Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, December 27, 2012

Cuti-Cuti Sabah

1 comments
Menunggu masa untuk punch out. Ummi bercuti mulai esok hingga selasa depan. Lepas punch out terus ke KL Sentral,then ambik ERL ke KLIA. Cuti-cuti Sabah akan bermula. Seronoknya! So jumpa lagi minggu depan. Bye

Wednesday, December 26, 2012

Precious Gift Ever

1 comments
Hari Jumaat lepas ummi dapat hadiah dari abah.

Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat berharga.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat ummi nanti-nantikan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat susah nak dapat.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat buat ummi hepi.
*
*
*
*
*
*
*
*
* Nak tau apa dia? Ni ha:

SET HIDROPONIK :)

Dah lama tau cari benda alah ni siap google sana sini tapi tak jumpa. Siap dah plan nak beli online dari satu kedai kat Kedah nun jauh kat sana. Tapi last2 jumpa satu website jual set ni kat Dengkil. Nak order online pon boleh tapi sebab tak sabar punya pasal, PAKSA abah pergi self pick-up. Nasib baik abah kata tak jauh pun dari ofis - 5 minit drive je.

I'm so happy. Mood gardening kembali semula. So boleh geng dengan kawan sekolah menengah Si Imah yang baru berjinak2 nak jadi petani moden. Hi Imah, i miss you (sambil lambai2 tangan)!

Biasanya kalau orang lain, akan fokus pada satu jenis sayur untuk sekali tanam. Then bila dah tuai, tanam sayur lain pulak. Tapi sebab ummi eksaited, ummi tanam 8 jenis sayur kat 8 lubang berlainan. Ada sawi, kailan, ketumbar, pak choi semua ada. Nampak sangat jakun kan? Hahahaha...

In 4 weeks time, insyaAllah boleh makan sayur hidroponik ni. Nanti ummi update dalam posting yang lain. Promise!





Tuesday, December 25, 2012

Big Bad Wolf 2012

0 comments
Big Bad Wolf 2012 dah berakhir Ahad lepas. Ummi tak pergi pun. Tapi abah pergi. Bukan sekali, bukan 2 kali - TAPI 3 KALI. Over tau! Saje nak buat ummi jeles. Mula2 pergi hari Khamis, dah beli then keluar pi Mines. Then masuk balik. Round kali kedua dan beli lagi a few books. Sebab over excited, esok paginya dia pegi lagi. So total 3 kali. Total damage : more than RM200++.
Rasanya BBW ni dah beberapa kali buat kat Malaysia. Tapi tak pernah sekali pun teringin nak pergi. Selalunya tiap2 tahun terjah Pesta Buku kat PWTC tu je. Tapi entah kenapa tahun ni tergerak hati nak pergi. Sebab ummi busy - memanjang meeting tak berhenti, so abah je pergi. Alasannya nak cari buku related dengan research PhD dia tu. Sekali bila sampai rumah, ni ha yang dibeli:
PhD sangat le tu
Tapi memang seriously sangat murah. Contohnya popup book ni - materialnya superb,bukan setakat popup-tapi siap ada muzik lagi ala2 kad raya. Hard cover. Kalau kat luar ni kompem puluh2 riggit. Kat BBW harganya cuma RM15
Semuanya terpop-up keluar
Buku Ni Hao Kailan ni pun best jugak. Kalau pergi Borders Aiza memang suka ambik buku2 macam ni. Sebab interaktif boleh tekan butang keluar macam2 bunyi. Kat luar ummi taktau jual berapa ringgit. Tapi kat BBW jual RM10. Juling mata!
Ni pulak buku cum Jigsaw Puzzle. Harga RM10.
5 jigsaw puzzle dalam satu buku
Kebanyakan buku2 yang abah beli ni buku aktiviti. I mean, bukan setakat buku untuk dibaca je tapi ada macam2 aktiviti boleh buat - muzik, puzzle, popup, flip over etc. I like!
Untuk diri sendiri - abah beli buku Dan Brown: The Last Symbol. Hard cover. Harganya RM15. Untuk ummi pun ada jugak. Novel dari author Nora Roberts. Tajuknya Going Home.
Buku abah

Buku ummi - tak start baca pun lagi

Well, dia ni bukanlah favourite author ummi pun, tapi abah beli sebab:
Ada 4 cerita dalam 1 novel. Berbaloi2 katanya.Well, biasalah abah tu - always go for quantity. Ahaks.
Dan sebab tersangatlah suka dengan BBW tu, abah telah mengisytiharkan bahawasanya BBW akan jadi sebahagian dari AKTIVITI TAHUNAN dia. Dan2 tu jugak ummi isytiharkan bahawa shopping akan jadi AKTIVITI HARIAN ummi. Sekian harap maklum!



Wednesday, December 19, 2012

Gigi Oh Gigi

6 comments
Ummi dari kecik tak suka minum susu. Dulu2 kalau hisap botol pun, isi dengan air sirap. Dah le taknak makan, susu pun tak minum. Underweight memanjang sampaikan tiap kali pergi klinik untuk timbang berat, mesti doktor bagi susu free setin. Sampai umur 6 tahun dapat susu free tiap2 bulan. Kesian kat nyai dengan yai mesti dalam hati doktor tu cakap "apesal le mak bapak budak ni tak bagi anak dia makan?". Padahal dulu2 masa kecik memanglah makanan tak mewah tapi banyak je makanan maklumlah nyai kalau masak tak pernah kuantiti sikit. Sekarang ni bila Asyraf tanak makan baru ummi rasa tension. Padan muka kau ummi! Dulu kau buat kat nyai sekarang Asyraf buat kat kau pulak hahahaha gelak untuk diri sendiri.

Susu yang ummi dapat  tu jenama KLIM macam gambar kat bawah ni. Sekarang susu tu dah takde hilang ditelan mati mak, diluah mati bapak. Salah peribahasa haha.
Sapa pernah minum susu ni angkat tangan!
Cerita kat atas tu mukaddimah saje. 

Bila kita tak minum susu, tak cukup kalsium - mulalah gigi buat hal. Dulu2 tak rasa sangat la ni bila dah tua baru menyesal! Paling ketara, asal pregnant je ummi mesti ada masalah gigi. Tiap kali pregnant, hilang gigi sebatang. Ayyyooo! Kot kalau 12 kali pregnant macam nyai, terus keropos semua gigi!

Dipendekkan cerita, lepas pregnantkan Asyraf - masalah gigi jadi meruncing macam masalah negara. Ada satu geraham tu siap pecah 2 punyalah dahsyat! So last few months, setelah berbulan2 ummi pendam masalah gigi ummi ni dalam hati mulut, ummi pergi jumpa dentist UIA. Sekalinya dia cakap - sini tak boleh buat sebab tak cukup equipment. Alololo sedeh ummi dibuatnya. Gigi ummi perlukan root kernel canal treatment. Basically sebab gigi tu dah pecah, so dentist akan matikan akarnya. then akan reconstruct bahagian atas gigi tu. Yang tu orang panggil 'crowning'. Kalau buat kat private, harganya around RM800-2K above tengok pada klinik! Hambik kau! Dah le UIA tak cover. Sigh.

Lepas Google dan tanya orang sana sini especially Kak Aisyah, semua recommend pergi Klinik Gigi HUKM kat Chow Kit tu. Kat situ murah sebab student dentist yang buat -part of diorang punya silibus le. Sebatang gigi RM55 je kalau tak silap. Cuma satu je masalahnya - LAMA! Bukan senang2 kita datang terus buat crowning. Lepas daftar and check semua, kena masuk waiting list dulu. Maximum dia suruh tunggu sampai setahun. Omaigod! Berjanggut jugak nak tunggu.

So far ummi dah buat 2 kali treatment. 1st treatment masa pertengahan bulan Nov aritu. Time tu doktor check dan kemudian buat tampalan. @nd treatment ujung bulan Nov, doktor bukak tampalan-xray-kemudian matikan akar gigi. 3rd treatment taktau lagi bila. Ni la kena tunggu masuk waiting list. 

So far, baru sebulan berlalu. Eleven months to go. Sabarlah ummi! Siapa suruh dulu2 (sampai sekarang) tanak minum susu. Kan dah padan muka...

p/s ni semua salah abah! ---> tak pasal2 je kan?



Tuesday, December 18, 2012

Rezeki Contest: Cosmo BLiv, Marie Claire Purelogy, Dutch Lady

0 comments
# Cosmopolitan BLiv
As usual, ummi tak beli pun majalah Cosmopolitan tu. Just belek2 kat kedai majalah, send SMS and alhamdulillah mengena. Kali ni dapat produk Bliv Bseen. Dah namanya pun Bseen, so hadiahnya semua berkaitan mata ; dark circle reliever dengan eye dryness conqueror.

Satu tu krim nak buang dark circle. Satu lagi peel off mask untuk bahagian mata saje. Yang ni ummi suka. Ummi dah plan nak pakai mask ni time Cikta atau Cikyah datang rumah. Ala2 girl activities gitu hihihi. Bila dah pakai, sure kitorang akan jadi exactly macam ni:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Special Agent OSO hahahah
Honestly, dalam banyak2 produk kecantikan, mata le paling tak mendapat perhatian ummi. Padahal mata le bahagian paling penting. Dari mata turun ke hati hokah?? So lepas dah guna produk ni nanti, sure mata ummi bersinar-sinar kena pakai spek hitam kalau tak semua orang silau kihkihkih.

#Marie Claire Pureology Caring Oil
Yang ni pun ummi tak beli majalahnya, sebab ummi just masuk contest online. Dapat minyak rambut mahal harga RM120 khas ummi nak hadiahkan kat abah sebab abah ada BANYAK rambut kihkihkih. Ini bukan perli abah tau. Ni ikhlas straight from my heart! 


Tapi belum sempat nak redeem hadiahnya padahal tempatnya punyalah dekat kat sek13 tu je. Akan diusahakan secepat mungkin!

#Dutch Lady Peraduan Kenali Potensi Si Manja
Dalam entry lepas ummi ada bagitau ummi menang contest ni atas 2 nama; satu nama abah satu lagi nama ummi. Alhamdulillah dua2-dua hadiah sampai semalam. Each prize worth RM250.
Hadiah atas nama ummi sampai kat opis. Hadiah tu meant for Aiza. Mula2 ingat nak tunggu balik suruh Aiza yang bukak. Tapi sebab dah tak sabar so bila dapat terus ambik gunting koyakkan plastik bungkusan. Tak senonoh kan? Hadiahnya ini:
Hadiah yang dah lama aim -Fujifilm Instax Camera
Sekarang ni macam dah jadi trend orang kahwin buat photo booth ambik gambar guna kamera instant macam ni kan? So ni ummi dah ada, cepat...cepat sapa nak kawin boleh pinjam kamera instant dari ummi! hihihi
So semalam jugak Aiza dengan bangganya merasmikan kamera ni. Abis 10 keping kertas filem dia ambik gambar entah hape-hape. Ni antara yang 'macam ok'. Yang lain gambar karpetlah, rambut adik dia le etc.
Hadiah kedua atas nama abah sampai kat rumah MIL. Yang ni meant for Asyraf. Lepas kerja kitorang terus singgah ambik hadiah. Ingatkan kecik je, sekalinya besar gedabak abah siap pikul junjung atas kepala haha. Sebabnya bukan setakat dapat 1 hadiah, bukan jugak 2...malah 3 sekaligus. Yelah kan, dia nak cukupkan sampai worth RM250 kenalah bagi banyak. Semua mainan ni brand K's Kids. Ni hadiahnya:
Pop and Stack
Yang ni Asyraf suka. Boleh sambung-sambung and stack tinggi-tinggi. Cara nak sambung pun ada pelbagai. Boleh tonggang terbalik semua. Dan mainan ni sangat kalerful!
Fish and Count
Main pancing2 ikan. Semuanya dari soft material. Dapat sekali Patrick and Friends DVD cartoon. Yang tu tak tengok lagi. Tunggu DVD player menang contest carnation sampai baru boleh tengok.
Abacus
Yang ni ummi yang suka. Besar abacus ni. Buat ummi tambah suka sebab diperbuat dari kayu. InsyaAllah tahan lama.

Sebab malam tadi rumah kitorang ada tetamu (keluarga Wak Ani, Cikta dan CikWan datang bertandang), so semua mainan ni tak khatam lagi. Malam ni baru nak main puas2. Apapun, thanks Dutch Lady. Tak sangka dapat hadiah punyalah banyak. Jimat duit ummi nak beli mainan bulan ni. Legaaaaaaaa....
 










  



Tuesday, December 4, 2012

IIUM Kindergarten

0 comments
Semalam Aiza dah selamat pindah kelas masuk tadika. Umi pulak yang terlebih excited.
Bergambar depan sekolah
Bila dah masuk kelas baru ni, tak boleh selalu ponteng. Sebabnya dah start belajar baca dan menulis. Sayang kalau tak datang sekolah. Cikgu pun dah pesan suruh bawak telekung sebab akan ada solat practikal. Dan cikgu dah tak bagi ummi bekalkan baju gown atau skirt. Kena pakai seluar panjang/baju kurung/tudung i.e menutup aurat.

Si Asyraf pulak dah pindah kelas 2 tahun. Ummi sempat gondolkan rambut dia sehari sebelum naik sekolah. Tapi baru sehari pindah kelas, Si Mamat Botak tu demam le pulak. Rasanya sebab gigi geraham belah bawah pulak nak tumbuh.
Selebet je budak ni
Ummi sangat sibuk sekarang. Menguruskan workshop untuk department. Tapi malangnya ada jugak yang komplen itu ini. Masing2 bagi alasan taknak pergi. Jawapan ummi senang saje - taknak pergi sudah!


Monday, December 3, 2012

Rezeki Contest: Fu-Rin Japanese Restaurant, Playboy Perfumes

0 comments
# Fu-Rin Japanese Restaurant, Holiday Inn Glenmarie

Ummi menang voucher Fu-Rin Japanese Restaurant worth RM100 dari KL Lifestyle Magazine.Tak beli pun majalahnya. Tengok soalan thru FB, jawab thru email, then alhamdulillah terpilih. Voucher expired pertengahan Dec. So minggu lepas hari Jumaat lepas kerja terus ke Holiday Inn. Sebelum tu dah Google dulu tengok harga makanan kat sini, so dalam otak dah plan nak order apa. Btw harga makanan kat sini memang boleh buat sakit jantung. Rate hotel le katakan. Berangan dan terus berangan le abah nak makan wagyu beef yang popular tu sebab harganya RM300++ per dish. Takpe bah, berangan tak perlu modal kihkihkih.
Posing dulu depan restoran

Kami makan ini:
Soft shell crab RM45
Tempura moriawase RM45 (gambar ni ambik dari official website sbb gambar kitorang tempura tinggal separuh je. Lagi separuh dah ngap sebelum sempat ambik gambar hahaha)
Lagi satu dish kitorang pilih ini, Konon2 untuk Aiza dengan Asyraf:
Seafood fried rice RM15
Sekalinya nasi goreng tu pedas kau! Penuh dengan black pepper. So last2 abah dgn ummi yang ngap.

Total damage setelah campur dengan fresh oren dan 2 gelas air suam beserta tax ialah RM152.40. Gulp! Oklah tu RM100 bayar guna voucher. Kalau tak, bila lagi nak makan mahal ye tak???

# Bella NTV7 - Playboy Perfumes

Yang ni pun jawab soalan thru email je. Dan bagi slogan sikit. Tak sangka menang. Hari ni balik kerja baru plan nak ke Sri Pentas redeem hadiah. Ni kali ke-2 menang hadiah dari contest Bella. 1st time dulu menang CD and DVD Adele. Sebab hadiah belum redeem, so ni ummi tepek gambar dari website Bella. Inilah  yang bakal ummi dapat. One whole set!

Alhamdulillah bertambah koleksi perfumes ummi. Yang ni tak boleh bagi abah pakai- nanti tak pasal2 terus dia bertukar jadi playboy!

Updated on Tuesday, 4th Dec 2012

Semalam petang lepas kerja sempat redeem hadiah kat Sri Pentas. Person-in-charge bagi satu paperbag penuh dengan perfumes. Suuuka!
Ada 10 botol perfumes. Ada EDP, EDT, spray, for him, for her dan segala macam lagilah. Dijangka semua ni akan habis menjelang tahun 2020. Bye.


Saturday, December 1, 2012

Hantu Buah

1 comments
Ummi suka makan buah. Tiap2 minggu time pasar malam, ummi akan spend at least 10 hengget (selalunya lebih) untuk beli macam2 jenis buah. Yang wajib mesti ada tak pernah missed - epal, oren dengan pisang. Anggur yang takde biji tu pun selalu beli. Durian pun ummi suka. Mata kucing, langsat etc semua sapu. Siap dulu masa zaman sekolah menengah, pernah cakap kat kawan  baik "kita nanti dah besar nak kawin dengan pengusaha honey dew" -sambil mata terpejam - mulut menyunyah honey dew kat dewan makan sekolah. Hahaha buruk perangai kan? 

Bila dah tua besar ni, memang tak pernah le berangan nak kawin dengan pengusaha honey dew lagi. Mahu kena tunjal kepala dengan abah nanti hahaha. Tapi selalu jugak berangan nak ada dusun sendiri. Macam2 hibrid buah ummi dah berangan nak tanam kalau ada tanah hatta sekangkang kera pun. Musang king sudah tentu. Rambutan, manggis juga wajib. Pelam macam menarik jugak. Dah tu kalau sekangkang kera, mana nak letak pisang, mata kucing, duku, pulasan semua. Ahhhh...berangan je lebeh! Harga tanah kosong sama mahal macam beli rumah sob sob sob..

p/s Beli jelah senang. Kat pasar mahal jual murah je pun. Sekarang tengah musim persimon dengan buah delima. Boleh borong banyak2.



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez