Bila bulan syawal, sana sini orang buat jamuan raya. Setiap minggu rasanya ummi attend open house. Minggu lepas jamuan kat rumah jiran sebelah a.k.a Pakcik Sani. Minggu sebelumnya jiran depan rumah - adik Pakcik Sani pulak buat jamuan. Yes people, jiran sebelah rumah dengan jiran depan rumah ummi sebenarnya adik beradik. Sweet je kan adik beradik duduk berjiran kat satu taman perumahan? Bukak pintu nampak muka adik. Banyak makanan berlebih boleh 'campak' kat rumah adik. Or even better, takde makanan kat rumah boleh buat muka tak malu makan rumah adik. Hehehe off topic pulak.
Well kat UIA ni pun tak terkecuali. Semua department pon nak buat makan2. Oh by the way, kat UIA diorang tak panggil jamuan raya sebaliknya Syawal Gathering. Stylo le kunun2nya kan kihkihkih. Selasa lepas ummi attend syawal gathering kat DOSP/DOAP. Jumaat sebelum tu department sendiri pulak buat syawal gathering. Masa jamuan di ICT, konsepnya potluck tapi ummi tak bawak apa2. Sebagai ganti, ummi tolong order dan belikan 400 cucuk sate untuk department. Hihihi senang2 hati je ummi buat 'fatwa' - dah tolong belikan sate so tak payah bawak apa2. Cerita pasal sate, nanti ummi akan buat satu entri khas pasal sate yang ummi beli untuk department, apa lagi kalau bukan Sate Eddy!
Ni pun sebenarnya ummi baru je balik dari syawal gathering cum IEEP Opening Ceremony. Macam2 makanan ada i.e sate, lodeh, lemang, mee rebus etc. Siap ada 'international cuisine' hasil air tangan staff UIA yang berbilang bangsa. So tadilah sempatlah merasa macam2 makanan eksotik kihkih. Ada satu makanan Arab ni, macam ala2 nasi bungkus guna daun anggur. Rasa dia macam masam2 sikit. Tak tau apa namanya. Tadi ummi tak bawak kamera so tak snap gambar. Tapi ni ummi berjaya google kat internet.
Nasi bungkus guna daun anggur |
Then ada satu menu ni pulak, nasi dibungkus dengan terung. Not bad jugak rasanya.Ummi ni jakun so bila tengok makanan2 macam tu memang juling le mata.
Terung inti nasi |
Bila dah kenyang, mata pun kuyu rasa macam nak zzzzz. Tapi pukul 3 patutnya ada meeting. Takut terlajak pulak. Tapi takpe, yang penting zzzzz dulu.
0 comments on "Makan-Makan"
Post a Comment