Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, October 16, 2012

Dasar Perempuan!


Esok student exam. So hari ni duduk kat opis menunggu kot2 ada student nak datang tanya soalan apa2 yang patut. Sambil menunggu - bukak internet, baca paper online, check email, blog walking. Heaven sungguh! 

Bila surfing dan blog walking, memang tak sedar masa berlalu. Dari satu blog ke satu blog ummi 'merayau'. Bukannya apa, bila bukak satu blog then katalah orang tu citer pasal makanan, so terus ummi google pasal makanan tu. Then bukak satu lagi blog citer pasal vacation kat satu tempat. Dalam hati kata, "alahai cantiknya tempat ni". So cepat je jari menaip kat google cari maklumat pasal tempat yang sama. Takpun baca kat blog ada orang kata beli baju baru, dalam hati terus teringin. Kuat betul pengaruh internet ni kan? Last sekali tadi baca pasal sorang blog owner ni baru bersalin dan cerita pasal breast pump. Laju je ummi bukak link online shopping beli breast pump. Macam2 produk ada jual. Dah 10 minit baru tersedar.

"APEKEHAL aku bukak website ni? Bukannya nak beli breast pump pun. Pregnant pun tidak. Si Asyraf pun dah lama tak menyusu".

Then cepat2 bukak page lain pulak.

Dasar perempuan, mudah terpengaruh! Kang kejap lagi baca blog orang buat tatu kat badan ke, tindik hidung ke, makan daging zirafah ke - ada jugak balik kerja nanti request kat abah nak buat semua. Hish!


3 comments on "Dasar Perempuan!"

azlie on October 16, 2012 at 2:43 PM said...

Ok abah nak tindik pusat

azlie on October 16, 2012 at 2:46 PM said...

Ok abah nak tindik pusat

ummi aiza on October 16, 2012 at 3:07 PM said...

kot iye pun nak tindik pusat takyah le komen sampai 2 kali!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez