Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, December 25, 2012

Big Bad Wolf 2012


Big Bad Wolf 2012 dah berakhir Ahad lepas. Ummi tak pergi pun. Tapi abah pergi. Bukan sekali, bukan 2 kali - TAPI 3 KALI. Over tau! Saje nak buat ummi jeles. Mula2 pergi hari Khamis, dah beli then keluar pi Mines. Then masuk balik. Round kali kedua dan beli lagi a few books. Sebab over excited, esok paginya dia pegi lagi. So total 3 kali. Total damage : more than RM200++.
Rasanya BBW ni dah beberapa kali buat kat Malaysia. Tapi tak pernah sekali pun teringin nak pergi. Selalunya tiap2 tahun terjah Pesta Buku kat PWTC tu je. Tapi entah kenapa tahun ni tergerak hati nak pergi. Sebab ummi busy - memanjang meeting tak berhenti, so abah je pergi. Alasannya nak cari buku related dengan research PhD dia tu. Sekali bila sampai rumah, ni ha yang dibeli:
PhD sangat le tu
Tapi memang seriously sangat murah. Contohnya popup book ni - materialnya superb,bukan setakat popup-tapi siap ada muzik lagi ala2 kad raya. Hard cover. Kalau kat luar ni kompem puluh2 riggit. Kat BBW harganya cuma RM15
Semuanya terpop-up keluar
Buku Ni Hao Kailan ni pun best jugak. Kalau pergi Borders Aiza memang suka ambik buku2 macam ni. Sebab interaktif boleh tekan butang keluar macam2 bunyi. Kat luar ummi taktau jual berapa ringgit. Tapi kat BBW jual RM10. Juling mata!
Ni pulak buku cum Jigsaw Puzzle. Harga RM10.
5 jigsaw puzzle dalam satu buku
Kebanyakan buku2 yang abah beli ni buku aktiviti. I mean, bukan setakat buku untuk dibaca je tapi ada macam2 aktiviti boleh buat - muzik, puzzle, popup, flip over etc. I like!
Untuk diri sendiri - abah beli buku Dan Brown: The Last Symbol. Hard cover. Harganya RM15. Untuk ummi pun ada jugak. Novel dari author Nora Roberts. Tajuknya Going Home.
Buku abah

Buku ummi - tak start baca pun lagi

Well, dia ni bukanlah favourite author ummi pun, tapi abah beli sebab:
Ada 4 cerita dalam 1 novel. Berbaloi2 katanya.Well, biasalah abah tu - always go for quantity. Ahaks.
Dan sebab tersangatlah suka dengan BBW tu, abah telah mengisytiharkan bahawasanya BBW akan jadi sebahagian dari AKTIVITI TAHUNAN dia. Dan2 tu jugak ummi isytiharkan bahawa shopping akan jadi AKTIVITI HARIAN ummi. Sekian harap maklum!



0 comments on "Big Bad Wolf 2012"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez