14, 2013

Total Damage: Langkawi

7 comments
# Tiket
Abah beli tiket dari tahun lepas lagi time Air Asia buat promosi. Tapi sebab Si Kenit Asyraf umurnya tak sampai 2 tahun, so dia tak entitled untuk dapat harga promosi. Total damage untuk tiket kami ke Langkawi pergi balik jumlahnya RM300. Masih  affordable! Boleh pergi lagi tahun depan tambah koleksi pinggan mangkuk kan abah kan? Tersedak abah tengok perangai bini dia tiba2 berubah jadi hantu pinggan hahaha

# Penginapan
Kami touch down di Langkawi dah malam. Kalau nak checkin hotel rasa macam membazir pulak. So abah booked Sweet Inn Motel. Harganya RM80/per night. Kat Langkawi especially kat Pantai Chenang memang berlambak2 motel dan guest house. Yang serendah RM45/per night pun ada. Facilities macam aircond dan water heater semua lengkap. Cuma janganlah expect pagi esoknya ada buffet breakfast makan kambing panggang, baked beans, omelette segala bagai hahaha. The following day kami check-in kat Awana Porto Malai yang sekarang dah ubah nama jadi Resort World. Harga bilik RM180/per night. Biliknya luas dan yang penting swimming poolnya happening! Siap ada air pancut dan slide segala bagai. Kami stay 2 malam so total damage termasuk harga motel ialah RM440.
Dua queen bed. Cukup untuk kami anak beranak.
Swimming time

#Makan-Makan
Kat Langkawi ada banyak makanan sedap2. Masa pergi 1st time dua tahun lepas, banyak jugak tempat kami terjah hasil review orang ramai i.e laksa belakang airport, Restoran Haji Jelani, Restoran Haji Ramli, Nasi Ayam PakYa etc. Tapi untuk tri kali ni, kami fokus kat Restoran Haji Ramli saje. Dua malam berturut2 makan kat sini.
Masakan kat Restoran Haji Ramli memang sedap! Cuma satu je masalahnya. Bila kita nak order ikan bakar, semua ikannya saiz besar cukup makan 5-6 orang. So bila makan berdua laki bini, memang tersandar kat kerusi le lepas makan.
Total damage makan malam 1st ialah RM100. Kami order siakap steam, udang besar, sotong goreng tepung, sup sayur, nasi putih dan air tembikai. Yang paling mahal siakap steam RM48.
Ummi in action
Total damage makan malam 2nd ialah RM49. Kali ni kami order sepotong ikan pari bakar, udang, sup sayur, telur dadar dan nasi putih je.
Selain tu kami ada jugak terjah Kedai Jom Ikan Bakar kat area Beras Terbakar sehari sebelum balik. Total damage kat sini ialah RM28 je. Ramai yang kata ikan bakar kat sini sedap, tapi kat tekak kami rasanya biasa2 saje. Lain orang lain tekaknya kan? Cuma harganya memang jaaaaaaaaaaaaaaauh lebih murah dari Restoran Haji Ramli le.
Jom Ikan Bakar. Rasa dia sebijik macam sayap (kepak ayam) yang kitorang makan kat Pasar Filipina, Sabah. Rasanya manis.

#Shopping
Ha ni part yang paling best dan ditunggu-tunggu. Memang pergi kali ni NIAT UTAMA nak shopping je hahaha. Barang yang ummi aim tak lain tak bukan: corelle, dinner set, pressure cooker dengan coklat. Bila cakap pasal shopping kat Langkawi, automatik kat otak pikir pasal Idaman Suri dan Haji Ismail Group (HIG). Menonong je pi dua kedai tu. Tindakan tu SALAH SAMA SEKALI. Kena survey dulu tempat2 lain sebab ada kemungkinan kedai lain boleh bagi lagi banyak diskaun.
Contohnya corelle yang ummi beli ni.
Harga kat HIG RM299/satu set. Harga kat Idaman Suri pun RM299 jugak TAPI ADA FREE GIFT PYREX. So ummi pun rembatlah yang kat Idaman Suri. Sekalinya bila tengok kat Duty Free Warisan, harganya RM259. Huarghh macam nak nagis. Tapi abah kata takpe sebab yang kat Warisan takde free gift. So anggaplah lagi RM40 tu harga Pyrex. Tenang sungguh hati ummi bila abah cakap macam tu. Seolah-olah macam bagi galakan dan dorongan untuk terus bershopping hahaha.
MasyaAllah cantiknya pinggan makan ummi! Hahaha
Dinner set pulak ummi beli kat Idaman Suri. Brand Luminarc dengan harga RM199 for 19 pieces. Murah sangat! Salesgirl tu kata memang tengah promosi. Kalau normal price harganya RM359. Kat KL ada orang jual set yang sama harnya RM499. Cuba korang tengok dinner set ummi ni. Cantik kan? Kalau guna pinggan cantik cenggini, masak apa pun rasa sedap hahahaha konon jelah.
Pressure cooker pun kami beli kat Idaman Suri sebab harganya jauh lagi murah dari HIG. Kalau kat HIG, above RM100. Kat Idaman Suri, pressure cooker 8liter ni harganya RM83 saje. Masakan first kami target nak buat guna pressure cooker ni ialah nasi ayam hainan. Tapi ni ummi serah bula2 kat abah untuk merealisasikannya hahaha.
Selain tu ummi ada jugak beli 3 nonstick pan, bekas letak sudu vantage untuk MIL dan beberapa botol losyen gamat sebab nyai pesan.
Kitorang ada beli beg besar jugak kat HIG. Perginya lenggang kangkung takde check-in beg pun. Tapi baliknya, luggage limit 20kg pun tak cukup!!!
Dan tak lupa jugak, ummi borong baaaaaaaaanyak coklat. Abah siap perli kata "beli macam tak pernah makan coklat seumur hidup". Ummi jawab "whateverrrr!"
Bekalan kalori seumur hidup
Pasal beli coklat ni pon satu, mostly coklat kat atas ni ummi borong kat HIG. Tapi bila jalan2 kat Coco Valley dengan Warisan, didapati harga kat Coco Valley dan Warisan murah seringgit banding dengan HIG. So sambung borong coklat.
Dalam banyak-banyak coklat tu, ummi cuma aim nak beli ni je:
Almond Gold Whitakers
Ha betullah tu. Aim nak beli almond gold saje tapi ended up beli macam-macam coklat sampingan yang lain. Coklat ni last minit baru dapat. Pergi HIG-takde stok. Pergi Idaman Suri-pun takde stok. Pergi Coco Valley dan Warisan-takde stok jugak. Last2 ummi tanya salesgirl tu "seluruh Langkawi dah takde stock almond gold ke dik?". Then dia suggest suruh cari kat The Zon - baru jumpa! Hahaha gigih ummi usaha. Tapi berbaloi usaha ummi tu sebab rasa dia memang sangat sedap. The mother of all coklat kononnya! Kat KL takde jual. So memang kena cari kat Langkawi saje.
Total damage beli coklat kat HIG, Warisan dan The Zon - lebih kurang RM250. Melampau kan???

Jumlah 'kehilangan duit' angkara bershopping - cecah ribu riban so janganlah totalkan nanti rasa macam nak nangis dan pitam hahaha. Eleh, masa shopping tak ingat dunia, duit dah abis baru nak nangis. Piiirah ummi!

Kali ni kami tak banyak sight seeing. Naik cable car pun tak sebab 2 tahun lepas dah sampai puncak Gunung Mat Cincang tu. Tapi sempat 2 hari berturut-turut bawak Aiza dan Asyraf main rabbit kat Cultural Village. Admission is FREE.
Pintu masuk rabbit farm
Asyraf melalak kena kerumun dengan rabbit

Dapat naik tiger yeay!!


Atas kereta kuda.

Sessi melayan perasaan
So far percutian tu memang menyeronokkan. Ummi dah ada plan nak pi lagi bila-bila Air Asia buat promosi. Memang tak pernah jemu nak ke Langkawi. Tapi next time pergi, tambah sorang si kenit lagi!!



Saturday, March 9, 2013

Double Lines

0 comments
Pagi tadi ummi melakukan ujian yang sungguh mendebarkan. Dan ini hasilnya:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Friday, March 8, 2013

Cuti

0 comments
Hari ni ummi kerja semula lepas 3 hari bercuti makan angin. Mesti ada yang tertanya2, apekehal dia bercuti di tengah-tengah minggu dari Selasa hingga Khamis. Sebenarnya tiket kapalterbang dah lama dibeli, sejak tahun lepas lagi. Masa beli tiket, ummi dah buat calculation supaya dapat bercuti time student pun bercuti. Jadi takde kelas yang terganggu. Tapi sebab takwim UIA ni dah bertukar sebanyak namblasjuta kali, percutian ummi jatuh pada seminggu sebelum student bercuti. Nak buat macam mana? Cuti sajelah!

So ke mana ummi pergi? Cuba tengok gambar kat bawah.
Mesti semua orang dah boleh agak destinasi percutian ummi. Full story nanti ummi cerita. Hari ni sibuk jaga exam dan bagi kuiz kat students.




Friday, March 1, 2013

Pendatang Tanpa Izin Part II: Ini Sudah Melampau!

0 comments
Ingat lagi tak dulu ummi ada ceritakan pasal 'seorang' pendatang tanpa izin ni suka hati dia je jadikan rumah ummi ala-ala macam rumah dia jugak? Jangan tanya dia dari negara mana sebab ummi pun tak tahu. Well, dia masih wujud sampai sekarang. Dengan muka tak malunya dia menumpang makan minum dan tido rumah ummi. Mesti korang terpikir, halau jelah dia keluar dari rumah. Apa nak susah sangat kan?? Tapi tulah masalahnya. Dia ni otak licik. Dia guna taktik halus nak perdayakan orang. Depan abah, Aiza dengan Asyraf perangai dia punyalah baik pijak semut pun tak mati. Tapi depan ummi, nauzubillah tak boleh cakap perangai dia. So alkisahnya tiap kali ummi marah-marah & ugut nak halau dia, ada je orang back-up. Nyampah!

Btw untuk rekod, dia lagi suka pijak lipas or cicak berbanding pijak semut.

Perangai dia yang ummi tak tahan, suka buat sepah tak tentu pasal. Ada sekali tu ummi balik kerja, abis tonggang terbalik pasu bunga ummi dikerjakan (yes people, dia ni nganggur je sebab takde kelulusan. Skill pun tak tinggi mana. Hari-hari duk rumah goyang kaki menghabiskan makanan). Entah kenapa dia mengamuk tak tentu pasal! Dah le tak tahu berkemas, takde budi bahasa pulak tu. Nak harapkan tolong bayar sewa, mimpi jelah!

2,3 menjak ni, 'perangai nyakitkan hati' dia tu maju setapak lagi. Dia ajak geng datang rumah! Eh dia ingat rumah ummi ni port meeting ke hape? Kalau takat datang rumah borak-borak je ummi terima. Ni siap ajak makan segala bagai. Makhluk macam ni pun ada ke kat muka bumi???

Tapi yang peliknya sampai ummi garu kepala, geng yang dia bawak balik rumah tu mukanya sebijik macam dia. Physically the same! Ummi dengan abah syak tu pun sebenarnya sama-sama geng pendatang tanpa izin jugak tapi saje dia kaverline. Kalau tak percaya, ni ha buktinya:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Dia" yang belah kiri. Belah kanan tu geng yang dibawak balik.
Sama kan? Muka sama, kaler sama, bulu sama, ekor pun sama. Cer tengok lagi sekali:
Sama tak? Sama tak?
Dia ingat kalau dia ada pelanduk dua serupa tu ummi akan confuse agaknya. Senanglah dia nak perdayakan ummi. So kalau dia buat perangai, tak bolehlah tuduh dia melulu selagi tak siasat betul-betul. Piiirah! Kalau ummi meradang, dua-dua ummi hambat!

Kalau korang nak tahu lanjut macam mana dia boleh ada kat rumah ummi, sila baca ini dan ini.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez