Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, May 29, 2015

Hadiah Hari Guru : Niat Dah Ada

1 comments
Selasa lepas ada sambutan hari guru kat sekolah. Aiza kata nak bagi hadiah kat cikgu2 dia. Bila kitorang kira2, ada 9 orang yang ajar kelas 1 Kenanga. So 9 hadiah nak kena sedia.

Setelah ambik kira kos dan masa, we all decided nak bagi hadiah home-made butter cupcake masuk dalam tupperware comel. Gigihlah 2,3 hari sebelum tu membaking dengan Anas, Asyraf semua terlibat jugak. Habis penuh tepung satu dapur hukhukhuk.

Bila dah siap, ummi ikat reben tulis kad kecik cantik2 comel2. Tiba hari kejadian, Aiza pon bawaklah pegi sekolah. Balik dari sekolah ummi pon tanyalah pasal event Hari Guru dia:

Ummi: Kakak dah bagi hadiah kat cikgu?
Aiza: Dah. Tapi bagi 4 je.
Ummi: Kenapa bagi 4 orang je? Yg lain mana?
Aiza: Kakak dah bagi 4 cikgu. Lepas tu rehat. Kakak lapar jadi kakak makan cupcakenya. #tiadarasabersalah

Dalam kereta dia sambung makan lagi lebihan cupcake yg tinggal.

Itulah pengalaman Aiza sambut hari guru tahun 2015 ni.

Yang penting: NIAT DAH ADA!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez