# Cosmopolitan BLiv
As
usual, ummi tak beli pun majalah Cosmopolitan tu. Just belek2 kat kedai
majalah, send SMS and alhamdulillah mengena. Kali ni dapat produk Bliv
Bseen. Dah namanya pun Bseen, so hadiahnya semua berkaitan mata ; dark circle reliever dengan eye dryness conqueror.
Satu tu krim nak buang dark circle. Satu lagi peel off mask untuk bahagian mata saje. Yang ni ummi suka. Ummi dah plan nak pakai mask ni time Cikta atau Cikyah datang rumah. Ala2 girl activities gitu hihihi. Bila dah pakai, sure kitorang akan jadi exactly macam ni:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Special Agent OSO hahahah |
Honestly, dalam banyak2 produk
kecantikan, mata le paling tak mendapat perhatian ummi. Padahal mata le
bahagian paling penting. Dari mata turun ke hati hokah?? So lepas dah guna produk ni nanti, sure mata ummi bersinar-sinar kena pakai spek hitam kalau tak semua orang silau kihkihkih.
#Marie Claire Pureology Caring Oil
Yang ni pun ummi tak beli majalahnya, sebab
ummi just masuk contest online. Dapat minyak rambut mahal harga RM120
khas ummi nak hadiahkan kat abah sebab abah ada BANYAK rambut kihkihkih.
Ini bukan perli abah tau. Ni ikhlas straight from my heart!
Tapi belum sempat nak redeem hadiahnya padahal tempatnya punyalah dekat kat sek13 tu je. Akan diusahakan secepat mungkin!
#Dutch Lady Peraduan Kenali Potensi Si Manja
Dalam entry lepas ummi ada bagitau ummi menang contest ni atas 2 nama; satu nama abah satu lagi nama ummi. Alhamdulillah dua2-dua hadiah sampai semalam. Each prize worth RM250.
Hadiah atas nama ummi sampai kat opis. Hadiah tu meant for Aiza. Mula2 ingat nak tunggu balik suruh Aiza yang bukak. Tapi sebab dah tak sabar so bila dapat terus ambik gunting koyakkan plastik bungkusan. Tak senonoh kan? Hadiahnya ini:
Hadiah yang dah lama aim -Fujifilm Instax Camera |
Sekarang ni macam dah jadi trend orang kahwin buat photo booth ambik gambar guna kamera instant macam ni kan? So ni ummi dah ada, cepat...cepat sapa nak kawin boleh pinjam kamera instant dari ummi! hihihi
So semalam jugak Aiza dengan bangganya merasmikan kamera ni. Abis 10 keping kertas filem dia ambik gambar entah hape-hape. Ni antara yang 'macam ok'. Yang lain gambar karpetlah, rambut adik dia le etc.
Hadiah kedua atas nama abah sampai kat rumah MIL. Yang ni meant for Asyraf. Lepas kerja kitorang terus singgah ambik hadiah. Ingatkan kecik je, sekalinya besar gedabak abah siap pikul junjung atas kepala haha. Sebabnya bukan setakat dapat 1 hadiah, bukan jugak 2...malah 3 sekaligus. Yelah kan, dia nak cukupkan sampai worth RM250 kenalah bagi banyak. Semua mainan ni brand K's Kids. Ni hadiahnya:
Pop and Stack |
Yang ni Asyraf suka. Boleh sambung-sambung and stack tinggi-tinggi. Cara nak sambung pun ada pelbagai. Boleh tonggang terbalik semua. Dan mainan ni sangat kalerful!
Fish and Count |
Main pancing2 ikan. Semuanya dari soft material. Dapat sekali Patrick and Friends DVD cartoon. Yang tu tak tengok lagi. Tunggu DVD player menang contest carnation sampai baru boleh tengok.
Abacus |
Sebab malam tadi rumah kitorang ada tetamu (keluarga Wak Ani, Cikta dan CikWan datang bertandang), so semua mainan ni tak khatam lagi. Malam ni baru nak main puas2. Apapun, thanks Dutch Lady. Tak sangka dapat hadiah punyalah banyak. Jimat duit ummi nak beli mainan bulan ni. Legaaaaaaaa....
0 comments on "Rezeki Contest: Cosmo BLiv, Marie Claire Purelogy, Dutch Lady"
Post a Comment