Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, February 13, 2015

Terima Kasih Kutu

1 comments
Minggu lepas tiba2 Aiza cakap dia taknak pakai tudung pegi sekolah. Alasannya sebab ada ramai kawan kat kelas tak pakai tudung. Dan mereka semua boleh tocang rambut cantik2 atau pakai reben warna warni. Terkedu ummi dibuatnya. Bila ummi cerita pasal aurat, dia macam tak boleh nak faham. The word 'aurat' pon sounds unfamiliar to her. Bila ummi bagi alasan pakai tudung lagi nampak comel, dia tak terima. Di mata dia, pakai reben or tocang rambut jauh lagi cute #peer-pressure#. Then asyiklah suruh ummi ikatkan rambut dia yang tak panjang mana tu.

Beberapa hari lepas tu, ummi nampak dia tergaru2 kepala. Mulanya ingatkan sebab dia jarang syampu sebab terkocoh2 mandi nak pi sekolah. Sekalinya check, ada kutu! Tak tahu entah dapat dari mana or siapa. Terus kalut ummi cari ubat kutu kat farmasi. Stress jugaklah menyikat kutu dari kepala dia. Lagi2 bila nampak mak kutu melompat2 kat celah sikat. Sakit jiwa dibuatnya.

Tapi bila fikir positif, ada hikmahnya. Bila kepala dah kena kutu, senanglah ummi nak bagi alasan utk Aiza terus pakai tudung. Ummi cakap, kutu suka hinggap kat rambut. Sebab tu kita kena tutup kepala guna tudung. Kalau pakai tudung, kutu tak suka. Seems like dia terima alasan tu. Budak2 kadang2 memang perlukan alasan konkrit yang nampak depan mata baru dia nak terima cakap kita. 

Sampai la ni dah takde cerita taknak pakai tudung pegi sekolah hihihi.

So terima kasihlah pada kutu. Kali ni ummi tak komplen. Malah, ummi bersyukur. Ada hikmahnya Allah jadikan sesuatu perkara. Thanks kutu.




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez