Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, September 21, 2012

Menu Kucing Goreng


Ummi tak suka kucing atau apa juga binatang peliharaan yang seangkatan dengannya. Lebih kepada takut dan geli barangkali. Kalau ada kucing datang nak gesel2 kat ummi, sure ummi lari lintang pukang. Bila pergi kedai makan yang banyak kucing, otomatik ummi naikkan kaki duduk bersila walaupun atas kerusi.

Dulu masa sekolah rendah, bila tiba je part buat karangan "Binatang Peliharaan Saya", mulalah timbul segala macam cerita fiksyen dari ummi. Kucing Si Tompok suka makan ikanlah, Arnab Si Belang suka melompatlah, Ikan Si Buntal suka bergaduhlah - semua tu imaginasi semata2. Yang penting karangan ummi siap! Yelah, takkan nak cerita pasal cicak, lalat dan nyamuk kan walaupun hakikatnya itu je yang ada kat rumah ummi. Kalau nak cerita pasal ayam dan itik cikgu taknak terima sebab katanya itu haiwan ternakan bukan haiwan peliharaan. Pulak dah??

Ish panjang betul intronya. Niat asal nak cerita pasal 'housemate' terbaru kami - apa lagi kalau bukan kucing! Abah memang suka kucing. Selalu berangan nak bela sekor kat rumah tapi tak pernah dapat green light dari ummi. Then dia tukar taktik pulak, guna Aiza dan Asyraf. Dia tahu budak berdua tu pun suka kucing, so dipanggil2 kucing-entah-dari-mana datang rumah. Budak berdua tu apalagi, sukalah main tak hengat dunia. Bila ada yang melayan, kucing tu pun naik lemaklah - taknak balik! Pagi buta nak pergi kerja dah terjongol depan pintu. Petang bila balik kerja dah menunggu! Ewah...
Hei kucing kenapa taknak makan? Take it or leave it.
Then abah siap sediakan kotak untuk kucing tu tidur. Yang paling tak menahan - heret ummi pergi carefour beli makanan kucing!
PROUD owner

Aritu Si Asyraf nangis nak susu, tapi abah sibuk bagi makan kucing. So ummi cakap:

"Inilah yang dikatakan peribahasa, kucing di luar gembira kekenyanyan, anak dalam rumah menangis kelaparan"

Dia buat bodo je!

Dan satu2nya perkara yang ummi paling takuti dah pun berlaku. Kucing tu berak kat tepi pasu kat sebelah ulam raja ummi! Merajuk taknak gardening lagi pasni.

Bila ummi cakap kat abah, dia kata "setiap yang bernyawa pasti berak". MENYIRAP DARAH AKU!

Siap kau kucing, malam ni aku goreng kau!



3 comments on "Menu Kucing Goreng"

Khalilah MNor on September 23, 2012 at 6:44 PM said...
This comment has been removed by the author.
Khalilah MNor on September 23, 2012 at 6:45 PM said...

Hehe klaka la ummi aiza, (boleh ke sy bhasa kan mcm tu?)

Umi saya hampir 50tahun tak pernah suka kucing..

At last, ada seekor anak kucing berjaya menambat hati umi...

Serioulsy, umi mmg syg smpai setiap kali kucing sakit, antar pegi klinik haiwan..

Anak sakit suh makan panadol je...Hehe

ummi aiza on September 24, 2012 at 9:49 AM said...

Khalilah, kucing ni ok kalau pasal nak ajak main. Tapi tang berak tu yang tak tahan. Hari tu jumpa pampers utk kucing kat kedai pet, nanti akak nak suruh husband beli! :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez