Ummi suka makan buah. Tiap2 minggu time pasar malam, ummi akan spend at least 10 hengget (selalunya lebih) untuk beli macam2 jenis buah. Yang wajib mesti ada tak pernah missed - epal, oren dengan pisang. Anggur yang takde biji tu pun selalu beli. Durian pun ummi suka. Mata kucing, langsat etc semua sapu. Siap dulu masa zaman sekolah menengah, pernah cakap kat kawan baik "kita nanti dah besar nak kawin dengan pengusaha honey dew" -sambil mata terpejam - mulut menyunyah honey dew kat dewan makan sekolah. Hahaha buruk perangai kan?
Bila dah tua besar ni, memang tak pernah le berangan nak kawin dengan pengusaha honey dew lagi. Mahu kena tunjal kepala dengan abah nanti hahaha. Tapi selalu jugak berangan nak ada dusun sendiri. Macam2 hibrid buah ummi dah berangan nak tanam kalau ada tanah hatta sekangkang kera pun. Musang king sudah tentu. Rambutan, manggis juga wajib. Pelam macam menarik jugak. Dah tu kalau sekangkang kera, mana nak letak pisang, mata kucing, duku, pulasan semua. Ahhhh...berangan je lebeh! Harga tanah kosong sama mahal macam beli rumah sob sob sob..
p/s Beli jelah senang. Kat pasar mahal jual murah je pun. Sekarang tengah musim persimon dengan buah delima. Boleh borong banyak2.
1 comments on "Hantu Buah"
hantu buah xpe.. jangan hantu gigi..opsss
Post a Comment