Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, October 19, 2012

Aiza's 4th Birthday

0 comments
Today is Aiza's birthday. Tapi ummi saaaaaaaangat busy sampaikan tak sempat nak blog properly pasal hari istimewa ni. InsyaAllah we will celebrate it together with abah and adik this coming weekend. Promise!


Tuesday, October 16, 2012

Dasar Perempuan!

3 comments
Esok student exam. So hari ni duduk kat opis menunggu kot2 ada student nak datang tanya soalan apa2 yang patut. Sambil menunggu - bukak internet, baca paper online, check email, blog walking. Heaven sungguh! 

Bila surfing dan blog walking, memang tak sedar masa berlalu. Dari satu blog ke satu blog ummi 'merayau'. Bukannya apa, bila bukak satu blog then katalah orang tu citer pasal makanan, so terus ummi google pasal makanan tu. Then bukak satu lagi blog citer pasal vacation kat satu tempat. Dalam hati kata, "alahai cantiknya tempat ni". So cepat je jari menaip kat google cari maklumat pasal tempat yang sama. Takpun baca kat blog ada orang kata beli baju baru, dalam hati terus teringin. Kuat betul pengaruh internet ni kan? Last sekali tadi baca pasal sorang blog owner ni baru bersalin dan cerita pasal breast pump. Laju je ummi bukak link online shopping beli breast pump. Macam2 produk ada jual. Dah 10 minit baru tersedar.

"APEKEHAL aku bukak website ni? Bukannya nak beli breast pump pun. Pregnant pun tidak. Si Asyraf pun dah lama tak menyusu".

Then cepat2 bukak page lain pulak.

Dasar perempuan, mudah terpengaruh! Kang kejap lagi baca blog orang buat tatu kat badan ke, tindik hidung ke, makan daging zirafah ke - ada jugak balik kerja nanti request kat abah nak buat semua. Hish!


Monday, October 15, 2012

Uneventful Weekend

0 comments
Last weekend was not fun!

Hari Jumaat lepas bila balik kerja, ummi tengok separuh baju yang sidai kat ampaian basah lencun dek kerana hujan. Dan yang separuh tu mostly adalah baju Aiza dan Asyraf. So terpaksa basuh semula sebab kalau tak basuh ada bau tak sedap. And the whole Saturday was raining as well. Ummi ni biasanya Sabtu dan Ahad memang pulun basuh baju. Jadi kat mana-mana ada baju basah. Yang kat ampai tak kering2. Yang dalam rumah pulak ada 2 bakul menanti. Stress! sampaikan Asyraf pun dah takde baju nak pakai. Last2 pakai baju kakaknya hahaha. Nasib le pakai dalam rumah takde orang nampak. Kang nanti tak pasal2 orang ingat kecelaruan gender pulak. Alhamdulillah semalam hari Ahad panas terik. So back-to-back menyidai baju. Bila dah kering- hah kau selonggok baju nak kena lipat. Menggunung tinggi sampaikan Aiza boleh main nyorok2 dalam timbunan baju tu. Dulu2 ummi pernah berazam taknak lipat baju (tak senonoh punya perangai kan?). Sebabnya kalau lipat pun tak long lasting. Kejap je nak pakai balik. Lepas pakai terus basuh then nak kena lipat semula. So macam tak efektif. Bila abah tanya "mana kain pelikat abah?". Senang je jawab "pi cari kat timbunan kain kat bilik sana". Cool eh? kihkihkih dasar bini pemalas. Tapi 'malangnya' azam ummi tu tak kekal lama. Sebabnya ummi rimas tengok baju bertimbun tinggi2. So masihlah kekal dengan rutin lama basuh-sidai-lipat. Takpelah susah2 sikit asal hati lapang. So boleh tak bayangkan bila ummi dah lipat dan susun cantik2, tiba2 ada 'hamba Allah' tu bukak almari - cari baju yang dia berkenan - jumpa yang bawah sekali - tarik laju-laju sampai satu almari tonggang terbalik! Rasa nak meroyan pun ada.

Dan lagi satu, sepanjang weekend lepas Asyraf tak happy. Nangis tak berhenti. Tidur malam pun selang sejam terbangun then sambung nangis. Sebabnya dia nak tumbuh gigi. Gigi geraham kiri kanan atas bawah semua tumbuh serentak. Makan taknak, susu pun tak mahu. Last2 minum guna cup kakak dia. Selang 8 jam abah kasi voren nak legakan gusi dia tu. Kesian anak ummi yang sorang tu.
Dah le sakit gusi, pakai pulak baju kakak yang besar gedabak. Sebijik macam anak pelarian!

Muka takde mood
Semua gambar di atas diambil oleh Aiza - official photographer kami buat masa sekarang. 
p/s Tiba2 rasa nak gelak terbahak2 teringat gambar abah yang Aiza ambik masa cuti2 kitorang kat Genting Highland hari tu. Boleh jadi modal nak ugut abah hahahahaha. Gelak jahat!








Friday, October 12, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Baru Bermula!

0 comments
Semester dah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah ummi dah berjaya habiskan semua silibus. Sekarang dalam proses kira carry marks students. Kelas dah takde, presentation students semua dah setel.

So mode bercuti mula bermaharajalela kihkihkih.

Hari Selasa dan Rabu lepas ummi ambik annual leave, bawak Aiza dan Asyraf jalan2. Ke mana kitorang pergi?

Jawapannya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Genting Highland Kota Keriangan! Riang sangat le kononnya tu.

Sengaja abah dengan ummi pilih tengah2 minggu time orang lain sibuk kerja. Sebabnya, saje nak bagi orang lain jeles malas nak bersesak2 dengan orang ramai. Kalau pergi cuti sekolah lagilah haru, nak beli tiket je pun kena beratur panjang. Bila  pergi non-peak season, harga hotel pun murah. RM68 je untuk satu malam kat First World Hotel. Memang berbaloi!

Bertolak dari rumah pukul 10am. Sampai sana terus beli tiket. Beli 2 adults dan 1 children. Asyraf FOC sebab tak cukup umur. So total damage untuk tiket RM135. Phewww..

Harga tiket outdoor
Kami beli tiket outdoor saja. Nasib baik beli outdoor saja sebab anak dara ummi Si Aiza tu penakut orangnya. Banyak permainan dia tak nak main. Siap kena paksa/pujuk nak main sesuatu permainan.

Penat main, kami lunch dan terus check in. Niatnya nak rehat kejap je dan kemudian sambung main. Tengok2 terlajak tidur sampai pukul 5. Bila turun semula, sempat main 1 permainan je sebelum theme park outdoor tutup.

Malamnya, bawak Aiza dengan Asyraf main kat game arcade. Habis RM20 main baling2 ball, tembak2 itik etc. Abah pun sempat layan 1 lap main racing kereta. Seriously Aiza lebih enjoy main kat sini dari main kat theme park. Hish, kalau setakat nak main kat arcade, kat KL pun bersepah!
Main ketuk2.

Hotel kami tak include breakfast so esok paginya breakfast kat McDonald. Kat Genting almost semua fasf food pun ada. Cuma harganya berkali2 ganda dari tempat lain. So sediakan $$$$ jelah.



Sebelum check out kitorang pergi naik cable car dulu. Ummi benci naik cable car! Gayat hahaha. Sepanjang naik cable car, cuma berani tengok kiri kanan saje. Tengok bawah - tidak sekali-kali!
Steady ummi, jangan tengok bawah!

Hahaha sampai pejam mata dia nak berposing
Overall it was fun. Mana ada percutian yang tak fun kan? So sekarang masuk kerja pun macam malas je. Takpelah sikit je lagi. Lepas ni ummi akan sibuk jaga exam and marking paper. Lepas tu boleh sambung cuti. Btw insyaAllah setiap bulan pun dah ada plan nak bercuti. Bulan ni dah pergi Genting. Bulan November ummi ada kursus kat Bukit Merah so angkut abah dengan budak2 sekali. Anggap tu vacation jugak. Then bulan Disember nak pergi Sabah dengan famili belah abah. Yang ni pun best sebab MIL murah hati nak sponsor tiket flight hihihi. Merasa ummi naik MAS akhirnya! Yabedabedu...







Monday, October 1, 2012

When Technology Fails Me

0 comments
Arrrghhhh...rasa nak jerit tapi nanti apa pulak orang kata.

Alkisahnya pagi ni ummi 'naik hantu' dengan diri sendiri.

Kredit handphone ummi dah expired walhal ada banyak lagi duit dalam telefon tu. Ni akibat guna handphone tak canggih i.e tak boleh buat video call. Dan pakej celcom yang ummi guna sekarang sangat murah. Nak SMS abah free saja. Nak call nyai dan yai cuma RM0.10 seminit (kalau tak silap). So gayut kat telefon lama2 pun kredit tak luak.

Pagi ni tiba2 abah sms. Nak reply tak boleh. Tak reply tak sedap hati pulak. Nak email takut dia tak baca. So ummi decided untuk reload phone online thru Bank Islam. Bila dah proceed dengan payment, terpampanglah nombor reload kat skrin komputer. Masalahnya ada 2 nombor, satu serial number. Satu lagi PIN number. Eh yang mana satu patut key in dalam handphone ek? So ummi key in salah satu nombor yang dibagi tu. And I can't even remember nombor yang mana satu. Pathetic kan? Rasa nak hempuk kepala ni. Then tiba2 dapat sms kata 'reload not sucsesful'. Dalam pada kalut2 tu, tiba2 Bank Islam Online Banking ummi 'ter'log out sebab no activities within berapa minutes entah.

Oh My, mana nak dapat balik no reload tadi. So ummi log in balik. Godek2 sana sini cari balik no reload celcom tadi. Bukak history tak jumpa. Hampa. Log out.

Tiba2 dapat semangat baru. Log in semula. Then tiba2 keluar cenggini:
Apa pulak dia kata already logged in. Kalau dah log in, kenapa still kat page ni?
 After several more attemps, keluar pulak ni:



Geraammmmmmmmmmmmmmnyaaaa!!!!

RM30 ringgit terbang melayang macam tu je. Bukan rezeki ummi agaknya. Tak lama lepas tu dapat notification abah transfer kredit ke henfon ummi. Dia baru teringat yang bini dia takde kredit agaknya. Ah sudahlah! Dah terlambat!

Off to class dengan mood yang sangat merudum.






 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez